KENYATAAN MEDIA | 21 JANUARI 2013

Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi pada hari ini yang mendapati bahawa Utusan Melayu (M) Bhd serta ketua editornya, Abdul Aziz Ishak bertanggungjawab terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kemenangan ini bukan sahaja kepada Anwar tetapi untuk badan kehakiman itu sendiri. Keputusan ini merupakan isyarat yang jelas dan nyata bahawa kewartawanan yang kotor tidak akan diberi toleransi oleh mahkamah.

Hari ini merupakan hari yang menentukan kebebasan badan kehakiman. Hakim perlu mempunyai pegangan yang berani dalam membuat penghakiman tanpa perlu mengambil peduli tekanan yang diterima. Oleh itu, saya salut kepada Hakim VT Singham untuk tindakan tegas dan keputusan yang tepat ini.

Pada pendapat peribadi saya dan saya percaya bahawa rakyat seluruhnya, tidak timbul sebarang keraguan mengenai artikel-artikel yang disiarkan oleh media alat Umno pada 17 Januari tahun lepas itu merupakan satu fitnah yang telah dirancang untuk merosakkan reputasi Anwar serta mendedahkan beliau kepada cemuhan dan penghinaan awam. Seperti yang dinyatakan Anwar didalam mahkamah, pemilikan Umno keatas Utusan Malaysia dan penerimaan arahan mereka daripada presiden parti itu bukan lagi rahsia.

Amat memberangsangkan apabila hakim memutuskan bahawa selayaknya Utusan dicemuh kerana gagal mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, saya sendiri merupakan mangsa kepada kewartawanan kotor ini. Turut membuktikan kewajaran penegasan mahkamah bahawa kenyataan Anwar telah diambil di luar daripada konteks sebenar dan sangat jelas dalam wawancara BBC tersebut kelulusan aktiviti LGBT melalui undang-undang tidak disebut oleh Anwar.

Saya menyeru Utusan dan media yang dikawal UMNO-BN yang lain untuk menghentikan serangan karakter yang sangat keji dan jahat terhadap Anwar serta sedar dan perbetulkan kesilapan mereka dan amalkan kewartawanan yang lebih bertanggung jawab mulai saat ini.

Keadilan akan terus ditegakkan.

Mohamed Azmin Ali

Timbalan Presiden

Anwar’s defamation suit against Utusan: Victory for justice

PRESS STATEMENT | 21 JANUARI 2013

The decision by the High Court today in finding Utusan Melayu (M) Bhd and its chief editor Abdul Aziz Ishak liable for defamation against Dato’ Seri Anwar Ibrahim marks a victory not just for Anwar but for the judiciary itself. It is a clear signal that gutter journalism will not be tolerated by the courts.

It is a day of reckoning for judicial independence. Judges must have the courage of conviction to judge without having to look over their shoulders. I therefore salute Justice VT Singham for this bold but indeed correct decision.

For me personally and I believe for the rakyat as a whole, there was never any doubt that the articles published by the Umno mouthpiece on Jan 17 last year were defamatory and calculated to damage Anwar’s reputation and exposed him public ridicule and scorn. Indeed as Anwar had testified in court, it is no secret that Utusan Malaysia is Umno-owned and that it takes orders from the party’s president.

It is heartening that the judge had seen it fit to censure Utusan for failing to practise responsible journalism, having been a victim myself of this kind of gutter journalism.

Equally vindicating is the court’s assertion that Anwar’s statement had been taken out of context and that it was crystal clear that in the BBC interview that Anwar did not say that LGBT activities should be legalized.

I call on Utusan and other UMNO-BN controlled media to stop the vicious and sinister character attacks on Anwar and to realize and mend the errors of their ways and practice more responsible journalism henceforth.

Let justice continue to prevail.

Mohamed Azmin bin Ali

Deputy President

Kenyataan Khairy Jamaluddin yang dipetik oleh Sinar Harian[1] menyebut bahawa “beliau tidak menarik balik kenyataannya berkenaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetapi cuma berkata apa yang dipetik itu tidak betul dan tidak tepat”.

Seterusnya, beliau juga cuba memberi gambaran seolah-olah Dato’ Seri Anwar memohon perkara itu diselesaikan di luar mahkamah kerana bimbang dengan perbicaraan penuh.

Kedua-dua kenyataan ini bukan sahaja angkuh dan satu pembohongan, ia juga bertentangan dengan syarat penyelesaian ( Settlement Terms ) yang dimeterai di dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh kedua-dua pihak pada 16 Januari 2013. Tindakan Khairy yang memutar belitkan persetujuan beliau sendiri di hadapan hakim boleh dikira menghina mahkamah.

Syarat penyelesaian menyebut seperti berikut:

“Since the defendant (Khairy Jamaluddin) is now prepared to say that he did not say the offending words as opposed to the position taken earlier, the matter ends there and stands resolved.”

Khairy dan Pemuda UMNO sebelum penyelesaian ini bertegas bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah “pengkhianat perjuangan Melayu” dan “boneka Amerika Syarikat dan Yahudi”.

Malah, dalam transkip ucapannya yang menjadi bahan kes di mahkamah, secara jelas beliau menyebut perkara-perkara ini.

Muka surat 10 transkrip ucapan yang dikemukakan dalam mahkamah:

“Tuan-tuan, saya balik daripada Ijok, saya dengar dengan telinga saya sendiri, keluar dari mulut pemimpin Melayu di ijok, daripada Anwar Ibrahim, yang mengatakan bahawa kita tak perlu lagi ada Dasar Ekonomi Baru, kita tak perlu lagi membantu orang Melayu.

Sekarang ini Anwar sudah masuk kawasan-kawasan kaum Tiong Hwa. Dia kata kita nak bina sekolah Cina, tak payah lagi ada Dasar Ekonomi Baru dan sebagainya.

