Salutations,

Assalamualaikum and a very good morning

Thank you for inviting me to witness the signing of the MoU between PKNS, Raudhah City Sdn. Bhd and Saudi BinLadinGroup.

Valued at more than RM12 billion and totaling 533 acres, this will indeed be a huge project and it is hoped that today’s signing will mark the start of a fruitful joint venture initiative among three established organizations and a major milestone in creating holistic development to Selangor.

Once the project materializes, the State of Selangor will be proud to have the first contemporary Islamic city in Southeast Asia. I believe this modern Islamic concept gives a new impetus to holistic development and strengthens the branding of PKNS as akey player in the real estate industry.

I applaud both Raudhah City Sdn Bhd and Bin Laden in incorporating the adaptation of four pillars consisting of Shari’ah, Safe, Smart and Sustainable as the concept mold in achieving Islamic township excellence in Malaysia.

To my mind, this concept will fashion a new dimension of Islamic township and spark a fresh approach in city lifestyle.

We must examine what we really mean by “the first contemporary Islamic city in Southeast Asia” because labels alone could at best show only form without telling us the substance. I take great interest in the concept of “holistic development” taking into consideration that the State of Selangor is multi-racial and multi-religious.

My administration places great importance on communal goodwill and harmony and will always encourage developments that foster inclusiveness. We have seen how the tendency to view one’s community as exclusive can lead to communal tensions and even violence. This Islamic city must therefore lead the way in proving that being Islamic has nothing to do to with being exclusivist, racist, extremist or violent.

As a multiracial and multi-religious society, Selangor under myadministration, will demonstrate that the concept of justice and moderation as enjoined by the Qur’an and the Sunnah shall prevail at all times. Yes, there will be negative elements and detractors who will be ever ready to undermine our efforts but collectively, if all the communities join hands, we will remain strong and united.

In this regard, the project must demonstrate its capability in developing products and services that will appeal not just to Muslims but to other communities as well. That is my understanding of holistic development: all encompassing, inclusive, reaching out and forging harmony in diversity.

Kewujudan “Bandar Raudhah” ini adalah satu langkah ke hadapan dalam menyuburkan tamadun dan peradaban Islam. Dalam sejarah Islam sendiri, Madinah merupakan titik permulaan pembinaan negara Islam sejak 1,436 tahun lalu di mana di sinilah bermulanya Darul Islam dan Islam sebagai Ad-din (the way of life) yang meliputi aspek kerohanian, sosial, politik, dan ekonomi.

Masyarakat yang bertamadun, adalah masyarakat yang memiliki seluruh tingkat kemajuan kehidupan yang meliputi aspek spiritual dan material di mana Islam telah membekalkan asas-asas yang kukuh dan sumber yang mantap untuk manusia membina tamadun.

Islam mementingkan kesederhanaan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW, nabi junjungan kita. Dalam konteks negara ini, atas dasar kesederhanaan ini, Islam tidak dilihat sebagai satu agama yang menindas atau membenci agama lain, justeru ia diterima secara harmoni oleh penganut agama-agama lain dalam kehidupan kita yang berlatarkan masyarakat majmuk.

Pengenalan prinsip syariah misalnya dalam industri perbankan dan perhotelan telah diterima baik bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Islam, bahkan bukan Islam. Sesungguhnya syariah ini adalah sesuatu yang dituntut terhadap semua orang dan kita perlu berusaha untuk mencapainya. PKNS sendiri sebagai sebuah perbadanan yang sudah wujud begitu lama, tidak ketinggalan dalam usaha ini untuk mengangkat tinggi prinsip syariah di mana rangkaian Hotel De Palma merupakan hotel patuh syariah pertama di Malaysia walaupun pada awalnya ramai yang skeptikal akan kemampuan industri perhotelan untuk mematuhi prinsip syariah ini.

The project should become a trendsetter for an innovative city but to translate that into reality requires close and smart cooperation among all parties. More importantly, if the holistic concept is fully realized, I am confident this project will bring lasting benefit tothe community at large.

I would also like to see that adequate thought has been given to ensuring this will also be an environmentally sound project. Islam enjoins respect for the environment while enhancing the esthetic dimension of our living conditions.

