1-6 Februari 2020
Lawatan Kerja ke Jepun

Lawatan kerja ke Jepun bersama delegasi Malaysia untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara. Delegasi ini menghadiri beberapa acara, lawatan dan taklimat serta pertemuan dengan Pegawai Kanan Jepun untuk meneroka bidang kerjasama baru dan memperkukuh hubungan ekonomi antara Malaysia-Jepun dalam bidang pendidikan, pertanian, insfrastruktur dan inisiatif Revolusi Industri ke-empat (IR4.0).
11 Disember 2019 – 16 Disember 2019
Lawatan kerja ke Doha, Qatar

Lawatan kerja ke Doha, Qatar adalah bagi membincangkan pelbagai usaha yang diambil untuk meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara dan membincangkan usaha sama di antara FELCRA dan Baladna. Usaha sama ini bertujuan memastikan kelangsungan dan mengurangkan kebergantungan Malaysia untuk mengeksport produk tenusu.
11 Disember 2019 – 16 Disember 2019
26 November 2019
Ulang Tahun ke-50 Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) di Jeddah, Arab Saudi

Mewakili Malaysia pada ulang tahun ke-50 Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) di Jeddah, Arab Saudi. Tema OIC bagi tahun ini ialah “Bersatu untuk keamanan dan pembangunan”.
2 Oktober 2019
Lawatan Rasmi ke Ashgabat, Turkmenistan

Lawatan rasmi ke Ashgabat, Turkmenistan bagi membincangkan peranan Petronas dalam industri minyak dan gas di Turkmenistan khususnya aktiviti hiliran. Perbincangan dua hala yang melibatkan peluang baru dalam pelbagai sektor seperti pendidikan, pembangunan kapal, ekonomi digital, teknologi tinggi dan juga industri tekstil yang turut dibincangkan secara mendalam.
2 Oktober 2019
1-2 Oktober 2019
Sesi Pertama Suruhanjaya Bersama Rusia-Malaysia bagi Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Kebudayaan (JCESTC) di Moscow, Rusia

Sesi pertama ini dipengerusikan bersama oleh Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Denis Maturov, Menteri Industri dan Perdagangan Rusia. Pengerusi bersama mengetuai perbincangan mengenai perdagangan, eknonomi dan kerjasama pelaburan, khususnya bagi bidang aeroangkasa, pertahanan, teknologi komunikasi maklumat (ICT), pembangunan inovasi dan digital. Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali turut bertemu dengan pemain-pemain industri dan perniagaan Rusia di dalam sebuah forum bagi membincangkan usaha untuk memudahkan perdagangan dan pelaburan di antara kedua buah negara.
24-28 September 2019
Sesi ke-74 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat

Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menghadiri sesi ke-74 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York selaku anggota delegasi Malaysia yang diketuai Perdana Menteri. Pada acara sampingan “Environmental Stewardship in Addressing Poverty to Achieve Sustainable Development for All”, beliau menyampaikan ucapan bagi pihak Malaysia pada Dialog Peringkat Tinggi PBB berkenaan Pembiayaan bagi Pembangunan, beliau turut diberi penghormatan untuk mengumumkan penubuhan Dana One WASH. Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali turut berkesempatan menghadiri pertemuan dengan anggota Majlis Perniagaan US-ASEAN dan Dewan Perniagaan Amerika Syarikat.
24-28 September 2019
21-22 September 2019
Lawatan Kerja ke Republik Singapura

Lawatan kerja ke Republik Singapura untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala dan bertemu dengan pegawai kanan Kerajaan Singapura. Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali turut menghadiri sesi perbincangan yang produktif dan bermanfaat ketika sesi makan tengah hari di Taman Botani Singapura yang dianjurkan oleh Timbalan Perdana Menteri Singapura, Heng Swee Keat. Beliau turut bertemu dengan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Chan Chun Sing ketika menghadiri Grand Prix Formula 1 Singapura 2019.
20 September 2019
Sambutan Ulang tahun ke-40 Pihak Berkuasa Bersama Malaysia- Thailand (MJTA), Bangkok, Thailand

Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan kerja ke Thailand untuk meraikan ulang tahun ke-40 Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand (MTJA). Beliau turut menyampaikan ucapan pada majlis makan malam gala bertemakan “40 Years of Shared Prosperity”.
20 September 2019
8-11 September 2019
Rundingan Meja Bulat Peringkat Menteri Mengenai Tenaga Asia Kelapan (AMER8) dan Kongres Tenaga Dunia Ke-24 (WEC24), Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengetuai delegasi Malaysia pada Rundingan Meja Bulat Peringkat Menteri Mengenai Tenaga Asia Kelapan (AMER8) dan Kongres Tenaga Dunia Ke-24 (WEC24). Perbincangan yang produktif dan menarik mengenai bidang-bidang yang mempunyai potensi bagi jalinan kerjasama ekonomi dan peluang pelaburan antara Malaysia dan UAE turut diadakan.
26-29 Ogos 2019
Istiadat Sambutan Negara sempena lawatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billa Shah ke Indonesia

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah disambut dengan Istiadat Sambutan Negara pada 27 Ogos 2019 di Istana Presiden Bogor sempena lawatan baginda ke Indonesia. Rombongan lawatan negara itu turut disertai Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali selaku menteri pengiring. Lawatan Seri Paduka bagi mengukuhkan lagi keakraban hubungan dua hala kedua-dua negara.
26-29 Ogos 2019
2 Julai 2019
Mesyuarat Menteri-Menteri Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan bukan OPEC, Vienna, Austria

