Apakah Kewajaran Latihan Lasak ala Komando Untuk Pegawai PTD ?
Negara dikejutkan apabila seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) meninggal dunia awal pagi semalam ( 31 Mei 2010 ) selepas tiba-tiba dilaporkan mengalami jangkitan paru-paru yang serius ketika menjalani latihan intensif yang lasak ala komando di kem latihan di Jugra, Banting.
Norhashimah Wahid, 30, ibu kepada seorang anak perempuan berusia 2 tahun, mula menjalani latihan pada bulan Mac 2010. Program Diploma Pengurusan Awam (DPA) merupakan syarat untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi skim PTD. Latihan dijalankan dalam tempoh 7 bulan yang antara lain meliputi latihan-latihan dalam kelas dan juga latihan luar ( latihan kebombaan, kepolisan dan ketenteraan ). Modul jati diri yang diwajibkan ke atas setiap peserta program adalah merupakan modul yang pertama kali diadakan dan difahamkan diselia oleh pegawai Paskau ( Pasukan Khas Tentera Udara ).
Walau bagaimanapun, hari ini, Tentera Udara Diraja Malaysia menafikan laporan media kononnya latihan itu di bawah kendalian dan seliaan Pasukan Khas Udara TUDM. “Latihan itu bukan di bawah kelolaan kami atau mana-mana unit di bawah naungan TUDM, sebaliknya ianya dikelolakan sepenuhnya oleh agensi lain yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan TUDM,” kata satu kenyataan TUDM.
Saya sempat menziarahi keluarga Allahyarhamah Norhashimah di kediaman mereka di Taman Keramat. Kedatangan saya tepat jam 3.00 petang tadi bersama YB Nik Nazmi dan YB Nurul Izzah serta pimpinan KEADILAN Gombak disambut oleh suami Allahyarhamah Norhashimah, Saudara Ahmad Zulkhairi dan beberapa ahli keluarga mereka termasuk YB Dr. Nasir, ADUN Kota Damansara. Jelas suasana sedih dan pilu masih menyelubungi keluarga ini.
Allahyarhamah Norhashimah dihantar oleh suaminya ke INTAN dalam keadaan sihat walafiat untuk memulakan latihan modul ala komando pada 23 Mei 2010. Latihan ini dijangka berakhir selama seminggu di kem latihan di Jugra melibatkan aktiviti yang lasak yang dikhabarkan lebih berat daripada latihan ketenteraan biasa ( bagi seorang awam seperti yang dilalui oleh pelatih dalam latihan ketenteraan ).
Difahamkan Norhashimah mengalami demam panas pada keesokkan harinya dan hanya diberikan rawatan biasa. Masalah kesihatannya bertambah serious apabila Norhashimah mengalami muntah darah, muka pucat dan badannya menggigil. Namun, pengurusan program tidak memberikan perhatian dan meneruskan latihan lasak ini untuk Norhashimah. Keadaannya bertambah kritikal dan hanya dikejarkan ke Hospital Banting pada awal pagi 29 Mei 2010. Pada saat ini, keadaan Norhashimah sudah koma.
Keluarga Norhashimah amat kesal kerana pengurusan program DPA dan juga INTAN tidak langsung menghubungi keluarganya untuk memaklumkan keadaan ini. Suami Norhashimah mendapat berita sedih ini daripada pihak hospital yang menghubungi beliau untuk mengesahkan suami kepada Norhashimah. Mengapa penganjur program ini mendiamkan diri ? Apakah motifnya ? Apakah ada sesuatu yang hendak disembunyikan ?
Saya memetik laporan Berita Harian yang mengatakan abang ipar Norhashimah, Zulyusri Zainal Abidin, 33, berkata mangsa pernah mengadu tidak sihat dan dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan ketika menjalani latihan tetapi hanya disahkan demam biasa sebelum kembali ke kem terbabit.
“Norhashimah pernah memberitahu tenaga pengajar yang beliau mahu pulang ke rumah untuk berehat tetapi dimaklumkan, jika enggan meneruskan latihan, beliau perlu menjalani semula latihan berkenaan selepas dua tahun,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di pekarangan bilik Unit Rawatan Rapi HTAR, di sini, semalam.
Berita Harian juga melaporkan Zulyusri berkata, walaupun masih dalam keadaan lemah, adik iparnya itu dikatakan dipaksa menjalani latihan sama selepas bersetuju meneruskannya. “Melihatkan keadaan Norhashimah yang lemah, beberapa rakannya mencadangkan beliau supaya berhenti atau mengambil cuti dan cadangan berkenaan dipersetujuinya. “Bagaimanapun, seorang tenaga pengajar datang ke tempat Norhashimah sebelum memaksanya kembali meneruskan latihan. Ketika Norhashimah mahu mengambil sehelai jaket untuk mengurangkan kesan demam, tenaga pengajar terbabit merampas jaket berkenaan dan menyuruhnya terjun ke dalam sebuah parit berlumpur,” katanya.
Zulyusri berkata, selepas beberapa hari, keadaan Norhashimah menjadi semakin lemah serta tercungap-cungap sebelum beberapa rakan pelatih membawanya menemui tenaga pengajar di situ supaya dihantar menjalani rawatan di Hospital Banting (HB).
“Norhashimah hanya ditempatkan di wad HB selama sehari dan pernah memohon pihak kem supaya memaklumkan keadaan dirinya kepada keluarga tetapi tidak diendahkan, sebaliknya tiba semula di kem itu, beliau diarah menjalani latihan walaupun masih lemah.
“Adik ipar saya kemudian jatuh pengsan selepas keadaannya bertambah teruk. Tenaga pengajar kemudian membawanya menjalani rawatan di HB sebelum dipindahkan ke HTAR. Beliau kemudian disahkan mengalami jangkitan paru-paru berair (pneumonia) yang menyebabkannya sukar bernafas,” katanya.
Setelah mendengar penerangan yang diberikan oleh ahli keluarga Norhashimah khususnya suami beliau, kami bertiga; Nurul Izzah, Nik Nazmi dan saya merasa terpanggil untuk melihat isu ini secara keseluruhannya.
1) Mengapa faktor kesihatan dan keselamatan Allahyarhamah Norhashimah diambil mudah oleh pihak urusetia latihan ? Mengapa seseorang peserta latihan yang sakit dipaksa untuk meneruskan latihan ?
2) Mengapa pihak INTAN tidak memaklumkan kepada suami dan keluarga Allahyarhamah dari mula beliau mengalami demam panas, muntah darah dan jatuh kritikal sehingga dimasukkan ke ICU ? Apakah ada usaha untuk menyembunyikan kecuaian atau kecurangan di pihak penganjur latihan ?
3) Apa relevannya latihan lasak ala komando untuk pengesahan perkhidmatan pegawai kerajaan yang hanya terlibat dalam aspek penggubalan dasar, pengurusan dan pentadbiran semata-mata ?
4) Apakah SOP yang digunapakai oleh pengurusan latihan (INTAN) dalam mengendalikan latihan-latihan lasak seumpama ini ? Dan siapakah yang mendapat kontrak untuk mengendalikan latihan dan program jati diri ini ? Apakah syarikat kroni ini mempunyai tenaga pengajar yang bertauliah dan rekod pengurusan yang baik ?
Kami menuntut dan mendesak kerajaan Persekutuan supaya bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan kebajikan anggota-anggota pentadbiran awam dan juga pegawai-pegawai kerajaan yang memberikan khidmat dan sumbangan yang besar dalam perkhidmatan awam untuk membangunkan negara. Beberapa cadangan dikemukakan untuk segera dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan :
(i) Membentuk satu Jawatankuasa Penyiasat Bebas untuk menyiasat kejadian ini secara menyeluruh dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab dalam insiden yang meragut nyawa seorang pegawai kerajaan yang komited dalam perkhidmatannya.
(ii) INTAN dan JPA seharusnya meneliti semula kesesuaian kurikulum yang melibatkan modul latihan ala komando untuk pegawai-pegawai kerajaan. Kurikulum dan modul yang sarat dengan pengisian kualiti pengurusan seiring dengan keperluan sesuatu perkhidmatan perlu diutamakan.
(iii) Modul latihan Kursus Diploma Pengurusan Awam perlu disemak semula dan dipantau oleh Ahli Lembaga yang berkenaan dan memastikan para pelatih dan pengendali program adalah kalangan yang terlatih dan bertauliah.
(iv) Sistem pengurusan kursus harus sesuai dengan keadaan semasa agar bersesuaian dengan kondisi pegawai/peserta dengan tidak menafikan hak kebajikan mereka.
(v) Kelayakan pegawai untuk menyelia sebarang bentuk latihan mestinya mereka yang mempunyai kelayakan dan kepakaran sejajar dengan prinsip “the best officer for the best training”. Ini menjadi amalan di mana-mana institusi latihan pegawai kerajaan seperti Civil Service College Singapura dan Harvard Kennedy School, USA.
Saya berdoa semoga keluarga Saudara Zulkhairi dicucuri oleh Allah SWT dengan kesabaran dan ketenangan yang mendalam serta redha terhadap takdir yang telah ditentukanNya. Saya turut berdoa semoaga Allahyarhamah Norhashimah Wahid dicucuri rahmat dan maghfirah ( ampunan ) oleh Allah SWT dan mendapat husnul khatimah iaitu akhir yang baik dan ditempatkan di dalam syurga yang penuh ni’mat.
Al Fatihah.
AZMIN ALI





This post has 15 comments
June 2nd, 2010
YB!
Macam mana kem TUDM bolih di wartakan sebagai tempat latihan pegawai awam!!!
Tak kan mereka tak buat kajian dari segi tempat dan jenis latihan yang nak di beri.
Masalah nya pihak pengurusan kalau buat kerja janji ada maka ini lah akibat nya, nak buat latihan lasak tu buat apa kerana saya juga pernah menghadiri kursus di INTAN ni macam nak suruh orang jadi askar!!! apa ngok sangat !!!
Tak kan dah lupa TUDM tu nak jaga injin pun tak bolih, beli jet tanpa injin dan bayangkan lah tempat latihan yang di buat dan siapa lah mamat yang menawarkan tempat tersebut!!!
Apa pun Al Fatiha….. buat Allahyarhamah.
June 2nd, 2010
salam.
saya amat bersetuju dengan saranan dan cadangan yb. sy tidak dapat melihat apakah relevannya latihan seumpama ini terhadap kakitangan awam. bg sy, jika perlu pun, cukupla sekadar modul PKN utk pegawau ptd ini.
sy juga melihat adalah lebih wajar latihan dan modul DPA ini diambilalih oleh pihak universiti dan jabatan masing2 tempat dmana ptd2 tersebut bertugas.
hal ini kerana,sebg pegawai baru, mereka perlu pendedahan ttg lgkungan kerja mereka bukannya lat ketenteraan.gov juga boleh mengurangkan budget utk lat ini kecuali la dgn sengja nak memberi perlaksaan modul dpa ni pd pihak tertentu. ini lah suatu ketirisan dalam perbenlanjaan negara. harap pihak pembangkang dapat mendesak utk pembaikan bg latihan kpd kakitangan awam.
June 2nd, 2010
YB, saya amat bersetuju sekiranya kurikulum dan modul DPA disemak semula terutamanya dari segi implementasi dan kewajaran modul2 diajlankan. Walau pun, sudah beberapa dekad Modul DPA ini dijalankan dan diberi penambahbaikan pada setiap tahun, namun begitu saban tahun dilihat cara pelaksanaannya semakin tidak berperikemanusiaan. Tidak dinafikan, modul Bomba, Polis, Tentera, OBS selain utk menguji ketahanan fizikal adalah lebih kepada menguji kekuatan mental. Sekiranya kita berjaya menguasai minda, semua perkara atau halangan yang datang mampu kita tempuhi. Namun begitu, berbalik kepada SOP, sememangnya wajar dipertikaikan. Pengurusan DPA sememangnya mengambil remeh terutamanya dari segi kebajikan peserta, sekiranya peserta sakit dan mempunyai pengesahan dari doktor pun, mereka akan hanya memberi option kepada peserta sama ada meneruskan modul atau mengulangi semula modul tersebut pada tahun akan datang. Sudah tentunya, para peserta lebih rela meneruskan modul tersebut kerana tidak mahu mengulangi semula pada tahun berikutnya. Jarang sekali mereka menggunakan budi bicara, jika anda sakit anda tidak perlu buat dan tidak perlu mengulang semula. Walau pun, mungkin sebelum ini tidak pernah ada insiden kehilangan nyawa, ketika menjalani kursus ini, tapi tidak dinafikan adanya berlaku kecederaan seperti melecur, patah kaki, retak tulang dsb yang tidak dihebahkan. Ada juga peserta wanita yang pernah melahirkan anak secara ceaser, kemudiannya apabila menjalani modul lasak sehingga menyebabkan pendarahan berlaku pada jahitan tersebut.
Bukan itu sahaja. sudahla terpaksa mengikuti modul yang menguji fizikal, para peserta juga dilayan seperti pelajar sekolah asrama oleh Pegawai Penyelaras DPA, malah lebih teruk dari itu. Peserta tidak dibenarkan pulang ke rumah pada hari berkursuus, kecuali pada hujung minggu itu pun selepas aktiviti tamat pada hari Sabtu dan perlu pulang semula ke INTAN pada keesokan harinya sebelum jam 12 malam. Keluarga pula tidak dibenarkan dtang melawat pada hari kursus walau pun ketika waktu rehat. Yang lebih menyedihkan, apabila ada berlaku kematian yang melibatkan ahli keluaraga, peserta hanya dibenarkan pulang pada hari itu dan esoknya harus kembali smeula ke INTAN. Bukan itu sahaja, sekiranya ingin keluar dari INTAN bagi urusan di bank atau ke Klinik, peserta perlu mengisi satu buku seperti PAS KELUAR dan perlu mendapat tandatangan Pegawai Penyelaras di sana. Adakah ini sesuatu yg wajar dibuat kepada peserta DPA yang telah dewasa dan pernah bekerja di sektor swasta mahupun awam sebelum ini? Mereka bukan lagi kanak-kanak sekolah hendak dilayan sebigitu. Skeiranya tiada urusan, peserta tidak dibenarkan keluar walau pun pada waktu rehat.
Sekiranya, peserta tidak mengikut peraturan mereka yg tidak masuk akal itu, peserta akan didenda membuat assignment berhelai2 muka sehingga peserta tidak tidur mlm dibuatnya.
DPA dan INTAN cuba menyekat kebebasan peserta dan secara langsung juga menyebabkan hubungan kekeluargaan dengan pasangan, anak atau ibubapa yang ditinggakan di luar sana semakin jauh. Sudah beberapa kali berlaku perceraian di kalangan peserta sama ada semasa atau selepas mengikuti kursus ini. Pihak DPA tidak pernah mengambil iktibar dari pengalaman tersebut. Apa tidaknya, sekiranya setiap hari 24 jam selama 6-7 bulan, hanya melihat muka yang sama dalam persekitaran yg sama, Suami/Isteri lupa pada pasangan yang ditinggalkan di luar sana. Modul-modul yg dijalankan sgt byk yg memupuk kemesraan di antara peserta dan wujudnya cinta lokasi antara mereka tidak kira status. Sedangkan, pasangan mereka di luar sana, terpaksa berkorban meneruskan rutin harian tanpa bantuan suami/isteri dan perlu menunggu kepulangan suami/isteri saban minggu. Banyak lagi kelemahan DPA yg tidak dapat diperkatakan di sini.
Pemergian Norhasimah walau pun sesuatu yg amat dikesali, diharapkan dapat membuka mata pihak Pengurusan DPA maupun INTAN. Apakah mereka mahu melahirkan PTD yg hanya tahu mengikut telunjuk, tidak berani mengatakan kebenaran dan wujudnya institusi kekeluargaan yg porak peranda? Wahai pihak INTAN dan Unit DPA, fikir2kanlah….
June 20th, 2010
tuan, pandangan tuan telahpun dikaji dan sekarang segalanya telah berubah ke arah yang lebih fleksible dan professional.alhamdulillah..al fatihah kepada arwah norhashimah
June 3rd, 2010
AlFatihah…
Apa yang dibangkitkan oleh YB adalah tersangat relevan dan inilah yang berlaku di dalam PTD.Yang menghairankan saya ialah kenapa persatuan PTD senyap begitu sahaja di dalam isu ini?tidakkah persatuan PTD merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk membela nasib ahli-ahli mereka?
Kewajaran kursus lasak sebegini lebih merupakan untuk mendera pegawai PTD baru kononnya mereka kelak akan terdidik dalam suasana kerja yang lebih mencabar dan daya ketahanan diri mereka akan lebih unggul dan memberi faedah yang amat besar kepada perkhidmatan mereka khususnya dan negara amnya…
Malahan peserta kursus PTD ini juga diberikan latihan di OBS (out bound school) di Lumut Perak di mana mereka dipaksa berkayak di tengah lautan berombak.Bayangkanlah pegawai PTD wanita yang terpaksa melalui pengalaman ini semata-mata untuk mengelakkan dari dihantar pulang jika enggan ataupun gagal dalam latihan tersebut.Mereka terpaksa bergadai nyawa untuk lulus latihan ini demi menggenggam segulung Diploma Pengurusan.
Saya bersetuju dengan saranan YB agar silibus dan kurikulum PTD dirombak dan dikaji semula.Kita tidak mahu melihat pegawai PTD kayu yang menerajui tampuk pimpinan Kementerian dan Jabatan hasil dari latihan lasak yang tidak membawa apa-apa faedah sama sekali.
Bukankah lebih baik mereka didedahkan dengan aspek-aspek pengurusan,kewangan,komunikasi,integriti,akauntabiliti dll..Lihat sahajalah apa yang telah berlaku kepada Sime Darby yang rugi berbilion bilion ringgit.Lembaga Pengarahnya terdiri dari PTD pencen yang telah menjawat jawatan tertinggi Kerajaan seperti KSN dan sebagainya.Inilah contoh yang terbaik hasil dari pengajaran latihan kursus PTD selama ini.
Kalau pihak INTAN,Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mahupun Ketua Setiausaha Negara tidak peka dan mahu mengambil tindakan tegas akibat dari peristiwa buruk yang telah menimpa Allahyarhamah Norhashimah Wahid,adalah wajar mereka meletakkan jawatan dengan segera!Kepimpinan tertinggi perkhidmatan kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya atas nama AKAUNTABILITI….Pemergian Allahyarhamah memerlukan satu PEMBELAAN….MUKTAMAD!
June 3rd, 2010
Selepas membaca artikel ini timbul pertanyaan:
1. Apakah Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) diperlukan semasa berperang sehingga perlu menjalani latihan lasak? Latihan polis dan tentera tidak terus diberi latihan yang keras, ia bermula dengan latihan ringan. Mereka berlatih beberapa bulan untuk menjadi lasak dan tidak berbahaya kepada kesihatan. Untuk PTD sebagai pentadbir berilah latihan yang relevan dengan pentadbiran sahaja.
2. Syarikat kroni siapa pula? Patutlah modul latihan yang tidak munasabah. Musim sekarang musim kroni dapat cari makan. Wang rakyat disalur kepada kroni melalui penyediaan latihan seperti latihan PTD ini. Mungkin banyak kroni lain yang dapat manfaat seperti ini.
June 4th, 2010
PTD adalah merupakan satu skim perkhidmatan yang bersifat elitis.PTD jugalah yang mewarnai corak pentadbiran jentera kerajaan.Bagi yang berpeluang memasuki skim perkhidmatan ini,mereka bakal diserapkan kepada pelbagai perkhidmatan tertinggi di peringkat anatarabangsa,persekutuan,negeri,daerah,pihak berkuasa tempatan dll.Justru itu tidak menghairankan bagi sesiapa yang terpilih memasuki skim perkhidmatan ini sudah dikira mempunyai masa depan yang cerah dalam perkhidmatan kerajaan.
Namun sayang sekali corak latihan PTD lebih banyak menghasilkan insan2 yang korup,salah guna kuasa,cantas mencantas,tidak diplomatik dan takut mengambil tindakan sewaktu berlaku krisis.Latihan selama 6 bulan ini banyak mengajar pelatih kepada aspek-aspek ‘self building’ bukannya ‘team building’.Malahan pelatih-pelatih disogokkan dengan modul-modul yang tidak relevan seperti persembahan berkumpulan seperti tari menari (atas nama malam kebudayaan),mess night dll..
Terdapat juga modul kembara malam di mana pelatih-pelatih di bawa ke dalam hutan dan ditinggalkan berseorangan selama beberapa jam.Bayangkanlah keselamatan pelatih-pelatih wanita yang terdedah kepada ancaman binatang liar seperti ular dll dan mungkin juga gangguan seksual oleh tenaga pengajar ataupun pelatih lelaki.
Apa yang dibangkitkan oleh Speak Out memang pernah berlaku.Kehancuran institusi keluarga bagi pelatih yang sedang bertunang ataupun sudah berkeluarga kerap berlaku.Tempoh 6 bulan terlalu cukup untuk menjalinkan kemesraan sesama pelatih tidak kira status perkahwinan mereka.Malahan cuti hujung minggu dipergunakan oleh mereka untuk memadu asmara dengan pasangan masing-masing.
Kesediaan YB untuk membangkitkan perkara ini di Parlimen tepat dengan masanya.Pihak Kerajaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya.Insiden kematian PLKN kini sudah menyerap pula kepada PTD.Mungkin ada baiknya skim PTD ini dijumudkan dan digantikan dengan skim perkhidmatan yang baru dimana pegawai-pegawai Kerajaan dari pelbagai agensi dan jabatan yang berada pada tahap cemerlang di dalam skim perkhidmatan mereka dipilih untuk diserapkan ke dalam skim perkhidmatan baru ini.Modul dan aspek latihan mestilah bersifat profesional yang merangkumi aspek-aspek analisa kritikal,pengurusan krisis,perhubungan antarabangsa dll.
June 4th, 2010
Saya ingin bertanya YB,tidakkah ada pihak-pihak yang ingin membantu keluarga Allahyarhamah mengemukakan saman terhadap Kerajaan Malaysia?Bagaimana dengan YB Karpal Singh ataupun YB Sivarasa?
June 8th, 2010
ini membabitkan kelas rakyatbiasa,cuba terkena kerabat2 menteri, apa bezanya biasa,bantai YB..
June 5th, 2010
yb,
ini tektik kampong.buang khalid dulu.
June 7th, 2010
KPPA TS Ismail Adam telah dilantik mengetuai badan penyiasat mengenai kejadian malang ini. TOR dan skop siasatan yang akan dijalankan tidak diketahui umum.Harap2 jangan ada unsur2 cover up lagi…adalah diharapkan satu kertas putih akan dibentangkan di Parlimen mengenai hasil sisatan tersebut…dan diharapkan badan penyiasat ini benar2 BEBAS dalam melaksanakan tugas mereka!
June 8th, 2010
.Park & pay … to whom? Part II
08/06/2010 by drrafick
In part I, I had written about the parking issues in Selangor in a general manner and from a macro overview. The aim is to highlight the players and the mechanism of parking business on the land that belongs to local authorities and who is responsible in bringing the current arrangement in place. To be fair, we need to look at the whole affair from transparency and commercial point of view.
The transparency issue has been dealt with in the first write-up where clearly it shows the lack of it. It seems the direct negotiation rule has been abused to the maximum beyond the intended rules when the regulations related to “direct negotiations” was first instituted. In the current system, anyone can bring an idea to the authorities but it does not guarantee that you can implement your ideas unless you have the right connections. Without the right connections, there is a strong probability ideas and proposal will be kept in the drawer and be revived by third party.
I got an email today from a reader who questions why I am questioning the issues related to parking as it does not have any significant impact on me as an individual. Firstly he is wrong. If MPAJ do not generate enough income, it cannot run its operations and this will affect us as residents. If the income is less than expenses than our quit rent will go up. As residents I want MPAJ to ensure they maximize their earning potential.
In the current state of arrangement the compound issued and the parking collection is collected and shared on 70(SE)/30(MPAJ) basis. In terms of profit, we need to look whether the current arrangement brings more profit before SE took over operations. This is something that must be evaluated. If the previous arrangement brings less money than having SE would be good for MPAJ provided they pay MPAJ monthly as per agreed arrangements. If they don’t pay accordingly then it is best that the agreement is terminated.
Giving a concession for 20 to 25 years is unfair to MPAJ. As a land owner they have very little upswing potential in their income generation. They will only get 30 sen out of every RM collected but has no means of verifying the true daily collections. The concessionaires spent some fixed capital investment on installing meters and probably would have recovered their capital investment within 12 to 18 months. The rest is pure profit after deducting operational expenses for the balance of the tenure.
Maybe it is time for the state to instruct the LA to review the current arrangement. The basis of evaluation should be profit or gross collection for the council. As a land owner and enforcement authority, surely they are entitled to a higher return compared to a company that provide parking meter and collection services. Maybe MPAJ territory should be spread over several zones and tender out to the best bidder.
By the way there is a very strong rumour that the parking zone around Ampang Point Area is excluded from Suasa Efektif control. Apparently the area is given to a company that has a strong bond with one particular MPAJ top management. This should also be investigated and verified. It was also reported that the councillors despite having the full information on the state of affairs of the Parking Business in MPAJ had not acted accordingly to protect the income of the local authority which is important for the residents of Ampang. Either they don’t know or they don’t want to use their powers. Sick isn’t it?
——————————————————————————–
Possibly related posts: (automatically generated)
Parking Ticket Fines
June 10th, 2010
Apalah ni .
June 12th, 2010
Assalamualaikum YB Azmin dan rakan-rakan yang lain.
Mungkin Malaysia cuba meniru kaedah yang digunakan di Singapura.Walaubagaimanapun hal ini perlu dikaji lagi.
kpd YB Azmin dan rakan-rakan yang lain.Silalah menjadi pengikut di blog saya http://kalammindamuiz.blogspot.com/. anda boleh meberi komen di blog saya.Terima kasih.
June 29th, 2010
Al-fatihah buat allahyarhamah. Bila terjadi kejadian2 sebegini br pihak2 yg berwajib terhegeh2 nak siasat dan ambil tindakan. Seharusnya menjadi tanggungjawab pihak berkenaan memastikan program dpt dijalankan pd tahap risiko yg rendah. Nyawa tiada gantinya…..
Apa akan jadi pd Malaysia,
Vampire Contact Lenses
Trackbacks