We are hopeful that this collaboration would inspire more joint initiatives and innovative activities in the future for Selangor Science Park 2 and take Selangor development to even greater heights.

Last but not least, I must express my sincere appreciation to PKNS, Raudhah City Sdn. Bhd and Saudi BinLadin Group for their serious commitment to initiate this joint venture and further boost the diversity of township models in Selangor.

Thank you.

22 Januari 2015

1. Kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat bersama di Majlis Pecah Tanah Rumah Selangorku Idaman PKNS Kota Puteri pada pagi ini.

2. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kekurangan rumah yang mampu dimiliki bukan sahaja menekan golongan berpendapatan rendah; tetapi juga golongan menengah di bandar. Berdasarkan data NAPIC (National Property Information Centre), semenjak 2011, harga rumah telah meningkat di antara 9.96% kepada 12.3% setiap tahun. Keadaan ini bertambah rumit apabila lonjakan harga rumah lebih besar daripada kenaikan gaji dan upah. Hal ini menyebabkan keupayaan memiliki rumah akan terus menjadi isu utama.

3. Harga rumah di pasaran hari ini menjadi semakin mahal untuk graduan muda dan golongan berpendapatan menengah. Mereka terpaksa menyewa rumah atau bilik di bandar atau membeli rumah di pinggir bandar. Ini akan menyumbang kepada isu baru iaitu urban poverty and unsustainable urban living environment. Maka; keperluan membina rumah mampu milik semakin mendesak.

4. Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa inisiatif untuk memenuhi permintaan perumahan mampu milik termasuk keperluan untuk memperkenalkan beberapa skim pemilikan rumah.

5. Kesan usaha ini akan dilihat dalam satu tempoh jangka panjang; tetapi yang penting ialah untuk menjamin kelangsungan dasar dan kemampanan program (continuity and sustainability) untuk setiap usaha bagi menjamin sosio ekonomi rakyat, taraf kehidupan yang lebih tinggi dan kehidupan yang berkualiti (quality of life).

6. Oleh yang demikian, melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan penyertaan pihak swasta, Kerajaan Negeri Selangor komited untuk menjadikan pembangunan perumahan mampu milik sebagai teras utama pakej rangsangan ekonomi Negeri Selangor bagi tahun 2015.

7. Pelaksanaan GST dalam Suku Tahun Pertama 2015 akan pasti memberi kesan kepada industri hartanah di negara ini. Selangor harus bersedia menghadapi kemungkinan kegawatan ekonomi dengan memberi fokus kepada pembangunan yang dapat menjana aktiviti ekonomi, meningkatkan disposable income, dan meneruskan program – program kebajikan dan sosio ekonomi bagi mengurangkan kesan perlaksanaan GST.

8. Saya memberi jaminan kepada rakyat Negeri Selangor bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak melupakan mereka khususnya golongan berpendapatan rendah dan golongan menengah. Kerajaan Negeri Selangor akan terus mendokong dasar peduli rakyat dan menjamin kebajikan setiap rakyat Selangor dan keluarga mereka. Langkah – langkah penjimatan dan belanja berhemah akan diperketatkan.

9. Trend pasaran hartanah dalam tahun 2015 yang menjurus kepada harga yang lebih mahal ekoran kenaikan harga kos bahan binaan pastinya merupakan cabaran baru kepada Kerajaan Negeri khususnya PKNS. Kita perlu mencari konsep pembangunan yang baru melalui kaedah cost efficiencyfinancial Innovation and convergence of design bagi mencapai hasrat sustainability dan impak positif dalam menangani masalah perumahan mampu milik khususnya di kalangan generasi muda. Namun begitu, saya yakin dan percaya dengan penggunaan teknologi pembinaan yang moden serta pembangunan di lokasi yang strategik seperti Kota Puteri, Kerajaan Negeri mampu memberikan nilai aset yang terbaik untuk dimiliki oleh rakyat.

10. Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan harga rumah mampu milik yang dimajukan oleh PKNS akan terus kekal dengan harga tidak lebih daripada RM 250,000.

11. Demi melunaskan tanggungjawab menyediakan perumahan untuk rakyat, Kerajaan Negeri mengalu – alukan penglibatan para pemaju hartanah swasta untuk terlibat dengan agenda Kerajaan Negeri yang mensasarkan pembangunan 15,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh 3 tahun. Pelbagai insentif telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dalam Dasar Rumah Selangorku termasuk diskaun premium tanah serta pengecualian caj pemajuan untuk melonjakkan lagi usaha yang berterusan.

12. Kerajaan Negeri juga sedang melihat kaedah pelaksanaan bagi mempermudahkan rakyat khususnya golongan muda untuk memiliki rumah mampu milik melalui konsep sewa – beli.

13. Melalui konsep sewa – beli ini, para penyewa boleh memiliki kediaman yang disewa selepas beberapa tahun membayar sewaan yang kemudiannya secara automatik bertukar menjadi deposit bagi memiliki kediaman tersebut. Ini secara tidak langsung mendidik para penyewa agar berdisiplin dalam aspek pengurusan kewangan dan pembayaran bulanan dengan motivasi bakal memiliki sebuah kediaman yang selesa untuk keluarga.

14. Projek Town House, Rumah Selangorku Idaman PKNS di Kota Puteri ini diyakini dapat melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial di kawasan sekitar Kota Puteri. Ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk mewujudkan pertumbuhan dan pembangunan baru di kawasan – kawasan tumpuan di luar Lembah Klang dan membangunkan Negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang kosmopolitan, maju dan sejahtera.

15. Inilah tekad dan hasrat kita. Mudah – mudahan, kita mampu merealisasikannya dan projek ini dapat disiapkan demi kesejahteraan rakyat. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya melancarkan Majlis Pecah Tanah Projek Rumah Selangorku Idaman PKNS, Seksyen 5, Kota Puteri.

Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga dan para sahabat Baginda. Alhamdulillah, kita dapat sama – sama berarak dan berhimpun pada pagi ini bagi meraikan Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Peringkat  Daerah Gombak 1436H.

Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pelaksana yang dipelopori oleh Pejabat Agama Islam Daerah Gombak serta Pejabat Daerah Gombak dengan kerjasama agensi – agensi Kerajaan peringkat Daerah Gombak kerana berjaya melaksanakan majlis yang cukup bermakna kepada kita semua, khususnya buat umat Islam di negara ini.

Sambutan Maulidur  Rasul seperti ini tidak pernah wujud pada ketika Zaman Rasulullah S.A.W., Zaman Khalifah dan pada zaman dinasti awal Islam. Walaubagaimanapun,  akibat berlakunya kelonggaran dalam penghayatan ajaran Islam yang dianjurkan oleh Rasululah S.A.W., maka pada abad ke-7 Hijrah, Raja Irbil , Sultan Muzhaffaruddin al – Kaukabri yang merupakan kekanda ipar kepada Sultan Salahudin al – Ayubi telah mengadakan majlis sambutan kelahiran Rasulullah S.A.W. atau Sambutan Maulidur Rasul.

Memandangkan tindakan Sultan Al – Muzhaffar ini telah diiktiraf oleh para ulama pada zaman itu, maka perayaan ini tidak dianggap sebagai satu bid’ah seperti dakwaan beberapa kelompok tertentu dalam masyarakat Islam kini. Selain Kerajaan Irbil, Kerajaan Fatimiyyah di Mesir turut menganjurkan perayaan Maulidur Rasul demi memperkukuh syiar Islam di bumi Mesir.

Rasulullah S.A.W. adalah insan kamil pilihan Allah S.W.T. sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Ajarannya telah sempurna seperti yang diungkap dalam firman Allah SWT:

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmatku bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu.”

