Terima Kasih atas kiriman Eid Mubarak!
Saya terharu menerima ucapan Eidul Fitr dari kenalan dan rakyat sebagai tanda ingatan persahabatan dalam perjuangan yang murni ini. Saya ucapkan Jazakumullah kepada semua yang mengirim sms, kad ucapan dan juga emel. BlackBerry saya semakin sarat dengan kiriman yang belum terjawab. Saya telah cuba melayani dan menjawab secara langsung sebahagian dari kiriman. Namun saya masih dihujani dengan ribuan lagi kiriman sedemikian. Saya akan terus secara beransur ansur untuk menjawab setiap kiriman yang diterima sebagai tanda penghargaan atas ucapan dan iringan doa. Justeru itu, saya pohon kesabaran pengirim di atas kelewatan menjawab.
Saya rasa terhibur dengan pelbagai cara dalam mengolah kata-kata ucapan menjelang sambutan Eidul Fitr. Ada yang berpantun, ada juga yang bermadah dengan panjang lebar dan tidak kurang juga yang memberi ingatan dan nasihat kepada saya. Alhamdulillah, saya hargai semuanya.
AZMIN ALI







1. Salam..YB..sy penyokong kuat Pr di Gombak..sy terpanggil utk memaklum atau berkongsi maklumat yg sy dengar dr teman2 penyokong PKR…ada yg mengatakan YB adalah dalang dalam konflik di dlm PKR itu sendiri,ada mengatakan YB dahulunya mencantas ezam..dan kini cuba mencantas Zaid ibrahim…di dlm PKR.Sy sekadar mendengar berita dan cerita ini,apa yg penting saya rasa YB harus menjelaskan perkara ini dgn jelas sejelasnya..kerna kelak reputasi YB sendiri akan merosot dek kerna sebaran berita2 ini yg mana sy sendiri tidak pasti akan kebenarannya,tapi ianya memberi tanggapan negatif kpd YB dan PKR itu sendiri,Di harap YB dapat bekerja dgn lebih baik dan memperkukuhkan PKR dan Pakatan Rakyat.
2. Yb suka sy mengulas akan perihal Yb Dato Hassan Ali yg Dikatakan kini Pro-UMNO.Sudilah kiranya YB Azmin tolong mengingatkan Yb Dato hassan Ali akan janji sumpah dan nazarnya semasa Pilihanraya dulu ketika berkempen d GOmbak..YB Dato Hassan Ali menagatkan dlm kempen ceramahnya di Gombak yg sy masih ingat
“Sesaudara..andai kata selangor dapat kita tawan..Kami pimpinan PAS selangor berjanji/sumpah sekiranya kami belot kepada perjuangan,tidak amanah dan tidak memperjuangkan rakyat,maka JATUHLAH TALAK KE ATAS ISTERI2 KAMI..lihatlah betapa seriusnya kami pimpinan PAS dlm hal ini”.Persoalannya Yb Azmin tlg ingatkan YB Dato hassan Ali akan ikrarnya INI kerna kini Yb Dato HAssan Ali di katakan pro-UMNo utk Unity goverment dan menimbulkan kacau bilau dlm PR,sekiranya ini berlaku maka terangkan akan ikrar ini yg dilaungkan di gombak..dgn diiringi lagu “wind of change”ketika itu masih segar dlm ingatan sy-TQ
salam aidilfitri buat anda sekeluarga,somoga anda terus bersama dsai
Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin tuan azmin ali. Saya bangga ahli parlimen sy begitu moden menggunakan blackberry untuk berkomunikasi bersama rakyat. Teruskan tuan, moga gen election ke 13 rakyat memberikan mandat kepada PR sekali lagi untuk memimpin.
Assalamualaikum Min,
Biar pun tak terjawab semua, kita tahu Min berterima kasih dengan segala ucapan yang telah disampaikan.
Dengan kesempatan ini juga, saya mengucapkan Minal Aidil Wal Faizin kepada Min sekeluarga,
teruskan perjuangan dan bakti kepada rakyat dan agama.
Salam reformasi,
dari penyokong di Kota Singa
yb jgn lupa jawab kad raya saya!
idzham Bukit Antarabangsa