MESYUARAT PERINGKAT MENTERI PERJANJIAN KERJASAMA EKONOMI KOMPREHENSIF SERANTAU (RCEP)

Pada pagi ini saya telah hadir ke mesyuarat Peringkat Menteri Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang telah dihadiri oleh 14 menteri dari negara peserta RCEP (RPC) yang lain termasuk 5 negara rakan FTA ASEAN. Sebagaimana maklum, rundingan RCEP yang telah berlangsung selama 8 tahun ini merupakan perjalanan yang sukar dan mencabar.

Kesemua RPC telah memuktamadkan rundingan perjanjian ini dan akan mendatangani perjanjian RCEP ini pada hari Ahad ini.

Perjanjian RCEP merupakan satu perjanjian yang amat penting kepada ASEAN yang akan membuktikan kepada dunia bahawa usaha bersama ASEAN dalam memperkuatkan sistem perdagangan dunia pelbagai hala dan juga usaha untuk menegakkan agenda pembangunan di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Kejayaan memuktmadkan rundingan ini akan menjadi bukti kepada dunia bahawa ASEAN bersama-sama dengan rakan FTA ASEAN yang lain menolak langkah- langkah perdagangan bersifat pelindungan, dan sebaliknya menyokong perdagangan bebas dunia.

Apabila perjanjian ini ditandatangani pada Ahad ini, ia akan memberikan isyarat yang positif kepada dunia bahawa Malaysia bersama-sama RPC lain memilih untuk membuka pasaran dan bukan sebaliknya menggunakan langkah-langkah perdagangan yang bersifat pelindungan pada waktu yang mencabar kini. Perjanjian ini adalah selaras dengan pengumuman Kerajaan semasa pembentangan Bajet 2021 untuk membantu membaik pulih sektor perniagaan di Malaysia.

Saya ini menekankan bahawa perjanjian ini akan mempertingkatkan integrasi ekonomi serantau dengan kesan pengganda kepada ekonomi. Ini termasuk membuka peluang pasaran kepada hampir satu pertiga penduduk dunia yang akan membawa manfaat kepada peniaga dan pedagang. Selain itu, perjanjian ini akan menyeragamkan peraturan dan standard berkaitan perdagangan, termasuk langkah bukan tarif, yang dapat membantu dalam perdagangan merentas sempadan dalam rantau ini.

Saya telah menekankan kepentingan geo-strategik dan geo-ekonomi dalam mempertimbangkan kesan jangka panjang RCEP dalam konteks global. Saya amat yakin bahawa secara keseluruhannya, RCEP dapat menarik lebih banyak pelaburan yang akan membawa manfaat kepada rantau ini.

Malaysia juga yakin bahawa perjanjian ini boleh jadi pemangkin bagi pemulihan ekonomi pasca pandemik COVID-19. Pelaksanaan perjanjian ini kelak dapat membantu membuka pasaran baharu serta memantapkan rantaian bekalan serantau.

Ini adalah selaras dengan hasrat Kerangka Pemulihan Komprehensif ASEAN (ASEAN Comprehensive Recovery Framework – ACRF), di bawah Strategi Memaksimakan Keboleh Pasaran Intra-ASEAN dan Integrasi Meluas (Maximising the Potential of Intra-ASEAN Market and Broader Integration). Pada masa yang mencabar ini, saya percaya peri pentingnya untuk kita semua bertindak dalam solidariti dan secara kolektif untuk memastikan ACRF dilaksanakan dengan jayanya.

Setelah hampir 8 tahun berunding dengan penuh keringat dan liku-liku mencabar, kita telah berjaya menghampiri ke garisan penamat untuk memeteraikan perjanjian RCEP pada hari Ahad ini.

Perjanjian ini akan membuktikan kesatuan ASEAN dalam membentuk agenda perdagangan sedunia. Oleh yang demikian, adalah amat penting agar kesemua RPC menyokong untuk membentuk Jawatankuasa Bersama Sementara RCEP bagi memastikan pelaksanaan perjanjian RCEP berjalan dengan lancar dan segera.


DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
MENTERI KANAN
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI 
11 NOVEMBER 2020

KENYATAAN MEDIA RCEP MINISTERIAL MEETING 11112020 BM.pdf


REGIONAL COMPREHENSIVE ECONOMIC PARTNERSHIP (RCEP) MINISTERIAL MEETING, 

This morning I attended the final Ministerial level meeting for the Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) Agreement that was attended by 14 other Ministers as well, including Ministers from ASEAN-FTA partners.

As we all know, the history of RCEP negotiations, which has been ongoing for the past 8 years, has been a long and arduous journey but finally we are at the finishing line.

All RCEP Participating Countries (RPCs) have concluded negotiations and will sign the RCEP Agreement this Sunday at the 4th RCEP Summit.

As RCEP is such an important agreement for ASEAN, the signing will be a testament to the world on our efforts to strengthen not only the multilateral trading system but subsequently upholding the development agenda in the WTO.

It will also demonstrate to the world that ASEAN together with the ASEAN FTA Partners say no to protectionism, and yes to free trade.

The signing will also send a positive signal to the world that Malaysia, together with the other RCEP countries, has chosen to open our markets instead of resorting to protectionist measures during this difficult time. This is also consistent with the business support measures announced during Malaysia’s 2021 budget. No doubt, RPCs will be able to ride on the economic value chains that will be generated with this Agreement.

I wish to stress that the Agreement would be able to enhance our regional economic integration with a vast array of multiplier effects. This would include, for example, having a customer base close to one-third of the world’s population which would mean greater market access for our businesses and traders. We would also be able to see the ease of Non-Tariff Measures including harmonisation of rules and standards related to trade that would facilitate cross border trade within the region.

Additionally, we cannot overemphasise the importance of the geo-strategic and geo- economic perspectives when considering the long-term impact of RCEP in the global context. We strongly believe that viewed holistically, RCEP will be able to attract even greater investments that will benefit the region as a whole.

Malaysia is also confident that RCEP can be used as one of the economic recovery tools against COVID-19. The implementation of this agreement will help to ensure opening of markets as well as uninterrupted supply chain.

This is in line with the ASEAN Comprehensive Recovery Framework (ACRF), as one of the broad strategies under ‘Maximising the Potential of Intra-ASEAN Market and Broader Integration’. During this difficult time, I believe it is imperative that we act in solidarity and collectively in order for the ACRF to materialise.

After 8 years of negotiating with blood, sweat and tears, we have finally come to the moment where we will seal the RCEP Agreement this Sunday.

The Agreement further demonstrates ASEAN’s centrality in shaping the global trade agenda. It is also imperative that all RPCs endorse the interim Joint Committee so as to ensure the smooth and swift implementation of the Agreement.


DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
SENIOR MINISTER
MINISTER OF INTERNATIONAL TRADE AND INDUSTRY 
11 NOVEMBER 2020

PRESS STATEMENT RCEP MINISTERIAL MEETING ENG.pdf