Respon kepada artikel “Apa signifikan keputusan Bagan Pinang”
Saya membaca dengan tekun komen-komen pengunjung blog saya dan juga teman-teman facebook. Sindiran ringkas yang saya lontarkan dalam blog saya bertajuk “Apa signifikan keputusan Bagan Pinang” telah mengundang maklumbalas dari pembaca. Saya merasa terpanggil untuk memberikan respon.
Pakatan Rakyat perlu ‘go back to the drawing board’ dengan membuat post-mortem dan melakukan muhasabah secara adil dan berlapang dada. Memang benar suara rakyat Bagan Pinang yang kecil dari segi jumlah pengundi tidak semestinya mewakili sentimen rakyat Malaysia tetapi Pakatan Rakyat perlu memberikan perhatian serius terhadap suara kecil ini dan tidak melihatnya sebagai keputusan yang terpencil atau isolated case.
Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di peringkat Pusat, Negeri dan Daerah khususnya perlu berpegang teguh dan menjunjung kerangka besar agenda perjuangan Pakatan Rakyat. Pembentukan Pakatan Rakyat adalah diasaskan kepada prinsip dan isu bersama yang antara lainnya termasuk demokrasi, hak asasi manusia, good governance, ketelusan dan pertanggungjawaban, kebebasan sistem kehakiman dan usaha memerangi rasuah.
Apabila kepimpinan memahami dan menghormati prinsip bersama ini maka tidak timbul watak-watak yang cuba menjadi jaguh dalam mempertahankan ideologi dan kepentingan serta agenda peribadi. Keyakinan rakyat akan terhakis apabila melihat pimpinan bercakaran di dada-dada akhbar. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah berulang kali memberikan peringatan kepada pimpinan untuk tidak ‘washing the linen in public’. Media yang dikuasai oleh UMNO dan Barisan Nasional adalah musuh kita. Mereka mengupah ramai ‘spin doctors’ untuk memutar belitkan kenyataan Pakatan Rakyat dan membohongi rakyat. Mengapa segelintir pimpinan Pakatan Rakyat sukar memahami perkara yang semudah ini ?
Penyelesaian yang terbaik ialah melalui semangat muafakat dan ‘consultation’ dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di semua peringkat. Struktur organisasi Pakatan Rakyat juga perlu dimantapkan bukan sahaja di peringkat Pusat tetapi sehingga peringkat Daerah dan Cawangan.
Dasar-dasar Pakatan Rakyat dalam isu-isu penting seperti ekonomi, pendidikan, agama, budaya, keselamatan dan hubungan antarabangsa juga perlu diperjelaskan kepada rakyat melalui majlis-majlis penerangan dan edaran risalah yang menarik dan berfakta.
Pakatan Rakyat dibentuk bukan untuk memperbetulkan UMNO dan Barisan Nasional semata-mata tetapi Pakatan Rakyat perlu menjana perubahan total dan mengangkat agenda reformasi dalam sistem kenegaraan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
Justeru itu, Pakatan Rakyat perlu mengukuhkan pentadbiran dan menambahbaik sistem penyampaian di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Kerajaan Pakatan Rakyat di empat buah negeri ini perlu menjual produk kejayaan mereka atau ‘success story’ menjelang Pilihan Raya Umum ke 13. Keupayaan Pakatan Rakyat mentadbir dan mengurus ekonomi dan permasalahan rakyat di empat buah negeri ini pastinya akan meningkatkan keyakinan rakyat Malaysia untuk membawa Pakatan Rakyat di persada Putrajaya. Insya Allah.
Saya masih yakin bahawa rakyat Malaysia khususnya generasi muda mahu perubahan dan akan mendukung usaha Pakatan Rakyat untuk membina Malaysia Baru yang lebih sejahtera dan makmur untuk semua rakyat Malaysia.
AZMIN ALI





This post has 40 comments
October 12th, 2009
Dear YB:
Why is it that Pakatan Rakyat has not been registered as a Political Party consisting of PKR, PAS, and DAP?
What is the rationale for calling it a coalition when it is not intended to be registered party?
October 15th, 2009
sbb diorg bergabung utk berkuasa, bkn utk membela rakyat….jwpn sng pon nak tanye lg
October 15th, 2009
utk berkuasa?? BN bergabung bukan utk kuasa jgk kah??
Yes dgn murah hatinya ROS meluluskan pendaftaran PR.. TETAPI… there’s a catch, PR will be a single party, means it will be separate entity from PAS PKR & DAP.
