klik sini untuk galeri gambar Tuanku Sultan Selangor baru sahaja berangkat balik dari Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya untuk fakir miskin dan anak-anak yatim dalam Parlimen Gombak. Atas sifat Ahli Parlimen Gombak, saya turut menyambut keberangkatan Tuanku dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ke majlis ini yang disempurnakan di Masjid Al [...]
Ramadhan sering dikaitkan dengan madrasah ruhhiyah – penyucian jiwa manusia yang mengaku beriman dengan Allah SWT. Maka sewajarnya kita menjadi peserta madrasah yang mengikuti latihan yang cukup ketat dan kurikulum yang mantap ke arah ketaqwaan kepada Allah SWT dan membentuk akhlak yang murni. Ramadhan juga adalah bulan jihad di mana tentera Islam yang dipimpin oleh [...]
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan
(mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.”
(Sebahagian dari Ayat 5 :Surah Al Bayyinah)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh
Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,
Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah
saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan
ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan
Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca
dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat
(PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di
Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.




