Kenyataan Media Dato Seri Anwar Ibrahim Berkenaan Isu Palestin – Israel

16hb Februari 2012 KEADILAN JUNJUNG ASPIRASI DAN HASRAT RAKYAT PALESTIN Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, “a step which he said remains contingent on Israel…

Kongsi Artikel Ini:

Kenyataan Media – Polis Memanggil Azmin untuk perhimpunan 901

14th February 2012

Saya merujuk kepada penyiasatan polis yang masih berlangsung terhadap pemimpin Pakatan Rakyat yang terlibat di dalam perhimpunan aman 901. Timbalan Presiden KEADILAN YB Azmin Ali kini telah dipanggil untuk siasatan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombalk diminta melaporkan diri untuk siasatan polis pada 15 Februari 2012. Sebelum ini beberapa pimpinan dipanggil termasuk Ketua Angkatan Muda Shamsul Iskandar.

Penyiasatan ini bermotifkan politik dan dibuat dengan niat yang jahat oleh polis bagi mengganggu dan menakut-nakutkan kepimpinan Keadilan, dan demi memberi amaran kepada rakyat untuk tidak menggunakan hak mereka untuk berhimpun dan bersuara yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Harus diingat polis sendiri yang bersetuju agar perhimpunan 901 diadakan di hadapan bangunan Mahkamah Jalan Duta. Justeru mengapa diadakan siasatan ini? Perhimpunan tersebut telah berlangsung secara aman dan sah mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Penyiasatan berat sebelah ini membuktikan Akta Perhimpunan Aman hanya merupakan sekatan tambahan terhadap hak rakyat untuk berhimpun.
Janji-janji perubahan Perdana Menteri sekali terbukti tidak bermakna sama sekali. Kami menggesa Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara untuk serta-merta tidak menyambung siasatan ini. Polis sepatutnya digunakan untuk membanteras jenayah sebenar, bukannya dibazirkan bagi menekan musuh politik BN. Tindakan terbaru ini membuktikan golongan sosok keras UMNO terus berkuasa di dalam kerajaan.

N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Media Statement – Police calls Azmin for questioning on 901 rally

Kongsi Artikel Ini:

Kenyataan Media Untuk Edaran Segera – Isu 901

5 Januari 2012 Hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak rakyat yang sejajar dengan semangat keperlembagaan. Ianya merupakan antara teras kepada amalan sesebuah negara demokratik. Justeru sebarang usaha atau tindakan yang menggasir hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik (political expression) rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik,…

Kongsi Artikel Ini:

Muslihat UMNO-BN Tidak Akan Menggelincirkan KEADILAN dan Pakatan Rakyat Dari Perjuangan Melaksanakan Perubahan.


Video ehsan Malaysiakini

Reformasi 98 tercetus apabila rakyat bangkit meluahkan rasa marah dan tidak puas hati mereka terhadap kezaliman UMNO. Berhadapan dengan krisis kewangan 97/98, pentadbiran Dr Mahathir mulai dipertikaikan rakyat. UMNO terburu – buru untuk menyelamatkan elit korporat dan kaum keluarga yang dekat dengan pemerintah. Menjadi halangan kepada cita cita mereka adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan tuntutan rakyat. Mantan Menteri Kewangan yang kini Ketua Umum KEADILAN itu tuntas mahu menyelamatkan negara dan rakyat. Dato’ Seri Anwar tidak bertolak ansur dengan hasrat menggunakan dana awam demi menyelamatkan kroni pemerintah. Maka sebagaimana yang dirakamkan oleh sejarah, Dato’ Seri Anwar dihumban ke penjara dan diaibkan dengan fitnah melampau yang direkayasa UMNO.

Selepas meringkuk selama 6 tahun beliau pun dibebaskan. Bersama – sama pimpinan KEADILAN dan kerjasama PAS serta DAP maka kita berjaya mengecapi keputusan yang memberangsangkan pada tahun 2008. Sejarah pun tercipta. Permuafakatan Pakatan Rakyat kian hari semakin kukuh didasari cita-cita membangunkan Malaysia yang lebih gagah, A Mighty Malaysia. Menyedari rakyat Malaysia bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, UMNO terus menganyam muslihat baru yang dicedok dari skrip usang. Sekali lagi DSAI ditohmah dengan fitnah keji. Makanya pada 9hb Januari 2012 adalah tarikh genting. Ianya bukan sahaja mengenai batang tubuh Dato’ Seri Anwar dan keluarga beliau. Akan tetapi keputusan mahkamah pada hari itu pastinya melibatkan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Adalah jelas kes ini bermotifkan politik dan berniat jahat. Pimpinan UMNO-BN mahu memastikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang dipersetujui Permuafakatan Pakatan Rakyat.

UMNO menyangka rekayasa jelik itu akan memecah-belah dan menjejaskan usaha Pakatan Rakyat dari memenangi Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Akan tetapi itu merupakan angan-angan mereka semata-mata. Kami bertegas muslihat ini tidak akan menggelincirkan Pakatan Rakyat dari tekad untuk menubuhkan kerajaan persekutuan. Peringatan keras untuk UMNO, apa pun konspirasi untuk memenjarakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kami pasti akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman. Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.

Walau apapun keputusan pada 9hb Januari nanti, pimpinan KEADILAN bersama-sama Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia keseluruhannya telahpun bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat. Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan KEADILAN akan terus menerajui agenda rakyat. Persoalan kepimpinan sememangnya diputuskan melalui permuafakatan dalam parti. Semenjak dari penubuhannya kepimpinan parti merupakan suatu “evolutionary process,” dan bukannya suatu “revolutionary process.”

Yakinlah bahawa kita akan terus istiqamah meneruskan perjuangan murni ini. Adalah menjadi tanggunggjawab kita semua untuk melaksanakan segala kebijakan, dasar dan agenda yang telah digarap sepertimana yang terkandung dalam Agenda Ekonomi Malaysia, Dasar Bersama PR, Buku Jingga dan Belanjawan PR.

Justeru saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kekal menjana kekuatan dan memperkukuh usaha untuk memenangi Piliharaya Umum ke 13. Kemenangan tersebut adalah Demi Malaysia yang demokratik, Malaysia yang makmur, Malaysia yang aman dan harmoni, Malaysia yang bebas serta Demi Malaysia baru milik rakyat.

Inshaallah, saya, seluruh pimpinan dan seluruh rakyat Malaysia akan hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama Dato’ Seri Anwar pada hari tersebut, 9hb Januari 2012.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat

———————————————————————————

—PRESS RELEASE FOR IMMEDIATE CIRCULATION—

Kongsi Artikel Ini:

Kenyataan Media Untuk Edaran Segera – Isu UPSI

Video ehsan Antarapos 1 Januari 2012 Memasuki tahun 2012 kita dikejutkan dengan berita bahawa seramai 17 orang mahasiswa ditahan dan dua mahasiswa telah dipukul pihak polis di Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Salah seorang mahasiswa tersebut, Sdr Safwan Anang masih terlantar di Hospital Slim River akibat kekasaran melampau pihak berkuasa. Kita difahamkan mahasiswa terbabit…

Kongsi Artikel Ini:

Kenyataan Bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

28 September 2011 Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga. Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan. Mesyuarat juga memperakui dan menghormati…

Kongsi Artikel Ini:

Kenyataan Media: Terus Mara Memastikan Perubahan Terlaksana

16 September 2011 Saya mengucapkan tahniah kepada semua pejuang kebebasan dan hak asasi manusia kerana kerajaan Umno-Bn akhirnya terpaksa akur dengan kebenaran dan keadilan yang mereka perjuangkan selama berdekad-dekad. Ribuan pejuang ini dipenjara, difitnah dan menderita pelbagai kezaliman demi untuk hak dan kebebasan rakyat yang dinodai oleh Umno-BN sejak merdeka lagi. Tanpa kegigihan perjuangan mereka…

Kongsi Artikel Ini:

Kenyataan Media berhubung kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA 30 JUN 2011 Saya merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato’ Wan Ahmad Wan Omar yang dilaporkan oleh laman portal Malaysiakini.com bertarikh 30 Jun 2011 bertajuk “SPR: Ambiga diperalat, BERSIH kian kusut“. Menurut laporan tersebut, Wan Ahmad mendakwa bahawa Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH), Dato’…

Kongsi Artikel Ini: