(VIDEO) MP PKR Gombak Bahas Belanjawan 2013

Video streaming by Ustream Pendahuluan  Tuan Yang Di Pertua 1.      Sementara beberapa pengumuman dibuat dalam Bajet 2013, Menteri Kewangan gagal untuk mengemukakan dasar – dasar fiskal yang dapat memperbetulkan struktur ekonomi negara. Kebimbangan ini bertambah parah apabila beban hutang negara yang semakin membengkak dan tidak mempunyai multiplier effect ( kesan berganda ) untuk merancakkan ekonomi…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Lagu Kempen Pilihanraya ke 13 – Panji Keadilan

(Verse 1) Bersama mengubah harapan Ayuh menuju kejayaan Sekuntum bunga berguguran Tumbuh sejuta pahlawan (Verse 2) Bersama mengubah harapan Kibarkan panji Keadilan Kibarkan sejagat raya Demi rakyat semua (Chorus) Pantang undur sekali – kali Tekad anak Malaysia Dalam dadaku…ada namamu Pantang undur sekali – kali Tekad anak Malaysia Keadilan Reformasi Menjayakan ibu pertiwi Verse 3(2)…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Ucapan Timbalan Presiden Rapat Pimpinan Kebangsaan 2012 Parti Keadilan Rakyat

1. Sepanjang lebih satu dekad kita bersama dalam perjuangan untuk melakukan perubahan, ramai antara kita punya pengalaman tersendiri; pengalaman manis dan getir. Dalam usia perjuangan yang muda, anggota parti telah diasak dan diuji. Cabaran yang bertali arus telah menjadikan anggota parti matang. KEADILAN muncul sebagai sebuah parti yang terbilang dalam peta politik di sejagat raya.…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Eksploitasi Terhadap Kemarahan Umat Islam

18 September 2012 KEADILAN mengutuk penerbitan filem Innocence of Muslims – Muhammad Movie yang dilakukan oleh Sam Bacile, seorang warga Amerika. Filem tersebut adalah cerminan keangkuhan dan kebiadapan musuh Islam yang secara tuntas menghina Nabi Muhammad S.A.W serta mengguris perasaan umat Islam di seluruh dunia. Jelas, filem ini gagal menyuburkan nilai – nilai sejagat yang…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Ucapan Hari Malaysia 2012

Hari ini kita perlu renung apakah makna Malaysia, sebagai sebuah negara dan sebagai satu bangsa. Dalam usia 49 tahun, apakah yang telah negara dan bangsa ini capai dan apakah yang perlu dibina untuk generasi akan datang? 16 September 1963, Malaysia terbentuk apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bersama Persekutuan Tanah Melayu bersetuju mendirikan negara yang berdaulat.…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Serangan terhadap bas ‘Jelajah Merdeka Rakyat’ tidak gugat jelajah PKR

Dari The Malaysian Insider PETALING JAYA, 1 Sept — Walaupun bas “Jelajah Merdeka Rakyat” diserang dengan batu dan disimbah cat merah, PKR hari ini menegaskan akan terus melakukan siri jelajah tersebut seperti yang dirancang. Timbalan presidennya, Azmin Ali menegaskan, tindakan serangan itu tidak akan membantutkan usaha PKR untuk menyampaikan mesej reformasi di seluruh negara. “Jika…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Perutusan Eidul Fitr 1433 H

Syawal yang menjelang adalah keraian kepada kemenangan ruhiyyah. Kemenangan setelah umat Islam keluar daripada Ramadhan yang menjadi medan tarbiyyah ruhiyyah serta kejayaan menundukkan hawa nafsu serta mempertingkatkan amalan dan ketaqwaan untuk mendapat keredhaanNya. Perjuangan sepanjang bulan Ramadhan yang berlalu kini disambut dengan Eidul Fitr yang bermakna kembali kepada fitrah sebagai seorang manusia yang bersih dan…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Sumbangan Kerajaan Negeri Selangor Kepada Surau Dan Masjid DUN Bukit Antarabangsa

Dari Blog Saari Sungib Hulu Kelang, 3 Ogos 2012 – Sempena bulan Ramadhan 1433H, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sumbangan kepada masjid dan surau di seluruh Selangor bagi menyemarakan program sepanjang bulan Ramadhan. Bagi DUN Hulu Kelang dan Bukit Antarabangsa, sebuah majlis penyampaian sumbangan telah diadakan di Masjid Al-Ansar selepas solat Jumaat. [nggallery id=46]

Kongsi Artikel Ini:
Share