Lawatan kerja ke Vienna untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan bukan OPEC, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali telah menegaskan bahawa Malaysia, akan turut bersama-sama bersatu padu dengan negara pengeluar minyak dalam meneruskan agenda kestabilan pasaran global yang akan menguntungkan negara pengeluar dan pengguna. Malaysia turut menekankan prinsip CoC iaitu atas dasar sukarela tanpa hak atau obligasi yang mengikat secara sah dah tidak menjejaskan kedaulatan negara-negara anggota. Beliau turut mengambil peluang untuk menghadiri mesyuarat dengan Li Yong, Ketua Pengarah Organisasi Pembangunan Industri Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIDO) bagi membincangkan pembangunan industri mapan termasuk pengagihan kekayaan.
24 April 2019
Lawatan kerja ke Republik Rakyat China

Lawatan kerja ke Republik Rakyat China di mana Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali telah menghadiri sesi mesyuarat bersama Zhang Guoqing, Datuk Bandar Tianjin mengenai potensi kerjasama ekonomi. Belia turut mengadakan mesyuarat dengan Ning Jinzhe, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Nasional (NDRC) China dan perbincangan yang produktif mengenai perumusan dan pelaksanaan strategi pembangunan jangka sederhana dan jangka panjang.
24 April 2019
13 Januari 2019
Lawatan Kerja ke Singapura

Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali telah menghadiri perbincangan secara terbuka dan berterus terang tentang isu semasa dengan Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan. Perbincangan tersebut mengesahkan terdapat lebih banyak peluang untuk Malaysia dan Singapura bekerjasama, terutama ketika peralihan ekonomi global.
18-21 Disember 2018
Lawatan Kerja ke Arab Saudi

Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali telah bertemu Khalid Al Falih, Menteri Tenaga, Industri dan Sumber Mineral Arab Saudi serta rakan sejawat Mohamad Al Tuwaijiri, Menteri Ekonomi dan Perancangan Arab Saudi, dan Amin Nasser, Ketua Pegawai Eksekutif Aramco. Beliau turut mengunjungi tapak Aramco di Dhahran, kawasan perindustrian petrokimia di Jubail dan Ra’s Al Khair serta ke Suruhanjaya Diraja Jubail dan Yanbu‘.
18-21 Disember 2018
5 Disember 2018
Mesyuarat Ke-12 Jawatankuasa Pemantauan Bersama Peringkat Menteri, dan Mesyuarat Kelima Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Bukan OPEC, Vienna, Austria

Lawatan kerja ke Vienna, Austria bagi mengetuai delegasi Malaysia dalam Mesyuarat Ke-12 Jawatankuasa Pemantauan Bersama Peringkat Menteri dan Mesyuarat Kelima Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Bukan OPEC. Delegasi membincangkan perkembangan semasa kerjasama antara negara-negara pengeluar minyak dan isu kejatuhan harga minyak mentah.
26 November 2018
Mesyuarat Peringkat Menteri Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina Kawasan Pertumbuhan Asean Timur (BIMP-EAGA), Brunei Darussalam

Lawatan kerja ke Brunei bagi turut serta dalam Mesyuarat Peringkat Menteri Pertama antara BIMP-EAGA dan China, dokumen untuk meningkatkan kerjasama China dalam wilayah BIMP-EAGA telah diangkat. Tujuan kerjasama ini adalah untuk memperkukuhkan lagi bidang-bidang seperti kesalinghubungan; pertanian; pemprosesan perikanan dan industri makanan; pelancongan dan pertukaran sosio-budaya; perdagangan dan pelaburan; ekonomi digital; pengurangan kemiskinan dan pembangunan insklusif; pembangunan sumber manusia; persekitaran serta kuasa dan tenaga.
26 November 2018
11-15 November 2018
Sidang Kemuncak Asean ke-33, Singapura

Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali merupakan sebahagian daripada anggota delegasi Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemucak Asean ke-33 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Singapura. Tema bagi Sidang Kemuncak itu adalah, ‘Resilient and innovative ASEAN”, merangkumi visi untuk ASEAN bersatu di tengah-tengah meningkatnya ketidakpastian dalam landskap strategi global.
6 November 2018
Persidangan bersama ke-36 Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca), Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca) dan Forum Perniagaan Malaysia, Tokyo, Jepun

Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali merupakan sebahagian dari anggota delegasi untuk menghadiri persidangan bersama ke-36 Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca), Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca) dan Forum Perniagaan Malaysia di Tokyo, Jepun. Persidangan ini menekankan bahawa Malaysia mengambil langkah proaktif untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI).
6 November 2018
11-13 September 2018
Forum Ekonomi Dunia mengenai ASEAN, Hanoi, Vietnam

Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Ekonomi Dunia mengenai ASEAN di Hanoi, Vietnam. Tema WEF ASEAN 2018 adalah “ASEAN 4.0: Entrepreneurship and the Fourth Industrial Revolution”. Dato’ Seri Azmin Ali turut menghadiri majlis makan malam bersama warganegara Malaysia di Hanoi yang dianjurkan oleh “Malawakil Hanoi”.
30 Ogos 2018
Kunjungan Hormat kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Singapura

Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ke Singapura bagi kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Peningkatan kerjasama dua hala dan pertumbuhan ekonomi bersama merupakan antara perkara yang telah dibincangkan bersama.
30 Ogos 2018

Hubungan.
Antarabangsa

