Titah Ucapan D.Y.M.M. Sultan Selangor Di Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Ketiga Belas Tahun 2017

 Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Bismillahir Rahmanir Rahim Beta, bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan inayah-Nya, Beta dapat menyempurnakan Pembukaan Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Ketiga Belas Tahun 2017. Sejak Pembukaan Persidangan Dewan Negeri pada tahun lalu, Beta telah menyaksikan ekonomi negeri Beta terus berkembang selari dengan agenda…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Tiga berita gembira hargai komitmen penjawat awam

SHAH ALAM, 20 JUN: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak satu bulan setengah gaji kepada kakitangan Kerajaan Negeri. Beliau berkata, seramai 17,528 penjawat awam Selangor bakal menerima bantuan itu pada 1 Julai ini melibatkan peruntukan RM45.6 juta. “Tidak wajarlah sekadar ucapan terima kasih atas komitmen penjawat awam…

Kongsi Artikel Ini:
Share

[UCAPAN] Titah Ucapan D.Y.M.M. Sultan Selangor Di Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ke-4 Dewan Negeri Selangor Yang Ke-13 Tahun 2016

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera Bismillahir Rahmanir Rahim Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah dan rahmatNya Beta dapat berangkat untuk menyempurnakan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Yang Ketiga Belas Tahun 2016. Beta berkenan kerana Negeri Selangor kini berkembang di peringkat serantau sebagai sebuah negeri yang maju,…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Ucapan Perbahasan Belanjawan 2013 Negeri Selangor Darul Ehsan (Hansard)

DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA  Shah Alam,  21 November 2012 (Rabu)   Y.B. TUAN MOHAMAD AZMIN BIN ALI : Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.  Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Alhamdulillah pada pagi ini saya diberikan peluang untuk menyertai perbahasan Belanjawan 2013 Negeri…

Kongsi Artikel Ini:
Share

Perbandingan prestasi antara kerajaan BN dengan PR

Oleh Merdeka Review

Selepas dekat tiga tahun berlakunya perubahan politik pada 8 Mac 2008, satu pengesahan kepada prestasi tadbir urus negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah disediakan oleh Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).

Lima negeri dalam dua kategori berasingan, iaitu Johor, Pahang dengan Selangor; dan juga Melaka dengan Pulau Pinang, telah dipilih untuk membuat perbandingan dari tiga sudut: pengurusan kewangan, pentadbiran negeri dan pendemokrasian masing-masing.

PENGURUSAN KEWANGAN

Johor/Pahang dengan Selangor

Secara keseluruhannya, proses membaiki status kewangan negeri telah bermula di Kerajaan Negeri Selangor, namun langkah pemantapan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Johor dan Pahang belum lagi mempamerkan perubahan positif. Tahap kemantapan pengurusan kewangan dapat dilihat daripada Laporan Ketua Audit Negara yang mengesyorkan supaya Selangor meneruskan perbelanjaan berhemat dan terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut, manakala Johor dan Pahang disyorkan perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan (Johor), dan perlu mengamalkan perbelanjaan berhemat (Pahang).

Dari segi Nisbah Semasa, Kerajaan Negeri Selangor memperoleh nisbah lebih daripada 1, manakala Kerajaan Negeri Johor dan Pahang memperoleh nisbah kurang daripada 1. (Analisis Nisbah Semasa adalah untuk mengukur kedudukan kecairan tunai Kerajaan Negeri dalam membiayai jumlah Tanggungan Semasa. Sekiranya nisbah yang dihasilkan melebihi daripada 1, maka ini menunjukkan tanda yang positif dari segi kedudukan kecairan tunai.) Fakta ini menunjukkan bahawa kecairan tunai Kerajaan Negeri Johor dan Pahang adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa.