(Surah al-Ma’idah: 3)

Umat Islam pada hari ini perlu meneladani ajaran Islam yang dibawakan oleh Rasulullah S.A.W. dan tidak bertaklid dengan mana – mana ajaran yang bertentangan dengan risalah Baginda Muhammad S.A.W. Ini termasuklah fenomena yang dibawa oleh golongan inkar al – Sunnah ; mengamalkan ajaran – ajaran sesat yang bertentangan dengan doktrin tauhid dan kerohanian Islam serta pelanggaran  hak asasi manusia (HAM) yang jelas berlawanan dengan Piagam Karamatul Insan (kemulian insan) seperti yang telah diisytiharkan oleh Rasulullah S.A.W. dalam khutbah Hujjatul Wada’, tidak lama sebelum kewafatan Baginda.

Ajaran yang terkeluar daripada landasan Islam ini akan menyebabkan keruntuhan akhlak dalam pelbagai bentuk termasuk kerendahan akal budi pemimpin, amalan rasuah, salah guna kuasa, ketidakadilan institusi perundangan, pemimpin yang tidak amanah dan kebejatan moral. Jika gejala seperti ini berterusan maka negara akan kembali terheret ke arah Zaman Kegelapan ; kemiskinan, tahap pendidikan yang rendah serta sistem perbandaran yang mundur.

Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor pada tahun ini menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul dengan tema “Kesederhanaan Dikekalkan Ekstrimisme Dilawan”. Menjadi harapan Kerajaan Negeri agar tema ini dijayakan demi hasrat dan cita – cita murni rakyat yang mendambakan Negeri Selangor sebagai sebuah Negeri yang kospomolitan, maju dan damai.

Sesungguhnya Islam adalah agama rahmatan lil ‘alamin (rahmat untuk seluruh alam), agama damai (al – salam), bukan agama perseteruan dan kebencian (al’adawah wal baghda’) serta bukan agama kekerasan dan keganasan (al – ghilzah dan al’unf). Islam juga sangat menganjurkan prinsip wasatiyyah (kesederhanaan) yang menepati pesanan Al – Quran dan As Sunnah. Oleh kerana itu, penting ditegaskan tekad dan pendirian kita untuk menolak sebarang bentuk eksrimisme (ketaksuban) agama dan bangsa kerana kedua – duanya adalah bertentangan dengan risalah Islam bawaan Junjungan besar Muhammad SAW.

10.  Firman Allah SWT:

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.

(Surah al – Baqarah: 143)

Peristiwa tragis di Pejabat Akhbar Satira Charlie Hebdo di Paris minggu lalu membuktikan kemunculan golongan neo – Khawarij yang bukan sahaja berada di dunia Islam tetapi juga sudah merebak ke dunia Barat. Khawarij sebagai satu firqah (kumpulan kecil) yang wujud dalam sejarah Islam dan ia telah dikategorikan oleh jumhur ‘ulama sebagai kelompok ganas dan extremis dalam pendekatan dakwah yang bertentangan dengan risalah Islam. Dalam hal ini, Kerajaan Selangor telah menyatakan pendirian dengan tegas bahawa keganasan atas nama agama tidak dapat diterima sama sekali meskipun usaha menangani keganasan hendaklah berlaku secara adil oleh semua pihak.

Namun begitu, kita juga ingin mengingatkan Dunia Barat untuk menghentikan sebarang bentuk provokasi terhadap junjungan besar Muhammad S.A.W. kerana ia boleh mencetuskan kemarahan dan membangkitkan emosi umat Islam. Kita harus mengambil iktibar daripada pandangan beberapa tokoh sarjana Kristian di Barat  seperti John Esposito, John O. Vall, Hans Kung, Karen Amstrong dan lain – lain yang menganjurkan supaya diwujudkan “Global Ethics”  bagi mengurangkan ketegangan agama di dunia Islam dan barat.

Oleh yang sedemikian, Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul di Negeri Selangor dengan kepelbagaian program yang dapat menyantuni minda dan jiwa masyarakat Islam, bahkan juga masyarakat bukan Islam. Kita akan meneruskan pendekatan dakwah yang lebih ceria dengan pengisian ilmu dan tarbiyyah serta pendekatan yang lebih komprehensif dan berkesan.

