Nation dragged into immoral politics

By Muaz Omar, The Malaysian Insider

FEB 15 — Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is facing one of the most daunting periods of his political career.

If the court finds that the A-G Chambers is able to prove beyond reasonable doubt and convict Anwar, it will most probably spell the end of a tumultuous career of an enigmatic leader.

For the uninitiated, this “Sodomy Redux” of Anwar’s alleged indescretion bears a similar plot, from the main players right up to the actual charge itself.

The story goes of how Anwar, a 62-year-old father of six with a history of back problems who forced himself on his former aide Saiful Bukhari Azlan, a young and fit mid-20s university dropout.

The storyline is bizzare to say the least that would even make Hugh Hefner, founder of the biggest pornographic empire Playboy, smirk in disgust.

While we are being fed with juicy details of the supposedly homosexual tendencies of Anwar, it is nauseating to see how the media is bent on tarnishing and assasinate the character of the person representing the biggest threat to Umno and almost single handedly dented Umno’s 50-odd years of hegemony.

Kongsi Artikel Ini:
Share

Isu diputarbelit BN, saya akan gempur di Parlimen!

Sesi Persidangan Parlimen akan bermula pada 15 Mac 2010 selama 20 hari. Sesi kali dijangka panas memandangkan beberapa perkembangan mutakhir yang menggarap persoalan politik, ekonomi, agama, rasuah dan sistem kehakiman yang bobrok. Hari ini adalah hari terakhir kemuka soalan bertulis dan lisan kepada Parlimen. Saya pohon penjelasan Kerajaan mengenai pilihanraya kampus yang dibolosi FRU, scorpene…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Why BN almost lost the budget vote

From Malaysiakini When it came to the crunch, Barisan Nasional parliamentarians failed to support the coalition in the Dewan Rakyat and that was why the government came perilously close to losing the vote on Budget 2010 on Monday night. At least, this is how Pakatan Rakyat chief whip Azmin Ali has read the situation, as…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Perjalanan Menyambut Panggilan Allah Untuk Melakukan Haji

Masjid Nabawi
Klik sini untuk koleksi gambar di tanah suci

Alhamdulillah, kami selamat kembali ke tanah air pada 7 Disember 2009 setelah berada di tanah haram selama 17 hari. Pengalaman pertama menunaikan ibadah Haji memang mencabar. Sememangnya ibadah Haji menuntut kesabaran dan pengorbanan. Pengalaman Haji yang sulung ini mendidik saya untuk menegakkan keadilan dan persamaan serta menolak perkauman. Mengingatkan saya kepada catatan Malcolm X !

Walaupun saya berkesempatan untuk melakukan Umrah 3 atau 4 kali sebelum ini khususnya di bulan Ramadhan, namun pengalaman Haji mempunyai kelainannya. Saya dan isteri bersyukur kerana dapat melakukan manasik Haji iaitu mengikut cara Baginda Rasulullah SAW sedaya upaya kami.

Kehadiran kami di kota Mekah untuk menyambut panggilan Allah bermula dengan tawaf umrah pada 20 November 2009. Tawaf mengelilingi Kaabah adalah satu gerakan ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Hari-hari yang berikutnya menjelang hari Wuquf tertumpu kepada amalan dan ibadat dalam Masjidil Haram.

Sehari sebelum Wuquf iaitu pada 8 Zulhijjah 1430 H, hujan lebat membasahi bumi Mekah dan membanjiri kota Jeddah dan juga Arafah. Media melaporkan lebih 100 orang terkorban dalam banjir di Jeddah walaupun ada maklumat jumlah kematian mencecah angka 1,000 orang. Saya sedang menunaikan Solat Zohor ( sekitar jam 12.10 tengahari ) di depan Multazam apabila hujan lebat turun selama lebih kurang 30 minit. Jamaah yang solat di dataran sekeliling Kaabah sujud di atas dataran yang dibasahi oleh hujan rahmat dari Allah SWT. Inilah pengalaman paling manis dalam hidup saya.

Kongsi Artikel Ini:
Share

Tetamu Allah

Tatkala kami diserang dengan fitnah dan tohmahan, kami dipilih dan diundang oleh Allah SWT untuk menjadi tetamuNya pada tahun ini. Saya dan isteri, Shida bersyukur. Kami sambut seruanNya sebagai tanda kasih kami kepada Allah SWT dan segala kebesaranNya dan juga cinta kami kepada Baginda Rasulullah saw. Perjalanan dengan Saudi Airlines mengambil masa lebih 8 jam.…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Fitnah Barisan Nasional Semakin Kencang

KENYATAAN MEDIA Kenyataan bekas ketua pemuda MIC, Vigneswaran yang mendakwa saya dan isteri memiliki saham bernilai RM 8.5 juta dari tahun 1992 sehingga tahun 1994 adalah tidak berasas sama sekali. Saya belum melihat dokumen yang didakwa oleh Vigneswaran tetapi saya percaya dokumen itu dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengaitkan dengan saya dan isteri saya. Semenjak…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Ucapan Bajet 2010 Selangor

Saya tampil untuk mengambil tanggungjawab membahaskan Bajet 2010 Negeri Selangor.

Berhati keras berlembut lidah
Jangankan pula bertingkah punah
Kata disusun mendapat faedah
Berbahas pula petua amanah.

Perbahasan saya tidak lengkap malahan tidak adil sekiranya saya tidak bermula dengan merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara yang baru dibentangkan di Parlimen dalam Sesi Bajet 2010.
Tahniah kepada kepimpinan YAB Dato’ Menteri Besar dan tahniah juga kepada barisan EXCO. Nampaknya setakat ini saya tidak akan mencadangkan untuk merombak barisan EXCO.

Kongsi Artikel Ini:
Share

Perbahasan Belanjawan 2010 Ahli Parlimen Gombak

Pendahuluan
Bajet 2010 masih bergelut dengan defisit yang ditanggung oleh Kerajaan lebih satu dekad yang lalu. Bajet ini menjurus ke arah memelihara segelintir orang kaya dan meminggirkan rakyat terbanyak. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Pusat amat lemah dalam pengurusan ekonomi.
Walaupun ada sedikit imbuhan untuk rakyat, namun rakyat terbanyak terus melihat khazanah negara dipunggah oleh pimpinan UMNO. Orang kaya mendapat layanan kelas pertama manakala rakyat dan penjawat awam menggigit jari.
Laporan Ketua Audit Negara yang memaparkan kelemahan pengurusan kewangan kebanyakan Kementerian telah dikecam dan disanggah dengan cemuhan oleh pimpinan UMNO terhadap Ketua Audit Negara. Pegawai – pegawai kerajaan dipersalahkan untuk menutup amalan rasuah dan salah guna kuasa pimpinan UMNO. Saya menyeru kepada Ketua Audit Negara dan pegawai-pegawai kerajaan untuk meneruskan khidmat yang cemerlang. Jangan tunduk kepada ugutan dan tekanan dari pimpinan UMNO.
Saya mengakui ada penguncupan belanja mengurus ( operating expenditures ) sebanyak 10.3% berbanding 2009 manakala perbelanjaan pembangunan meningkat sebanyak 5.3%. Tetapi yang menjadi persoalan apakah dapat dilaksanakan jika diambil kira teguran yang dibuat oleh Ketua Audit Negara.

Kongsi Artikel Ini:
Share

Anak Ibrahim & Anak Ali

Saya tampil untuk menjelaskan kekeliruan yang timbul ekoran percaturan media milik pemimpin elit UMNO dan perasuah negara. Editor upahan menulis fitnah dan membuat kerja ‘sial’ demi menjamin kelangsungan kuasa politik UMNO dan mempertahankan perasuah dan perompak khazanah negara. Tulisan wartawan kanan Joceline Tan dalam Sunday Star pada 25 Oktober 2009 bertajuk “Lobby for hot seat…

Kongsi Artikel Ini:
Share

3 Anak Ibrahim

Saya terpanggil untuk mengupas tulisan wartawan kanan Joceline Tan dalam Sunday Star hari ini, 25 Oktober 2009 di halaman F 25 yang berkisar kepada topik perbincangan hangat bertajuk “Lobby for hot seat warms up“. Saya merasakan adalah lebih adil jika rakyat dan ahli parti KEADILAN dan Pakatan Rakyat mendapat penjelasan terus dari saya. Saya sudah…

Kongsi Artikel Ini:
Share