Dari segi defisit, ketiga-tiga negeri mencatat defisit, iaitu Johor RM70.35 juta, Pahang RM42.27 juta dan Selangor RM65.96 juta. (Defisit dalam maksud ini mengambil kira perbandingan antara hasil dengan perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri bagi tempoh perakaunan semasa dan tahun sebelumnya untuk mengukur lebihan atau defisit bagi Akaun Hasil Disatukan.) Namun begitu, defisit Negeri Pahang dan Johor adalah lebih parah jika berbanding dengan Selangor apabila diambil kira faktor kutipan hasil.

Kongsi Artikel Ini:
Share

Ucapan Mesyuarat Ketiga Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kedua Belas Tahun 2010

Tuan Speaker,

1.Saya ingin menyertai perbahasan Belanjawan 2011 Selangor Darul Ehsan yang dibentangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada hari Isnin yang lalu.

2.Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Deepavali Nal Valthukal kepada semua rakyat Negeri Selangor yang meraikan Hari Deepavali dan juga Salam Eidul Adha untuk umat Islam.

3.Hari Deepavali atau Diwali merupakan satu perayaan cahaya menandakan kemenangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

4.Manakala, Eidul Adha menuntut kita untuk patuh kepada tuntutan Allah SWT dan bersedia berkorban tanpa keraguan seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

5.Atas semangat inilah kita berhimpun di Dewan ini untuk patuh kepada Tuhan, berkorban dan berjuang untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman UMNO dan Barisan Nasional.

6.Inilah tanggungjawab yang digalas oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada hari ini. Kedudukan dan amanah ini adalah Taklifun Wala Tasrifun. Tanggungjawab dan bukan keistimewaan.

7.Keupayaan YAB Dato’ Menteri Besar mengurus ekonomi Negeri Selangor dengan telus dan bertanggungjawab telah dicemburui oleh Sungai Panjang. Semakin lama saya mendengar perbahasan Sungai Panjang, semakin celaru perwatakannya.

8.Sungai Panjang memuji bajet Najib yang dibentangkan pada pertengahan bulan Oktober 2010 dengan menyatakannya sebagai bajet peduli rakyat. Persoalannya rakyat mana yang dipedulikan?

9.Ekonomi tidak boleh dipacu dengan hanya menghapuskan cukai seluar dalam berjenama. Ekonomi akan berkembang sekiranya pimpinan punyai upaya, ‘political will’ untuk perangi rasuah, memulihkan keyakinan awam terhadap badan kehakiman dan urus tadbir kerajaan yang telus dan baik, meningkatkan daya saing bagi menarik pelabur asing dan juga pelaburan dalam negara. Kesemua kriteria ini tidak disentuh oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2011.

10.YAB Dato’ Menteri Besar Selangor memberikan perhatian khusus terhadarp prinsip-prinsip urus tadbir kerajaan yang baik, konsep ‘value for money’, pendemokrasian rakyat Selangor termasuk meluluskan Akta Kebebasan Maklumat, program kepedulian rakyat termasuk Skim Kredit Mikro yang terkandung dalam Fasa 3 Merakyatkan Ekonomi Selangor.

11.Sungai Panjang cuba mengelirukan Dewan dengan menyatakan bahawa Negeri Selangor mengalami defisit sebanyak 10%. Saya ingin merujuk kepada Lampiran V Penyata Akaun Hasil Disatukan yang terkandung dalam halaman 97 Laporan Ketua Audit Negara. Belanjawan 2009 adalah RM1.4 bilion manakala perbelanjaan sebenar mencatatkan RM1.9 bilion. Defisit Bagi Tahun 2009 yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara ialah RM65.9 juta. Jumlah ini tidak mewakili 10% defisit seperti yang didakwa oleh Sungai Panjang.

12.Sungai Panjang juga mendakwa bahawa Kerajaan Negeri terlalu kerap membawa Bajet Tambahan dalam Dewan seolah-olah Sungai Panjang tidak mengamalkan pendekatan itu.

Kongsi Artikel Ini:
Share