Sesi Persidangan Parlimen akan bermula pada 15 Mac 2010 selama 20 hari. Sesi kali dijangka panas memandangkan beberapa perkembangan mutakhir yang menggarap persoalan politik, ekonomi, agama, rasuah dan sistem kehakiman yang bobrok. Hari ini adalah hari terakhir kemuka soalan bertulis dan lisan kepada Parlimen. Saya pohon penjelasan Kerajaan mengenai pilihanraya kampus yang dibolosi FRU, scorpene [...]
Pendahuluan Bajet 2010 masih bergelut dengan defisit yang ditanggung oleh Kerajaan lebih satu dekad yang lalu. Bajet ini menjurus ke arah memelihara segelintir orang kaya dan meminggirkan rakyat terbanyak. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Pusat amat lemah dalam pengurusan ekonomi. Walaupun ada sedikit imbuhan untuk rakyat, namun rakyat terbanyak terus melihat khazanah negara dipunggah oleh pimpinan [...]
Saya membaca dengan tekun komen-komen pengunjung blog saya dan juga teman-teman facebook. Sindiran ringkas yang saya lontarkan dalam blog saya bertajuk “Apa signifikan keputusan Bagan Pinang” telah mengundang maklumbalas dari pembaca. Saya merasa terpanggil untuk memberikan respon. Pakatan Rakyat perlu ‘go back to the drawing board’ dengan membuat post-mortem dan melakukan muhasabah secara adil dan [...]
Apa signifikan keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang yang diumumkan semalam ? UMNO semakin selesa dan perlu kekal dalam ‘form’ yang sedia ada ( jasad dan ruhnya ) sebagai pengamal rasuah yang dominan di Malaysia. UMNO juga tidak perlu sebarang transformasi. Justeru itu, UMNO tidak memerlukan Perhimpunan Agung Khas ( EGM ) untuk meminda [...]
Klik sini untuk galeri gambar. Tanggal 11 Oktober 2009, jam 2 petang bermulalah Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitr Parlimen Gombak & DUN Bukit Antarabanga. Majlis anjuran saya, YB Amirudin Shari ADUN Batu Caves dan YB Saari Sungib ADUN Hulu Kelang diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak & ADUN Bukit Antarabangsa. Alhamdulillah, lebih 10 000 [...]
Perajurit adalah pemegang saham terbesar dalam mempertahankan kedaulatan negara kita. Ketumbukan anggota tentera yang terlatih dan memiliki disiplin yang tinggi telah berjaya menangani dan menghadapi ancaman keselamatan dari luar dan juga di sempadan negara. Pengorbanan mereka cukup besar; senantiasa siap siaga di perbatasan, meninggalkan keluarga tersayang di kampong halaman, mendepani cabaran dan risiko serangan, mengharungi [...]
Sesi Pendengaran Awam Kedua Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban Dan Ketelusan ( SELCAT ) mengenai peruntukan ADUN memasuki hari kedua pagi ini. Semalam, dua orang Pegawai Daerah telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perbelanjaan dan kelulusan peruntukan ADUN-ADUN BN menjelang Mac 2008. SELCAT meminta penjelasan Pegawai Daerah Petaling mengenai perbelanjaan ADUN di bawah pentadbirannya [...]
klik sini untuk galeri gambar Tuanku Sultan Selangor baru sahaja berangkat balik dari Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya untuk fakir miskin dan anak-anak yatim dalam Parlimen Gombak. Atas sifat Ahli Parlimen Gombak, saya turut menyambut keberangkatan Tuanku dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ke majlis ini yang disempurnakan di Masjid Al [...]
Kenyataan Akhbar Pakatan Rakyat 2 Julai 2009 Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Mengikut Kementerian Pada hari ini kami ingin mengumumkan Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut Kementerian. Matlamat Jawatankuasa ini adalah untuk menyediakan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat bagi sesi perbahasan di Parlimen termasuk perbahasan Rang Undang-undang dan sesi soal jawab. Ini adalah bagi [...]




