Kenyataan Media - Keadaan Kesihatan YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang
Saya ingin menzahirkan rasa prihatin terhadap kesihatan YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang, Presiden PAS yang sedang menjalani rawatan di hospital. Walau bagaimanapun, saya bersyukur mendapat perkhabaran bahawa Tuan Guru berada dalam keadaan stabil dan mendapat perkhidmatan rawatan yang terbaik. Saya mendoakan Tuan Guru senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan dikurniakan kesembuhan yang secepatnya dan diberikan kesihatan untuk memimpin umat. “Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain”. Secara peribadi, saya mengenali Tuan Guru sebagai seorang pejuang yang tabah dan murabbi ummah yang tuntas dalam pembangunan umat demi menyemarakkan syiar Islam. Peranan beliau dalam pembentukan Perikatan Nasional adalah amat signi Saya menyeru semua pihak untuk bersama-sama mendoakan kesihatan Tuan Guru agar kembali pulih untuk meneruskan perjuangan demi kemaslahatan umat.
Dato' Seri Mohamed Azmin Ali 16 Februari 2021 Kenyataan Media - 16 Februari 2021.pdf