Not like BN that consist of Umno, MCA, MIC, PPP, GErakan, SPR, SPRM, PDRM etc etc….
ROS menetapkan perlu ada 7 parti utk bergabung spt BN entity.
soalannya – apa signifikannya undang2 tersebut???
mengapa minima 7 parti? mengapa tak 3 atau 30 parti sbg syarat minima?
soalan itu utk org2 umno jwb… TQ
January 2nd, 2010
dorang bergaduh untuk menambahbaikan pentadbiran la..bukan bergaduh rebut projek kelas F macam umno.projek ada 5 yg berebut satu bahagian..tak dapat cantas mencantas..ish…ish…ish
October 13th, 2009
Tidak mengapa kalau kalah. Sudah menjadi adat kalahmenang dalam setiap pertandingan. Biarlah BN mng walaupun dgn undi Pos mahupun Rasuah. Bagi saya tugas utama PR adalah untuk terus menyiapkan kubu masing2 dan bukannya terus menerus mencari kelemahan BN. Kita biarkan sahaja mereka bermain dengan permainan mereka sendiri. Kita biarkan sahaja mereka mebelit rakyat kerana hari demi hari, mereka sedang mebelit diri sendiri.
Pihak PR pula tidak perlu mengendahkan kata2 BN lagi. Pilihan raya sudah tamat, PR perlu melaksanakan postmortem, mengapa majoriti kali ini terlalu tinggi?
Namun begitu, saya berharap sgt, PR sedar bahawa tugas utama anda adalah untuk memerintah negeri2 yang sedia ada di tangan kita. Perintah dengan baik dan jauhi dari segala kemungkaran dan penipuan. Cukuplah Berpolitik kerana rakyat amat benci melihat manusia yang tidak habis-habis berpolitik tetapi tidak reti bekerja.
wallahualam.saya sentiasa mendoakan kejayaa tuan bersama rakan-rakan seperjuangan
October 13th, 2009
Salaam YB,
Syabas!! Kalau penyakit yang perlu dibedah, bedah segera tetapi dengan penuh teliti.
Kalau sesuatu perlu dirombak, rombaklah segera tetapi dengan penuh berhemah. Pakatan Rakyat perlukan satu anjakan untuk menstabilkannya.
Salaam Takzim
October 13th, 2009
alahai min .. ubah diri kau dulu .. pakai kereta Golf .. dari mana dapat kereta itu?? hehehe … Saifuddin Nasution apa cita … lompat ku lompat
October 13th, 2009
Alahai org UMNO ni, kereta punya isu pun nak jadi masalah. Menteri pakai kereta yg harganya 10x ganda dari Golf tu diam pulak ye?
October 15th, 2009
huh…. tok ketua menteri sabah pakai keretapi kah bah???
hahahahaaaa…..
atau sudah ada jet peribadinya sendiri bah??
October 16th, 2009
umno sabahan; hummer hishamuddin husein on tu berapa juta? songlap duit mana?
January 2nd, 2010
kesian sabahan..terlalu kecewa lihat azmin pakai krete golf..itula sebabnya bila semua harta dan khazanah negeri sabah bagi kat pemimpin umno..pastu merungut dan dengki kat orang semenanjung..sepatutnya dengan harta yg ada..keretapi pun awak bleh beli.
October 13th, 2009
Reformasi politik Malaysia kelihatan seperti cantik di mana gerakan parti berbagai kaum semakin cergas bergerak dan mulai diterima masyarakat. Bagi saya untuk menjayakan reformasi ini yang paling utama yang mesti diperbetulkan adalah prinsip 1 sekolah. Adakah kaum Cina dan India bersedia untuk berkorban atau hanya retorik politik berbagai kaum untuk mendapat sokongan politik yang akhirnya memberi keuntungan kepada kaum Cina dan India tapi tidak kepada Melayu yang mesti berkorban segalanya yang akhirnya akan terkorban.
October 14th, 2009
aku stuju. spatutnya semua anak kita blajar dlm 1 skolah mcm zman kita dulu 80′s & bfore. klau bahasa ibunda yg ingin dititik beratkan, knapa tidak diadakah pengajaran bahasa mandarin, tamil & arab/jawi di sekolah2 kbangsaan sbg subjek tambahan / pilihan. jadi org2 cina, india & melayu (yg ingin anaknya blajar ilmu agama dgn lbih mdalam) boleh saja mhantar anak2 mreka blajar di sek kbangsaan. dari sini intergrasi antara kaum akan mula tjalin dl mcapai konsep 1 bangsa 1 bahasa tanpa mminggirkan bahasa ibunda & agama. skrang pun aku sering tjumpa anak cina yg lahir slpas Dr M jadi PM yg masih tdak tahu / fasih bbhasa kbangsaan. lenggok cakap pun agak kasar walaupun aku tahu bukan niat mreka utk biadap. tapi slagi politikus tdak brani mbuat perubahan kerana ingin mjaga sokongan kaum tertentu, maka slagi itulah aku rasa intergrasi kaum payah nak tcapai apatah lagi dlm hasrat ingin mwujudkan negara bangsa & 1 bahasa
October 13th, 2009
dear yb,
overheard in a conversation amongst le’ noblesse oblige at a soiree last night..
1.pakatan complacent ke?
2.apa jadi dengan selangor?azmin should be mb,
muda,baru best.
3.khalid pun anwar tak boleh control,macamana
nak jaga malaysia?
4.anwar dulu ride on mahathir and umno punya
infrastructure,now dia kena govern,dia tak
tahu apa nak buat tak?
5.anwar tu hati baik,najib copy cat dia dan
pandai jaga mahathir.anak mamak dapat f1.
perompak sial.
6.selangor pun civil servant dema korup dan
orang yang sama juga.tengok pasir bisnes tu.
7.anwar ni macam che’guevera.lepas buat
perubahan,bagi orang lain ‘manage’the nation.
tengok lah apa jadi dengan Cuba.
8.anwar twitter and can you imagine kalau
najib twit…’cannes,paris,london,submarine
deal,deal,deal..
reformasi
October 13th, 2009
Good respon..tak sangka yb baca komen komen ktorg..
October 13th, 2009
Pendapat saya,
1. Pertuduhan yang Datuk Seri ni seolah agen Amerika dan Yahudi, Fitnah 3 Billion.
2. Manipulasi pernyataan Nik Aziz yang berbunyi “Kalau UMNO itu tukar dasar islam, kita akan sertai”.
3. Permainan sentimen perkauman tentang hak melayu dan raja-raja melayu.
4. Undi Pos
5. Keangkuhan PAS, yang sesetengahnya terlalu bongkak dan bertindak diluar batasan.
6. Masalah dalaman PR, pergaduhan sesama sendiri. Kes kecil tapi bergaduh macam nak pecah satu PR.
Bukan manusia sempurna, bukan bijak, dan harap pangkat, atau harta, hanya kasihkan kebenaran.
October 13th, 2009
dear yb… kenapa tak siarkan post saya?
keterlaluan ke?
October 13th, 2009
sorry yb, its my fault…
post saya sebenarnya dalam entry sebelum ini… saya perasan entry sama sebab tajuk dia hampir sama…
kesulitan amat dikesali…
October 14th, 2009
Dear YB,
A manager accepts reality;
A leader changes reality.
Are you a leader?
Some said, let’s burried PAS, PKR and DAP. From the ashes will raise PAKATAN RAKYAT. Why not go for the next election as PAKATAN RAKYAT. It’s easy to say, its going to be very difficult to get it done + time is not on your side. But then, if you are a leader that’s waht you should do…..lead the changes.
October 14th, 2009
ahaha, wa nk gelak bila si Azmin kata rakyat Malaysia khususnya generasi muda inginkan perubahan.. memang betul rakyat Malaysia inginkan perubahan tapi perubahan yg di lakukan oleh BN bukan Anwar and da geng.. Malaysia baru?
hoho! kira mcm New World Order la nie.. memang besar sungguh Impian Anwar and da geng nie.. tapi kelakar.. contoh negeri2 yg dibawah pemerintahan Pkr,Pas dan Dap xde istimewanya.. yg ade masalah2.. boleh tabik sistem yg Anwar n da geng guna bila dah sendiri buat masalah, masalah itu dilemparkan kpd org yg xde kena mengena (BN) klu menipu dan memutar belit Anwar n da geng memang nombor 1..
ape musuh PR adalah BN? ahaha.. salah2 musuh PR adalah bayang2 PR sendiri..
korang PR pengarah dan korang PR juga pelakon..
selagi bendara Umno/BN berkibar jgn haraplah nk buat Malaysia baru..
October 15th, 2009
Ye la, umpama PR masuk rumah yg dah rosak dgn najis2 bergelimpangan sampai ke ruang tamu!
xde keje lain selain nak cuci najis Barisan Najis…. huh, kena aje nama tu
BN N-A-J-I-S/B…
apa istimewa negeri BN perintah selama ni???
PERWAJA..mm, PKFZ…mmm MAS…mmm Tabung Haji..mmm ECM Libra mmm… oooh ada, Majlis daerah kangar pernah disita sbb bengkrap…mm …lagi… cukup la satu tu dulu ye/..
satu malaysia en. impala!!!
January 2nd, 2010
dah sah la imps888 ni..UMNO totok,
jangan sempit otak..semua bendera berkibar..malaysia baru tu maknanya nak tukar senua pemimpin umno dan BN yg korup tu dengan pemimpin yg baru..yg menyokong perubahan ini adalah generasi baru yg inginkan sebuah negara yg telus dan adil..bukan generasi umno yg merempat kepejabat pimimpin2 korup mengharapkan kerja2 kelas F.
October 14th, 2009
YB
YB patut meminta maaf secara terbuka pada semua penduduk BP kerana menuduh mereka menyokong perasuh.
Masih di bulan Syawal, tidak terlambat untuk mohon maaf. Kalau tidak jadilah YB manusia yang tahu menuduh sahaja. Manusia yang kurang ajar.
October 16th, 2009
buat apa mintak maaf, mmg si isa tu perasuah! lepas ni krisis kat perak,tganu pegi kat n9 pulak. Isa tu pegi downgrade jadi yb biasa buat hapa, nanti mesti dia jatuhkan mat hassan. kau ni harap org selangor je, nasib baik org selangor yg lain pandai.. YB cakap tu “fact” @ “fakta”..mmg si isa tu perasuah, ade bukti dah pun! nak tau? pegi tanya Lembaga Disiplin UMNO.
October 16th, 2009
dah sokong perasuah. dah ada fakta. dan semua orang tahu, si isa samad tu kena hukum dalam UMNO sebab nak tutup kes2 dia yang lain…
January 2nd, 2010
hai sedara..isa tu kena gantung ahli pasal rasuah la..kalau ahli bawahan yg takde kuasa, rasuah jenayah namanya..kalau pemimpin umno yg rasuah…rasuah politik plak namanya..kalau mak bapak dorang rasuah..komisen namanya..sebenarnya kalau dah rasuah tu, rasuah juga la namanya..orang mentedarah rasuah kita nak kena minta maaf plak..
October 15th, 2009
Hello belaci2 UMNO.
Bendera UMNO tu orang dah dok buang dalam jamban,apa lagi dok bising2. Pemimpin UNMO yg dah terang rasuah di angkat di julang, ape ingat orang rakyat buta ke?
Najib tu tak habis2 tiru anwar punya speech, tapi tak menjadi, setiap kali dia cakap cuma dua jenis org saja you nampak…1 – yang nganga
2 – yang lena.
UMNO menmang tak ade peminpim pelapis…. sudahlah terima aje hakikat yg. Najib tu penutup tirai keangkuhan dan kesombongan UMNO.
Kalau betul dah perasan rakyat dah sokong BN suruh lah MB UMNO yg mamak mengaku melayu tu bubar DUN…….takut kot!!!!
October 15th, 2009
betul tu Melayu.
Umno kan dah kuat skrg di bawah pimpinan tok najib yg dilantik dari sistem kuota….
(takut nak lawan Ku Li ke??)
so, kalu dah ngaku kuat, ngaper tak bubar DUN perak tu saje?? ayuh…!!!
ada ke patut disuruh Nizar letak jwtn dulu? come on la, move on la Umnoians, grown up please!
October 16th, 2009
Salam..
sy cadangkan kepada semua YB2 PR yang menguasai 4 negeri supaya sentiasa turun padang walaupun bukan musim pilihanraya untuk mendekati rakyat. Dengar keluhan dan harapan mereka terhadap kepimpinan YB untuk memastikan PRU 13 nanti rakyat sedar dan perlunya bertukar kerajaan.lawan tetap lawan!!
October 16th, 2009
Datuk Zaid Ibrahim hari ini membuat pengumuman mengejut untuk bercuti selama enam bulan daripada PKR di tengah-tengah ura-ura beliau menghadapi masalah dengan seorang pemimpin kanan parti.
“Ini bermakna saya tidak akan menghadiri mesyuarat biro politik parti,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan hari ini.
Surat itu, yang berkuatkuasa serta-merta, diserahkan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim.
