Allahyarham ayahanda saya, Pak Ali senantiasa mendidik saya untuk patuh kepada tuntutan Al Quran, berakhlak luhur dan tuntas istiqamah kepada prinsip perjuangan. Didikan dari kecil untuk menghormati serta mengasihi kedua ibu-bapa sesuai dengan pesan ajaran agama Islam menjadi pegangan saya. Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan [...]

Gambar ini dirakamkan di Istana Dolmabahce, Istanbul sejurus selepas perbincangan dengan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan pada 3 Februari 2012 Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdoğan gembira bertemu Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang baru dibebaskan oleh mahkamah dari pertuduhan fitnah. Beliau dan keluarga senantiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan DSAI dan rakyat Malaysia. Erdoğan dan Anwar bincang panjang [...]

Raja Naragasura yang zalim dan menindas rakyatnya akhirnya tewas di tangan Maha Krishnan. Kemenangan itu disambut sebagai cahaya kebenaran yang akhirnya menewaskan kezaliman dan penindasan yang berlaku. Perayaan Diwali adalah tanda kebaikan dan hak mengatasi kejahatan dan kebatilan. ‘Dipa’ yang bermaksud cahaya dan ‘Gavali’ yang bermakna barisan, memberi perlambangan yang estetik untuk meraikan kemenangan kebenaran [...]

Orang Melayu-Islam bingkas menolak idea pengagihan ekonomi dan sistem pengurusan yang dikemukakan Karl Marx, Webber dan Engel kerana mereka dicap komunis dan sosialis. Tetapi konsep dan idea yang sama dijulang dan diraikan apabila ia keluar dari pemikiran Abu Dzar, dan Abdul Rahman Auf. Kenapa begitu? Menurut pemikir Islam, Sheikh Taha Jabir Alwani,  ini semua persepsi [...]

Umat Islam menyambut ketibaan Maal Hijrah saban tahun memperingati pengorbanan Rasulullah S.A.W. melalui peristiwa berhijrah dari Mekah ke Madinah. Hijrah membawa pengertian yang luas, iaitu keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih [...]

6 Disember 2010, genap dua tahun berlakunya tragedi tanah runtuh yang menimpa penduduk di Bukit Antarabangsa. Peristiwa ini seharusnya diingati untuk memupuk kesedaran yang mendalam dan meluas betapa pentingnya memelihara dan melestarikan alam sekitar dari segala bentuk pembangunan yang merosakkan alam dan membahayakan nyawa manusia. Pembangunan dan Kualiti Hidup Bersempena dua tahun tragedi ini, kita [...]

Klik sini untuk koleksi gambar di tanah suci Alhamdulillah, kami selamat kembali ke tanah air pada 7 Disember 2009 setelah berada di tanah haram selama 17 hari. Pengalaman pertama menunaikan ibadah Haji memang mencabar. Sememangnya ibadah Haji menuntut kesabaran dan pengorbanan. Pengalaman Haji yang sulung ini mendidik saya untuk menegakkan keadilan dan persamaan serta menolak [...]

  • Slideshow

  • Picture Gallery

    PenangSismepJPRP-6-of-11 PenangSismepJPRP-2-of-11 PenangSismepJPRP-11-of-11 PenangSismepJPRP-3-of-11 PenangSismepJPRP-8-of-11 PenangSismepJPRP-4-of-11 PenangSismepJPRP-7-of-11 PenangSismepJPRP-9-of-11
  • Sertai Kami

    Bantu di tempat anda
  • Recent Posts

  • Topics