Archive for September, 2009

Insya Allah, saya akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempena Eidul Fitr di Perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak & DUN Bkt Antarabangsa. Majlis ini adalah anjuran bersama sahabat saya YB Amirudin Shari, ADUN Batu Caves. Saya ingin menjemput pengunjung blog saya, teman-teman facebook, kenalan, sahabat handai dan seluruh rakyat Gombak dan Bukit Antarabangsa untuk meraikan [...]

Pada tahun ini, saya dan Shida serta anak-anak menunaikan Solat Eidul Fitr di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang. Kami sekeluarga menyambut Eid pada hari pertama bersama bonda saya di Kampong Klang Gate Baru, Hulu Kelang. Ibu saya sudah menyediakan hidangan kesukaan saya iaitu lontong dan rendang istimewa. Saya turut bersama dengan Ahli-Ahli [...]

Saya terharu menerima ucapan Eidul Fitr dari kenalan dan rakyat sebagai tanda ingatan persahabatan dalam perjuangan yang murni ini. Saya ucapkan Jazakumullah kepada semua yang mengirim sms, kad ucapan dan juga emel. BlackBerry saya semakin sarat dengan kiriman yang belum terjawab. Saya telah cuba melayani dan menjawab secara langsung sebahagian dari kiriman. Namun saya masih [...]

Syawwal membawa maksud peningkatan. Marilah kita meneruskan budaya Ramadhan dengan memacu amal ibadat kita termasuk qiyammullail, tadarus Al Quran, melakukan sedekah dan membayar zakat serta menggilap roh dan semangat jihad. Syawwal juga menuntut kita untuk menjana program-program kebajikan demi kesejahteraan umat Islam. Justeru itu, marilah kita menyambut Syawwal dengan keinsafan, kesabaran dan kesederhanaan. Eid Mubarak. [...]

Lawatan YB Azmin Ali di kawasan Gombak menjelang Hari Raya Aidilfitri. Laporan khas dibawakan oleh TV Antara PEJABAT YB AZMIN ALI

Sesi Pendengaran Awam Kedua Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban Dan Ketelusan ( SELCAT ) mengenai peruntukan ADUN memasuki hari kedua pagi ini. Semalam, dua orang Pegawai Daerah telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perbelanjaan dan kelulusan peruntukan ADUN-ADUN BN menjelang Mac 2008. SELCAT meminta penjelasan Pegawai Daerah Petaling mengenai perbelanjaan ADUN di bawah pentadbirannya [...]

klik sini untuk galeri gambar Tuanku Sultan Selangor baru sahaja berangkat balik dari Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya untuk fakir miskin dan anak-anak yatim dalam Parlimen Gombak. Atas sifat Ahli Parlimen Gombak, saya turut menyambut keberangkatan Tuanku dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ke majlis ini yang disempurnakan di Masjid Al [...]

Ramadhan sering dikaitkan dengan madrasah ruhhiyah – penyucian jiwa manusia yang mengaku beriman dengan Allah SWT. Maka sewajarnya kita menjadi peserta madrasah yang mengikuti latihan yang cukup ketat dan kurikulum yang mantap ke arah ketaqwaan kepada Allah SWT dan membentuk akhlak yang murni. Ramadhan juga adalah bulan jihad di mana tentera Islam yang dipimpin oleh [...]

Saya menerima banyak sms dan email bertanyakan mengenai simbol tangan dan enam “wristband” yang menjadi lambang di “header” blog saya.’Wristband’ itu mewakili 6 paksi dalam pakej rangsangan ekonomi Negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Saya tulis semula 6 pakej tersebut untuk pengetahuan pengunjung blog saya. 1. Pemulihan dan pembersihan Sungai Klang untuk menjana pembangunan [...]

Tags:

Sistem percukaian penjajah yang menekan petani, pekebun dan nelayan kini disambut oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sempena Ulangtahun ke 52 kemerdekaan negara. Hari ini Kerajaan Pusat mengumumkan kenaikkan harga minyak secara mengejut tanpa mengambil kira keperluan rakyat Malaysia khususnya umat Islam yang bakal menyambut ketibaan bulan Syawal dalam beberapa hari lagi. Dimanakah dasar Satu [...]

Tags: