Krisis air: Tuduhan Muhyiddin ‘politik jahat’, kata Azmin Ali

Oleh Syed Mu’az Syed Putra (The Malaysian Insider) SHAH ALAM, 12 Julai – Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Selangor akan berhadapan dengan krisis air merupakan tuduhan bermotifkan “politik jahat” untuk menghukum rakyat negeri itu, kata pemimpin Pakatan Rakyat Azmin Ali. “Tuduhan tersebut adalah jahat dan saya percaya ia bermotifkan politik untuk…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Ucapan Perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) – 15 Jun 2010

1. Pakej stimulus pertama November 2008 yang berjumlah RM 7 bilion tidak berjaya mencapai high multiplier effect.

§ RM 500 juta diperuntukkan untuk penyelenggaraan dan menaik taraf Pengangkutan Awam. Namun, pengangkutan awam masih lagi tidak efisyen serta bukan menjadi pilihan utama pengangkutan untuk rakyat. Tiga jaringan (lines) pengangkutan awam LRT, Komuter dan Monorail masih belum disepadukan (integrated public transportation services) seperti di New York 80 tahun yang lalu. […]

Kongsi Artikel Ini:
Share

Apakah Kewajaran Latihan Lasak ala Komando Untuk Pegawai PTD ?

Negara dikejutkan apabila seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) meninggal dunia awal pagi semalam ( 31 Mei 2010 ) selepas tiba-tiba dilaporkan mengalami jangkitan paru-paru yang serius ketika menjalani latihan intensif yang lasak ala komando di kem latihan di Jugra, Banting.

Norhashimah Wahid, 30, ibu kepada seorang anak perempuan berusia 2 tahun, mula menjalani latihan pada bulan Mac 2010. Program Diploma Pengurusan Awam (DPA) merupakan syarat untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi skim PTD. Latihan dijalankan dalam tempoh 7 bulan yang antara lain meliputi latihan-latihan dalam kelas dan juga latihan luar ( latihan kebombaan, kepolisan dan ketenteraan ). Modul jati diri yang diwajibkan ke atas setiap peserta program adalah merupakan modul yang pertama kali diadakan dan difahamkan diselia oleh pegawai Paskau ( Pasukan Khas Tentera Udara ).
Walau bagaimanapun, hari ini, Tentera Udara Diraja Malaysia menafikan laporan media kononnya latihan itu di bawah kendalian dan seliaan Pasukan Khas Udara TUDM. “Latihan itu bukan di bawah kelolaan kami atau mana-mana unit di bawah naungan TUDM, sebaliknya ianya dikelolakan sepenuhnya oleh agensi lain yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan TUDM,” kata satu kenyataan TUDM.

Saya sempat menziarahi keluarga Allahyarhamah Norhashimah di kediaman mereka di Taman Keramat. Kedatangan saya tepat jam 3.00 petang tadi bersama YB Nik Nazmi dan YB Nurul Izzah serta pimpinan KEADILAN Gombak disambut oleh suami Allahyarhamah Norhashimah, Saudara Ahmad Zulkhairi dan beberapa ahli keluarga mereka termasuk YB Dr. Nasir, ADUN Kota Damansara. Jelas suasana sedih dan pilu masih menyelubungi keluarga ini.
Allahyarhamah Norhashimah dihantar oleh suaminya ke INTAN dalam keadaan sihat walafiat untuk memulakan latihan modul ala komando pada 23 Mei 2010. Latihan ini dijangka berakhir selama seminggu di kem latihan di Jugra melibatkan aktiviti yang lasak yang dikhabarkan lebih berat daripada latihan ketenteraan biasa ( bagi seorang awam seperti yang dilalui oleh pelatih dalam latihan ketenteraan ).
Difahamkan Norhashimah mengalami demam panas pada keesokkan harinya dan hanya diberikan rawatan biasa. Masalah kesihatannya bertambah serious apabila Norhashimah mengalami muntah darah, muka pucat dan badannya menggigil. Namun, pengurusan program tidak memberikan perhatian dan meneruskan latihan lasak ini untuk Norhashimah. Keadaannya bertambah kritikal dan hanya dikejarkan ke Hospital Banting pada awal pagi 29 Mei 2010. Pada saat ini, keadaan Norhashimah sudah koma.

Kongsi Artikel Ini:
Share

Statement by the Chairman of The Senate Foreign Relations Committee, Senator John Kerry On Anwar Ibrahim

Senate Foreign Relations Committee Chairman John Kerry (D-MA) released the following statement today about Former Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim: “I call on the government of Malaysia, and specifically on Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, to ensure a fair and equitable resolution of the legal proceedings currently under way against former Deputy Prime…

Kongsi Artikel Ini:
Share