Tuan-tuan, sudah jadi macam ini, sudah sampai satu tahap di mana ada pemimpin Melayu yang sanggup menggadaikan kehidupan kita oleh kerana politiknya.”

Bukan sahaja beliau menuduh Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggadaikan kehidupan orang Melayu, Khairy juga mengapi-apikan sentimen perkauman dengan membina kebencian terhadap pendidikan Cina yang cukup rapat dengan masyarakat Cina di negara ini.

Muka surat 11 transkrip ucapan Khairy yang dijadikan bahan kes di mahkamah pula menyebut:

“Pilihanraya yang akan datang adalah masa depan kita, adalah perjuangan kita. Adakah kita sanggup memberi laluan kepada Anwar yang menjadi boneka kepada Amerika? Yang menjadi boneka kepada Yahudi? Adakah kita sanggup memberi laluan kepada PAS yang sanggup menggadaikan khazanah asli bumi bertuah Malaysia ini kepada rakyat asing?

Dari transkrip ucapan yang menjadi rujukan kes saman di mahkamah, adalah jelas bahawa Khairy memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan menghina perjuangan PAS. Dakwaan Khairy bahawa kenyataan beliau disalah lapor oleh media, seperti yang dinyatakan kepada Sinar Harian adalah tidak benar, kerana prosiding perbicaraan mahkamah merujuk kepada transkrip ucapan beliau yang disediakan oleh peguam UMNO sendiri dan bukannya mana-mana laporan akhbar.

Oleh sebab itulah, syarat penyelesaian secara jelas menegaskan bahawa kes ini ditamatkan apabila Khairy bersedia menukar pendirian awalnya mengenai fitnahnya terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Pendirian awalnya yang memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat perjuangan Melayu dan boneka Amerika Syarikat dan Yahudi terkandung dalam transkrip ucapan Khairy pada 1 Ogos 2007.

Oleh yang demikian, apabila beliau menukar pendirian awalnya, ia bermakna beliau menarik balik fitnah tersebut yang terkandung di dalam ucapannya dan kempen UMNO sebelum ini.

Kenyataan – kenyataan susulan Khairy yang angkuh menggambarkan beliau sedikit pun tidak insaf dan tidak jujur. Beliau lebih rela berbohong daripada berterus terang kepada rakyat bahawa beliau telah menarik balik fitnah yang dibuatnya.

Namun, lebih membimbangkan adalah kenyataan – kenyataan beliau yang berhubung pendidikan Cina di negara ini dan mengaitkannya dengan sentimen perkauman sempit yang melampau.

Perkara ini perlu diberi perhatian serius dan untuk mengelakkan putar belit, Khairy Jamaluddin harus menjelaskan pendirian beliau mengenai institusi pendidikan Cina yang ada di negara ini agar pendirian Pemuda Barisan Nasional dalam hal itu dapat dinilai oleh pengundi-pengundi.

Setelah meneliti kenyataan – kenyataan susulan Khairy selepas dimeterai syarat penyelesaian, saya berpendapat ianya mempunyai unsur – unsur menghina Mahkamah (contempt) yang perlu dirujuk semula kepada Mahkamah.

AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN


17 Januari 2013



Saya merujuk tindakan pengurusan Bank Islam yang menggantung serta-merta perkhidmatan Saudara Azrul Azwa Ahmad Tajuddin dari jawatannya sebagai Ketua Juruekonomi                 (Chief Economist) ekoran pandangan yang dibuat mengenai senario keputusan PRU – 13 yang pastinya menjadi perhatian pelabur dan pengurus dana antarabangsa.

Tindakan tergesa-gesa oleh pengurusan Bank Islam itu meninggalkan kesan yang buruk kepada profesionalisme sektor korporat dan pengurusan institusi kewangan, terutamanya yang dikawal oleh kerajaan.

Dari pengamatan saya, Saudara Azrul Azwa membentangkan hujah-hujah beliau yang memberikan beberapa senario sebagai kemungkinan keputusan pilihanraya. Senario-senario ini adalah berdasarkan analisa beliau. Saya berpandangan, analisa yang diberikan itu adalah satu pendapat profesional yang didasarkan kepada angka-angka yang boleh dipertahankan.

Sewajarnya sektor korporat Malaysia menggalakkan pengurusan tertingginya supaya bertindak secara objektif dan bebas, asalkan mereka dapat mempertahankan keputusan yang diambil secara empirikal dan rasional. Keyakinan pelabur kepada syarikat-syarikat besar negara, terutamanya GLC yang dikawal kerajaan, banyak bergantung kepada budaya kerja profesional dan amalan tata kelola yang dipamerkan oleh pengurusan syarikat-syarikat ini.

Oleh sebab itu, tindakan tergopoh – gapah menggantung Saudara Azrul Azwa membayangkan ada tekanan politik agar tindakan tersebut diambil. Kenyataan Saudara Azrul Azwa bahawa beliau bersimpati dengan ketuanya yang terpaksa berhadapan dengan tekanan politik susulan peristiwa ini mengesahkan wujudnya campur tangan politik di dalam pengurusan Bank Islam dan GLC yang lain.

Maka, saya menggesa Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan untuk menghentikan serta merta campur tangan dan tekanan politik terhadap pengurusan Bank Islam supaya mereka boleh berkhidmat secara profesional dan bebas.

Saya juga menyarankan supaya pengurusan Bank Islam membatalkan penggantungan perkhidmatan Saudara Azrul Azwa memandangkan tindakan Bank Islam memberi gambaran institusi ini tidak menghargai profesionalisme dan kebebasan minda yang diamalkan oleh ketua juruekonominya sendiri.

AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN
17 Januari 2013