Oleh Mohamed Azmin Ali

30 Julai – Meskipun selepas lebih sedekad, ekonomi Malaysia belum pernah pulih sepertimana sebelum kegawatan ekonomi 1997-98.

Polisi, program dan dana yang ditabur oleh pemerintah sepanjang tempoh itu ibarat mencurah air di daun keladi. Ianya sia-sia semata.

Pesaing yang setara dengan paras pertumbuhan Malaysia sebelum krisis ekonomi sedekad lalu, kini semakin jauh memacu pertumbuhan dan meninggalkan kita.

Sejak awal tercetusnya Gerakan Reformasi, antara penentangan kita terhadap kelompok elit penguasa menyentuh soal kaedah pengurusan dan dasar ekonomi yang tempang.

Tiga perdana menteri yang berkuasa selepas Krisis Ekonomi Asia (Dr Mahathir Mohammad, Abdullah Badawi dan Najib Razak) gagal memulih dan memacu semula pertumbuhan setara dekad 90-an dahulu.

Malah, pada ketika itu Bank Dunia pernah meletakkan Malaysia di antara negara-negara membangun utama dan dipanggil “keajaiban ekonomi Asia” atau “naga Asia”.

Walaubagaimanapun, kita kaget dengan data terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung Laporan Pelaburan Dunia 2010 membayangkan sang naga yang semakin menikus.

Fakta yang tidak dapat disangkal adalah tahap pelaburan langsung asing, atau FDI, jatuh merudum sehingga 81 peratus pada tahun 2009.

Daripada laporan tersebut, Malaysia sudah jauh terkebelakang berbanding negara-negara yang dahulunya lemah seperti Thailand, Indonesia dan Filipina.

Apakah dengan angka dan data ini, masih boleh diharapkan untuk Pertumbuhan Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah 5-6 peratus sepertimana yang disasarkan Najib?

Hanya pak turut Umno-BN sahaja yang masih terangguk-angguk dan melutut di hadapan Najib.

Najib yang membentangkan dua siri Pakej Ransangan Ekonomi, tidak pernah sekalipun mampu menjawab hujahan dan kritikan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Telahan saya, perangkaan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun ini kemungkinan besar akan tersasar sama sekali.

Setelah angka Laporan Pelaburan Dunia tersebut menjadi buah mulut, pemimpin UMNO mulai melatah dan menyerang Kerajaan Negeri-Negeri Pakatan Rakyat secara membuta tuli.

Ini tidak lain dan tidak bukan cuma helah mereka untuk mengalihkan tumpuan dan fokus rakyat daripada isu yang lebih mendesak.

Bezakan sahaja dengan Anwar Ibrahim tatkala mengemudi pertumbuhan negara yang pesat dan mampan ketika memegang jawatan Menteri Kewangan.

Ketika itu, Anwar masih sempat memperingatkan kita perihal kisah Nabi Yusuf A.S.; sepanjang tempoh subur selama tujuh tahun, perlunya untuk berjimat dan berhemah bagi berhadapan tujuh tahun kemarau.

Terbukti pengajaran di dalam firasat mimpi Yusuf itu benar dan cocok sekali dengan pengalaman Malaysia.

Sebaliknya, kisah yang nyata mahu ditutup dan tidak diendahkan langsung oleh elit politik dan sang penguasa.

Kritikan Anwar terhadap sikap cuai dan haloba dilontarkan di dalam buku beliau, “Gelombang Kebangkitan Asia”—buku yang kemudiannya dibakar oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 2001.

Rasuah, korupsi dan salahguna kuasa ternyata barah yang merebak dari kelas elit sehingga ke kelas bawah; dari pemimpin tertinggi sampai kepada pembantu am.

Jikalau orang bertanya, apakah yang menyebabkan ekonomi Malaysia separah hari ini, jawapan yang kita temukan iaitu sanubari pemimpin negara yang rosak akibat tamak.

Di dalam keruh dan beban gelita mutakhir ini, kita berdoa agar “musim kemarau” yang sedang dialami oleh negara dan bangsa kita akan segera berlalu.

Tags:

July 28 – It came as no surprise when the BN government blamed the global financial crisis on why our foreign direction investment (FDI) has plunged by a shocking 81 percent last year. [...]

Tags:

Oleh Syed Mu’az Syed Putra (The Malaysian Insider) SHAH ALAM, 12 Julai – Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Selangor akan berhadapan dengan krisis air merupakan tuduhan bermotifkan “politik jahat” untuk menghukum rakyat negeri itu, kata pemimpin Pakatan Rakyat Azmin Ali. “Tuduhan tersebut adalah jahat dan saya percaya ia bermotifkan politik untuk [...]

Tags:

Pengerusi Kelab Penyokong Selangor Azmin Ali hari ini mengingatkan kerajaan Pakatan Rakyat supaya jangan mengulangi kesilapan kerajaan persekutuan dalam menguruskan kewangannya. [...]

Tags:

SHAH ALAM, July 12 — Selangor backbenchers chief Azmin Ali lashed out today at Tan Sri Muhyiddin Yassin for accusing the Pakatan Rakyat (PR) state government for mismanaging water in the state. [...]

Tags:

Sebarang usaha untuk mendapatkan perbelanjaan tambahan wajar diasaskan kepada amalan urus tadbir yang baik dan tidak semata-mata kerana kita mampu berbelanja. [...]

Tags:

Parti Keadilan Rakyat condemns the Home Ministry’s (KDN) suspension of Suara Keadilan newspaper as a clear violation of democratic freedoms including freedom of the press and the rights of the opposition. [...]

Tags:

SHAH ALAM: PKR vice-president Azmin Ali claimed today Umno and Perkasa may be the instigators behind the protest by Felda settlers at the party’s office in PJ two days ago. [...]

Tags:

KUALA LUMPUR (JUNE 16) : An opposition leader has taken Prime Minister Najib Tun Razak to task over the proposed relocation of the Sungai Besi air force base in lieu of a development project there. [...]

Tags:

1. Pakej stimulus pertama November 2008 yang berjumlah RM 7 bilion tidak berjaya mencapai high multiplier effect.

§ RM 500 juta diperuntukkan untuk penyelenggaraan dan menaik taraf Pengangkutan Awam. Namun, pengangkutan awam masih lagi tidak efisyen serta bukan menjadi pilihan utama pengangkutan untuk rakyat. Tiga jaringan (lines) pengangkutan awam LRT, Komuter dan Monorail masih belum disepadukan (integrated public transportation services) seperti di New York 80 tahun yang lalu. [...]

Tags: