Perutusan Eidul Fitr 1433 H

Syawal yang menjelang adalah keraian kepada kemenangan ruhiyyah. Kemenangan setelah umat Islam keluar daripada Ramadhan yang menjadi medan tarbiyyah ruhiyyah serta kejayaan menundukkan hawa nafsu serta mempertingkatkan amalan dan ketaqwaan untuk mendapat keredhaanNya. Perjuangan sepanjang bulan Ramadhan yang berlalu kini disambut dengan Eidul Fitr yang bermakna kembali kepada fitrah sebagai seorang manusia yang bersih dan…

Kongsi Artikel Ini:

Sidang DUN Selangor – Ucapan Perbahasan Enakmen Perbekalan Tambahan 2012

Tuan Speaker 1. Hari ini kita akan membahaskan suatu enakmen yang dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan 2012 bagi menggunakan sejumlah RM 120,888,126.23 daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk menampung perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2012 yang tidak diperuntukkan atau yang tidak diperuntukkan dengan sepenuhnya oleh Enakmen Perbekalan (2012) 2011. 2. Dalam membahaskan cadangan untuk memperolehi peruntukan…

Kongsi Artikel Ini:

Ucapan Menjunjung Titah DYMM Sultan Selangor (DUN – Bukit Antarabangsa)

UCAPAN PEMBUKAAN DEWAN NEGERI SELANGOR MOHAMED AZMIN ALI | BUKIT ANTARABANGSA JUMAAT, 23 MAC 2012 Yang Berhormat Tuan Speaker, 1. Saya ingin menjunjung kasih atas titah DYMM Tuanku Sultan Selangor yang telah berkenan merasmikan Upacara Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Dewan Negeri Selangor Kedua Belas. 2. Bagi pihak Kelab Penyokong – Penyokong Kerajaan, saya ingin merakamkan ucapan…

Kongsi Artikel Ini:

Ucapan Menjunjung Kasih Titah DYMM Dewan Rakyat

14 Mac 2012

Tan Sri Yang Di Pertua,

1. Saya menjunjung kasih atas Titah Ucapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sewaktu pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Kedua Belas dan saya mengucapkan terima kasih atas peluang untuk turut serta dalam perbahasan.

2. KEADILAN dan Pakatan Rakyat mendukung titah Tuanku agar patuh kepada undang-undang berperlembagaan serta menghormati kebebasan dan hak asasi rakyat. Kami juga mendukung sepenuhnya saranan Tuanku dalam isu kebebasan sistem kehakiman yang menjadi teras penting kepada sistem demokrasi. Pakatan Rakyat konsisten bahawa pemahaman undang-undang yang luhur serta tatakelola yang selaras dengan prinsip pengasingan kuasa akan menjadi tunjang kepada pembangunan sebuah negara yang demokratik, adil dan sejahtera.

3. Saya terpanggil untuk mengungkap citra politik ideal yang dipadankan dengan ungkapan moderation atau wasatiyyah. Prinsip wasatiyyah, bukannya perkara baru dalam Islam.

4. Pada 7 Disember 1975, ketika menyampaikan Ucapan Dasar Muktamar ABIM ke 4 yang bertemakan ‘Jelas Wadah, Perbaru Tekad’, Saudara Anwar Ibrahim mula mencetuskan satu gagasan baru Wasatiyyah untuk membawa umat memahami dan menghayati prinsip kesederhanaan dalam masyarakat.

5. Pada tahun 1978, Saudara Anwar telah mengupas prinsip wasatiyyah dalam kertas kerjanya yang berjudul ‘Islam dan Masyarakat Majmuk’ di Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut dihadiri oleh Saudara Lim Kit Siang.

6. Pada 9 Ogos 1981, sekali lagi Saudara Anwar Ibrahim membawa tema wasatiyyah dalam ucapan dasarnya yang bertajuk ‘Membina Generasi, Satu Gagasan’ ketika merasmikan Muktamar ABIM ke 10 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.

