Archive for November, 2009

Tatkala kami diserang dengan fitnah dan tohmahan, kami dipilih dan diundang oleh Allah SWT untuk menjadi tetamuNya pada tahun ini. Saya dan isteri, Shida bersyukur. Kami sambut seruanNya sebagai tanda kasih kami kepada Allah SWT dan segala kebesaranNya dan juga cinta kami kepada Baginda Rasulullah saw. Perjalanan dengan Saudi Airlines mengambil masa lebih 8 jam. [...]

Tags:

KENYATAAN MEDIA Kenyataan bekas ketua pemuda MIC, Vigneswaran yang mendakwa saya dan isteri memiliki saham bernilai RM 8.5 juta dari tahun 1992 sehingga tahun 1994 adalah tidak berasas sama sekali. Saya belum melihat dokumen yang didakwa oleh Vigneswaran tetapi saya percaya dokumen itu dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengaitkan dengan saya dan isteri saya. Semenjak [...]

Saya tampil untuk mengambil tanggungjawab membahaskan Bajet 2010 Negeri Selangor. Berhati keras berlembut lidah Jangankan pula bertingkah punah Kata disusun mendapat faedah Berbahas pula petua amanah. Perbahasan saya tidak lengkap malahan tidak adil sekiranya saya tidak bermula dengan merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara yang baru dibentangkan di Parlimen dalam Sesi Bajet 2010. Tahniah kepada [...]

Pendahuluan Bajet 2010 masih bergelut dengan defisit yang ditanggung oleh Kerajaan lebih satu dekad yang lalu. Bajet ini menjurus ke arah memelihara segelintir orang kaya dan meminggirkan rakyat terbanyak. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Pusat amat lemah dalam pengurusan ekonomi. Walaupun ada sedikit imbuhan untuk rakyat, namun rakyat terbanyak terus melihat khazanah negara dipunggah oleh pimpinan [...]