Ucapan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Selangorku Idaman PKNS

22 Januari 2015 1. Kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat bersama di Majlis Pecah Tanah Rumah Selangorku Idaman PKNS Kota Puteri pada pagi ini. 2. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kekurangan rumah yang mampu dimiliki bukan sahaja menekan golongan berpendapatan rendah; tetapi juga golongan menengah di…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Ucapan YAB Dato’ Menteri Besar Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor

Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga dan para sahabat Baginda. Alhamdulillah, kita dapat sama – sama berarak dan berhimpun pada pagi ini bagi meraikan Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Peringkat  Daerah Gombak 1436H. Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pelaksana yang dipelopori…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Ucapan Pelancaran Sistem E – Strata & Sistem Selamat

1. Alhamdulillah, kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan izinNya, kita dapat berhimpun pada pagi ini bagi menjayakan Majlis Perasmian Sistem Pengurusan Hakmilik Strata Berkomputer ( e – Strata ) dan Secured Land Management System (SELAMAT), Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor. Ini adalah satu lagi usaha Kerajaan Negeri untuk…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, bukan BN atau Umno

Susulan laporan yang beliau sedia mengenepikan politik dan menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) demi kepentingan rakyat dalam isu berkaitan masalah banjir, Mohamed Azmin Ali menjelaskan, beliau sedia menjalin kerjasama dengan kerajaan persekutuan, bukannya BN atau Umno. Menurut laporan Sinar Harian hari ini, menteri besar Selangor itu menegaskan, satu wacana baharu penting diwujudkan antara kerajaan…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Perutusan Bersempena Dengan Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W

Hari ini umat Islam sekali lagi menyambut kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW yang diraikan pada 12 Rabi’ al-Awwal saban tahun. Peringatan yang berulang – ulang setiap tahun ini adalah kesempatan untuk kita menghayati sirah Baginda dengan pemaparan yang benar dan baik meskipun selepas lebih 1400 tahun. Di Malaysia, umat Muhammad ini adalah umat terbesar dan…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Ucapan Tahun Baharu 2015

Kita meninggalkan tahun 2014 dengan pelbagai kenangan, yang manis dan yang pedih, dan kita perlu mengharungi tahun 2015 dengan kecekalan untuk menghadapi apa jua cabaran dan segala kemungkinan. Dalam tahun 2014, kita diuji dengan pelbagai tragedi dan malapetaka yang datang bertubi – tubi. Seawal 8 Mac yang lalu, kita tersentak dengan tragedi pesawat MH 370…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Kenyataan Media YAB Dato’ Menteri Besar Selangor – Bantuan Bencana Banjir

KENYATAAN MEDIA YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR 28 Disember 2014 Saya dan delegasi Kerajaan Negeri Selangor telah berada di Kelantan selama dua (2) hari untuk menyampaikan sumbangan kemanusiaan dan ihsan Kerajaan Negeri Selangor kepada Kerajaan dan Rakyat Negeri Kelantan. Sumbangan telah diterima sendiri oleh YB Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Kenyataan Media : Bencana Banjir

26 Disember 2014 Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Khas yang bermesyuarat pada pagi ini telah mengambil maklum situasi banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Negeri Perak. Sehingga malam semalam, dilaporkan seramai 98,596 orang daripada 25,725 keluarga telah dipindahkan ke 1,078 buah Pusat Pemindahan Banjir ; 35,331…

Kongsi Artikel Ini:
Share