7. Apabila beliau menyertai kerajaan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengupas secara terperinci dan meniup nafas baru kepada prinsip Wasatiyyah melalui penulisannya yang terkandung dalam buku ‘Gelombang Kebangkitan Asia’. Wasatiyyah ataupun prinsip awsatuha ini juga meraikan nilai sejagat seperti yang diungkapkan oleh Konfucius iaitu prinsip Chun Yung dan juga tradisi Greek The Golden Mean yang terkandung dalam Nichomacean Ethics yang ditulis Aristotle. Saya yakin, tatkala Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengungkapkan wasatiyyah ini baik di dalam negara mahupun di pentas antarabangsa, Dato’ Sri Najib Razak baru mula bertatih mempelajari apa itu wasatiyyah dan baru beberapa hari lalu beliau berani mengungkapkan prinsip wasatiyyah.

Kongsi Artikel Ini:

Selamat Tahun Baru Cina 2012

Suatu masa dahulu, makhluk ganas bernama ‘Nian’ telah menyebabkan huru-hara di Tanah Besar China. Serangan makhluk ini menyebabkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka telah berikhtiar untuk menghalau makhluk tersebut bagi memperbaiki kehidupan mereka. Reben merah dilemparkan ke udara. Bunga api diletupkan siang dan malam. Akhirnya mereka telah berjaya menghalau makhluk tersebut dan mempunyai…

Kongsi Artikel Ini:

Ucapan Dasar Timbalan Presiden pada Kongres KEADILAN yang ke 8

MUKADIMAH

1. Alhamdulillah, kita dapat berhimpun pada pagi ini dengan satu tekad untuk meneruskan agenda perubahan. Kongres tahun ini bukan sahaja merupakan acara tahunan tetapi merupakan perhimpunan yang terpenting untuk menyemak persediaan kita menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13. Ianya menjadi lebih bermakna apabila kongres ini diadakan di negeri Johor sebagai isyarat bahawa KEADILAN sudah bersedia untuk menembusi negeri yang suatu ketika dahulu merupakan fixed deposit UMNO.

2. Saya gembira dan berbangga kerana berada di kalangan anak muda yang berani, yang mempunyai hati dan kecekalan seperti arjuna. Anak muda yang memiliki jiwa dan semangat perjuangan yang sentiasa bergelora seperti ‘anak jantan’.

Apa tanda (si) anak jantan?
Matinya di tengah gelanggang
Tidurnya di puncak gelombang
Makannya di tebing panjang
Langkahnya menghentam bumi

3. Pilihan Raya Umum ke 13 adalah sebuah medan pertempuran yang paling dashyat. Inilah medan Kuru Setre seperti yang disebut dalam Mahabrata. Pilihan Raya ini adalah penentu masa depan rakyat dan negara Malaysia. KEADILAN perlu siap siaga untuk mengambil alih tanggungjawab memimpin rakyat menuju Malaysia Baru. Ini kerana, Pilihan Raya ini adalah Pilihan Raya untuk menyelamatkan rakyat.

DARI REFORMASI KE TSUNAMI POLITIK

4. Mengimbau kembali sejarah lebih sedekad lalu, ketika hampir setiap minggu rakyat berhimpun di tengah kota Kuala Lumpur. Gerakan Reformasi September 1998 adalah wahana untuk memenuhi amanah dan cita-cita murni rakyat. Reformasi yang kita laungkan ketika itu, bukanlah sekadar menumbuk langit, tetapi dengan semangat juang dan cita-cita murni untuk mengembalikan keadilan kepada rakyat dan membangunkan semula institusi kenegaraan yang telah dirosakkan oleh pemimpin UMNO yang durjana dan rakus. Daripada iltizam dan cita-cita murni kebangkitan rakyat ini telah lahir Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya mengambil pendirian politik yang progresif untuk bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan muncul sebagai sebuah parti keramat yang bernama Parti Keadilan Rakyat.

5. Dalam kekalutan lanskap politik negara yang berada di bawah hegemoni UMNO, politik perkauman sempit menjadi tembok untuk menghalang agenda reformasi daripada mendapat tempat dalam masyarakat. Rakyat disogok dengan pelbagai propaganda jahat untuk mencetuskan rasa takut dan curiga dalam masyarakat majmuk sehingga mereka takut untuk berubah. Meskipun rakyat Malaysia mahukan perubahan, namun mereka tetap terpasung dalam ketakutan dan kebimbangan bahawa kaum mereka tidak lagi akan mendapat keistimewaan.

