Rakyat Didahulukan, Harga Minyak Dinaikkan
Sistem percukaian penjajah yang menekan petani, pekebun dan nelayan kini disambut oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sempena Ulangtahun ke 52 kemerdekaan negara. Hari ini Kerajaan Pusat mengumumkan kenaikkan harga minyak secara mengejut tanpa mengambil kira keperluan rakyat Malaysia khususnya umat Islam yang bakal menyambut ketibaan bulan Syawal dalam beberapa hari lagi. Dimanakah dasar Satu Malaysia – Rakyat Didahulukan ? Nyata ianya adalah retorik politik. Sikap buas dan nafsu amarah penjajah sehingga mencetuskan kemarahan rakyat lalu bergabung tenaga dan bersatu untuk bangun menentang kezaliman penjajah lantaran memerdekakan bumi Malaysia ini akan berulang lagi dengan penentangan kuat terhadap dasar UMNO dan BN yang tidak peduli keperitan hidup rakyat Malaysia.
Kenaikkan mengejut ini pastinya membawa impak besar ke atas harga barangan keperluan harian. Permintaan di pasaran yang meningkat pada musim perayaan akan mendesak pengusaha untuk mengambil kesempatan dan menaikkan harga barangan keperluan lantaran menambahkan lagi beban rakyat yang sudah sememangnya berat ekoran kelembapan ekonomi negara masa kini.
Rakyat disajikan dengan petrol RON 95 yang kononnya lebih murah dan sebagai bahan bakar alternatif kepada RON 97. Hakikatnya rakyat dipaksa berpuas hati dengan petrol yang kurang berkualiti dan boleh mencemarkan alam sekitar. Rakyat yang ingin menggunakan petrol RON 97 pula terpaksa membayar 25 sen lebih daripada harga sebelum ini bagi mendapatkan kualiti pembakaran petrol per kilometer yang serupa sebelum ini.
PETRONAS dalam kenyataan media pada tahun 2008 telah mendedahkan bahawa sejumlah RM 270 bilion telah dibayar oleh PETRONAS kepada Kerajaan Pusat dalam tempoh lima tahun yang lalu dalam bentuk royalti, dividen dan cukai. Jumlah yang besar ini sewajarnya dimasukkan dalam ‘consolidated account’ atau Akaun Yang Disatukan untuk dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia melalui projek-projek pembangunan seperti meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, pendidikan dan kesihatan. Namun, amat malang sekali, berbilion ringgit berlegar hanya di kalangan pemimpin elit dan bangsawan UMNO serta kroni mereka. Rakyat berhak untuk mendapat maklumat bagaimana wang ini dibelanjakan.
Bagaimana nasib rakyat Malaysia ? Apakah pemimpin UMNO dan BN mempunyai iltizam untuk membawa perubahan demi kesejahteraan rakyat ? Slogan Satu Malalysia – Rakyat Didahulukan hanya manis dibibir pemimpin elit UMNO dan juak-juak mereka sahaja termasuk RTM dan TV 3.
Realitinya ialah pemimpin UMNO dan BN semakin buas dan liar. Tatkala rakyat semakin terhimpit kehidupan mereka, sang penguasa rakus memunggah hasil mahsul negara untuk memuaskan nafsu amarah mereka. Mereka belum insaf. Skandal PKFZ yang mencecah RM 12.5 bilion masih tidak terjawab, isu mahligai yang dikatakan bernilai RM 27 juta milik pemimpin UMNO Selangor masih gagal disiasat secara bertanggungjawab, Pak Menteri mendapat suapan RM 10 juta dan menggunakan pesawat peribadi syarikat swasta tanpa bayaran tidak disentuh oleh badan yang berwajib. Di manakah keadilan untuk rakyat ?
Seharusnya, Perdana Menteri dengan semangat ingin memecahkan tembok di antara kerajaan dan rakyat, wajar membincangkan perkara ini di Parlimen memandangkan kenaikkan harga petrol ini akan memberi impak kepada seluruh rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah. Saya percaya harga petrol di Sabah dan Sarawak akan jauh lebih tinggi kerana masalah logistik dan pengangkutan di kawasan pendalaman. Pastinya rakyat Sabah dan Sarawak akan terus menderita ekoran dasar UMNO dan BN yang melihat rakyat sebagai musuh mereka. Tembok yang dimaksudkan tidak mungkin roboh andai pemerintah masih bersikap sombong dan membelakangkan kepentingan rakyat dalam agenda ekonomi mereka.