Adalah diharapkan agar semangat Maulidur Rasul yang disambut pada hari ini dapat menyemaikan rasa mahabbah (kasih dan cinta) kita yang berterusan dan berkekalan untuk junjungan besar Muhammad S.A.W. dengan penuh keikhlasan.  Marilah kita sama – sama berdoa agar seluruh umat Islam memperolehi shafa’at dan barakahnya di dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Oleh yang sedemikian, dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim, marilah kita bersama – sama menyempurnakan upacara perasmian Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Gombak bagi tahun 1436H /2015M.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah,

Wassalamu’alaikum warrahmatullahi wabarakatuh.

1. Alhamdulillah, kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan izinNya, kita dapat berhimpun pada pagi ini bagi menjayakan Majlis Perasmian Sistem Pengurusan Hakmilik Strata Berkomputer ( e – Strata ) dan Secured Land Management System (SELAMAT), Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor. Ini adalah satu lagi usaha Kerajaan Negeri untuk menambahbaik perkhidmatan dan sistem penyampaian untuk pelanggan – pelanggan dan rakyat Negeri Selangor selaras dengan dasar Kerajaan Negeri yang mahu pembangunan yang berkualiti dan peduli rakyat.

2. Sebagai sebuah negeri yang maju, pembangunan berstrata merupakan satu konsep pembangunan perumahan yang berkembang pesat untuk menyediakan kemudahan kediaman bagi semua peringkat rakyat.

3. Sehingga Disember 2014, Selangor mencatatkan hakmilik strata sebanyak 441,564 petak daripada 7993 skim pemilikan strata. Ini merupakan bilangan tertinggi di Malaysia berbanding Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 276,812 petak dan Pulau Pinang memiliki 223,677 petak.

4. Beberapa pindaan yang dibuat ke atas Akta Hakmilik Strata sebelum ini, masih gagal menyelesaikan beberapa masalah urus tadbir yang melibatkan hakmilik strata. Antara masalah yang dihadapi oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor adalah tindakan penguatkuasaan strata tidak dapat dilakukan kerana Akta Hakmilik Strata (A1290) yang berkuatkuasa hari ini tidak menyediakan apa – apa peruntukan perundangan bagi melaksanakan penguatkuasaan ke atas pemaju yang gagal dan enggan memohon hakmilik strata yang melibatkan bangunan yang siap dibina. Dalam menghadapi masalah ini, Jabatan Ketua Pengarah dan Tanah Galian Persekutuan (JKPTG) kini dalam usaha untuk menguatkuasakan peruntukan baharu pada Akta Hakmilik Strata yang membolehkan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan.

5. Selain itu, pengurusan pemilikan petak hakmilik strata yang dilantik sebagai Ahli Perbadanan Pengurusan (MC) tidak mampu mengurus dan mengawal selia bangunan kediaman dengan baik. Ini kerana pemilik – pemilik petak kurang pengetahuan dalam mengurus hal ehwal yang melibatkan bangunan berstrata. Justeru itu, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian serta Pejabat Tanah dan Daerah bakal menjalankan usaha bagi menambah kefahaman pemilik – pemilik petak hakmilik strata ini.

6. Kerajaan Negeri juga menghadapi kekangan mengutip hasil kerana tunggakan pembayaran cukai tanah daripada pemilik – pemilik petak yang melibatkan bangunan berstrata tidak dapat dikutip sepenuhnya oleh Perbadanan Pengurusan (MC) berdasarkan petak – petak yang ada di dalam lot tanah yang terlibat. Ini juga akan menyukarkan sebarang urusan pindahmilik serta lain – lain urusan di Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pejabat Tanah dan Daerah di Negeri Selangor di masa yang akan datang.

DSC_0211

7. Pertambahan hakmilik strata pada setiap tahun menyebabkan urusan yang melibatkan hakmilik strata juga meningkat. Ini adalah cabaran yang perlu ditangani oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pejabat Tanah dan Daerah seluruh Negeri Selangor. Saya ingin merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Pengarah Tanah dan Galian Selangor serta pegawai – pegawai yang telah berjaya membangunkan satu sistem yang terulung di Malaysia yang melibatkan urus tadbir hakmilik strata yang selamat dan efisien untuk memantapkan sistem penyampaian.

8. Alhamdulillah, Sistem e – strata telahpun diwartakan secara keseluruhan pada 2 Januari 2015 oleh Jabatan Peguam Negara. Ini adalah satu pengiktirafan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang responsif dan proaktif terhadap keperluan rakyat. Sistem e – Strata ialah Sistem Pendaftaran Hakmilik Strata secara berkomputer bagi memenuhi keperluan pihak awam yang berorientasikan customer – focused services.

9. Pada tahun 2014, Pejabat Tanah dan Galian Selangor telah menerima sebanyak 112,330 perserahan pindahmilik urusniaga dan bukan urusniaga yang melibatkan hakmilik strata berkomputer, berbanding pada tahun 2013 sebanyak 47,394 perserahan pindahmilik. Jumlah ini menunjukkan peningkatan yang amat drastic dan pengwujudan sistem e – strata yang berkonsepkan urus tadbir tanah secara berkomputer ini, diharapkan dapat membantu mempercepatkan dan melancarkan lagi semua urusan yang melibatkan hakmilik strata di Negeri Selangor.

10. Kerajaan Negeri juga akan sentiasa memastikan Sistem e – Strata ini ditambahbaik agar ianya boleh digunapakai selaras dengan pindaan Akta Hakmilik Strata 2013 dan peraturan – peraturan serta akta – akta lain yang sedang berkuatkuasa.

11. Untuk itu, saya juga ingin menyarankan di sini supaya Pejabat Tanah dan Galian Selangor mendaftarkan Sistem e – Strata sebagai harta intelek Negeri Selangor di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia bagi melindungi isi kandungan dan komponen – komponen lain yang berkaitan dengan sistem berkenaan.

12. Secara keseluruhannya, Sistem e – Strata ini mampu membantu Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan pentadbir tanah daerah untuk mengurus maklumat hakmilik strata secara sistematik, meningkatkan kecekapan urusan di masa hadapan dan seterusnya dapat memberi kepuasan kepada semua pelanggan, terutamanya bagi urusan pengeluaran hakmilik strata. Di samping itu juga, ianya dapat membantu meningkatkan jumlah kutipan hasil Negeri Selangor bagi urusan berkaitan hakmilik strata.

13. Pagi ini juga, kita akan melancarkan Sistem SELAMAT, atau Secured Land Management System. Sistem SELAMAT adalah sistem yang dibangunkan berasaskan teknologi biometric sepenuhnya yang melibatkan penggunaan cap jari dan MyKad. Pembangunan sistem ini mampu memberikan impak yang besar dalam mewujudkan sistem tadbir urus tanah yang lebih selamat dan berintegriti dalam mengekalkan kepercayaan dan keyakinan rakyat serta para pelabur terhadap pentadbiran tanah dalam menangani isu – isu penipuan.

14. Pembangunan Sistem SELAMAT ini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama bersepadu dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Objektif utamanya adalah bagi memastikan prosedur perserahan suratcara dan pendaftaran serta urusan kerja yang berkaitan tanah dipatuhi dan sentiasa dikemaskini.

15. Saya berharap pengwujudan Sistem SELAMAT ini menjadi salah satu mekanisme keselamatan terbaik bagi mengelakkan Kerajaan Negeri mengalami kerugian dalam menyelesaikan kes kes penipuan serta fraud yang melibatkan pendaftaran urusan Hakmilik Tanah di negeri ini.

16. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Dato’ Kamarulzaman Bin Jamil, Pengarah Tanah dan Galian Selangor, warga kerja Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor serta seluruh Jabatan yang terlibat dalam membangunkan Sistem Pengurusan Hakmilik Strata Berkomputer (e – Strata) dan Sistem SELAMAT di Negeri Selangor. Semoga sistem ini dapat memberi kebaikan dan manfaat kerpada pelanggan yang berkaitan dengan urusan pentadbiran tanah di Negeri Selangor.

17. Dengan ini, marilah kita bersama – sama menyempurnakan pelancaran Sistem Pengurusan Hakmilik Strata Berkomputer (e-Strata) dan Secured Land Management System (SELAMAT) oleh Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor.

Sekian, terima kasih.