Perbahasan Belanjawan 2010 Ahli Parlimen Gombak
Pendahuluan
Bajet 2010 masih bergelut dengan defisit yang ditanggung oleh Kerajaan lebih satu dekad yang lalu. Bajet ini menjurus ke arah memelihara segelintir orang kaya dan meminggirkan rakyat terbanyak. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Pusat amat lemah dalam pengurusan ekonomi.
Walaupun ada sedikit imbuhan untuk rakyat, namun rakyat terbanyak terus melihat khazanah negara dipunggah oleh pimpinan UMNO. Orang kaya mendapat layanan kelas pertama manakala rakyat dan penjawat awam menggigit jari.
Laporan Ketua Audit Negara yang memaparkan kelemahan pengurusan kewangan kebanyakan Kementerian telah dikecam dan disanggah dengan cemuhan oleh pimpinan UMNO terhadap Ketua Audit Negara. Pegawai – pegawai kerajaan dipersalahkan untuk menutup amalan rasuah dan salah guna kuasa pimpinan UMNO. Saya menyeru kepada Ketua Audit Negara dan pegawai-pegawai kerajaan untuk meneruskan khidmat yang cemerlang. Jangan tunduk kepada ugutan dan tekanan dari pimpinan UMNO.
Saya mengakui ada penguncupan belanja mengurus ( operating expenditures ) sebanyak 10.3% berbanding 2009 manakala perbelanjaan pembangunan meningkat sebanyak 5.3%. Tetapi yang menjadi persoalan apakah dapat dilaksanakan jika diambil kira teguran yang dibuat oleh Ketua Audit Negara.
Pengurusan Bajet Defisit
Dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu, tambahan pula ekonomi kecil seperti Malaysia yang bergantung kepada eksport, kita perlu mengurus bajet defisit dengan bijaksana. Perbelanjaan yang diperuntukkan untuk tahun 2010 adalah RM 191.5 bilion sedangkan pendapatan dianggarkan hanyalah RM 148.4 bilion. Defisit tahun 2010 mencatatkan sebanyak RM 43.1 bilion ataupun 5.6% daripada KDNK. Kerajaan gagal untuk kembali kepada zaman kegemilangan pengurusan kewangan pra 1998 di mana negara kita mencapai bajet lebihan atau berimbang.
Antara langkah mengurus bajet defisit adalah mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan hasil pendapatan Kerajaan melalui cukai. Namun, dalam suasana ekonomi yang malap, kita tidak boleh mengambil langkah di atas secara drastik. Saya bersetuju dengan cadangan Permatang Pauh supaya Kerajaan memulakan pendekatan sistem percukaian yang progresif dengan mengelakkan bebanan cukai yang tinggi ke atas rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah.
Saya juga ingin mengajak Kerajaan supaya melihat semula sistem percukaian yang masih banyak kelemahan dan mempunyai unsur-unsur salah guna kuasa. Undang-undang percukaian yang melibatkan taksiran dan kutipan perlu ketelusan dan prinsip pertanggungjawaban.
Kuasa mutlak yang diberikan kepada Menteri Kewangan di bawah Sek. 129 Akta Cukai Pendapatan 1969 untuk memberi pengecualian dan menghapuskan sama sekali cukai yang sudah ditaksir dan sepatutnya dikutip dari pembayar cukai perlu diteliti semula. Mengikut keterangan dalam Dewan yang mulia ini pada tahun lalu, negara kita kehilangan hasil sejumlah RM 3 bilion apabila cukai langsung dan cukai tidak langsung dihapus kira oleh Menteri Kewangan. Saya berharap agar kuasa ini diteliti semula supaya kutipan hasil cukai ini dapat dipungut demi kesejahteraan rakyat.
Perbelanjaan mengurus mula membengkak pada tahun 2007. Seharusnya, perbelanjaan mengurus dibiayai dari sumber pendapatan yang bukan dari hasil petroleum dan gas. Maknanya, pembiayaan dijana oleh aktiviti ekonomi yang lain. Dengan cara ini, sumber pendapatan dari kutipan hasil petroleum dan gas dapat digunakan untuk membiayai perbelanjaan pembangunan. Namun, apa yang berlaku pada masa kini apabila perbelanjaan mengurus melebihi hasil pendapatan dari bukan hasil petroleum dan gas, sehingga mendesak kerajaan untuk menggunakan pendapatan dari hasil petroleum dan gas untuk membiayai pembelanjaan mengurus. Ini menyebabkan berlakunya structural deficit. Ekonomi negara tidak dapat menyokong defisit ini kerana kebergantungan kepada pendapatan dari hasil petroleum dan gas.
Pengurangan perbelanjaan bukan bermakna tidak berbelanja langsung tetapi penjimatan wang negara melalui perbelanjaan secara berhemah dan amanah.
Maka, Kerajaan jangan memperlekehkan pandangan Ketua Audit Negara berhubung isu ketirisan yang sangat serius.
YB Menteri Kewangan Kedua telah membuat kenyataan media bertarikh 26 Oktober 2009 bahawa Kerajaan mengalami kerugian berbilion ringgit akibat ketirisan kerana terlibat dalam pembelian dan perolehan pada harga melampau dan tidak menepati spesifikasi dan piawaian. The STAR pada 26 Oktober 2009 juga melaporkan ketirisan ini mengakibatkan Kerajaan mengalami kerugian antara RM 14 – 28 bilion dalam jangka masa satu tahun.
Pengauditan yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara adalah berdasarkan pensampelan dan skop yang tertentu sahaja. Inipun sudah cukup untuk mendedahkan angka ketirisan yang amat serius dan rakyat menuntut keadilan supaya mereka yang bertanggungjawab diambil tindakan yang sewajarnya.
Laporan Ketua Audit Negara
Laporan Ketua Audit Negara membuktikan bahawa pimpinan UMNO sewenang – wenangnya berbelanja wang rakyat. Pelaburan dalam Pempena mengalami kerugian sebanyak RM 41.9 juta. ( rujuk Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008 ; Pengurusan Kewangan Dan Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan muka surat 206 ). Malangnya, Bajet 2010 terus memperuntukkan kepada Kementerian Pelancongan sejumlah RM 899 juta tanpa butiran yang jelas. Saya tidak mempersoalkan kepentingan industri ini dalam membawa aliran tunai masuk ke dalam Negara disamping membantu menghidupkan industri – industri sampingan. Namun apakah jaminan tidak akan berlaku ketirisan dan kerugian. Bagaimana Kerajaan boleh membantu industri pelancongan dengan menonjolkan pemain-pemain di kalangan rakyat Malaysia. Apakah rasionalnya Kerajaan melantik Jean Todt sebagai Duta Malaysia dengan imbuhan yang mencecah jutaan ringgit.
Laporan Ketua Audit Negara juga menunjukkan berlaku ketirisan melampau dalam Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik Pulau, Pulau Pinang. Dua unit komputer riba dibeli pada harga RM 84,640 ! Kolej tersebut juga membeli 450 komputer pada harga RM 3.45 juta ( RM 7,600 sebuah ), 19’ monitor pada harga RM 8,500 dan 17’ monitor berharga RM 7,500.
Laporan Audit tersebut juga menyatakan anggaran kerugian kerajaan terhadap projek pembinaan rel keretapi berkembar dari Ipoh ke Rawang berjumlah RM 1.14 bilion akibat ketidak cekapan pengurusan.
Kerajaan berjanji untuk mempertingkatkan prasana luar bandar dengan peruntukan berjumlah RM 2.3 bilion. Namun, laporan Ketua Audit Negara mendedahkan projek Jalan Sapulut – Kalabakan yang sepatutnya menghubungkan Sapulut, Keningau dan Kalabakan dengan jalan bertar hanya dapat disiapkan dengan jalan berbatu walaupun peruntukan telah diberikan sebanyak RM 565 juta. Kita khuatir peruntukan besar dalam Bajet 2010 untuk prasana luar bandar ini tidak akan mencapai objektif akibat ketidak cekapan dan ketirisan yang melampau.
Prestasi Negeri – Negeri Pakatan Rakyat
Pada 27 Oktober 2009, media melaporkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang melahirkan kebimbangan pembangunan semakin merosot di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri – Negeri Pakatan Rakyat. Laporan Ketua Audit Negara untuk Negeri Selangor yang memberikan taraf purata 4 bintang kepada pengurusan kewangan kerajaan Negeri Selangor mampu menjawab sindiran Timbalan Perdana Menteri. Ketua Audit Negara juga mengesahkan peningkatan dalam kedudukan kewangan kerajaan negeri, kumpulan wang disatukan kerajaan negeri dan juga hasil kerajaan negeri meningkat berbanding tahun 2007.
Negeri Selangor juga mencatatkan hasil pelaburan jangka pendek meningkat sebanyak 60.6% ( 2008 : RM 19.14 juta berbanding 2007 : RM 11.92 juta ). Ketua Audit Negara mengakui kesan lonjakan ini adalah ekoran penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Tunai Kerajaan Negeri Selangor pada bulan Mei 2008 yang menguruskan lebihan wang tunai untuk dilaburkan dalam simpanan tetap dan deposit pasaran jangka pendek dengan lebih efektif dan efisien.
Laporan Ketua Audit Negara juga menyatakan hasil Kerajaan Negeri Selangor meningkat sebanyak RM 231 juta ( 2008 : RM 1.516 bilion, 2007 : RM 1.258 bilion ).
Real Property Gain Tax
Kerajaan mencadangkan cukai sebanyak 5% dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah ataupun ( RPGT ) mulai 1 Januari 2010. Cadangan ini perlu diteliti semula kerana tindakan ini boleh dilihat sebagai usaha yang tergesa-gesa dan tidak terancang oleh Kerajaan setelah RPGT dihapuskan sama sekali pada tahun 2007. Ekonomi kita hari ini terlalu fragile. Sebarang tindakan yang terburu-buru akan melesukan daya tarikan industri pembinaan dan hartanah serta menggagalkan dasar Kerajaan untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi Rumah Kedua Ku ( My Second Home ) untuk pelabur-pelabur. Spekulator hartanah telah mula berpusu-pusu untuk menjual hartanah mereka sebelum 1 Januari 2010.
Sistem percukaian RPGT ini adalah antara langkah untuk mencegah unsur – unsur spekulasi dan juga dapat menjana hasil bagi tujuan pembangunan. Cadangan Kerajaan adalah tidak saksama kerana Kerajaan bukan sahaja mengenakan cukai terhadap spekulator tetapi juga dikenakan terhadap pelabur tulin dan pembeli hartanah yang sudahpun memiliki hartanah ini dalam jangkamasa yang panjang.
Sebagai contoh, orang-orang di kampong memiliki tanah pusaka selama puluhan tahun sebagai pelaburan untuk keluarga. Hari ini sekiranya orang-orang kampong ini melupuskan milikan tanah mereka dan melabur dalam LUTH bagi menunaikan ibadat Haji, mereka akan dikenakan cukai RPGT sebanyak 5 %. Ini amat membebankan rakyat biasa. Orang-orang kampong ini akan hanya memperolehi wang hasil jualan tanah mereka apabila pihak guaman telah melunaskan semua pembayaran termasuk 5 % RPGT kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ). Ini akan memakan masa yang lama dan sejumlah wang yang besar yang disimpan dalam akaun guaman ini juga akan terdedah kepada manipulasi seperti tragedi kehilangan wang Koperasi Peneroka Pekebun Kecil Getah di Pulau Pinang. Oleh itu, Kerajaan seharusnya membedakan pemilik hartanah jangka panjang dan tulin dengan spekulator yang cuba meraih keuntungan yang besar dalam jangkamasa yang singkat.
Maka, saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan mengenakan cukai RPGT berdasarkan tempoh milikan hartanah tersebut. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu memiliki hartanah dalam jangkamasa yang pendek, katakan 0 – 5 tahun, Kerajaan boleh kenakan RPGT sebanyak 5 %. Tetapi bagi pemilik hartanah yang tulin dan menyimpan hartanah lebih dari 5 tahun, pemilik ini sepatutnya dikecualikan dari RPGT.
Cadangan ini berbeda dengan sistem percukaian RPGT pra 2007 di mana pemilik hartanah yang memiliki hartanah di antara 0 hingga 5 tahun, Kerajaan mengenakan RPGT sebanyak 30 % dan selepas 5 tahun tidak dikenakan apa – apa RPGT. Kadar yang terlalu tinggi ini tidak boleh digunapakai untuk masa ini kerana ianya akan melumpuhkan industri hartanah dalam keadaan ekonomi dunia yang belum pulih.
Saya juga ingin mencadangkan supaya RPGT ini akan hanya dikenakan terhadap transaksi pelupusan hartanah yang baru dibina selepas 1 Januari 2010.
Duti Setem
Saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan untuk menurunkan duti setem yang dikenakan terhadap pembeli-pembeli hartanah. Kadar yang dikenakan hari ini adalah mengikut harga hartanah seperti berikut : RM 100,000.00 yang pertama dikenakan 1 % ; hartanah yang bernilai RM 100,000.00 sehingga RM 500,000.00 dikenakan 2 % dan hartanah yang bernilai RM 500,000.00 ke atas dikenakan 3 %.
Harga hartanah di pasaran hari ini semakin mahal. Rumah teres kos sederhana yang dulunya bernilai kurang RM 100,000.00 kini sudah mencecah kepada RM 250,000.00. Rakyat yang berpendapatan sederhana terpaksa membayar duti setem yang tinggi bagi membeli rumah kos sederhana. Saya ingin mencadangkan supaya bagi hartanah yang bernilai di bawah paras RM 250,000.00 kadar duti setem diturunkan kepada 1 % sahaja. Kadar yang lebih rendah akan membantu meringankan bebanan rakyat terbanyak khususnya penjawat awam termasuk pegawai-pegawai kerajaan yang ingin memiliki rumah kos sederhana untuk keluarga mereka.
Tag line Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan menuntut Kerajaan untuk meneliti cadangan ini dan sewajarnya dipertimbangkan demi kesejahteraan rakyat terbanyak.
First Time Home Buyer
Dalam sidang Dewan yang lalu, saya ada mencadangkan kepada Kerajaan untuk memperkenalkan program First Time Home Buyer. Saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan memperkenalkan dasar pendemokrasian pemilikan rumah di Malaysia. Dasar ini akan menjadikan rakyat di negara ini warganegara yang bertanggungjawab dan memperkasa semangat patriotisma kepada Negara. Dasar ini akan memberi manfaat besar untuk graduan-graduan muda yang baru mendirikan rumahtangga, menamatkan pengajian dan juga kali pertama ingin memiliki rumah dengan insentif-insentif yang menarik seperti kadar duti setem yang rendah, kadar faedah khas untuk pinjaman perumahan di bank dan juga elemen kadar faedah pinjaman perumahan diberikan pengecualian cukai dan potongan harga yang berpatutan. Sebagai contoh, Kerajaan Australia memberikan AUD 20,000.00 kepada setiap First Time Home Buyer. Usaha yang proaktif ini akan menjana pertumbuhan ekonomi negara khususnya dalam industri pembinaan dan hartanah.
High Speed Broadband
Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan High Speed Broadband dalam usaha untuk memantapkan industri ICT. Pelaksanaan ini menelan kos RM 11.3 bilion ( RM 2.4 bilion dari Kerajaan dan RM 8.9 bilion dari Telekom Malaysia ). Kerajaan telah melabur berbilion ringgit untuk meningkatkan infrastruktur ‘back-end’ dalam industri ICT termasuk pembinaan back-end fibre landing station dan Telekom exchanges.
Kemudahan-kemudahan ini menelan kos yang tinggi tetapi gagal ‘connect’ kepada pengguna justeru kelemahan infrastruktur ‘last mile’ yang dimonopoli oleh Telekom Malaysia. Industri ICT yang tidak terbuka untuk persaingan yang sihat akan menjejaskan sistem penyampaian, tahap kecekapan dan menyumbang kepada kos perkhidmatan yang tinggi. Kerajaan tidak akan dapat mencapai matlamat memantapkan industri ICT selagi industri ini dimonopoli oleh Telekom Malaysia. Service provider yang lain sering menghadapi kebuntuan untuk unbundling the local loop. Telekom Malaysia diberikan hak monopoli infrastruktur last mile untuk masuk ke dalam premis pengguna. Sistem penyampaian dan perkhidmatan Telekom tidak kompetitif kerana lagak monopoli.
Di United Kingdom, BT bertanggungjawab untuk lease the local loop kepada pemain-pemain yang lain dengan regulated fees. Dengan cara ini, rakyat diberikan hak untuk memilih service provider yang terbaik untuk mendapatkan perkhidmatan jalur lebar.
Selain itu, saya mencadangkan agar back end fibre landing station seperti di Mersing, Cherating, Rengit dan Kuala Muda yang kini dikuasai oleh Telekom Malaysia dibuka kepada syarikat – syarikat service provider lain. Infrastruktur back-end yang dimonopoli oleh Telekom Malaysia menyebabkan harga yang perlu dibayar lebih tinggi kerana tiada persaingan. Cadangan saya ialah untuk membolehkan service provider yang lain mempunyai akses kepada International Gateway yang membekalkan bandwidth pada harga yang lebih kompetitif tanpa melalui infrastruktur Telekom Malaysia. Usaha ini akan memberi pulangan kepada rakyat melalui perkhidmatan internet yang lebih murah, laju dan efisien.
Lihat sahaja perkhidmatan telefon bimbit. Apabila perkhidmatan ini dibuka kepada pemain-pemain yang lain, perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna semakin baik, murah dan kompetitif dan boleh dinikmati oleh hampir keseluruhan rakyat Malaysia.
Masalah lain yang mendepani industri ICT di Malaysia ialah pertindihan pembinaan infrastruktur yang menyumbang kepada lonjakan kos yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.
Suruhanjaya Komunikasai dan Multimedia Malaysia ( MCMC – Malaysian Communication & Multimedia Commission ) perlu melihat semula peranan utama industri ICT iaitu untuk berorientasikan perkhidmatan atau service oriented dan bukan berorientasikan pembangunan infrastruktur.
Saya menggesa supaya MCMC diberikan peranan yang lebih efektif dalam melaksanakan standard dan piawaian yang lebih tinggi termasuk kualiti perkhidmatan service providers, equal access to infrastructure and regulated pricing.
Kadar penembusan jalur lebar masih rendah iaitu 25 % – jauh lebih rendah berbanding dengan negara-negara maju. Saya ingin mencadangkan supaya perkhidmatan internet di kediaman dijadikan keperluan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik untuk setiap rakyat di Malaysia dengan kos perkhidmatan yang murah. Maklumat adalah cukup berharga bagi rakyat Malaysia. Rakyat yang berilmu dan celik IT akan meningkatkan produktiviti negara dan menjadikan negara kita lebih maju dan sejahtera. Untuk maksud itu, saya ingin mencadangkan supaya sejumlah dana disalurkan bukan sahaja kepada Telekom Malaysia tetapi juga Kerajaan perlu menyediakan insentif-insentif baru yang berinovasi untuk semua service providers bagi mencapai hasrat murni mendemokrasikan perkhidmatan internet jalur lebar ke setiap kediaman di Malaysia.
Cadangan saya ini lebih tertumpu kepada usaha untuk memberikan kemudahan kepada anak-anak dari keluarga miskin untuk menimba ilmu dan mendapatkan maklumat dari internet sama seperti anak-anak yang lain dengan kos yang murah.
Laporan Bank Dunia menyebut Kerajaan Australia memperuntukkan USD 3.4 bilion dari sumber kerajaan ( dana lain melalui private investor, jumlah dana USD 30 bilion) untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan 100 megabit sesaat yang akan memberi faedah kepada 90 % rumah kediaman, sekolah dan premis perniagaan di Australia. Masa kini kelajuan yang dinikmati oleh kebanyakan rakyat Malaysia hanya 1 megabit sesaat dengan kos RM 88 sebulan dan Kerajaan akan meningkatkan kepada 10 megabit sesaat dalam tempoh 3 tahun dan hanya di kawasan yang terpilih yang menelan belanja RM 11.3 bilion.
Pertimbangan rakyat hari ini bukanlah pelepasan cukai ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM 500 setahun atau syarat kelonggaran yang diberikan setiap 3 tahun untuk mendapat pinjaman Kerajaan untuk membeli komputer tetapi persoalan utamanya ialah kelajuan dan juga kadar penembusan jalur lebar ( coverage ) dengan kos perkhidmatan yang murah.
The International Telecommunication Union (ITU) melaporkan indeks dari segi infrastruktur, kemampuan, pengetahuan, kualiti tahap penggunaan ICT bagi Malaysia berada pada kedudukan 52 daripada 154 negara. Malaysia agak ketinggalan berbanding Korea, Japan, Australia, Hong Kong, Singapura dan Brunei dari segi pembangunan ICT.
Kajian yang dilakukan oleh Oxford University pula mendapati ranking Malaysia dari segi kualiti internet jalur lebar berada pada tangga 48 daripada jumlah keseluruhan 66 negara. Laporan tersebut mengklasifikasikan tahap kelajuan internet yang dinikmati oleh rakyat Malaysia kini ketinggalan ke belakang dan tidak berada pada tahap semasa ( ‘below today’s applications threshold’ ). Sedangkan, negara – negara seperti Singapura, Britain, Australia, Spain, Turkey dan Ukraine memenuhi standard masa kini ( ‘meeting needs of today’s application ). Negara – negara seperti Switzerland, US, Russia, Taiwan dan Hong Kong berada pada tahap yang sangat memuaskan ( ‘comfortably enjoy today’s applications’ ). Namun, tambah menarik apabila negara – negara seperti Korea, Japan, Sweden, Lithuania, Bulgaria, Latvia, Netherlands, Denmark dan Romania diklasifikasikan sebagai Negara yang sudah mencapai tahap kelajuan internet masa depan ( ‘ready for tomorrow’ ). Laporan itu turut menyentuh tahap kelajuan pada masa kini ( tahun 2008 semasa kajian tersebut dijalankan ) berada pada 3.75 megabit sesaat.
Kajian yang dilakukan oleh Telegraph UK, pula meletakkan Malaysia pada tangga 35 daripada 40 buah Negara berhubung harga broadband per megabit. Harga ini dibayar kepada syarikat – syarikat internet antarabangsa untuk mendapatkan maklumat – maklumat global. Harga yang dibayar oleh Malaysia jauh lebih tinggi daripada kebanyakan Negara – Negara lain.
Berdasarkan pada kajian tersebut, saya berpendapat kerajaan tidak akan dapat mencapai matlamat pemantapan industri ICT. Apakah peranan Kerajaan untuk drive the industry ke arah lebih efisien dan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.
Tragedi Tanah Runtuh Di Bukit Antarabangsa
Pada 10 Disember 2008 yang lalu, Dewan ini telah membenarkan saya membawa Usul Menangguhkan Mesyuarat di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 ( 1 ) untuk membahaskan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang mengorbankan 5 nyawa, memusnahkan 14 rumah kediaman dan merosakkan harta benda awam serta kesusahan dan kepayahan yang ditanggung oleh 5,000 penduduk yang terperangkap di puncak Bukit Antarabangsa.
Perbahasan usul ini juga menyaksikan rentetan kejadian tanah runtuh seperti tragedi kondominium Highland Towers yang meragut 48 nyawa ( Disember 1993 ), tanah dan bongkah batuan runtuh di Bukit Antarabangsa ( Oktober 2000 ), kejadian tanah runtuh di Taman Hillview, Hulu Kelang yang memusnahkan rumah banglo dan mengorbankan 8 nyawa ( November 2002 ), kejadian cerun tanah runtuh yang meragut 4 nyawa dan 160 penduduk hilang tempat tinggal di Kampong Pasir, Hulu Kelang ( Mei 2006 ) dan kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur yang merosakkan rumah kediaman dan harta benda di Bukit Mas, Taman Melawati ( September 2007 ).
Saya telah mencadangkan beberapa langkah yang tegas untuk mengurus dan membangunkan kawasan tanah tinggi termasuk cerun dan lereng bukit demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan pemilik hartanah dan juga penduduk di sekitar kawasan yang berkenaan.
Jawapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ( Dato’ Seri Ong Ka Chuan ) ialah Kerajaan akan menubuhkan satu Jawatankuasa Kumpulan Tanah Runtuh yang dianggotai oleh Jabatan Kerja Raya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Parit dan Saliran, Malaysian Centre for Remote Sensing, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jabatan Meteorologi, IKRAM dan juga pakar-pakar geologi dari swasta dan universiti. Kerajaan berjanji Jawatankuasa ini akan membuat laporan dan rumusan selewat-lewatnya 3 bulan. Kerajaan juga telah mengarahkan Kementerian Kerja Raya menjalankan Kajian Pelan Induk Cerun Negara pada tahun 2004 dengan kos RM 5.8 juta dan dijangka siap pada awal tahun 2009.
YB Menteri Kerja Raya juga telah mengumumkan bahawa Kementerian Kerja Raya bersama IKRAM akan menjalankan kajian secara menyeluruh mengenai struktur tanah dan keselamatan di Bukit Antarabangsa dalam tempoh 6 bulan dan akan mengumumkan hasil kajian kepada umum. Malangnya, sudah hampir setahun, laporan tersebut masih belum dikeluarkan.
Saya pernah mengingatkan perkara yang sama kepada YB Timbalan Menteri Kerja Raya pada 16 Mac 2009 berhubung janji Kerajaan untuk mengemukakan satu pelan tindakan yang komprehensif. YB Timbalan Menteri gagal memberikan jawapan yang munasabah dan hanya merujuk kepada YB Menteri dan turut berjanji akan mengumumkan hasil laporan berkenaan.
Hari ini saya ingin mendapat penjelasan daripada Kerajaan berhubung status laporan dan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kerja Raya dan IKRAM. Hasil kajian ini amat penting bagi pemilik-pemilik hartanah dan penduduk-penduduk di Bukit Antarabangsa demi keselamatan mereka dan juga masa depan hartanah mereka yang kini sudah merosot nilai hartanah ekoran ketidak tentuan keselamatan tanah di kawasan Bukit Antarabangsa.
Saya juga ingin mengetahui apakah hasil Kajian Pelan Induk Cerun Negara yang menelan kos RM 5.8 juta dan dijanjikan siap pada awal tahun 2009.
Saya juga ingin mengetahui secara jelas apakah Kerajaan sudah mempunyai Peta Risiko Tanah di kawasan Bukit Antarabangsa yang pernah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Bandar Tun Razak.
Kesihatan
Hasrat kerajaan menambah kemudahan kesihatan awam disambut baik dengan peruntukan sebanyak RM 14.8 billion. Namun, hasrat kerajaan seperti dilaporkan oleh media massa pada 26 September 2009 untuk melaksanakan ‘compulsory vaccination programme’ bagi kesemua perempuan yang berumur 13 tahun sebagai langkah untuk mencegah ‘cervical canser’ yang menelan belanja RM 150 juta setahun mengundang persoalan dari sudut keutamaan.
Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh Kerajaan ? Apakah keutamaan Kerajaan tidak lagi memberi tumpuan menambahbaik kemudahan hospital-hospital luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak. Contoh, masalah kemudahan kesihatan di Hospital Sandakan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kinabatangan.
Dari sudut kewangan pula, dianggarkan jumlah pelajar perempuan Tingkatan 1 sekitar 300,000 orang. Dengan peruntukan sebanyak RM 150 juta, ini bermakna kos vaccine untuk setiap pelajar perempuan adalah berjumlah RM 500. Vaccine tersebut boleh didapati di pasaran terbuka dengan harga RM 435 untuk 3 dos dan fee pentadbiran di klinik sebanyak RM 5 setiap lawatan. Maka, saya ingin tahu apakah asas program HPV vaccine ini menelan peruntukan sebanyak RM 150 juta. Apakah Kementerian menawarkan tender terbuka untuk mendapatkan bidaan yang terbaik ? Apakah Kementerian bersedia untuk memaparkan kepada umum perincian tersebut ?
1Malaysia
Gagasan 1Malaysia dengan tag line Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan adalah retorik politik yang menanti masa untuk memakan tuan. Editor upahan dikerah untuk menjenamakan pelbagai produk 1Malaysia : Kad Diskaun Pelajar 1Malaysia, Salam 1Malaysia, Perkhemahan 1Malaysia, Amanah Saham 1Malaysia, Sukuk 1Malaysia, Skim Persaraan 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, penubuhan syarikat 1Malaysia Development Berhad, Cuti-Cuti 1 Malaysia dan Jambatan 1Malaysia di Kampar.
Jambatan sudah roboh. Nyawa sudah melayang.
Namun, yang menjadi bualan hangat adalah implementasi dan pencapaiannya. Kita khuatir ia hanya menjadi retorik politik usang seperti Islam Hadhari, Cemerlang, Gemilang & Terbilang dan lain – lain. Pakatan Rakyat telahpun mendahului dan memimpin dan melaksanakan program-program kebajikan rakyat melalui dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor. Melalui program tersebut, Kerajaan Negeri Selangor menganugerahkan bekalan air percuma bagi 20m3 yang pertama, Skim Mesra Usia Emas, Tabung Warisan Anak Selangor, Hadiah Anak Masuk Universiti, menaikkan elaun guru – guru KAFA, Pusat Khidmat Krisis Sehenti / One Stop Crisis Centre ( OSCC ), Tabung Pendidikan Anak – Anak Pekerja Ladang.
Kerajaan Negeri Selangor terpaksa menanggung RM 150 juta untuk program pemberian bekalan air percuma untuk seluruh rakyat Selangor.
Program Tabung Warisan Anak Selangor telah memberi manfaat kepada 12,022 pemohon dengan kos RM 8.5 juta. Hadiah Anak Masuk Universiti, seramai 7,399 pemohon layak menerima hadiah dan sebanyak RM 7.3 juta telah disalurkan. Tabung Pendidikan Anak – Anak Pekerja Ladang untuk semua kaum, setakat ini sebanyak RM 720,000 telah dibelanjakan untuk 120 orang. Sejumlah RM 14.7 juta telah dibelanjakan untuk program Mesra Usia Emas. Khidmat Krisis Sehenti / One Stop Crisis Centre ( OSCC ) pula menelan belanja sebanyak RM 450,000.
Kita juga sudah lama mengiktiraf 16 September sebagai Hari Malaysia dan Kerajaan Negeri Selangor sudahpun menganjurkan perayaan rasmi menyambut Hari Malaysia baru – baru ini.
Gagasan 1Malaysia menekankan aspek utama perpaduan dengan mengamalkan prinsip – prinsip kenegaraan yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Namun, UMNO mengkhianati semangat perlembagaan dan demokrasi dengan tidak menghormati suara dan pilihan rakyat yang telah memilih Pakatan Rakyat untuk mentadbir Negeri Perak. Perampasan kuasa politik secara haram tidak menepati semangat 1Malaysia ; rakyat didahulukan. Ini secara terang – terangan membelakangkan pilihan rakyat, bukannya mendahulukan rakyat.
Kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional juga tidak menghormati hak rakyat dengan tidak memberikan royalti kepada rakyat Terengganu selain juga tidak memberi royalti yang setimpal kepada Sabah dan Sarawak.
Pejabat YB Azmin Ali





This post has 22 comments
November 4th, 2009
knowledgeable speech. good
November 5th, 2009
Salam YB,
Saya terlebih dahulu berterima kasih kerana sudi membaca komentar saya.
Bajet yang di bentangkan oleh YAB PM
lebih kurang biasa aja.High economy ada lah
berkenaan dengan IT dan di harap kita boleh
ada killer application yang meletup.
Saya juga suka dengan cadangan bajet YB
dan terima kasih diatas cadangan ini.
YB Anwar Ibrahim bijak berfikir,menulis
dan bercakap.Sejak kebelakangan ini,sudah lebih
kurang enam bulan dia hilang BISA.Seolah olah
takut sesuatu.Tam Sri Khalid dan Zaid tak
dengar cakap beliau lansung.
Saya berpandangan Datuk Seri Anwar diberi
tahu bukti memang ada.Oleh itu mungkin beliau
akan keluar negeri bekerja dengan IMF(atau
organisasi yang sama).Ini membolehkan kesnya
dibuang.Mugkin Dato Seri dah berbual dengan
Najib begitu rupa?
Pakatan akan dibinasakan melalui Tan Sri
Khalid yang terang terang non performer.Zaid
tidak akan ada grassroot support dan UMNO pulak
DELIVER reformasi,bukan cakap sahaja.YB pulak
ada gaya,cuma perlu ada originality didalam
kepimpinan YB.Segila MB PKR,dia ada idea,Zaid
pun sama..YB sudah tentu kena ada visible idea
dan perlu di tonjolkan.Boleh tiru gaya Dato
Seri tetapi substance tentu YB ada.
Di MBPJ,160 orang sahaja datang dengar
YB Datuk Seri Anwar ceramah.Cina dah tak ada
dan cuma kaki reformasi sahaja.
Anak Iban anak saya,tetapi bila Dayak
atau Jeffrey nak control Sabah,ketuanan Melayu
pulak prevail.Kalau tak percaya dia,kenapa
bagi dia tunggu bertahun?
Berbalik kepada bajet,Najib sangat ber
kebolehan.Pakatan bijak berhemah tetapi setelah
hampir bertahun,kami terkejut cara YB Anwar
tidak tahu nak deliver janjinya.Kami muak
dengar dia bercakap garang,kerja tak buat.
Harap buat kerja dan lebih positive energy
dan deliver your promise.otherwise it is as
good as menipu rakyat.
Terima ksaih.
Azmah,Selayang.
November 12th, 2009
YB
Musim Hujan ni banyak jalan berlobang lobang kat Bukit Antarabngsa. Traffic light pun ada yang dah 2 minggu tak jalan. Bahaya semua ni kat pengguna.
Jangan lah sibuk berpolitik sampai lupa keperluan rakyat pulak.
Turun lah sikit tengok kawasan awak ni.
November 6th, 2009
dear yb,
p1 wimax wired up the whole kl and selangor
at less than 200mil for their hi speed broadband.other areas are likely to be penang
jb and highly populated areas.
to wire up hsbb,it will at most cost rgt
3billion for the whole country.
why does it cost najib 11.3 billion to
set up hsbb,ie rgt 8bil extra in next 3 yrs
ie 2010,2011 and 2012?
p1 wimax charges rgt 100 per mth for its
services.does that mean telekom will charge
rgt 1000 per mth? how do they get their return?
this means for next 36 mths starting january,extra 8bil divide by 36 mths equiv
to rgt210 mil go into pockets of unknown
every mth??
telekom will monopolise and how is that
deal with liberalising the market?
in selangor,exco in charge of IT is very
blur.wireless selangor with selangor own
hsbb is very costly and will collapse.gila.
what IT framewok is the exco talking about?
IT do not have framework.it has protocols.
the idea of ‘MSC like’ incubator in s.alam
is not going to work.our MB thinks like a fund
manager.create little companies and sell them later.Content are now USER DRIVEN!value is in
the content.twitter is a good example.
pls complain to najib and ask him why
hsbb (his style) is so expensive and please get
selangor IT exco to get honest advise.
we can be better.
salam.
November 6th, 2009
Hello! Azmah (if that’s your real name)
Komem awak jauh tersasar. Mungkin sebab banyak baca utusan meloya dan dengar berita 3 suku. Dah lupakah debat ex information minister UMNO dengan DSAI tahun lepas. Kan berbuih mulut Shabery tak tahan dengan hujah facts DSAI! Pandangan DSAI cara kekayaan pertronas di agihkan kepada rakyat cukup practical dan senang difaham. Ini diperakui bila >80% rakayat Malaysia yg participate dalam survey sejurus selepas debat tersebut gaves a tumb UP to DSAI.
When you said…
“Saya berpandangan Datuk Seri Anwar diberi
tahu bukti memang ada.Oleh itu….”
saya rasa semua pembaca tertanya2 apa maksud awak… cukup tak jelas. Tulisan2 sebegini biasanya kerja cyber troopers UMNO yang dibayar elaun sedarjat pecaci tua angkat najis.
Awak tak payahlah cakap pasal originality YB Azmin. Elok kalau bagi lecture note tu kat pemimpin2 UMNO yg cukup corrupt and low morale tu. Especially Najib. Tk kan tak nampak kut yg. Najib dok asyik tiru DSAI..DSAI dah lama cakap pasal ketuanan rakyat, Najib lately ni baru tiru dengan 1 Malaysia,bunyi saja lain tapi approach and content amat meniru ketuanan rakyat, PAS dah lama keluar slogan PAS for all, kini Najib tiru lagi dengan selogan UMNO for all di EGM mereka baru2 ni. Itu yang so obvious lah banyak lagi yg lain2 yg tak tersenarai disini.
Cubalah awak beri peluang kepada intelectuality awak, be open minded and look at the facts carefully.
Tulisan awak ini is an insult to readers intellegence.
November 12th, 2009
Helo Melayu Penang,
Heran ye, u nie fikiran tak terbuka kata nak demokrasi…. everybody have their right ie ideas or thought. tapi bila Hero u kena hetam DSAI u marah, where got road. If u said PAS for all, go to Kelantan le, kalau bukan anak negeri or u baru duduk 3 ke 4 tahun cuba le beli rumah or tanah di sana… mampus tak dapat. I tak kata najib bagus tapi kalau takde rotan akar pun berguna. So far i tak nampak PR perform langsung, sedar le diri sikit tanah yang tak boleh convert to free hold pun dah boleh convert kat Georgetown. Kesian kat u. YB Azmin pun pandai cakap tapi tak serupa bikin.
November 13th, 2009
Hello asmehane,
Why are you so blind to truth?
Smearing and slandering DSAI had been the main stream media agenda every day without fail since he was prison 10 years ago. Perhaps you wasn’t born yet and still learning how to crawl, no wonder you can’t appreciate truth and facts.
DSAI is not anybody hero, it is not about him at all, it is about what he fight and stood for, that make peoples listen to him.
Prior to March 2008, Penang had been promised worth millions of ringgit of development. Remember PGCC???
Penangites know the risk if we vote for change of government. And true enough after PR won the state all the promised developments were canceled by the federal government. Kalau second bridge tu tak di biayai partly by Bank of China and Bank of Japan, itu pun dah kena scrap!!!
But Penangites stood by principle that enough is enough… enough errogant of UMNO leaders… enough corruption by BN leaders…. enoght damage to the society by UMNO leaders… enough is enough…. WE CHANGED THE GOVERNMENT!!
And we will continue to do so in the next election should PR government turn to be like corrupts UMNO!
But so far life is still good in Penang. We don’t have mega projects anymore, but you can easily spoted lots of RAKYAT projects. Roads without street lights for the lst 50 years finally lite up. Clogged and narrow drainage were cleared and widen. This are among few things that Penangite voted for and we started to enjoy the benefits. So what the hell are you talking about tanah freehold, lease hold.
BN memamg tak pernak fikir tentang rakyat selami ini. Cuma sekarang aje sibuk2 konon nak jadi juara rakyat? Cuba tanya diri sendiri siapa yang sedarkan BN kalau tak rakyat…. tapi malang BN espicially UMNO masih angkoh dan sombong.
November 6th, 2009
from the news today on wimax..
P1 To Allocate Up To RM300 Million Capex For 2010
PETALING JAYA, Nov 6 (Bernama) — Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1) is setting aside between RM200 million and RM300 million for its capital expenditure (capex) next year.
The capex will include expansion into Sabah and Sarawak, said its chief executive officer Michael Lai at a media briefing here today.
In the past 13 months, P1 had spent about RM300 million in rolling out its Worldwide Interoperability for Microwave Access (WiMAX) programme, Lai said.
He said that P1 was on track with its original coverage target as it planned to cover 45 per cent of West Malaysia’s population by 2010, and 65 per cent of the country’s population in 2012.
To cover 65 per cent of population and beyond, the total investment could range from RM1 billion to RM1.5 billion, Lai said.
“The plan is to work within RM1 billion to cover 65 per cent of the population but we want to aggressively cover up to 75 to 85 per cent of the population, then the additional RM500 million investment will be needed,” he said.
According to him. there are various ways to raise the fund for the capex but he declined to elaborate.
On the expansion plan of P1 regionally, Lai said it would focus on Southeast Asia.
He said P1 had already secured a licence to deploy WiMAX nationwide in Singapore, adding that the commercial roll-out could take place at the end of 2010.
On another matter, Lai said P1 was awaiting confirmation from the WiMAX Forum, an industry-led organisation formed to certify and promote broadband wireless products based on WiMAX, concerning its appointment into the WiMAX Forum’s broad of directors.
He said P1′s appointment into the WiMAX Forum board would meant that for the first time, Malaysia could play a critical role in shaping the future of fourth generation wireless broadband.
According to him, no other telecommunication company in Malaysia has yet to be given such an important role within the telecommunication world.
CAN NAJIB GET THESE GUYS TO HELP?
salam.
November 9th, 2009
My opinion on High Speed broadband depends on the type which are wired and wireless. Cost for wired are far more expensive due to current malaysian ‘birokrasi’.
Cth:
Utk lay optic cable, majlis perbandaran (PBT) akan kenakan wayleave charging. Kos lain misalnya HDD kos tinggi krn malaysia masih amalkan konsep main con yg sub dan sub juga sub….nak elaborate….so much to say…
P1 dpt jimat kos krn tidak memerlukan utk menyediakan infra yg mahal, hanya perlu install microwave boom dan tambah antenna.
The cost does not mention other cost besides installation cost.
Begitu juga kepada other wireless provider.
Kelembapan ekonomi byk berkait rapat dgn suasana politik kini yg mana kerajaan dan pakatan rakyat mempunyai kelemahan2 masing.
Soal yg diungkit dalam apa perkara tidak akan selesai selagi mana ada pihak spt Adun di Perak, Adun Klang dan mana2 wakil rakyat tidak kira kerajaan atau pakatan rakyat yg menangguk di air keroh, so in simple terms…there are a lot of opportunists in our today’s society.
As a Muslim, Muslim leaders should really ‘muhasabah’ and really take things seriously and really take the effort to be the rightful leader. Likewise for the other leaders.
Since merdeka, we knew the practice of “kronism” have caused Malaysia resources have drown to waste in a big amount. My personal view if BN really have performed, we can have 5 more cities which can compete to KL and diverge the economy and really boost our nation’s economy.
But in reality, ppl which has the right idea and the right principles always being left out and push down. that’s why a lot of our professionals ran to other develop countries since their views are taken into consideration.
So, there are a lot of things need to be transparent before malaysia really can evolve and able to compete with other nations such as mentioned earlier in Azmin’s speech.
As Muslim, I really urge our leaders to seriously look into “Manhaj Rasulullah” and really take things seriously.
Just my ten cent.
November 10th, 2009
dear amd,
your ten cents touched us.i m humbled and
inspired by your wisdom.
i believe intel chips will have built in
wimax capability in next 6 mths.that is why
singapore has just allowed p1 to do their business there last month.imagine the speed
once this chip is announced.(p1 shareholder
is intel).
lityan grp has just been pumped rgt
50mil and got the exclusive distributorship
for huahui pdcts.they will definitely go in to tender supplying to telekom.since most of this
chinese products are 80percent cheaper than market price,this will be where some of those
11.3bil will go to.that rgt50mil is from tabong haji.amanah orang haji to give good roi
and no prize for guessing who will take the
money!!
people with right idea must preservere
and tak boleh gelojoh.be patient and dont give
up.think RAKYAT and you will feel good when
you try to help.
salam reformasi.
jo
November 15th, 2009
Thanks Jo,
I’m just a normal person. Once upon a time I would like to join politics but when I truly understand Islam, I preferred to work “makan gaji” since it is halal and berkat, even though is not luxurious and underpaid.
I have the opportunity to met REAL alim ppl whom they live a very simple life which ppl normal ppl think they are poor.
One of them which I’ve known came from a very rich family and he is the eldest. He should be one of the top person in Malaysia but he chose to study Arabic and understands quran.
I’ve known him for about 6 years and once or twice i’ve seen miracle happens. My grandfather was a well known person but I’ve been brought up to be a real person. Our family was teach to earn anything in the halal manner and at your own not by using “cable”.
Yet i might be somebody but I am thankful to Allah the almighty even though i’ve nearly collapse in life 3 years ago. Fortunately i have met good ppl which have taught me Islam.
Truthfully, Islam was politically manipulate in Malaysia but rakyat have no option to bear with it. Many of us tried our best to continue living at our own accord and level of understanding.
We should help each other. I am aware a lot of us Muslims love Islam, but due to our level of understandings, we aren’t able to fully grasp Islam, understands it and be islamic.
I’ve tried once to bring up our youngsters in my hometown but yet due to political fanatics, things got worse but Alhamdulillah after PR 2008, things are better now.
I’m not saying Pakatan Rakyat’s perfect, but now we have better opportunity to arise our problems and held up the righteous.
I have friends from different types of background. There are artists/political fanatics/professionals/etc and yet my true friends which have turned to be REAL persons, i only can name a few.
If our generation can’t do changes as what happened in previous generations, we can witness future generations to suffer.
I’m just a person with good heart and keep continue to maintain as a good person.
Wallahualam.
November 15th, 2009
Additional info. Last time before i graduated (4 years ago), i have the opportunity to hear a briefing from Intel.
Actually currently 50% of chip production for intel’s chip has been entrust to Intel Malaysia, hence i’m not amazed that P1 can invest in Wimax.
Last time, i’ve tried to gain job placement at YTL but no “rezeki”. Even though initially YTL is the first to embark on Wimax, P1 are much stronger due to their shareholders capability.
Last time before i move to my current job, i’ve managed RM 100 milion project. From there I learn many things and get fed up. Alhamdulillah currently i have a good job and good life even though is underpaid.
Hence, it depends on us which kind of leaders we like to choose.
I came from a rich family but my parents chose to live a humble life. And definitely happier compare to Malaysian bilionaires, milionaires etc.
I have met a few of them but had miserable life, even though they are very rich.
I believe Malaysia can be better but we have to do the changes. If we still condole current corruptions, it might be to late when we see our childrens are much tougher in their life.
Compare to our parents, most of us have loans to pay even though still studying. it shows that our current economic practices are irrelevant.
Even though I am a technical person, generally i understood about economy, financial etc. Actually is not hard to boost our economy.
So, it depends on us whether we want to make changes or just sit down and let the suffering continues.
January 24th, 2010
Assalamualaikum.. YB, amalan kroni dalam sistem tender & kontrak kerajaan perlu diperhatikan agar tidak wujud penindasan dan amalan gharar. Pucuk pimpinan iaitu kerajaan sewajibnya menelus semula akar umbi kaum bumiputera dalam bidang perniagaan. Wujud komplotasi di kalangan kaum Cina yang begitu ketara sehingga melemahkan kaum Melayu yang amat lemah di dalam menguasai bidang Perniagaan. Seperti yang dunia ketahui, bidang perniagaan adalah amat besar kesannya kepada ekonomi negara. Selain ekonomi, sosial, pendidikan,dan belia kita amat terjejas dengan teknik pemakanan yang kurang sempurna oleh pengeluar, pemborong & pengedar oleh Peniaga Bukan Islam.
YB, keprihatinan kami rakyat jelata untuk generasi Melayu yang semakin terjejas di dalam perkembangan bidang perniagaan yang semakin mencabar.
Insyaallah….
Insyaallah..
Insyaallah…
January 24th, 2010
YB…..amalan demi amalan yang kian menjadi-jadi tanpa mempedulikan lagi Agama Islam. Tersasar sungguh dari landasan yang ditetapkan syariah & syariat Islam. Tidak takutkan laknatullah oleh Allah SWT. Segala yang ada di langit dan di bumi adalah hakmilik Allah. Subhanallah…Wang sudah banyakpun masih mahukan wang yang beratus-ratus ribu, tak cukup dengan itu mahu wang jutaan. Tak cukup jutaan mahukan ratus jutaan. Alahai….Sayang Agama Islam….Kemanakah nilai murni Islam yang boleh diteladani dan dicontohi….Negara Islamkah kita? Melayukah negara ini. Bagai “Cendawan Tumbuh Seperti Hujan” kilang, pengeluar, pemborong,Kedai2, dan produk yang megah sungguh dengan nama “AH KEAT, AH SENG, CIT MA, dan banyak lagilah …nama2 CINA dan semegahnya berkibar bisnes mereka……ishk…
Mana tulisan “BISMILLAH”….MANA perginya…..kalimah Allah yang sepatutnya diagungkan……Wahai Melayu yang berada di atas sana…..ingatlah “Dunia ini umpama kain buruk” amat sementara kita di sini…. Bangunlah bantulah Bumiputra dan sediakan jaringan perniagaan untuk Melayu Kita. Demi anak bangsa kita…..Sebabnya, segala2 bermula di sini…. Kaum ibu jaga pemakanan anak2 kita jangan diberikan makan makanan yang entah bukan2 dibeli dari Pengeluar Bukan Islam.Siapa tahu bahan kandungan yang ada….Sudah banyak kes2 yang ada…tu..seperti hot dog tu…ada kah patut disalut lemak babi…..Aduhai….Awasi pemakanan..jangan sehingga menjejaskan Kaum Melayu……Kita..”Warisan Generasi akan Datang” adalah anak2 kita…
YB….mohon teliti perkara ini…Berilah kesedaran..kepada bangsa Melayu kita dahulu..
>>>>>Melayu Prihatin.
Insyaallah
January 24th, 2010
YB……dengan lantang dan jelas saya ingin katakan MALAYSIA adalah hak Melayu. Betul memang hak Melayu. Tetapi macam mana dengan propaganda yang dijalankan. Nak bantu melayu? Ya memang patut Dibantu dan dibantu berterusan. Jangan ditarik subsidi yang diberikan. Teruskan.Bagaimana keadaan MIDDLE GOVERNMENT yang dimakan ulat CINA. seperti CGC.”Credit Guarantee Corporation” dulu dimaklumkan nak bantu Melayu tetiba ERF “Tabung Bumiputra” pun kena makan.’TUTUP’. Tu KPUN pun kena makan. dulu ramai orang Melayu amik kursus dan pinjaman dengan KPUN. sekarang takde lagi…Dan banyak lagilah…
Janganlah Melayu lupa musuh…nyata/kekal/abadi. iaitu orang2 kafir. Dalam Al-Quran juga menyatakan “musuh islam yang nyata dan kekal adalah orang-orang kafir”.Mereka akan bermuka-muka dan berusaha pelbagai cara bagi menjatuhkan Islam. Saya ade terlihat bundting kecik macam tulisan “Along”. Pinjaman wang segera dari CGC. ohhh….Apa sudah jadi….pasang broker..buat sales..pun org Cina. Aduhai..
YB……..tolonglah selidik CGC..sekarang dah banyak ulat buah dalam “Buah yang Manis”. Habis kita Melayu nak pergi mana…Sini jerat, sana jerat..yang kaya tu Ulat Cina yang makan interest Bank..tu..Nasib kita umpama semut mencari gula….Dapat gula bawak balik ke rumah……. TOLONGLAH…berilah atau jadikanlah kilang gula untuk Melayu kita. “Memang nasib kena ubah, Kita dan Kaum Kita perlu Ubah “. Pusher kena ada.I mean Pusher untuk naikkan Melayu yang mahu bisnes. Saya lihat semua melayu dah mula bisnes tapi kacang putih lebih banyak dari Emas.Jadi Pengeluar, Pegedar, Pembrong adalah tempat yang paling baik…dalam segenap lapisan massa.
February 19th, 2010
kFariza….
Malaysia ni hak melayu ka??? oo00ooo
berapa lah Tuhan jual Malaysia ni kat melayu nak tau juga?
June 3rd, 2010
Salam , apa lah masa saya melawat kampong simpang 3 , lorong dewan ,Gombak keadaan saliran masih lagi belom dapat di perbaiki , kampong melayu tu di bawah Parlimen Gombak , pejabat yb tak buat pun pembaik pulih saliran ,
June 3rd, 2010
Salam saya nak beritahu juga je , semasa saya melawat Kampong Chubadak Tambahan ,Kawasan A , Sentol Pasar , kawasn tu bawah Parlimen Batu , kawasan tu ramai orang-orang tua , jalan sempit tak terbaiki semenjak Tian Chua berkuasa disitu , kalau nak berbuat baik tolong lah orang-orang tua dikawasan itu , kawasan tu terbiar je , saliran macam dunia ke3 , sikap diskriminasi ,
June 13th, 2010
Tak ada lah yb ni seorang cakap tak serupa bikin , dulu kawan2 nya yang angkat dia jadi orang besar dah jadi orang besar tak ada pun nak tolong kawan2 yang susah payah jadi pengikut nya masa dulu ,
June 13th, 2010
Loyah punya yb ,
June 26th, 2010
YB Azmin sekali lagi saya ingin merayu ttg “PROJEK TERBENGKALAI GOMBAK PERDANA VILLA” yang terletak dalam kawasan YB iaitu parlimen Gombak.Untuk pengetahuan YB projek ini telahpun terbengkalai hampir 9 tahun sehingga kini tiada petanda positif penyelesaiannya. Sekali lagi saya memohon jasa baik YB Azmin untuk melihat sendiri apakah status projek itu sekarang. Terima kasih YB Azmin.
July 7th, 2010
YB BN x de yg loyah ke..sahibul