KEADILAN dan Pakatan Rakyat mempunyai komitmen untuk mengangkat agenda ekonomi yang memberikan keadilan dan kesejahteraan untuk rakyat Malaysia.
AZMIN ALI





This post has 11 comments
September 2nd, 2009
ADUN Pakatan Rakyat Perak nekad untuk meneruskan rancangan mereka untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini walaupun pihak polis melarang semua pihak daripada berhimpun di bangunan sekretariat kerajaan negeri.
Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan beberapa ADUN Pakatan mula tiba di bangunan tersebut pada kira-kira jam 8.45 pagi. Turut hadir ialah kira-kira 150 penyokong mereka.
Manakala pihak polis mengadakan kawalan ketat di sekitar bangunan tersebut oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan trak meriam air digunakan untuk menutup pintu belakang.
Polis juga menutup kawasan berpokok di mana ADUN Pakatan mengadakan sidang DUN Mac lalu. Kira-kira 100 anggota polis ditempatkan berkawal di situ.
Pada jam 9.45 pagi, semua wakil rakyat Pakatan dan Speaker V Sivakumar mula berjalan dari pejabat DAP Perak menuju ke bangunan sekretariat. Mereka disertai oleh kira-kira 50 penyokong.
Apabila dihalang oleh pihak polis, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham bertengkar dengan mereka mengenai perintah mahkamah melarang perhimpunan itu diadakan.
“Perintah mahkamah melarang orang awam berada di situ, tetapi tidak menyebut tentang ahli dewan undangan negeri. Adalah salah untuk menghalang ADUN menjalankan tugas mereka…
“Lagi pula, Seksyen 90 Kanun Prosedur Jenayah menyebut perintah tersebut mesti diwartakan,” tegasnya.
Mereka kemudiannya cuba meneruskan perarakan itu tetapi dihalang oleh anggota polis mencegah rusuhan. Ngeh ditangkap pada jam 10 pagi.
Turut ditangkap ialah Stanley Tan, seorang jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, yang dikatakan turut disepak ketika ditahan.
Dia kedengaran menjerit kepada polis: “You nak kerja, kita pun nak kerja.”
Turut ditangkap ialah ADUN Malim Nawar Keshvinder Singh dan ADUN Simpang Pulai, Chang Ming Kai. Tiga lagi yang ditangkap ialah orang awam.
Pada jam 10.20 pagi, ADUN Pakatan dan penyokong mereka berundur semula ke ibupejabat yang terletak di belakang bangunan SUK.
Di situ, Sivakumar memberitahu wartawan bahawa sidang DUN itu akan diadakan di Hotel Heritage dekat situ berasaskan kepada doktrin keperluan.
Manakala Nizar mengecam polis yang didakwanya bertindak keras ketika menangkap tiga ADUN Pakatan dan orang awam.
“Ini bukan yang mulia, tetapi mereka bersikap sedemikian,” kata Nizar.
Difahamkan, Keshvinder tercedera ketika ditangkap dan telah dibawa ke hospital besar Ipoh untuk rawatan.
Kumpulan Pro-BN
Sementara itu, kumpulan kedua – penyokong BN yang memakai baju kuning – juga mula tiba di kawasan tersebut pada kira-kira jam 10 pagi, sambil melaungkan slogan menyokong kerajaan negeri BN, Sultan Perak dan kesucian DUN.
Bagaimanapun, anggota polis bertindak menyeleraikan mereka. Mereka bersurai tetapi sempat menayangkan sepanduk menyokong Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan kerajaan negeri, berhampiran penyokong Pakatan.
Satu daripada sepanduk itu bertulis Dr Zambry dan kerajaan BN adalah pilihan rakyat.
Saksi mendakwa pihak polis bertindak lembut ketika meleraikan kumpulan penyokong BN itu.
Dalam satu lagi perkembangan, peguam Pakatan dijangka memfailkan permohonan di mahkamah pagi ini untuk membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh semalam, melarang sebarang perhimpunan diadakan dalam kawasan sekitar 30m dari bangunan sekretariat.
Perintah diperolehi pihak polis bagi menghalang perhimpunan ADUN Pakatan itu berkuatkuasa dari jam 1 pagi ini hingga 11 pagi esok.
