Isu diputarbelit BN, saya akan gempur di Parlimen!
Sesi Persidangan Parlimen akan bermula pada 15 Mac 2010 selama 20 hari. Sesi kali dijangka panas memandangkan beberapa perkembangan mutakhir yang menggarap persoalan politik, ekonomi, agama, rasuah dan sistem kehakiman yang bobrok.
Hari ini adalah hari terakhir kemuka soalan bertulis dan lisan kepada Parlimen. Saya pohon penjelasan Kerajaan mengenai pilihanraya kampus yang dibolosi FRU, scorpene baru yang sudah rosak, MiG29 yang terpaksa dijual kepada negara-negara ketiga dengan harga besi buruk, siapa menjual maklumat pertahanan negara, berbilion capital flight ekoran amalan rasuah UMNO dan sistem kehakiman yang dibolosi tangan UMNO, perkhidmatan fomema yang tidak memuaskan, sistem pajakan kenderaan kerajaan dari SPANCO yang merugikan, apa peranan Daim Zainuddin dalam Spanco, dasar luar negara yang dikecam hebat oleh masyarakat antarabangsa dan gesaan supaya kembalikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Saya juga yakin sesi kali ini akan menjadi pentas pertarungan berhubung pendakwaan yang bermotifkan konspirasi politik terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan juga isu kalimah Allah.
Rakyat Malaysia akan menyaksikan gelagat Pak Menteri untuk menjawab persoalan-persoalan ini.
AZMIN ALI





This post has 33 comments
February 18th, 2010
1. Kemukakan bersama soal pemilikan saham berjuta ringgit oleh YB Azmin Ali. Seorang pegawai kerajaan mampu memiliki saham sedemikian banyak, mungkinkah YB Azmin Ali perasuah sebenar negara!
2. Isu anak haram DSAI, kenapa tidak berani ambil sampel DNAnya untuk buat pengesahan. Suatu ketika dulu ada orang kanan DSAI menangis sayu mengenangkan nasibnya di hadapan Tun Mahathie kerana isterinya dikebas orang.
Tolonglah YB kemukakan sama perkara ini di parlimen agar kesangsian PAS berakhir.
February 21st, 2010
aku setuju…. mmg dia ni penyangak masa jadi su anwar masa anwar TPM
February 25th, 2010
aku pun setuju apa kata pak mala..un ni,tapi siasat la semua..jangan pemimpin PR je.baru la 1 malaysia..amacam ada berani
March 3rd, 2010
anak kesayangan DSAI la katakannnnn
April 24th, 2010
Pak malau spesis yg teranaiya itu sebab dia merana,burukkan kebijaksanaan org….
February 25th, 2010
betul.. betul.. betul,siasat sekali siapa mentedarah 100 dan 270 billion duit rakyat tu,bekas menteri mana yang meraba pekerja hotel di KL sentral..bekas MB mana la agaknya yang buat istana tu kan..mesti dia kena loteri,sebab tu duit dia banyak..MB mana la agaknya simpan duit 10 juta kat luar negara.mesti kat malaysia ni banyak pencuri kan,dia takut duit dia hilang.
agaknya kalau nak diceritakan satu persatu,cukup tak, nak tulis kat sini.rasanya tak perlu nak tulis..sebab satu dunia dah tau..cuma pencacai umno je “mudah lupa”..ayat sape la agaknya,macam pernah dengar.
March 1st, 2010
Salam YB Lembah Jaya,
Tak perasaan ke tuduhan2 terhadap DSAI dulu tu semuanya hanya rekaan cth dilokasi yang belum ujud dan sebagainya….. dan pertuduhan yang cuma lekat adalah “menghalang penjawat awam” i.e. kata2 “awak tak payahlah siasat tuduhan palsu tuh… buang masa!!” itu saja tuduhan yg melekat…… hihihihihi…..