Zaid, yang baru mengumumkan penyertaannya bersama parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pada Jun lalu, dipercayai berdepan masalah besar menjalankan tugasnya untuk menyatukan pembangkang susulan pergeserannya dengan Naib Presiden PKR Azmin Ali.
October 16th, 2009
cerita zaid ni…memang expected.dia nak buat steel business dekat klang,pinjam duit dekat bank pembangunan,sampai sekarang tak terbayar.
wife dia punya nama lor..40 juta beb!
buat dengan korean..kena con,now korean dah cabut and he is nearly 60,bukan businessman
but a lawyer.dia pening so nak hammer the deal
la tu..
dia punya stake dalam zico pun hancur due to
failure of arthur andersen merger i think…
agaknyer…
October 16th, 2009
yoko kdeb,
takat fakta kedai kopi sembang kat kampung la woi! pergi repot SPRM la kalau berani..
October 17th, 2009
salam YB Azmin Ali,
maaf off-topic….saya ada membaca dalam artikel MalaysiaKini yang YB dan Zaid tengah bercanggah pendapat tentang isu PKR di Sabah? macam berat saja isu ini…..
ape benda ni?? Benda2 macam ni lah buat kami ni lemah semangat terhadap PR, masa inilah semangat kitorang tengah berkobar, masa inilah ada benda busuk timbul dalam PR…Bukan saya tak sokong, tapi tolonglah selesaikan secepat mungkin masalah dalaman tu, buanglah keegoan itu jika timbul, ini lah masanya untuk PR lebih fokus kepada rakyat…..
PR takde masa lagi untuk melayan masalah macam ini….tolong dengar apa yang kami sebagai rakyat biasa ini cuba sampaikan….YB dan pemimpin PR yang lain x perlu risau tentang misi brainwashed puak UMNGOK sekarang, kami sudah tahu taktik kotor mereka….sekarang banyakkan fokus kepada rakyat sekarang…bykkan aktiviti bersama rakyat, luaskan lagi informasi program PR…biar bagi BN mulut terlopong….
October 17th, 2009
Benar.. jika ingin kesatuan pd PKR,PAS & DAP, perlu ada muafakat. Pakatan Rakyat masih muda byk lg yg perlu d perbaiki. rakyat sabah & sarawak secara jelas menolak PR sepenuhnya, rakyat Msia barat lak mula menolak PR. sya pasti jika PKR yg d pimpin en.azmin x peka dgn kehendak pemimpin lain spt apa yg brlaku d sbh & Saw. empower them to run their territory, jgn la asyik nk control je en.azmin, pemimpin PAS lak x d beri ruang utk beri pandangan dr sudut Akhlak Islam.
en. azmin, sya tau mmg berat utk memikul tanggungjwb ini tp anda harus sedar bahawa prjuangan PKR msh kabur. contohnya pekrjaan d selangor amat susah utk diberi pd anak melayu (rasis yg d tunjuk firma cina). sya trkenangn swaktu Tun M memberi kuota pd pekrja2 bank, lebih 60% pd bumiputra. (jika en.azmin sedar buka lah counter utk pencari2 kerja & sekaligus tawarkn mrk sebagai ahli PKR). Jika hal ni pn PKR belum tau utk mengadili mcm mana la pulak utk hal2 yg lain. En. azmin harus pandai melihat golongan sasar utk menambah ahli.
Wasalam
October 17th, 2009
sarjan,
gua jam kat rumah dia ler…gua fine wine punya connosouire,dia pun sama…nama jer presiden peguam islam…kaki arak…kau tak percaya tanya ler suliana,bini dia..check tengok siapa owner sekolah sri inai…
October 19th, 2009
Azmin Ali kau tak ucap pun selamat depavali kat sedara Hindu kiter kau ni buat aper
October 19th, 2009
Umno-BN nak tiru semua yang ada dalam PR….kalau gitu, bagus suruh PR yang memerintah…. PAS ada dewan Ulama, dia mau buat….PR buat cuti 16 sept, diaorg dok tiru….DSAI Cakap Suara rakyat, suara keramat, Najib dok cakap juga kat Tawau…bagus suruh PR yang memerintah….
October 19th, 2009
azmin.. jangan kasi kacau PKR kita ya.. tapi saya support awak….
January 2nd, 2010
pelan pelan kacau tarak apa..tapi jangan kasi tumpah ma..
January 2nd, 2010
salam Yb,
kami digombak akan tetap menyokong Yb, asalkan asas perjuangan Yb dan PR untuk membela rakyat.
Trackbacks