Semalam, Ketua Polis Ipoh, ACP Azisman Alias berkata hanya kakitangan kerajaan yang bertugas di bangunan itu dibenarkan masuk hari ini.
Notis untuk mengadakan sidang hari ini dikeluarkan minggu lalu oleh Speaker Pakatan, V Sivakumar, yang juga ADUN Tronoh.
Speaker BN, Datuk R Ganesan bagaimanapun meminta para ADUN supaya mengenepikannya kerana ia dikeluarkan oleh sumber yang tidak sah.
September 2nd, 2009
ape nak kecoh2 yb, dulu kerajaankn dah ckp bln 9 minyak naikkk
September 5th, 2009
Memang la dah diberitahu, ingat kerajaan nak ubah fikran.
Alasan dulu cakap naikkan minyak sebab nak jdkan RON97 minyak premium sebab tu kena naikkan harga. Klu harga sama mana nak jd premium. Ini alasan 1Malaysia
September 2nd, 2009
yb suruh dato seri masuk putrajaya cepat… BN kan barang naik.
September 3rd, 2009
bole dapat kan kepastian mengenai status rumah yang didirikan di atas jalan di lorong enggang 8 taman keramat tak yb?? takkan tuan rumah tu dapat TOL sedangkan rumah yang dibina di atas jalan raya? kawasan ini di bawah pentadbiran dun yb….kalau sekiranya rumah haram yang dibina ini dapat TOL….saya pasti..ramai yang akan ikut jejak tuan rumah ini yang bina rumah atas jalan raya!!….sila semak rumah yang dibina sebelah no 16 lorong enggang lapan…sudah macam mahligai!!!
TQ
September 3rd, 2009
paklah mantan PM…pernah cakap
“ubah gaya hidup anda”
dulu RON 97 sekarang RON 95…
“Ubah sebelum parah”
September 7th, 2009
salam
we all very proud with u, YB, we all alwayz support you, young generations, not 1Malaysia, but 1PR, Salam Perjuangan …
September 8th, 2009
dulu kata nak naikkan harga RON97 saja, tak bagitau pun nak naikkan harga RON95 sekali.
memang teruk la BN ni.
belia benci BN!!
September 11th, 2009
arrrghhh tdakkkk……..
mcm2 kegilaan KERA jaan niee….
September 26th, 2009
YB kena perjuangkan, moga2 PRU 13 milik kita
Antara isu yg boleh dimainkan:
1. Bonus kakitangan awam yg berijazah dan ke atas tidak diberikan, sungguh memalukan, kata ekonomi bertambah kukuh, tp tiada bonus
2. Jumlah guru2 dan warga pendidik (bukan sahaja cikgu sekolah, malah pensyarah di matrikulasi, maktab, politeknik dll), kenaikan pangkat terlalu lama, dulu daripada DG 41 ke DG 44, mengambil masa 10 tahun, kini menjadi 7 tahun. Tetapi, tempoh itu masih lama, jika dibandingkan dengan kakitangan kerajaan yg lain, means bukan pendidik. Sedangkan pendidikan adalah elemen terpenting untuk mewujudkan sebuah negara yang berdaya saing, maju dan berdaulat. Seharusnya tempoh ini dipendekkan kepada 5 tahun sahaja, automatik DG 41 kepada DG 44, dan DG 29 ke DG 32. Jika ini dapat dicanangkan oleh PR, saya menyakini jumlah pendidikan yg mencecah 300k, akan berpaling tadah. Isu ini telah lama dimainkan, tetapi kerajaan Umeno/Be End masih berdiam diri
3. Seharusnya, mana3 kakitangan awam, tidak kira apa jawatan, jika mempunyai master atau selebihnya, atas inisiatif sendiri, harus diberikan kenaikan tangga gaji. Mereka telah berkorban masa, tenaga dan wang utk meningkatkan ilmu diri, yg juga meningkatkan ilmu dan keefektifab bekerja. Fikir-fikirkan.
Moga diterima …
Any respons?
September 29th, 2009
RON95-RON97 SEMUANYA MENJURUS KEPADA KENAIKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT TIDAK KIRA DIMANA.JANJI MENTERI KATA TIDAK NAIK RON95 KENAPA NAIK JUGA ITU ISU NYA KENAPA ADA DALIH2 LAGI.FIKIR-FIKIRKANLAH WAHAI PUAK2 UMNO/BN