6. Ketika masyarakat terus bergulat dengan ketakutan ini, KEADILAN telah meletakkan tanda noktah untuk menjadi sebuah parti politik yang bukan hanya mewakili satu-satu kaum, tetapi merentasi semua kaum dan keturunan yang ada di Malaysia. Slogan ‘Keadilan Untuk Semua’, ‘Ketuanan Rakyat’ dan ‘Demi Rakyat’ adalah cerminan kepada perjuangan yang dibawa, untuk menyelamatkan semua rakyat tanpa mengira kaum, agama serta kedudukan sosio ekonomi.

7. Sebagai anggota dan pendukung KEADILAN, kita harus menginsafi betapa murninya perjuangan reformasi untuk mengembalikan hak serta keadilan kepada semua rakyat. Asas perjuangan ini telah dipasak ke bumi Malaysia dalam Deklarasi Permatang Pauh yang menyatakan tekad rakyat yang berbilang bangsa dan agama untuk melancarkan gerakan reformasi total.

 

Kongsi Artikel Ini:

Teks Perbahasan Belanjawan 2012 Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa

SELANGORKU: HASIL NEGERI UNTUK RAKYAT
MOHAMED AZMIN BIN ALI
11 NOVEMBER 2011

PENDAHULUAN

1. Saya mohon memulakan perbahasan Belanjawan Kerajaan Negeri Selangor 2012 dengan menukil bait dari Zabur-e-Ajam karya Muhammad Iqbal.

2. “Membakar semangat baru, untuk bangsa dan zaman ini, memberi nyawa baru kepada jasad yang telah tua” – Muhammad Iqbal.

3. Begitulah analogi yang mahu saya berikan kepada kejayaan Pakatan Rakyat membawa sinar serta merealisasikan harapan rakyat Negeri Selangor untuk hidup dalam sebuah negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.

4. Setelah lebih 50 tahun Negeri Selangor dibawah kerajaan UMNO-BN, rakyat sudah cukup derita dengan jasad tua yang membelenggu kehidupan seharian. Jasad tua yang penuh dengan gejala penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah, pengurusan serta tatakelola negeri yang tidak amanah dengan hanya mementingkan kroni dan kepentingan suku sakat pemimpin elit.

5. Saya bersyukur, pada Mac 2008 rakyat Selangor telah sedar dan bangkit membunuh jasad tua tersebut. Lantas dengan keazaman yang tinggi sebagaimana terbukti hari ini, Pakatan Rakyat telah memberi nafas baru kepada rakyat untuk meneruskan kehidupan dalam suasana yang jauh lebih baik daripada sebelumnya.

6. Insha Allah, saya penuh yakin bahawa rakyat Negeri Selangor akan menghargai usaha gigih kerajaan Pakatan Rakyat yang prihatin terhadap kebajikan rakyat Negeri Selangor, seterusnya kekal setia memilih Pakatan Rakyat untuk menerajui Negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kongsi Artikel Ini:

Deepavali Nal Valthukal

Raja Naragasura yang zalim dan menindas rakyatnya akhirnya tewas di tangan Maha Krishnan. Kemenangan itu disambut sebagai cahaya kebenaran yang akhirnya menewaskan kezaliman dan penindasan yang berlaku. Perayaan Diwali adalah tanda kebaikan dan hak mengatasi kejahatan dan kebatilan. ‘Dipa’ yang bermaksud cahaya dan ‘Gavali’ yang bermakna barisan, memberi perlambangan yang estetik untuk meraikan kemenangan kebenaran…

Kongsi Artikel Ini:

Ucapan Perbahasan Belanjawan 2012

BAB PERTAMA: BELANJAWAN TANPA PELABURAN

Tan Sri Yang diPertua
1. Kualiti sesebuah belanjawan dan perencanaan ekonomi dinilai dari beberapa aspek utama; iaitu:

  • Kemampuan negara membiayai perbelanjaan dan pelaburan yang dirancang secara sihat dan berterusan;
  • Kesejahteraan ekonomi dan kemakmuran yang dicapai oleh negara dan diagihkan secara adil dan saksama kepada rakyat tanpa mengira darjat dan latar belakang;
  • Keberkesanan pelaburan masa depan yang dibuat melalui perbelanjaan pembangunan untuk membina kapasiti dan kemampuan ekonomi yang menggunapakai semaksima mungkin potensi tenaga kerja, produktiviti dan kepandaian rakyat; dan
  • Nilai-nilai yang diperjuangkan melalui belanjawan dalam menegakkan yang benar dan membanteras yang salah; “amal maaruf nahi munkar” melalui pelbagai cukai dan langkah yang boleh diambil.

2. Umumnya, berdasarkan keempat-empat kriteria ini Belanjawan 2012 adalah hambar, tidak realistik, tidak bertanggungjawab dan mengundang masalah kewangan negara di masa akan datang.

3. Oleh kerana Ketua Pembangkang telah memfokuskan kepada perincian makro ekonomi dan membuktikan bagaimana Belanjawan 2012 tidak lebih dari angka-angka unjuran yang dimanipulasi, saya memohon izin untuk menyambung dengan memberi fokus kepada kegagalan Belanjawan 2012 membina pelaburan masa hadapan terutamanya di dalam sektor-sektor strategik.

4. Keseluruhan Belanjawan 2012 berkisar kepada gula-gula dan rasuah kepada rakyat sehinggakan perbelanjaan mengurus mencecah paras tertinggi dalam sejarah iaitu RM181 bilion, berbanding RM51 bilion yang diperuntukkan bagi tujuan pelaburan masa hadapan dan pembangunan.

5. Oleh yang demikian, dengan jumlah agihan yang terlalu berat kepada perbelanjaan operasi dan meminggirkan pelaburan masa hadapan sebegini, Belanjawan 2012 tidak akan berupaya untuk mewujudkan kesan berganda (multiplier effects) yang diperlukan oleh ekonomi negara khasnya dalam sektor-sektor baru.

6. Sedang saya menerima hakikat bahawa perlu ada bantuan langsung yang diberikan kepada rakyat dalam masa yang sukar ini, ia perlu diimbangi dengan pelaburan yang tepat dalam sektor-sektor strategik; untuk membangunkan sektor-sektor masa hadapan yang bersesuaian dengan kelebihan kita sebagai sebuah negara.

7. Ada beberapa sektor dan pelaburan yang seharusnya diangkat mendepani senarai keutamaan negara.

8. Pertama, bidang pendidikan terutamanya pelaburan di dalam latihan kemahiran dan teknikal untuk menaiktaraf kemampuan tenaga kerja di masa hadapan serta pelaburan di dalam research and development (R&D) yang sangat-sangat diperlukan.

9. Kedua, sektor mendesak seperti bioteknologi dan industri hijau sebagai langkah proaktif menyediakan negara berhadapan dengan ketiadaan sumber minyak dan gas dalam sedekad akan datang.

10. Sewajarnya, Belanjawan 2012 menyenaraikan peruntukan-peruntukan bagi tujuan-tujuan ini serta mengangkat sasaran nasional untuk membangunkan sektor-sektor ini. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk mempercepatkan kadar pelaburan di dalam R&D misalnya, supaya ia sampai ke satu sasaran yang menyamai negara-negara maju? Angka-angka sebeginilah yang sewajarnya dihurai dengan mendalam.

Kongsi Artikel Ini:

Malaysia & Sejarah Yang Belum Selesai

Oleh Mohamed Azmin Ali   Saudara-saudari yang dihormati sekalian,   Wacana malam ini amat bertepatan dengan masa di mana polemik yang mendepani rakyat Malaysia hari ini berupaya untuk mencelarukan pemikiran rakyat setelah 54 tahun negara Malaysia merdeka. Persoalan pokok ialah apa signifikan sejarah ? Perdebatan juga sedang hangat membicarakan apakah ada keperluan untuk menulis semula…

Kongsi Artikel Ini: