AZMIN ALI

LATEST

Category: Keadilan

Pilihan Raya yang Adil, Bersih dan Aman

Parlimen telahpun dibubarkan dan ini bermakna rakyat Malaysia punyai kesempatan untuk memberi mandat serta memilih sebuah kerajaan yang baru. Pakatan Rakyat menyeru seluruh rakyat Malaysia merebut peluang ini untuk memilih sebuah kerajaan yang berwibawa, bertanggungjawab, bersih dari rasuah dan beriltizam kuat mahu memastikan Malaysia yang gagah.

Sepanjang penggal Parlimen Ke-12 Pakatan Rakyat membentangkan tawaran-tawaran yang jelas kepada rakyat ke arah membawa reformasi ekonomi, politik dan sosial yang menyeluruh. Saya berkeyakinan rakyat mampu menilai perubahan-perubahan positif yang telah dan akan dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Rakyat Malaysia kini berpeluang memilih sebuah kerajaan baru yang tegas membanteras rasuah, mendepankan kepentingan seharian rakyat, menampilkan pimpinan muda yang menyambung aspirasi masa depan rakyat dan berlaku adil kepada semua kaum dan segenap lapisan masyarakat.

Sepanjang tempoh berkempen kali ini, Pakatan Rakyat akan terus mengambil pendekatan politik matang berasaskan pembentangan dasar untuk dinilai oleh rakyat. Kempen yang positif sebegini bertepatan dengan harapan rakyat yang mahukan sebuah negara yang progresif, adil dan maju.

Oleh yang demikian, kami menyeru semua pihak terutamanya rakan-rakan dari Barisan Nasional untuk memastikan etika pilihanraya dan amalan prinsip demokrasi dipatuhi sepanjang masa. Kami bertekad untuk bersama-sama mempertahankan keamanan negara dan menggesa supaya tidak ada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan untuk menimbulkan kekacauan. Kami mengalu-alukan kenyataan Dato’ Seri Najib Razak yang menjamin peralihan kuasa yang aman sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya Umum ke 13 ini.

Pakatan Rakyat sememangnya menaruh sepenuh keyakinan bahawa pasukan keselamatan akan bertindak secara profesional dan berlaku adil demi menjaga ketenteraman awam sepanjang tempoh berkempen. Amanah serta tanggungjawab tersebut sememangnya sejajar dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang memberi jaminan bahawa rakyat berhak mendapat ruang yang bebas untuk menentukan kerajaan yang menepati harapan rakyat.

Sebagai mukadimah kempen Pilihanraya Umum ke-13, Pakatan Rakyat mengulangi pelawaan kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk mempertahankan rekod Barisan Nasional dan kepada kami untuk membentangkan kebijakan dasar Pakatan Rakyat dalam sebuah debat, supaya rakyat boleh membuat pilihan yang bermaklumat dan adil.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Parlimen Ke-12

3 APRIL 2013

Hentikan Tekanan Politik Di Dalam Sektor Korporat

Saya merujuk tindakan pengurusan Bank Islam yang menggantung serta-merta perkhidmatan Saudara Azrul Azwa Ahmad Tajuddin dari jawatannya sebagai Ketua Juruekonomi                 (Chief Economist) ekoran pandangan yang dibuat mengenai senario keputusan PRU – 13 yang pastinya menjadi perhatian pelabur dan pengurus dana antarabangsa.

Tindakan tergesa-gesa oleh pengurusan Bank Islam itu meninggalkan kesan yang buruk kepada profesionalisme sektor korporat dan pengurusan institusi kewangan, terutamanya yang dikawal oleh kerajaan.

Dari pengamatan saya, Saudara Azrul Azwa membentangkan hujah-hujah beliau yang memberikan beberapa senario sebagai kemungkinan keputusan pilihanraya. Senario-senario ini adalah berdasarkan analisa beliau. Saya berpandangan, analisa yang diberikan itu adalah satu pendapat profesional yang didasarkan kepada angka-angka yang boleh dipertahankan.

Sewajarnya sektor korporat Malaysia menggalakkan pengurusan tertingginya supaya bertindak secara objektif dan bebas, asalkan mereka dapat mempertahankan keputusan yang diambil secara empirikal dan rasional. Keyakinan pelabur kepada syarikat-syarikat besar negara, terutamanya GLC yang dikawal kerajaan, banyak bergantung kepada budaya kerja profesional dan amalan tata kelola yang dipamerkan oleh pengurusan syarikat-syarikat ini.

Oleh sebab itu, tindakan tergopoh – gapah menggantung Saudara Azrul Azwa membayangkan ada tekanan politik agar tindakan tersebut diambil. Kenyataan Saudara Azrul Azwa bahawa beliau bersimpati dengan ketuanya yang terpaksa berhadapan dengan tekanan politik susulan peristiwa ini mengesahkan wujudnya campur tangan politik di dalam pengurusan Bank Islam dan GLC yang lain.

Maka, saya menggesa Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan untuk menghentikan serta merta campur tangan dan tekanan politik terhadap pengurusan Bank Islam supaya mereka boleh berkhidmat secara profesional dan bebas.

Saya juga menyarankan supaya pengurusan Bank Islam membatalkan penggantungan perkhidmatan Saudara Azrul Azwa memandangkan tindakan Bank Islam memberi gambaran institusi ini tidak menghargai profesionalisme dan kebebasan minda yang diamalkan oleh ketua juruekonominya sendiri.

AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN
17 Januari 2013

Perbandingan Pencapaian Pentadbiran Ekonomi Dato’ Seri Anwar Ibrahim : Rakyat Arif Membezakan Angka Ekonomi

Serangan Dato’ Sri Najib Tun Razak terhadap kredibiliti dan kemampuan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengemudi teraju ekonomi negara bukanlah perkara baru. Retorik yang sama turut digunakan menjelang Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) dalam tahun 2008 bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat; kononnya negara akan muflis jika UMNO tidak diberikan kuasa untuk memerintah.

Pun begitu, dalam PRU12 rakyat tetap memilih KEADILAN dan rakan – rakan PAS dan DAP untuk mentadbir negeri-negeri terkaya di Malaysia seperti Selangor dan Pulau Pinang, selain Kelantan, Kedah dan Perak. Maknanya, rakyat yang matang tidak akan terpengaruh dengan propaganda politik UMNO – BN yang meremehkan keupayaan rakyat untuk menilai pencapaian ekonomi negara di bawah kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan. Sekali lagi saya yakin rakyat pastinya menolak politics of fear yang dibawa oleh Presiden UMNO.

Cara terbaik menilai keupayaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mentadbir ekonomi adalah dengan membandingkan angka-angka ekonomi seperti berikut:

Pertumbuhan ekonomi sepanjang Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan[1]

Tahun

1992

1993

1994

1995

1996

1997

% pertumbuhan[2]

8.8

9.9

9.2

9.8

10.0

7.3

 

Pertumbuhan ekonomi sepanjang Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Kewangan[3]

Tahun

2009

2010

2011

% pertumbuhan[4]

(1.5)

7.2

5.1

Sejak menjadi Menteri Kewangan, pencapaian ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak pernah sekali pun mengatasi pencapaian Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tatkala Dato’ Seri Anwar berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara sehingga mencecah 9% – 10% dalam tempoh beliau menjadi Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib (2009) telah membawa ekonomi negara dari tahun pertama pentadbirannya ke arah sebaliknya dan menjurus ke arah ekonomi yang semakin gawat, sedangkan negara jiran seperti Indonesia kekal berkembang pesat.

Hakikatnya, rakyat Malaysia tidak buta angka dan arif membezakan pertumbuhan ekonomi sekitar 9% – 10% semasa Dato’ Seri Anwar Ibrahim mentadbir ekonomi negara, berbanding pertumbuhan yang lembap sekitar 4% – 5% sekarang, disamping pentadbiran Najib berdepan dengan pelbagai masalah ekonomi harian seperti kos sara hidup yang semakin tinggi.

Rekod ekonomi Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga menunjukkan beliaulah Menteri Kewangan yang berjaya mencapai belanjawan lebihan. Selepas beliau, menteri-menteri kewangan UMNO mengambil pendekatan berhutang untuk menampung perbelanjaan negara yang boros dan tidak berhemah sedangkan hasil tidak bertambah. Justeru itu, Malaysia masih bergelut dengan masalah hutang/defisit yang meruncing sehingga kini.

Perbandingan angka berikut membuktikan kegagalan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan untuk mengatasi masalah hutang/defisit, walaupun ditinggalkan dalam keadaan yang cukup baik oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim:

Perbandingan defisit belanjawan dan jumlah hutang negara[5]

Tahun

1992

1993

1994

1995

1996

1997

Lebihan/Defisit (%)

(0.8)

0.2

2.3

0.8

0.7

2.4

Jumlah hutang negara (RM b)

97

96

93

91

90

89

 

Tahun

1998

1999

2000

2001

2002

2003

Lebihan/Defisit (%)

(1.8)

(3.2)

(5.5)

(5.2)

(5.3)

(5.0)

Jumlah hutang negara (RM b)

103

112

126

146

165

189

 

Tahun

2004

2005

2006

2007

2008

2009

Lebihan/Defisit (%)

(4.1)

(3.4)

(3.2)

(3.1)

(4.6)

(6.7)

Jumlah hutang negara (RM b)

217

229

242

267

306

362

 

Tahun

2010

2011

Lebihan/Defisit (%)

(5.4)

(4.8)

Jumlah hutang negara (RM b)

407

456

Sepanjang tempoh Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, hutang negara semakin berkurangan dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan yang berterusan sehinggalah tahun 1997. Sebaliknya, hutang negara kini melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang yang ditinggalkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Hutang negara yang diterajui oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak kini mencecah RM 456 bilion pada akhir tahun 2011 mewakili 53 % daripada KDNK.

Kegilaan berhutang dan belanja secara boros ini berlaku tatkala Dato’ Seri Najib Tun Razak memaksa PETRONAS menyumbang dividen pada kadar yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia. Tidak pernah ada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang paling banyak menggunakan dana PETRONAS, kecuali Dato’ Seri Najib Tun Razak seperti yang dibuktikan oleh angka berikut:

 

Tahun

1992

1993

1994

1995

1996

1997

Dividen PETRONAS (RM b)

 

3.1

 

3.1

 

3.1

 

3.1

 

3.1

 

3.1

Jumlah dividen yang disumbangkan PETRONAS semasa Dato’ Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan[6]

 

Tahun

2004

2005

2006

2007

Dividen PETRONAS (RM b)

 

9.1

 

11.0

 

18.0

 

24.0

Jumlah dividen yang disumbangkan PETRONAS semasa Tun Abdullah Badawi menjadi Menteri Kewangan

Tahun

2009

2010

2011

Dividen PETRONAS (RM b)

 

30.0

 

30.0

 

30.0

Jumlah dividen yang disumbangkan PETRONAS semasa Dato’ Seri Najib menjadi Menteri Kewangan

Tatkala Dato’ Seri Anwar Ibrahim berusaha mengurangkan hutang negara, berbelanja secara berhemah sehingga pendapatan mengatasi perbelanjaan, tidak membebankan PETRONAS dan memacu pertumbuhan ekonomi sehingga 10%, Dato’ Sri Najib Tun Razak mengambil 10 kali ganda lebih banyak wang PETRONAS, hutang negara meningkat 5 kali ganda, bajet defisit berlarutan selama 14 tahun dan pertumbuhan ekonomi tetap lembap pada kadar sekitar 4% – 5% sahaja.

Saya yakin rakyat Malaysia lebih arif membezakan angka-angka ini. Pimpinan negara perlu fokus kepada usaha memulihkan ekonomi negara dengan berpandukan angka-angka yang objektif ini, bukannya cuba memutarbelitkan prestasi ekonomi negara kerana takut dengan wibawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan yang teruji dan berupaya memacu pertumbuhan yang tinggi dan menjamin prinsip distributive justice untuk semua rakyat.

AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN

30 NOVEMBER 2012


[1] Tahun penuh Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan

[2] Sumber: Kementerian Kewangan & Jabatan Perangkaan Negara

[3] Tahun penuh Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Kewangan

[4] Sumber: Kementerian Kewangan & Jabatan Perangkaan Negara

[5] Sumber: Kementerian Kewangan, Jabatan Perangkaan Negara dan Bank Negara Malaysia

[6] Sumber: Kementerian Kewangan dan Jabatan Statistik

Ucapan Konvensyen KEADILAN Sabah, 24 November 2012

‘Negeri Sabah – Kunci Penentu Kemenangan Pakatan Rakyat ke Putrajaya’ 

1. Hanya beberapa hari yang lalu, saya berkampung di Sabah selama 4 hari. Menaiki pacuan 4 roda, saya turun dan bertemu rakyat Sabah di 9 daerah pendalaman Sabah. Saya melihat pada wajah anak-anak kita di Sabah; mereka menunjukkan harapan kepada KEADILAN untuk membawa perubahan dalam kehidupan mereka. Rakyat Sabah sudah bersedia untuk melakukan perubahan dan KEADILAN adalah parti masa depan untuk rakyat Sabah.

2. Semangat saya sentiasa bergelora dan naluri kemanusiaan saya sentiasa tersentuh apabila ke Sabah. Hari ini, saya kembali sekali lagi ke bumi yang bertuah ini, Sabah Negeri di Bawah Bayu. Saya terkenangkan wajah anak – anak di Kampong Manar, Tungku, Silam; dan Kampong Pilantong, Labok, Beluran yang menaruh harapan kepada KEADILAN untuk membawa perubahan dalam kehidupan mereka.

3. Saya tidak boleh lupakan raut wajah mak cik tua di Kampong Bubul Muhibbah, Semporna; dan Kampong Sentosa Jaya, Sukau, Kinabatangan yang terpancar harapan supaya Pakatan Rakyat membantu hidup mereka yang dibelenggu kemiskinan.

4. Saya berkongsi kegembiraan rakyat di Kampung Jawa, Kalabakan tatkala saya ungkapkan kejayaan pentadbiran KEADILAN dan Pakatan Rakyat di Selangor. Masih segar di ingatan saya harapan yang terukir di kalangan rakyat Kampong Jalan Apas, Tawau; dan Sungai Sibuga untuk melihat perubahan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat sebaik tiba di Putrajaya.

5. Inilah politics of hope yang dibawa oleh KEADILAN berbanding dengan culture of fear yang diteruskan oleh UMNO dan BN.

6. Sebaik sahaja saya pulang ke Kuala Lumpur, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergegas ke Sabah dengan nada orang yang terdesak dan desperado. Kata Muhyiddin, “BN akan berusaha habis-habisan untuk mempertahankan Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke 13.”

7. Saya bangga dan bersyukur bahawa pimpinan dan anggota – anggota Parti Keadilan Rakyat menzahirkan keyakinan utuh dengan dasar dan prinsip perjuangan parti keramat ini demi memastikan kemenangan rakyat Sabah, kemenangan rakyat Malaysia, demi negara yang kita cintai. Tema konvensyen hari ini, “Negeri Sabah – Kunci Penentu Kemenangan Pakatan Rakyat ke Putrajaya” amat bertepatan dengan aspirasi rakyat Malaysia.

8. Konvensyen hari ini bukan semata-mata mahu melaksanakan norma biasa sebuah parti politik yang mahu  memperlihatkan kekuatan menjelang pilihan raya. Himpunan hari ini adalah muafakat pimpinan, anggota dan penyokong KEADILAN atas dasar dan prinsip yang jelas untuk melaksanakan perubahan demi rakyat Sabah.

9. Kerana melihat kebobrokan yang mencela maruah; karamah insaniyyah, makanya anggota KEADILAN, patriot dan teman-teman sejati dalam perjuangan terus memperkukuh tekad dan keazaman untuk menumpaskan lawan. Kita sedar perjuangan politik kini menjadi suatu kewajipan. KEADILAN memikul tanggungjawab untuk membawa pencerahan dalam pentadbiran Negeri Sabah.

10. KEADILAN mahu bersama dalam tuntutan rakyat untuk mengembalikan Malaysia ke landasan yang sebenarnya. Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 adalah berlandaskan prinsip federalisme yang memberi kuasa kepada negeri – negeri demi menjaga kepentingan rakyatnya.

11. Namun federalisme yang tempang tajaan UMNO hanya memunggah hasil mahsul dan kekayaan negeri untuk diagihkan kepada keluarga dan kroni pemimpin sekaligus menafikan hak rakyat. Pemimpin kaya raya; rakyat Sabah pada kedana ! “Rakyat didahulukan” serta “Janji Ditepati” adalah propaganda kosong yang cuba melunakkan hati rakyat menjelang pilihan raya.

12. Kekayaan Negeri Sabah cukup untuk semua. Meminjam kata-kata Mahatma Gandhi, “There is enough in Sabah for everybody’s need; but not enough for anybody’s greed.”

13. Pembentukan Malaysia memperkukuh cita – cita bersama untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang gagah, makmur, sejahtera dan dihormati dunia.

14. Pembentukan Malaysia menjanjikan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi Persekutuan Malaysia berasaskan prinsip perlembagaan bagi menjamin pengagihan kuasa dan ekonomi yang saksama, adil serta membebaskan rakyat dari penjajahan minda dan jiwa demi mengangkat harga diri rakyat Malaysia.

15. Sabah dan rakyat Sabah adalah rakan kongsi yang setara dan bukan fixed deposit UMNO – BN. Justeru, KEADILAN dan Pakatan Rakyat komited untuk mengembalikan autonomi kepada Sabah dan Sarawak sejajar dan dalam kerangka Perjanjian Persekutuan dan Perlembagaan negara.

16. Setelah hampir 20 tahun UMNO berkuasa di Sabah, rakyat Sabah semakin jauh ketinggalan. Kadar pengangguran di kalangan belia semakin meningkat, anak – anak tidak ke sekolah, remaja tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kos pengajian yang tinggi, keluarga yang dibelenggu kemiskinan, harga barang yang mahal, jalan-jalan yang berlubang, bekalan elektrik yang seringkali terputus, bekalan air bersih yang tidak mencukupi serta hospital yang tiada kemudahan pakar. Sebagai contoh, lebih 40% daripada rakyat di Labok, Beluran belum mendapat bekalan air bersih.

17. Mengapa ini berlaku di Sabah ? Rakyat Sabah punyai hak yang dijamin oleh Perlembagaan. Rakyat Sabah punyai hak yang dijamin oleh Perjanjian Malaysia 1963. Rakyat Sabah harus bangkit dan tidak boleh terus dihina sebagai fixed deposit oleh UMNO – BN. Peringatan kepada UMNO. Jangan layan rakyat Sabah sebagai pengemis politik dan pengemis ekonomi.

18. KEADILAN ingin ulangi pendirian kita bahawa rakyat Sabah mempunyai hak setara dalam pengagihan ekonomi dan kekayaan negeri ini. KEADILAN adalah pencerahan kepada ‘zaman gelap’ Sabah yang dijajah oleh UMNO.

19. Yakinilah, KEADILAN bersama Pakatan Rakyat akan kembalikan hak rakyat Sabah yang dirampas oleh pemimpin elit UMNO – BN. Yakinilah, kami akan bersama rakyat Sabah untuk membawa kemajuan dan kemakmuran untuk semua.

20. KEADILAN mahu tingkatkan pelaburan di Negeri Sabah supaya penjanaan ekonomi ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan dengan gaji minima untuk anak-anak kita di Sabah. Program ekonomi KEADILAN bukan sahaja bersandarkan angka dan unjuran, tetapi berteraskan tata kelola yang baik, ketelusan dan prinsip value for money. Ini akan mengembalikan keyakinan kepada pelabur-pelabur asing dan tempatan untuk melabur di Negeri Sabah.

21. Konsep pembangunan yang dibawa oleh KEADILAN adalah memacu pertumbuhan ekonomi dengan menjamin prinsip pengagihan yang adil atau distributive justice. Model ekonomi ini diungkap oleh John Rawls dalam bukunya “Distributive Justice“.

22. KEADILAN berjanji akan menghapuskan hutang PTPTN dan memberikan pendidikan percuma kepada semua rakyat. Usaha ini akan menjamin peluang pendidikan yang berkualiti untuk anak – anak kita agar mereka akhirnya dapat membantu mengubah nasib keluarga dan menaikkan taraf ekonomi sesebuah keluarga.

23. KEADILAN juga akan menghapuskan dasar kabotaj (cabotage) untuk memberikan ruang pengurangan harga barang

24. KEADILAN dan Pakatan Rakyat akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber – sumber hidrokarbon kepada Sabah dan Sarawak dari 5 % kepada 20 %. Malah kita akan tubuhkan syarikat – syarikat minyak milik Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.

25. KEADILAN juga akan membina Pan Borneo Highway untuk menaiktaraf kemudahan pengangkutan awam. Usaha ini akan membuka bandar-bandar baru atau new township dan menjana pertumbuhan ekonomi bagi rakyat Sabah dan Sarawak.

26. Justeru itu, rakyat Sabah perlu mempertahankan KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13 untuk melaksanakan agenda reformasi ini demi rakyat Sabah.

27. PRU 13 menjadi amat penting untuk menentukan masa depan Negeri Sabah dan rakyat Sabah. KEADILAN harus menerajui gelombang kebangkitan rakyat di Sabah. KEADILAN hadir membawa politik baru. KEADILAN yakin akan menumpaskan politik eksploitasi dan manipulasi.

28. KEADILAN tampil membawa aspirasi rakyat, bukan sekadar untuk memenangi pilihan raya. Kita mahu memenangi pilihan raya dan seterusnya memaknai kemenangan tersebut dengan pengisian yang memberi nafas baru kepada rakyat Sabah melalui pengagihan kekayaan dan ekonomi secara adil kepada semua.

29. Tanggal 16 September 2012 yang lalu, pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat telah membuktikan tekad dan iltizam dengan menggariskan janji muafakat kami untuk meningkatkan kualiti hidup warga Sabah dan Sarawak serta beriltizam menghormati Perjanjian Malaysia 1963 dalam Deklarasi Kuching yang disepakati.

30. Kita telah gariskan pendirian untuk melaksanakan kerjasama bersekutu demi memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia.

31. Kita nyatakan bahawa integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia perlu melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.

32. Begitu juga dengan kesedaran untuk mengiktiraf rakyat Sabah dan Sarawak supaya diberi keutamaan di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.

33. Inilah janji dan ikrar kita yang tidak akan kita khianati. Malah, janji ini digarap dengan kesedaran untuk memastikan semangat Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 dipatuhi. Ini lah hasrat pendiri negara dan bangsa serta “framers of our constitution.” 


34. Kita dalam fasa terakhir rundingan pengagihan kerusi dengan Pakatan Rakyat dan juga rakan-rakan seperjuangan di Sabah. Saya ingin memberi jaminan bahawa proses rundingan kerusi ini tidak akan sekali-kali mengorbankan kepentingan Parti keramat ini dan tidak akan meminggirkan peranan aktivis Parti di Cabang dan Ranting.

35. Walau bagaimanapun, dalam meneraju dan memimpin kebangkitan rakyat menuju kemenangan di Putrajaya, KEADILAN harus berjiwa besar dan mengambil sikap inklusif bagi mereka yang menerima dasar perjuangan kita.

36. KEADILAN meraikan tokoh – tokoh Bumiputera Islam dan masyarakat KDM yang mahu bersama dengan perjuangan KEADILAN. Salam perjuangan untuk teman-teman kita yang bersama kita; YB Dato’ Seri Lajim Haji Ukin, YB Dato’ Seri Wilfred Bumburing dan Tan Sri Ibrahim Menudin dan ramai lagi.

37. Mewakili KEADILAN, saya meraikan kebersamaan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Parti SAPP untuk bersama – sama Pakatan Rakyat dalam perjuangan melaksanakan agenda perubahan. Muafakat yang telah dipupuk ini perlu terus digembeling demi menjayakan Negeri Sabah yang gagah.

38. Wahai pimpinan UMNO – BN, rakyat Sabah bakal mencetus gelombang besar perubahan pada pilihan raya akan datang. Ini Kali Lah !

39. Sabah umpama “The Theatre of Change.” Ianya bagaikan satu pentas yang mahu aktornya memunculkan aksi terhebat dalam catatan sejarah. Jika Sabah adalah pentasnya, maka kita semua adalah Henrik Ibsen, seorang penulis drama. Jika Sabah adalah medan teaternya maka kita semua berkewajipan sebagaimana yang dinukilkan Ibsen dalam sajak to my friend the revolutionary orator untuk menyempurnakan bait I’ll gladly, myself, torpedo the Ark.

40. Sudah tiba masanya rakyat Sabah torpedo bahtera usang UMNO yang hampir karam itu.  Saudara semua bertanggungjawab apabila pulang nanti untuk sampaikan pesan ini; bahawa UMNO – BN sudah karam. Jangan bersama kapal yang karam kerana nanti akan lemas. Mitos bahawa hanya UMNO yang boleh perintah, sudah berakhir.

41. Ayuh lah semua bersama KEADILAN dan Pakatan Rakyat. Bahtera yang akan belayar gagah ini akan mencipta sejarah baru di Malaysia. 

42. Cukuplah selama ini tindakan pemimpin UMNO – BN “tantamount to usurping the power of this state, denying the rights of Sabahan.” Ini kali lah,kita akan pastikan KEADILAN terpasak teguh di bumi ini.

43. Kita akan maju ke hadapan dengan segala upaya untuk melaksanakan perubahan dalam pilihan raya ini. Biarpun berhadapan dengan budaya samseng dan culture of fear, kita tidak akan berundur malah kita lebih nekad untuk menumbangkan pihak lawan.

44. Saudara seperjuangan, Konvensyen ini juga wajar mengambil ketetapan atas nama dan nilai kemanusiaan untuk mengutuk sekeras – kerasnya serangan ketenteraan Zionis Israel melalui Operasi “Pillar of Defence” ke atas Wilayah Palestin di Gaza yang bermula 14 November 2012 yang lalu. Tindakan ini adalah cebisan daripada dasar penaklukan wilayah atau politics of dispossession yang dilancarkan oleh Zionis Israel.

45. Konvensyen ini juga mesti mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Zionis Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua dan kemusnahan harta benda.

46. Zionis Israel tidak mungkin berani bertindak ganas dan kejam tanpa restu dari pentadbiran Washington. Amerika Syarikat dan badan antarabangsa yang memberi ruang dan merestui tindakan yang kejam dan zalim ini mesti dikutuk dan dikritik oleh seluruh masyarakat tanpa mengira kepercayaan, faham agama dan budaya. Zionis Israel ternyata adalah penjenayah antarabangsa (terrorist state). Wilayah Palestin di Gaza kini adalah ‘open air prison’ bertujuan untuk memenjarakan rakyat Palestin dari segenap ruang darat, udara dan laut.

47. Kita tuntas, rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat harus dibebaskan dan dikembalikan hak mereka sebagai rakyat yang merdeka. Faham agama yang sempit serta pendekatan rasis akan hanya menambah perseteruan dan akan meruntuhkan tamadun manusia di muka bumi ini.

48. Rakyat Malaysia dan Sabah juga harus dimerdekakan dari penjara hegemoni UMNO – BN yang menutup pemikiran rasional rakyat yang dahagakan perubahan.

49. Tidak ada lagi harapan yang boleh disandarkan kepada UMNO – BN. Apa lagi yang mahu diharapkan daripada Musa Aman untuk membantu rakyat Sabah. Sampai bila lagi rakyat Sabah mahu tinggal dalam penjara kuasa UMNO – BN ? Ayuh bersama KEADILAN dan Pakatan Rakyat untuk sama – sama menjana arus perubahan yang semakin deras.

50. Teman – teman seperjuanganku, kita sudah punya dasar yang jelas, kita ada pemimpin yang wibawa dan boleh dipercayai, kita ada laskar teruji dengan latihan, sarat dengan pengalaman, lengkap dengan ilmu dan peralatan. Seluruh kekuatan kita sudah siap siaga. Hanya menunggu semboyan untuk bertempur di medan perang.

51. Ayuh teman – teman seperjuanganku, ini kali lah untuk kita bersatu. Ini kali lah untuk kita berubah. Ini kali lah untuk kita tukar. Ini kali lah !

Eksploitasi Terhadap Kemarahan Umat Islam

18 September 2012

KEADILAN mengutuk penerbitan filem Innocence of Muslims – Muhammad Movie yang dilakukan oleh Sam Bacile, seorang warga Amerika. Filem tersebut adalah cerminan keangkuhan dan kebiadapan musuh Islam yang secara tuntas menghina Nabi Muhammad S.A.W serta mengguris perasaan umat Islam di seluruh dunia. Jelas, filem ini gagal menyuburkan nilai – nilai sejagat yang menghormati kepelbagaian agama. Malah saya yakin filem ini berniat jahat untuk mengganggu keamanan dan mencetuskan perasaan Islamophobia di kalangan warga dunia. KEADILAN mendesak Amerika Syarikat supaya segera bertanggungjawab untuk mengutuk jenayah ini dan mengambil usaha proaktif untuk mewujudkan keamanan dunia dan mengikis persepsi yang buruk di kalangan umat Islam.

KEADILAN juga mencela pembunuhan yang dilakukan terhadap Christopher Stevans, Duta Besar Amerika Syarikat ke Libya beserta 3 orang pegawai kedutaan dalam rusuhan di Benghazi, Libya. Kami menyeru umat Islam supaya bertenang dan tidak bertindak melampaui batas kemanusiaan dengan melakukan keganasan melampau. Keganasan yang dilakukan hanya akan memburukkan keadaan dan membentuk persepsi buruk dan negatif terhadap umat Islam. Justeru KEADILAN mengajak umat Islam seluruh dunia untuk bertegas dalam mempertahankan kesucian Islam dan baginda Rasulullah S.A.W tetapi pada masa yang sama menghargai keamanan dan tidak menghukum individu lain yang tidak bersalah.

KEADILAN bertegas untuk mengingatkan semua pihak supaya tidak mengeksploitasi kemarahan umat Islam yang kian membara sehingga menghalalkan keganasan serta jenayah pembunuhan. KEADILAN juga mengingatkan supaya rejim diktator seluruh dunia supaya tidak sekali – kali mengeksploitasi kemarahan umat Islam dengan menyekat kebebasan rakyat khususnya kebebasan untuk mendapatkan maklumat. Kita yakin di atas kesedaran dan kematangan rakyat maka warga dunia memilih untuk menolak dan mengecam filem tersebut kerana bertentangan dengan nilai – nilai masyarakat. KEADILAN mendukung pemikiran Islam yang menjamin hak asasi rakyat. Kepimpinan yang menyalahkan kebebasan di atas penerbitan filem tersebut adalah kepimpinan yang anti demokrasi dan anti kebebasan rakyat serta mengeksploitasi kemarahan rakyat untuk menutup ruang demokrasi demi kepentingan politik.

Justeru, KEADILAN mengajak dan menyeru umat Islam seluruh dunia supaya melawan jenayah serta dakyah yang dibawa melalui filem tersebut dengan melaksanakan program – program pendidikan yang berteras kepada tuntutan agama dan nilai – nilai sejagat. Islam adalah agama yang tidak mempromosikan keganasan, malah Islam adalah agama yang menganjurkan keamanan dan mengiktiraf kepelbagaian dengan konsep li – taraafu yang dianjurkan al Quran.

Salam keamanan

Mohamed Azmin Ali

Ucapan Hari Malaysia 2012

Hari ini kita perlu renung apakah makna Malaysia, sebagai sebuah negara dan sebagai satu bangsa. Dalam usia 49 tahun, apakah yang telah negara dan bangsa ini capai dan apakah yang perlu dibina untuk generasi akan datang?

16 September 1963, Malaysia terbentuk apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bersama Persekutuan Tanah Melayu bersetuju mendirikan negara yang berdaulat. Pembentukan Malaysia memperkukuhkan cita-cita bersama untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang gagah, makmur, sejahtera dan dihormati dunia.

Pembentukan Malaysia menjanjikan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi Persekutuan Malaysia berasaskan prinsip perlembagaan bagi menjamin pengagihan kuasa dan ekonomi yang saksama, adil serta membebaskan rakyat dari penjajahan minda dan jiwa demi mengangkat harga diri rakyat Malaysia.

KEADILAN dan Pakatan Rakyat komited untuk mengembalikan autonomi kepada Sabah dan Sarawak sejajar dan dalam kerangka Perjanjian Persekutuan dan Perlembagaan negara. Semangat nasionalisme digembeling demi membenihkan rasa cinta kepada tanahair agar rakyat Malaysia gigih berusaha membangun negara ini dan boleh merasa bangga dan syukur sebagai rakyat Malaysia.

Malangnya semangat nasionalisme telah dicabuli oleh elit pemerintah semata – mata untuk menjamin kelangsungan kuasa politik perkauman sempit yang pastinya akan meruntuhkan tamadun sesebuah negara. Sentimen perkauman yang jumud serta konflik agama yang direkayasa tidak membawa faedah untuk rakyat. Malah ianya menghina gagasan Malaysia yang mendukung citra masyarakat yang rencam.

Saya menyeru rakyat Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak untuk bangkit menyambut gagasan baru yang tekad untuk meraikan kepelbagaian dan mengembalikan hak ekonomi dan kebebasan demi masa depan Malaysia yang gagah.

Kepelbagaian politik dan sosial harus menjadi jati diri masyarakat Malaysia untuk membangun negara bangsa dalam kerangka dunia moden dan masyarakat global. Sekali lagi saya menyeru, rakyat perlu bersatu untuk menolak rejim tua yang membudayakan rasuah, salahguna kuasa dan menindas rakyat miskin.

Bersempena Hari Malaysia tahun ini, marilah kita, rakyat Malaysia yang punyai maruah dan jiwa merdeka, bersama-sama memperkukuh azam dan memperbaharui tekad untuk menghayati semangat Perjanjian Malaysia 1963.

KEADILAN komited untuk bersama rakyat Sabah dan Sarawak dalam menjamin pengagihan ekonomi yang adil dan mempertahankan nilai – nilai demokrasi dan kebebasan. Inilah saatnya untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara dan bangsa yang merdeka dan berdaulat.

Selamat Hari Malaysia, Koto Bian Tadau Malaysia.

Mohamed Azmin Ali

———————————————————————————————————————————————————————

HAPPY MALAYSIA DAY

Today we should reminisce the meaning of Malaysia, as a country and as a nation. It has been 49 years, what have this country and nation achieved and what is more to build for the next of generations.

On 16th September 1963, Malaysia is formed when Sabah, Sarawak and Singapore joined the federation of Tanah Melayu, agreed to found a sovereign country. The forming of Malaysia helps to justify the shared ambition, to fortify Malaysia as a strong, prosperous, wellness and respected by the world.

The forming of Malaysia, promised Sabah and Sarawak as an equal partners of the Federation of Malaysia, on the basis of constitutional principles to ensure a fair power distribution, equal economy, justice and free the people from mind and soul invasion for the sake of uplifting the dignity of Malaysian people.

KEADILAN and Pakatan Rakyat are commited to restore the autonomy for Sabah and Sarawak, in parallel with the Federal of Malaysia’s core and Federal Constitution. Nasionalism was introduced to indulge a loyalness and love towards the country, to create a push for the citizens of Malaysia for the betterment in the country and also creating the feeling of proud andappreciation as a Malaysian.

Unfortunately, the spirit of nasionalism is abused by governing elites, just to ensure their continuity of their control and to use narrow racism sentiment which will surely demolishes the civilization of a country. Feudal racism sentiment, inlcudes religious conflict which fabricated and propagated by them will not beneficial the people. But it is only a disgrace to the values that construct Malaysia.

I call upon all Malaysians, including those in Sabah and Sarawak to rise for a new vision which strive to accept variousity and return the economical rights, also freedom, for the bright and concrete future of Malaysia.

Politic variousity and social should be a true self for the citizens of Malaysia to build the nation and country in the core of modern world and global community.

I’m sounding this alert, once more. The people should unite to oust this old regime that enriches a tradition of bribe, power abuse and oppress the poor people.

Regarding Malaysia Day this year, let us, the Malaysian people who still have dignity and a free soul, together we strengthen our stress to renew our appreciation towards Malaysia Agreement 1963.

KEADILAN commited to be with the people of Sabah and Sarawak, in order to guarantee a fair economic distribution and protecting the values of democarcy and freedom. This is the moment, to make Malaysia as a free and sovereign country.

Happy Malaysia Day, Koto Bian Tadau Malaysia.

Mohamed Azmin Ali

Kenyataan Media Dato Seri Anwar Ibrahim Berkenaan Isu Palestin – Israel

16hb Februari 2012

KEADILAN JUNJUNG ASPIRASI DAN HASRAT RAKYAT PALESTIN

Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”

(pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya. Media, pimpinan UMNO dan Dato’ Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin

Kenyataan saya kepada Asian Wall Street Journal secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin .

Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama Kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan Menteri Luar nya, Putera Saud al Faisal bahawa:

“This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can’t keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security”.

Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama:

“The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people’s foremost cause. In Jordan, the “final-status” issues—including borders, refugees, security and Jerusalem—are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel.”

Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru. Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat.

Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin :

“If Israel withdraws to the ’67 borders, then we will establish a peace in stages.. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people – what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them”.

Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan KEADILAN. Parti Islam SeMalaysia berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Walaupun begitu Parti Keadilan Rakyat berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.

Ini berbeza dengan adu domba UMNO yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka. Tatkala media UMNO menyerang saya sebagai ejen Israel, Menteri Luar dari UMNO secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu .

Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, Menteri Pertahanan dari UMNO jugalah yang duduk berbincang dengan Menteri Pertahanan Israel pada tahun 2009 , walaupun perkara ini cuba dipadamkan. Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu Perdana Menteri Israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994. Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan UMNO bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke 15 terbesar. Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro.

Sikap bermuka UMNO dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat

Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin.
Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel. Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi.

Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel. Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80% dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90% hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isirumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60% kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan.

Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai. Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin.

Oleh kerana itu wajar buat kita memahami, menghargai dan menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang disuarakan melalui dua pertubuhan utama tersebut. Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah. Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin.

Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini. Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin. Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf. Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.” (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin).

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM
PARTI KEADILAN RAKYAT

Kenyataan Media berhubung kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA
30 JUN 2011
Saya merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato’ Wan Ahmad Wan Omar yang dilaporkan oleh laman portal Malaysiakini.com bertarikh 30 Jun 2011 bertajuk “SPR: Ambiga diperalat, BERSIH kian kusut“.

Menurut laporan tersebut, Wan Ahmad mendakwa bahawa Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH), Dato’ Ambiga Sreevenasan telah diperalatkan oleh pemimpin politik pembangkang untuk membantu Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Kenyataan Wan Ahmad adalah tidak bertanggungjawab dan menzahirkan watak sebenar beliau yang selama ini dilihat sebagai alat kepada pimpinan UMNO dan sistem yang rosak. Kenyataan sebegini tidak mengambarkan sikap profesional seorang pegawai yang memegang amanah dan tanggungjawab untuk menjamin institusi SPR kekal sebagai badan yang bebas.

Adalah malang apabila Wan Ahmad gagal memperlihatkan profesionalisme sebagai penjawat awam yang seharusnya bersifat berkecuali. Ketaatan membuta-tuli beliau kepada UMNO jelas membuktikan beliau gagal membezakan keperluan untuk setia kepada ‘government of the day’ dengan taat kepada ‘governing party’.

Beliau turut dilaporkan oleh laman berita The Malaysian Insider sebagai berkata komponen Pakatan Rakyat sudah mula risau dengan kebangkitan Barisan Nasional yang memperlihatkan kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil sejak tahun lalu.

Pilihan raya yang bebas dan adil tidak memungkinkan seseorang itu mengetahui siapakah yang akan menang dalam sesuatu pilihan raya.

Sebaliknya, apabila Wan Ahmad menzahirkan kenyataannya bahawa Barisan Nasional semakin kuat, maka timbul persoalan apakah beliau sudah merancang sesuatu bagi menjamin kemenangan UMNO dan Barisan Nasional? Kalau inilah peranan yang dicatur oleh Wan Ahmad, maka pilihan raya di Malaysia sememangnya tidak lagi bebas dan adil!

Wan Ahmad seharusnya faham dan menghayati peranan SPR yang termaktub dalam Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan, di mana SPR merupakan sebuah suruhanjaya yang bertanggungjawab bagi menyelia dan mengelola pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia. Asas utama dalam mengendalikan pilihan raya yang bebas dan adil ialah daftar pemilih yang bersih untuk menjamin tidak berlaku pengundian berganda oleh seorang pemilih berdaftar termasuk undi pos.

Saya telah menyahut cabaran Wan Ahmad dan telah membuktikan secara berfakta bahawa Daftar Pemilih Induk 2010 yang diwartakan pada Mei 2011 adalah daftar pemilih yang terkotor dalam sejarah pilihan raya dan dakwaan saya telah diakui benar oleh SPR dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha SPR, Kamaruddin Mohamed Baria bertarikh 24 Jun 2011. Wan Ahmad harus memikul tanggungjawab ini dan meletakkan jawatan serta merta. Beliau tidak lagi punyai maruah dan kredibiliti untuk memimpin SPR.

Wan Ahmad juga sewajarnya mengetahui bahawa SPR sama sekali tidak boleh berpihak atau mencampuri urusan mana-mana pertubuhan sama ada pertubuhan yang berkaitan dengan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti BERSIH.

Lapan (8) tuntutan BERSIH iaitu (i) pembersihan senarai pengundi; (ii) reformasi undi pos; (iii) penggunaan dakwat kekal; (iv) tempoh kempen minima 21 hari; (v) memperkukuh institusi awam; (vi) menghentikan rasuah pilihan raya dan; (viii) menghentikan politik kotor; adalah bertujuan untuk menyuburkan demokrasi dalam negara dan memperkukuhkan sistem pilihan raya yang bebas dan adil.

Tuntutan-tuntutan ini sewajarnya dipandang serius dan positif oleh SPR dalam usaha untuk memastikan perjalanan pilihan raya di negara ini dapat dilaksanakan secara telus, bebas dan adil. SPR harus berlapang dada untuk menerima dan melaksanakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh rakyat demi memperbaiki imej dan kredibiliti SPR yang dilihat sebagai tidak berwibawa dan bersikap berat sebelah.

KEADILAN dan Pakatan Rakyat senantiasa mendukung sebarang usaha yang proaktif demi rakyat dan demi menjamin satu sistem demokrasi yang menjanjikan pilihan raya yang telus, bebas dan adil.

Sehubungan dengan itu, saya mewakili Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dengan ini menuntut supaya Timbalan Pengerusi SPR itu menarik balik kenyataan beliau atau meletakkan jawatan serta merta kerana telah menjejaskan kredibiliti SPR. Saya juga mencabar beliau supaya masuk dalam gelanggang politik UMNO dan menyertai Pilihan Raya Umum ke-13!

MOHAMED AZMIN ALI
Timbalan Presiden KEADILAN
www.azminali.com/blog

Shadows of Ross Perot? – By Oon Yeoh, The Sun

(Wed, 24 Nov 2010)

ROSS Perot is an American billionaire who ran for president of the United States in 1992 and 1996. He made quite a splash initially as a kind of third force, an alternative choice for voters who were sick of Republicans and Democrats.

But his flame quickly burned out after voters got a better sense of his cranky, egotistical personality. If you read the entry about Perot in RealChange.org, a website that offers highly opinionated commentary about the character of presidential candidates, you’ll see the following description:

“Ross Perot has a very distinct personality with three consistent qualities: An absolute conviction that he is morally right; an intense will that refuses to consider the possibility that he could be wrong, or could lose a fair fight; and a need to control every situation to fit these parameters … He refuses to admit wrongness or fair defeat, and if he can’t change reality in the broader world, he seems to need to change it in the press – or in his own mind.”

In New York Times’ columnist David Brook’s article “The Perot Option” (Jan 28), he warns of a Perot-like character as one who is “large of ego, full of money and cranky in mien”.

It’s amazing how these descriptions can easily fit Zaid Ibrahim, who first came to national political prominence after he resigned from the Tun Abdullah Ahmad Badawi administration in 2008 after an opposition politician, a popular blogger and a reporter were detained under the dreaded ISA.

Many people saw something refreshing in a politician who had principles, was smart and articulate and who was rich enough that he would not be easily tempted by corrupt practices. When he joined PKR in 2009, he was heralded as the only other leader who could hold the fledgling Pakatan Rakyat together should its de facto leader Anwar Ibrahim end up in jail again.

Zaid was good at building up his personal brand. He had a couple of books published in various languages. He posted progressive, liberal messages on his blog. He made sure he commented on national issues regularly. He was clearly positioning himself as not just a PKR leader but a national leader.

But cracks started to show which revealed some unappealing aspects of his character. Amid a spat with his arch-rival Azmin Ali late last year, Zaid abruptly announced that he would be taking a six-month leave during which time he would not be attending the party’s political bureau meetings.

“I have no interest in the internal politics of PKR, nor of any of the other parties in Pakatan Rakyat. Neither do I aspire to assume a leadership role in PKR. I made this very clear to Anwar Ibrahim when I joined the party,” he said at the time.

Some people thought, what a prima donna. And others who had hope in him gave him the benefit of the doubt.

Zaid was PKR’s candidate in the Hulu Selangor by-election in April. After he lost, he blamed everyone but himself and even filed an election petition to nullify the by-election, alleging bribery by Barisan Nasional (BN).

Some people thought, sore loser! But his fans still gave him the benefit of the doubt.

Then in the run-up to the party elections where he ran against Azmin for the position of deputy president, he made offensive comments about outgoing deputy president Syed Husin Ali which left many people seriously wondering about his political acumen or lack thereof.

After pulling out from the party elections Zaid started lashing out at party leaders and condemning the very party he chose to join.

One would have thought that after letting off steam, he would cool down and try to make peace with his former colleagues so that even as an independent, he could continue to join them in their campaign to take over Putrajaya.

But no, he keeps on lashing out, dishing bitter criticism even during his press conference to announce his impending departure from the party.

Zaid also hints that he will be forming his own party and that it would not be allied to BN or PR. In other words, it would be a third force.

Can anybody say, “illusions of grandeur”? We barely have a two-party system after more than 50 years of independence and he wants to be a third force?

If he has enough hubris to actually pursue that fantasy, Zaid will very quickly find out that far from being a third force, he’s become a spent force. Just like Ross Perot.