29 Jan
2014
Posted in: My Thoughts
By     Comments

[KENYATAAN MEDIA] Pilihan Raya Kecil N.25 DUN Kajang

PILIHAN RAYA KECIL N.25 DUN KAJANG

Ekoran perletakan jawatan Saudara Lee Chin Cheh, Ahli Dewan Negeri Kajang pada 27 Januari 2014, maka Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan bahawa kerusi N. 25 Kajang akan tetap dipertahankan oleh KEADILAN. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat juga telah bersetuju untuk meletakkan Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil tersebut.

Susulan daripada itu, KEADILAN Negeri Selangor telah membuat ketetapan seperti berikut :

1.         Memastikan kemenangan Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, calon Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil yang akan ditetapkan oleh SPR dengan jumlah majoriti yang lebih besar.

2.         Menggembeling seluruh jentera KEADILAN disemua peringkat baik dari Selangor mahupun diperingkat nasional demi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.

3.         Selaras dengan muafakat Pakatan Rakyat, KEADILAN Negeri Selangor menjamin kerjasama erat dengan PAS dan DAP disemua peringkat bagi menggerakkan jentera Pakatan Rakyat.

Selaku Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor, saya ingin menyatakan komitmen sepenuhnya dan menggalas tanggungjawab untuk memastikan kerusi N. 25 Kajang kekal milik Pakatan Rakyat.

MOHAMED AZMIN ALI

Timbalan Presiden