Penipuan Pilihan Raya Ancam Keabsahan Kerajaan

Johannesburg, 4 September 2013 – Timbalan Presiden KEADILAN, YB Mohamed Azmin Ali telah menegaskan bahawa penipuan dalam pilihan raya adalah ancaman terhadap keabsahan sesebuah kerajaan. Hal ini ditegaskan beliau dalam ucapan ketika perbincangan di Persidangan Parlimen Komanwel ke 59 yang berlangsung di Afrika Selatan. Persidangan yang berlangsung selama satu minggu itu telah dihadiri oleh delegasi…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Perutusan Eidul Fitr 1434 H

KENYATAAN MEDIA | 7 Ogos 2013

PERUTUSAN EIDUL FITR 1434 H
Berakhirnya Ramadhan 1434 H menandakan selesainya satu bulan puasa bagi umat Islam di seluruh dunia, saya dan keluarga saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Eidul Fitr, maaf zahir dan batin” kepada umat Islam dari semua lapisan masyarakat.

Ramadhan yang berlangsung selama sebulan adalah madrasah ruhiyyah yang mengajar kita semua erti taat, sabar dan istiqamah untuk melaksanakan perintah Allah SWT. Syawal yang menjelang adalah kemenangan ruhiyyah umat Islam. Kejayaan ini adalah kemenangan menundukkan hawa nafsu dalam bulan ramadhan yang merupakan medan ta’dib ruhiyyah, bulan yang mendidik kita untuk mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT melalui amalan serta ibadah yang dilakukan.

Marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas keberkatan dan kejayaan menghayati Ramadhan yang telah menjadi ujian ketahanan dan kesabaran kita. Walaupun ramadhan sudah berlalu, marilah kita memanfaatkan kekuatan dan kesabaran yang telah dipupuk sepanjang Ramadhan serta pengajaran yang diperolehi bagi menghadapi bulan-bulan yang akan datang.

Kita perlu terus istiqamah melakukan kebaikan, mempertingkat kebajikan dan lebih berbelas kasihan terhadap golongan miskin dan mereka yang memerlukan. Kita harus tepati janji-janji kita dan menghormati amanah yang diletakkan pada kita, serta tegas menolak godaan dan penyalahgunaan kuasa. Biarlah kita lebih merendah diri dan bertawadhu.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai jamak budaya, agama dan bangsa, marilah kita jadikan Eidul Fitr ini sebagai suatu perayaan perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia, untuk memaafkan antara satu sama lain bagi salah dan silap yang dilakukan dan kata-kata yang keras yang telah diucapkan.

Eidul Fitr yang diraikan ini memberi makna kepada penyucian diri setiap insan untuk kembali kepada fitrah sebagai seorang manusia yang mempunyai darjat atau kemuliaan insan yang tinggi. Fitrah ini pastinya merentasi sempadan kepercayaan, ras dan warna kulit.

Nilai keadilan serta menolak kezaliman juga adalah sebahagian daripada fitrah manusia yang tinggi kemuliaan insannya. Dan nilai ini senantiasa ditegaskan oleh Allah SWT supaya kita menolak setiap kezaliman yang berlaku di dunia ini. Ini bermakna kita digesa oleh Allah SWT supaya istiqamah dalam perjuangan untuk menentang kezaliman yang berlaku.

Justeru, ayuh kita perbaharui tekad kita untuk melawan anasir-anasir jahat, mereka yang menjaja kebencian dan terus menyemai kesangsian, ketakutan dan permusuhan diantara kaum-kaum dan masyarakat kita. Kita juga harus kekal teguh dalam menentang penindasan, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan ketidakadilan.

Marilah kita terus teguh dalam bekerja untuk rakyat dan berjuang untuk demokrasi, keadilan, reformasi pilihan raya dan tadbir urus yang telus dan bertanggungjawab.

Akhir kata, saya dan keluarga mengucapkan salam Eidul Fitr kepada seluruh umat Islam khususnya rakyat Malaysia. Semoga medan ta’dib ruhiyyah yang berlalu ini mempertingkatkan darjat karamah insaniyyah serta memperkukuh keyakinan kita untuk terus istiqamah dalam perjuangan untuk menegakkan keadilan.

Minal ‘aidin wal faidzin, maaf zahir dan batin.

Eid Mubarak

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
Ahli Parlimen Gombak

29 Ramadhan 1434 H

Kongsi Artikel Ini:
Share

Ucapan Perbahasan Titah Di Raja Yb Mohamed Azmin Ali | Gombak

1 JULAI 2013 Pendahuluan 1. Saya menjunjung kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang Di – Pertuan Agong tatkala Istiadat Pembukaan Penggal Pertama, Majlis Parlimen Malaysia yang Ketiga Belas pada 25 Jun 2013 yang lalu. Hari ini saya tampil untuk mengambil bahagian dalam perbahasan demi mengangkat suara rakyat dalam Dewan yang mulia ini. 2. Saya…

Kongsi Artikel Ini:
Share

PRK K.Besut kritikal, sangat penting, kata Azmin

KUALA LUMPUR – PRK Kuala Besut disifatkan pertandingan yang kritikal serta sangat penting kepada Umno-BN dan PR kerana ia mampu menentukan hala tuju pentadbiran kerajaan negeri, ujar Mohamed Azmin Ali. Sehubungan itu katanya, pertarungan merebut kerusi itu dijangka sengit khususnya parti pemerintah yang akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kerusi berkenaan daripada dirampas parti lawan.…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Himpunan Aman #black505

[nggallery id=73] Kuala Lumpur, 22 Jun 2013 – Timbalan Presiden KEADILAN, YB Mohamed Azmin Ali tiba di perkarangan Masjid Negara pada jam 1.00 tengahari untuk memimpin pergerakan rakyat daripada Masjid Negara ke Padang Merbok. Ketibaan beliau bersama YB Dr. Abdul Rani Osman, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan YB Dr. Afif Bahardin, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang disambut…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Kunjungan Hormat YB Azmin Ali ke Pejabat Gurbernur DKI Jakarta

Selasa, 18 Jun 2013 – Timbalan Presiden KEADILAN, YB Mohamed Azmin Ali telah melakukan kunjungan hormat kepada Yth. Bapak Ir. H. Joko Widodo, Gubernur DKI Jakarta di Pejabat Gubernur, Jalan Merdeka Selatan. Kunjungan hormat sempena Lawatan Kerja Timbalan Presiden KEADILAN ke Indonesia telah berlangsung kira – kira satu jam. YB Mohamed Azmin Ali hadir bersama…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Kenyataan Media – KEADILAN Tuntas Menuntut Reformasi Pilihan Raya

2 Jun 2013 Pengumuman Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk memindahkan kawal selia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah kuasa dan kawal selia sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen menandakan kemenangan awal KEADILAN dalam menuntut reformasi pilihan raya. Malah, pengumuman tersebut membuktikan bahawa Kerajaan mengakui wujudnya penipuan dan kelemahan dalam proses pilihan raya di Malaysia. KEADILAN sekali…

Kongsi Artikel Ini:
Share