PERUTUSAN EIDUL ADHA 1442H

Eidul Adha yang menjelang tiba, menyingkap kembali sirah pengorbanan dan kesabaran Nabi Ismail A.S. Ketika masih bayi, Baginda bersama ibunya di bawa oleh bapanya, Nabi Ibrahim A.S. berkelana jauh dari bumi kelahiran. Sang anak dan ibunya ditinggalkan di Makkah yang ketika itu merupakan belantara padang pasir tanpa tubuh-tumbuhan. Tatkala Nabi Ibrahim bergerak meninggalkan mereka, Siti… Continue reading PERUTUSAN EIDUL ADHA 1442H

KENYATAAN YB DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI MENTERI KANAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI BERHUBUNG CIMS

1. Kerajaan memandang serius terhadap situasi pandemik COVID-19. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentangkan laporan semasa yang menunjukkan kes-kes positif semakin melonjak dan kapasiti sistem kesihatan awam semakin tertekan. Kerajaan senantiasa mengambil langkah-langkah untuk melindungi kesihatan dan menyelamatkan nyawa rakyat. Maka atas penilaian risiko yang dilakukan oleh KKM, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan PKP… Continue reading KENYATAAN YB DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI MENTERI KANAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI BERHUBUNG CIMS

Kenyataan Media – Serangan Zionis Israel adalah jenayah perang yang mesti di bawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

16 MEI 2021  Perikatan Nasional (PN) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam Zionis Israel yang menyerang kota suci Palestin sehingga menyebabkan kerosakan dan pembunuhan rakyat Palestin di tanah air sendiri.  Israel menjajah negara Palestin sedikit demi sedikit sejak 15 Mei 1948 melalui Peristiwa Nakbah yang merupakan suatu tragedi hitam yang telah membunuh ratusan ribu nyawa dan pengusiran… Continue reading Kenyataan Media – Serangan Zionis Israel adalah jenayah perang yang mesti di bawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

PERUTUSAN AIDIL FITRI 1442H

Alhamdulillah, setelah sebulan kita menjalani latihan ruhiyyah dalam bulan Ramadhan, hari ini kita bersama merayakan Hari Kemenangan sempena Syawal yang mulia. Marilah kita memperkukuh ukhuwwah dan silaturahim, membulatkan semangat persaudaraan di antara umat. Meraya fitrah, mengikat ukhuwwah. Lebih setahun kita berdepan dengan penularan wabak COVID-19 yang memberikan dampak kepada rakyat dan ekonomi negara. Pandemik ini… Continue reading PERUTUSAN AIDIL FITRI 1442H

[email protected] – MENGIMBANGI PERLINDUNGAN KESELAMATAN DAN NYAWA DENGAN KELANGSUNGAN EKONOMI

MENGIMBANGI PERLINDUNGAN KESELAMATAN DAN NYAWA DENGAN KELANGSUNGAN EKONOMI Semalam YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dalam merancakkan ekonomi negara yang kini berada di tahap kelima Strategi 6R Pelan Komprehensif Pemulihan Ekonomi. Dalam memastikan sektor industri dan perusahaan komersil terus kekal berdaya saing dan mampan untuk menyumbang kepada pemulihan ekonomi… Continue reading [email protected] – MENGIMBANGI PERLINDUNGAN KESELAMATAN DAN NYAWA DENGAN KELANGSUNGAN EKONOMI

Kenyataan Media -Pengisytiharan tiga Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN)

KENYATAAN MEDIA Pengisytiharan oleh tiga Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Ahli Parlimen bebas untuk menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan langkah berani dan senada dengan aspirasi rakyat yang mahukan sebuah Kerajaan yang berfungsi sepenuhnya dan stabil . Kami sebulat suara mengalu-alukan anjakan politik yang dinamik dilakukan… Continue reading Kenyataan Media -Pengisytiharan tiga Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN)

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

Kenyataan Media Esok, 24 Februari program imunisasi nasional terbesar yang pernah disaksikan sejarah Malaysia menjadi gamechanger kepada perjuangan kita memerangi pandemik COVID-19. Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan merupakan langkah proaktif, tegas dan tuntas Kerajaan Perikatan Nasional dibawah kepimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Program ini merupakan ikhtiyar Kerajaan dalam menjamin penjagaan serta perlindungan kesihatan… Continue reading Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

Pelantikan Datuk Ang Chin Tat sebagai Naib Pengerusi Perikatan Nasional Selangor

KENYATAAN MEDIA 22 FEBRUARI 2021 Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) secara rasminya menyertai Mesyuarat Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional Selangor semalam. Ini merupakan penglibatan sulung GERAKAN di peringkat negeri selepas pengumuman YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Perikatan Nasional berhubung penyertaan GERAKAN sebagai parti anggota Perikatan Nasional pada 11 Februari 2021. Mesyuarat Badan Perhubungan Negeri… Continue reading Pelantikan Datuk Ang Chin Tat sebagai Naib Pengerusi Perikatan Nasional Selangor

Keadaan Kesihatan YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang

Saya ingin menzahirkan rasa prihatin terhadap kesihatan YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang, Presiden PAS yang sedang menjalani rawatan di hospital. Walau bagaimanapun, saya bersyukur mendapat perkhabaran bahawa Tuan Guru berada dalam keadaan stabil dan mendapat perkhidmatan rawatan yang terbaik. Saya mendoakan Tuan Guru senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan… Continue reading Keadaan Kesihatan YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang

MENJANA KEKUATAN BARU, MEMPERKUKUH KEYAKINAN RAKYAT

Saya telah mengadakan pertemuan bersama YB Dato’ Abdul Rashid Asari, Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Selangor dan YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi, Pesuruhjaya PAS Selangor pada 5 Februari 2021 untuk membincangkan pembentukan Badan Perhubungan Negeri (BPN) Perikatan Nasional Selangor. Perbincangan yang berlangsung dengan penuh semangat musyawarah memberi fokus kepada pembentukan struktur organisasi yang strategik, wibawa… Continue reading MENJANA KEKUATAN BARU, MEMPERKUKUH KEYAKINAN RAKYAT