April 27th, 2010
Kalau tuduhan palsu, maka sepatutnya Penasihat Umum PKR berani menghadapi perbicaraan di mahkamah, dalam mahkamah beliau boleh cerita kronologi kejadian masa pertuduhan perkara yang dituduh ke atasnya itu dibuat atau tidak. Beliau hanya perlu buktikan beliau tak melakukan perkara yang dituduh itu saja, tak perlunya berenang dalam sungai yang penuh buaya, bertarung dengan harimau bintan, harimau belang, harimau kumbang, melompat dijurang yang dalam dan lebar, tak perlunya semua itu, yang perlu beliau perlu hadir ke mahkamah, buktikan yang beliau tidak buat perkara itu, buktikan yang beliau tidak pernah buat perkara itu, buktikan beliau tidak mempunyai perasaan suka buat benda itu, buktikan beliau tidak memaksa Saiful membuat benda itu, beliau perlu buktikan itu semua, kerana itulah pokok pangkalnya sekarang ini, samada benar atau tidak tuduhan yang dikenakan ke atas beliau bergantung kepada bagaimana beliau menerangkan apa yang berlaku. Janganlah meraih simpati dari luar untuk menekan kerajaan supaya menggugurkan kes berkenaan, ini kerana untuk menggugurkan kes berkenaan dalam bidang kuasa mahkamah, kerana tiada kena mengena. Bila ada dakwaan maka siasatan akan dibuat, bila dakwaan mempunyai asas-asas yang boleh didakwa di mahkamah maka pendakwaan dan perbicaraan akan berlaku, kemudian bergantung kepada kedua-dua pihak untuk mengemukakan hujah-hujah masing-masing untuk membuktikan tuduhan itu benar atau tidak dan ingatlah kebenaran akan mengatasi kepalsuan, semuanya dalam kekuasaan Allah, dan Allah Maha Adil, akan terbuka kebenaran kelak. Saya tidak menuduhlah siapa betul siapa salah kerana mahkamah tidak menjatuhkan hukum lagi, tapi pihak-pihak yang terlibat janganlah mengada-ngada membuat itu dan ini untuk melambat-lambatkan perbicaraan kerana makin lambat perbicaraan makin bermasalah jadinya. Terimalah hakikat bahawa ia perlu dibicarakan dan dalam perbicaraan berkenaan buktikan hujah masing-masing dan yang pasti berlaku benarlah kerana penipuan tak akan kemana-mana, akan terbongkar jua dan kebenaran akan tertegak juga. Sekian, terima kasih.
February 18th, 2010
salam yb azmin..saya setuju kalau yb akan gempur perlimen dengan isu2 yang panas mutakhir ni
April 27th, 2010
Isu panas apa lagi En. Joe, isu merobohkan kedai, isu menghalang kanak-kanak tadika menggunakan balai raya sebagai kelas, isu merobohkan pusat kegiatan penduduk, isu penipuan Pakatan Rakyat terhadap penduduk Kampung Buah Pala, isu memaksa En. Fairus Khairuddin letak jawatan, isu ekonomi di negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat yang makin caca marba, isu bila Pakatan Rakyat nak didaftarkan, kata akhir tahun lepas, tapi sampai kini tak terdaftar, apa cerita?, isu menghalang Majlis Bandaraya Shah Alam melaksanakan peraturan menyekat penjualan/pembelian arak dan berjudi, isu sikap Pakatan Rakyat yang gemar ceramah maki hamun, berdemontrasi ganas, menuduh SPR bersekongkol dengan BN bila Pakatan Rakyat kalah pilihan raya, tapi bila Pakatan Rakyat menang tak tuduh SPR bersekongkol dengan Pakatan Rakyat pula, bersepah-sepah isu yang yang mengelilingi Pakatan Rakyat, kalau orang banyak hutang dikatakan hutang keliling pinggang, tapi Pakatan Rakyat pula masalah bukan setakat keliling pinggang, sudah menimbus mereka hingga hampir lemas, tunggu masa sajalah sekiranya masih tak berubah sikap menjadi lebih matang dan berwibawa macam Barisan Nasional. Sekian, terima kasih.
February 20th, 2010
Salam sejahtera saudra Azmin…
saya adalah seorang penduduk negeri swk yg sentiasa mengikuti perkembangan politik semasa tanah air kita.wlupun PR di tempat saudara sentiasa kena segala isu tohmahan namun ia nya tidak melunturkan semangat perjuangan PR..
Saya sarankan dan mengingtkan,andainya suatu hari nanti Pakatan Rakyat mengambil alih pucuk pimpinana negara,saya harap saudara dpt bagitau PR jgn mengulas sebab2 kemenangan PR melebih2 seperti pihak UMNO BN dahulu…
sebab rakyat mengundi PR bagi kemenangan bukan untuk kemegahan diheboh2kan selalu,rakyat mengundi PR kerana ingin melihat perubahan yg dibawakan,harapan yg digarapkan,kebajikan yg diberikan..lagi satu pd saya seperti yg selalu berlaku sekarang,kerjaan BN terlalu berbangga sekali bila projek2 nak dilaksanakan bagi mengumpan rakyat,bagi saya kalau setakat Elektrik,jalan raya dan air itu semua kemudahan yg patut disediakan oelh mana2 parti yg memerintah.. biasa kita tgk dekat papan iklan projek ” Satu lagi projek Barisan Nasional” kadang buat rasa meluat bila terbaca. siapa tidak tahu bahawa setiap projek itu adalah dari Duit Rakyat yang membayar cukai,buat apa nak dibanggakan.ada projek buat sahaja lah.tak payah nak heboh2.. Kan bgs kalau nti PR buat projek apa2 pembangunan kebaikan untuk merakyatkan ekonomi rakyat.
“JANGAN TERLAU BONGKAK DAN SOMBONG KEMUDIAN HARI MEMAKAN DIRI”
Salam sejahtera dari Sarawak.
February 25th, 2010
kalau dia cakap projek rakyat..macam mana nak telan(nampak sangat)..pasal tu kena bagitau projek barisan nasional..sebab tu duit mak bapak dia.boleh la bagi kroni sikit..anak sikit..yang baki baki tu,bagi la kat rakyat.
April 19th, 2010
Buat Ibanez, sokonglah Pakatan Rakyat itu, nanti rasakan macam mana mereka mempermainkan pengundi untuk kuasa politik mereka, di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, berbagai masalah berlaku, di negeri-negeri berkenaan sewaktu BN mentadbir makmur dan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan, lepas Pakatan Rakyat ambil alih bukan setakat perniagaan dan pekerjaan terjejas, malahan kedai pun dirampas dan dirobohkan kerana kononnya atas tanah kerajaan, tapi siapa yang pilih kerajaan, rakyat juga. Masa tahun 1999 – 2004 PAS telah membuli penyokong kerajaan dengan merampas balai raya, menghalang tadika KEMAS, memusnahkan tanaman penduduk yang mengusahakan tanah kerajaan, masa BN mementadbir Terengganu, tak pernah BN buat begitu, tapi bila PAS mentadbir begitu jadinay, kesannya PAS tumbang pada pilihanraya 2004 dan tidak terpilih pada pilihanraya 2008. Jangan kerana mendengar guruh dilangit air ditempayan dicurahkan sebab takut hujan yang ditunggu tak turun tapi petir dan guruh sabung menyabung pula. Sekian, terima kasih.
February 21st, 2010
askm…yb azmin…terus kan perjuangan.jangan bagi mereka2 ini terus berkuasa untuk perut mereka dan saudara kerabat dengan mencuri harta2 rakyat…REFORMASI
February 25th, 2010
maaf bang, tak baik abang cakap macam tu..kecik hati dorang..dorang ni tak pandai mencuri(sikit)..dorang ni merompak je(harta rakyat)
April 19th, 2010
Kalau merobohkan kedai pula macam mana, begitu juga merampas balai raya dan dijadikan balai raya itu bangunan yang tak guna sebagaimana di Pulau Pinang dan di Selangor, malahan merobohkan pusat kegiatan penduduka di Damansara itu membela rakyatkah? Pakatan Rakyat memang pembelit No. 1 Malaysia, penipu dan memecahbelahkan perpaduan negara.
April 19th, 2010
Kalau merobohkan kedai rakyat, merampas balai raya, merobohkan pusat kegiatan penduduk serta menghalang pelajar tadika menggunakan balai raya sebagai kelas itu membela rakyatkah? Itulah yang berlaku di Selangor, Pulau Pinang dan di Terenngganu (1999-2004). Di negeri tadbiran BN tak ada pun PASTI (Tadika PAS) dirampas, malahan kegiatan politik Pakatan Rakyat pun tak disekat, tapi di negeri tadbiran Pakatan Rakyat, tadika ditutup, balai raya dirampas, kedai dan pusat kegitan penduduk dirobohkan. Inikah pembela rakyat? Inilah sikap penipu rakyat untuk undi, masa kempen, rakyat akan dibela, tapi lepas menang rakyat dibiarkan menderita hinggakan Barisan Nasional yang dituduh zalim itulah yang membantu rakyat yang terainaya itu, nak harapkan Pakatan Rakyat, tak boleh diharap langsung.
March 2nd, 2010
aslmkm YB..
kami harap isu pilihan raya kampus YB lawan habis2..lawan tetap lawan..
kerana golongan mahasiswa adalah pengundi baru utk PRU13 nnt..
kami selaku mahasiswa menyokong penoh akan PR..
HIDUP MAHASISWA..HIDUP PAKATAN RAKYAT..
March 4th, 2010
Akm…YB..kami berharap YB dapat ,membawa isu-isu tentang kebajikan rakyat. Biasiswa utk anak2 miskin luar bandar dan infastruktur di sarawak. Ketengahkan juga amalan yg tidak baik kalangan ADUn di Sarawak yg lebih mementingkan dri dan berumah besar2 drpd membantu rakyat.
March 5th, 2010
Yb Azmin, bukan setakat tu sahaja Yb cek lah peruntukan PLKN, siapa dapat kontrak dan harganya macamana, bukan itu sahaja ada Tim. Comander yang cuba membetulkan perjalanan PLKN tetapi di tamatkan kontranya.
March 7th, 2010
Jgn terlampau sibuk perjuangkan DSAI hingga lupakan nak jaga kawasan….jgn lupa jaga anak buah…dulu masa nak mengundi bukan main baik jumpa orang sana-sini…sekarang dah ada pangkat dah ada kedudukan lupa orang-orang yg dibawah…bongkak lupakan pengundi sendiri…
March 9th, 2010
Salah orang lain ko nampak.. konspirasi engkau tak nampak ke?
Aku meluat tengok wajah pondan kau…
March 11th, 2010
Teruskan… selamat berjuang. Umno(BN) perlu d kuburkan sbb terlalu biadap, pemfitnah & pelahap hak rakyat. Bagi sy kalau nk tgok sendiri rupa orang yg makan orang d akhirat kelak, lihatlah wajah berseri PM & bekas PM kita tu.
April 19th, 2010
Kalau UMNO pelahap hak rakyat, sekarang ini negara kita ini lebih mundur dari Nepal, tapi yang peliknya negara kita ini lebih maju dari negara-negara lain yang lebih besar dan lebih awal merdeka dari negara kita. Kalau betullah UMNO pelahap maka sekarang ini anda sedang menjadi pendatang asing tanpa izin di negara orang sebab terlalu ramai orang miskin dan kedana, maka akan bersepah-sepahlah orang ramai tidur di tepi jalan macam di sesetengah negara sebab tiada rumah, tapi yang peliknya jarang jumpa keadaan sedemikian, kalau jumpa pun orang yang tak ada rumah itu diberi rumah oleh kerajaan, jadi macam mana anda boleh tuduh sedemikian, ini menunjukkan anda dengki dengan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO yang begitu berkualiti dalam pentadbiran sedangkan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh pemimpin sanjungan anda itu macam parti tepi jalan, tahu berpolitik, ceramah, maki hamun, berdolak dalih dalam hal mahkamah, berdemontrasi tapi hal pembangunan entah ke mana lesapnya. Nilailah sendiri. Sekian,terima kasih.
April 19th, 2010
Kalau UMNO pelahap hak rakyat, sekarang ini negara kita ini lebih mundur dari Nepal, tapi yang peliknya negara kita ini lebih maju dari negara-negara lain yang lebih besar dan lebih awal merdeka dari negara kita. Kalau betullah UMNO pelahap maka sekarang ini anda sedang menjadi pendatang asing tanpa izin di negara orang sebab terlalu ramai orang miskin dan kedana, maka akan bersepah-sepahlah orang ramai tidur di tepi jalan macam di sesetengah negara sebab tiada rumah, tapi yang peliknya jarang jumpa keadaan sedemikian, kalau jumpa pun orang yang tak ada rumah itu diberi rumah oleh kerajaan, jadi macam mana anda boleh tuduh sedemikian, ini menunjukkan anda dengki dengan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO yang begitu berkualiti dalam pentadbiran sedangkan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh pemimpin sanjungan anda itu macam parti tepi jalan, tahu berpolitik, ceramah, maki hamun, berdolak dalih dalam hal mahkamah, berdemontrasi tapi hal pembangunan entah ke mana lesapnya. Nilailah sendiri. Sekian,terima kasih.
April 19th, 2010
Kalau UMNO pelahap hak rakyat, sekarang ini negara kita ini lebih mundur dari Nepal, tapi yang peliknya negara kita ini lebih maju dari negara-negara lain yang lebih besar dan lebih awal merdeka dari negara kita. Kalau betullah UMNO pelahap maka sekarang ini anda sedang menjadi pendatang asing tanpa izin di negara orang sebab terlalu ramai orang miskin dan kedana, maka akan bersepah-sepahlah orang ramai tidur di tepi jalan macam di sesetengah negara sebab tiada rumah, tapi yang peliknya jarang jumpa keadaan sedemikian, kalau jumpa pun orang yang tak ada rumah itu diberi rumah oleh kerajaan, jadi macam mana anda boleh tuduh sedemikian, ini menunjukkan anda dengki dengan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO yang begitu berkualiti dalam pentadbiran sedangkan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh pemimpin sanjungan anda itu macam parti tepi jalan, tahu berpolitik, ceramah, maki hamun, berdolak dalih dalam hal mahkamah, berdemontrasi tapi hal pembangunan entah ke mana lesapnya. Nilailah sendiri. Sekian,terima kasih.
March 16th, 2010
gempur apa Min?
April 20th, 2010
Kalau tak ada DEB, sekarang ini ekonomi bumiputera entah bagaimanalah gamaknya. Y.B. Gombak tak payahlah nak menghasut rakyat, sebenarnya Pakatan Rakyat tiada formula yang berkualiti macam Barisan Nasional, sebab itulah selalu saja dasar-dasar Barisan Nasional ditentang meskipun baik sebab Pakatan Rakyat dengki dengan kewibawaan Barisan Nasional sedangkan Pakatan Rakyat tak boleh diharapkan, nama saja sedap, tap tak guna buat apa, Pakatan Rakyat konon, Penipu Rakyat, Pergunakan Rakyat, Politikkan Rakyat adalah. Apa dasar Pakatan Rakyat yang dibuat, apakah dasar merobohkan kedai bumiputera, merampas balai raya, merobohkan pusat kegiatan penduduk, menipu dalam menifesto (lihat balik janji menifesto 2008 di Pulau Pinang dan Selangor yang kini tak dibuat pun), atau pun dasar yang menghalang Majlis Bandaraya Shah Alam yang mahu melaksanakan peraturan menyekat arak dan judi di kawasan tadbirannya, begitu bangga dan riang sekali PKR dan PAS mengikut telunjuk DAP yang tidak setuju dengan cadangan Majlis Bandaraya Shah Alam berkenaan meskipun baik sebenarnya cadangan Majlis Bandaraya Shah Alam itu. Nilailah sendiri.
April 24th, 2010
Salam 1SARAWAK,
YB Azmin diparlimen ua superhero,kamek slute YB kebernasan YB amat ketara dan boleh menandingi Menteri2 keribang rebus yg tuyuk,kamek boleh cop YB boleh menjadi MBnegeri,satu hari nanti,namun sebagai YB yg ada nama dlm PKR perlu memberi pandangan wak ema ketua kita DSAI ada yg dsai menceritakan kecondongan dipihak pakatan,isi ini kamek perhati dari dululagi,tak ada yg berani bersuara walaupun YB Sfdn Nasution,kamek sik perlu cerita kes ya ini hal org atas,YB lebih tahu dan faham lagi….sekian,ahli PR sarawak…
May 4th, 2010
Salam YB,
Saya nak buat aduan tentang RSS PMC Sdn Bhd terutama pada Strategic Advisor, Dr Nik Zamri Majid. Dr Nik ni dilantik oleh kerajaan PKR negeri selangor untuk memantau projek2 perumahan terbengkalai task force exce di negeri selangor. Tetapi gerak laku dan perangai beliau seperti beliau dilantik oleh pihak pemaju. Gerak laku beliau seperti beliau telah “dibeli” oleh pemaju. Ini mengakibatkan perselisihan faham antara pembeli projek terbengkalai dgn pemaju. Oleh itu saya mengsyorkan supaya pihak YB dapat membuat siasatan sebelum perkara ini menjadi “duri dalam daging” pada kerajaan Selangor. Pasal Dr Nik ni nanti, tak pasal2 next election YB tak dapat lagi jadi YB. Pasak Dr Nik ni, rakyat selangor yg terlibat akan membuat rumusan tentang kerajaan PKR secara keseluruhannya. Sila ambil perhatian dan tindakan sewajarnya. Jangan kerana nila setitik…….
June 14th, 2010
http://x-pkr.blogspot.com/
June 14th, 2010
sila layari
http://x-pkr.blogspot.com/
July 9th, 2010
Wahai cek mamat siparang tumpol,aku rasalah ko ni otak beEnd yang sudah berkarat. Hidup kita ni kena berhijrah,hijrah penempatan untuk mencari satu yang lebih sumpurna. Serupa juga dengan pemikiran.Pemikiran kita juga perlu berhijrah. Fikiran yang tidak berhijrah umpama air tidak mengalir. ko tengok je-lah air yang x mengalir,macam2 ada dalamnya. jejentik,ulat,nyamok,lumut yang paling menjijikan busuk. Malaysia ni cukup kaya ko tau tak,petroleam ,minyak sawit,timah,emas,padi macam2 ada tak kaya lagi ke,tapi rakyat masih berada ditaraf kemiskinan. Tgk je Singapore apa dia ada,rakyat dia cammna. ko ni dahlah buta mata buta hati pula. ko nak banding yang BN tu dah buat jalan raya,ooi x yah ceritalah babi hutan pun tahu buat jalan(denai) untuk dilaluinya.ko ingat depa buat sesuatu projek tu tak asyok ke. kos RM100 jadi RM2000 projeklah tu ye?.