Manifesto Menuju Putrajaya dan Azmin Ali

Oleh Khalid Jaafar

Manifesto Reformasi Menuju Putrajaya secara ringkasnya boleh dipanggil sebagai Manifesto 3M, kerana ia mengandungi tiga ikrar Azmin Ali. Pertama: Menggilap Idealisme; Kedua: Memupuk Kesetiaan; dan Ketiga: Memperkasa Organisasi.

Ikrar 3M mengandungi iltizam YB Azmin Ali sekiranya dilaksanakan Reformasi,insya Allah, pasti berada di Putrajaya selepas PRU13.
Melalui M yang pertama: Idealisme, cita-cita perjuangan murni, gagasan Reformasi, akan kembali menyala dalam Keadilan. Tanpa idealisme perjuangan politik akan menjadi wahana atau perjuangan untuk pangkat dan kepentingan diri. Politik akan jatuh menjadi “low-morale and uncharismatic profession.” Kata-kata hikmat dan amaran ini disebuat oleh Anwar Ibrahim di New York ketika beliau berumur 20an.

Azmin Ali tidak mahu membawa gagasan baru. KEADILAN sudah cukup gagasan-gagasan besar dan mendahului zaman, gagasan dan visi yang telah dirumuskankan oleh Anwar Ibrahim dalam bukunya Gelombang Kebangkitan Asia dan ucapan-ucapan beliau di seluruh negara dan seantero dunia. Maka tugas Azmin adalah sebagai penggilap idealisme tersebut supaya tidak dilupakan dan sentiasa segar dalam setiap benak anggota parti, lama dan baru.

Sebagai pemimpin parti Azmin amat memberikan perhatian kepada persoalan kesetiaan. Bahkan kesetiaan itu merupakan “trademark” kepada diri beliau sendiri. Kita boleh memberikan gelaran “loyalis nombor wahid”, “loyalist number one” kepada beliau.

Pada ketika yang sama Azmin juga seorang demokrat. Dan pada beliau tidak ada pertentangan antara kesetiaan dengan kebebasan seorang demokrat. Bahkan beliau mentafsirkan kebebasan dengan konsep “ikhtiyar” dalam Islam. Kebebasan dan pilihan adalah semata-mata untuk melakukan yang terbaik.

Kebebasan adalah untuk memperkukuhkan parti, kebebasan bukan untuk melemahkan atau melakukan porak peranda dalam parti. Azmin melalui manifesto ini, melalui program memupuk kesetian mengajak kita meleburkan egoisme dan tabiat bertindak sendiri tanpa mempertimbangkan kepentingan parti.

Kongsi Artikel Ini:
Share

Pidato Penerimaan Pencalonan dan Pelancaran Manifesto “Reformasi Menuju Putrajaya”

Izinkan saya merakamkan ucapan penghargaan buat seluruh anggota Parti Keadilan Rakyat yang telah bersama-sama memastikan Pemilihan 2010 ini dapat dilangsungkan sesuai dengan iltizam kita untuk menyuburkan demokrasi.

Ucapan penghargaan juga buat seluruh penyokong saya dari Perlis hingga ke Johor, dari Kelantan hingga ke Melaka, dan yang mendokong saya di Tanah Borneo; dari Sabah dan Sarawak.

Tahniah kepada mereka yang layak bertanding dan saya ucapkan selamat maju jaya. Moga tetap menjaga etika ketika bertanding dan tidak lupa diri bahawa kita bertanggungjawab menjaga keutuhan parti serta nama baik parti.

Benar kita meraikan Demokrasi, kerana itu walaupun mempunyai hambatan serta kekangan tertentu untuk melaksanakan pemilihan secara terus yang bersejarah ini, parti tetap berteguh mahu melaksanakannya serta menjadikan parti kita parti yang paling demokratik di negara ini.

Kita bertegas mengambil satu pendirian yang berani kerana kita sedar, pemilihan ini akan menjadi pemangkin kepada perubahan yang mahu kita laksanakan.

Kongsi Artikel Ini:
Share

Farish Noor : Parties have rules and norms, and collective responsibility happens to be one of them. If you can’t agree with that, then don’t join a party. That’s common sense too.

I once had the misfortune to watch an episode of a program called ‘Desperate Housewives’, and as the title suggests, the program was precisely about that and it reminded me of just why I loathe such chick-flicks and chick-pulp so very, very much. […]

Kongsi Artikel Ini:
Share

Syed Husin : I hope Keadilan will be led by leaders who are committed to the basic struggle of the Party, respectful of Party organizational discipline, tested through long and arduous struggles, good team players, uncompromising against corruption and upholding high moral values.

Beginning 17th September, various Branches will start the process of proposing names of candidates for all positions in the Party. The time has come for me to state whether I will be defending my position as Deputy President or not. […]

Kongsi Artikel Ini:
Share

Jemputan Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Gombak & ADUN Bukit Antarabangsa

Jemputan Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Gombak & ADUN Bukit Antarabangsa. Dengan ini saya mempersilakan Tuan/Puan untuk hadir memeriahkan majlis rumah terbuka saya. Tidak lupa juga teman teman Twitter, Facebook dan pengunjung blog saya untuk hadir bersama. Butiran majlis seperti dibawah: Kawasan: Gombak Tarikh: 26 Sept 2010 Masa:10am-1pm Tempat: Tapak Uptown Taman Sri Gombak(sebelah MRR2).…

Kongsi Artikel Ini:
Share