Nota Perbahasan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan Kedua Belas

YB MOHAMED AZMIN ALI
Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa
11 Julai 2011

1. Anggaran Perbelanjaan Bekalan Tambahan di bawah Maksud B29 Perbelanjaan Am sebanyak RM81.1 juta termasuk RM61.6 juta untuk bayaran bil air percuma dan cetakan kupon bagi tempoh September sehingga Disember 2011 ekoran kedegilan Kerajaan Pusat untuk mengambil sikap bertanggungjawab bagi menyelesaikan isu ini yang berlarutan sekian lama dan membebankan rakyat.
2. Kerajaan Pusat tidak langsung menunjukkan minat untuk peduli terhadap kebajikan rakyat Negeri Selangor sebaliknya lebih cenderung untuk melindungi kepentingan kroni dan memperkayakan kroni-kroni pimpinan UMNO.

Pinjaman Kepada SYABAS
3. Pada Suku Tahun Keempat 2010, Kerajaan Pusat telah memberikan kemudahan pinjaman kepada SYABAS sejumlah RM320 juta. Syarat-syarat pinjaman pula berat sebelah (lopsided) dan berpihak kepada SYABAS. Antara syaratnya ialah :
a. Pembayaran balik akan hanya dibuat selepas tahun yang ke 20. Sekiranya SYABAS mengalami masalah kewangan dalam tempoh 10 tahun dari sekarang, Kerajaan Pusat akan menyerap (absorb) pinjaman ini.
b. Bagi 5 tahun yang pertama, tiada faedah dikenakan ke atas pinjaman yang bernilai RM320 juta tersebut.
4. Skim ini lebih berupa sebagai satu geran dan bukan pinjaman.
5. Dalam keadaan belanjawan Negara semakin menguncup, Kerajaan Pusat masih meneruskan amalan membantu kroni sejumlah RM320 juta.

Kongsi Artikel Ini:
Share

Pakatan kumpul bukti dakwaan keganasan polis

Dari Malaysiakini Pakatan Rakyat mahu mangsa dan saksi dakwaan keganasan polis sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, tampil mengemukakan maklumat mengenainya. Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, pakatan pembangkang sedang mengumpul bukti sebanyak yang boleh untuk kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap polis. Beliau menggesa sesiapa yang mempunyai bukti dakwaan keganasan polis yang telah didokumenkan sewaktu…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Pakatan gesa Wan Ahmad tarik balik kenyataan atau letak jawatan SPR

Dari: The Malaysian Insider KUALA LUMPUR, 1 Julai — Pakatan Rakyat mahu Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menarik balik kenyataan atau meletakkan jawatan sebagai timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ekoran dakwaannya bahawa Himpunan Bersih 2.0 diperalatkan oleh mereka bagi membolehkan perikatan itu menawan Putrajaya. Sehubungan itu menurut Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, kenyataan…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Kenyataan Media berhubung kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA 30 JUN 2011 Saya merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato’ Wan Ahmad Wan Omar yang dilaporkan oleh laman portal Malaysiakini.com bertarikh 30 Jun 2011 bertajuk “SPR: Ambiga diperalat, BERSIH kian kusut“. Menurut laporan tersebut, Wan Ahmad mendakwa bahawa Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH), Dato’…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Kes Sarbaini: Pakatan dakwa inkues tak efektif, gesa tubuh suruhanjaya

Oleh Syed Mu’az Syed Putra (The Malaysian Insider) June 14, 2011 PETALING JAYA, 14 Jun — Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyifatkan langkah kerajaan mengadakan inkues — yang diputuskan hari ini — bagi menyiasat kematian penolong pengarah Kastam Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak relevan, selain sukar mencari jalan penyelesaian. Justeru, beliau menegaskan adalah lebih baik…

Kongsi Artikel Ini:
Share