Kenyataan Media

Kenyataan Media – Pakatan Harapan Negeri Selangor

By September 9, 2017 No Comments
Kenyataan-Media

KENYATAAN MEDIA

8 SEPTEMBER 2017

Pagi ini, saya telah mempengerusikan mesyuarat pertama Pakatan Harapan Negeri Selangor. Semua ketua-ketua parti dari DAP (YB Tony Pua), AMANAH (Ir. Izham Hashim) dan PPBM (Datuk Abdul Rashid Asari) bersama pimpinan kanan setiap parti telah hadir dalam mesyuarat sulung ini.

Saya amat gembira dengan muafakat yang dizahirkan sepanjang perbincangan pagi ini. Saya yakin perpaduan yang utuh dalam Pakatan Harapan Negeri Selangor akan menjana kekuatan baru menjelang PRU-14.

Mesyuarat pagi ini memberikan tumpuan kepada pembentukan struktur kepimpinan Pakatan Harapan Negeri Selangor yang bukan sahaja dianggotai oleh semua parti komponen tetapi Pakatan Harapan Negeri Selangor menampilkan kepimpinan yang berintegriti dan mewakili semua kaum termasuk kepimpinan wanita.

Mesyuarat juga telah membincangkan secara dasar tentang manifesto dan gerak kerja pilihan raya termasuk program-program penerangan yang akan memberikan pencerahan dan maklumat kepada rakyat mengenai kejayaan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Saya berkeyakinan bahawa kepimpinan Pakatan Harapan Negeri Selangor akan terus maju ke hadapan dengan tekad untuk mempertahankan Kerajaan Negeri Selangor demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
Pengerusi
Pakatan Harapan Negeri Selangor

*STRUKTUR KEPIMPINAN
PAKATAN HARAPAN NEGERI SELANGOR*

Pengerusi:
YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

Timbalan Pengerusi :
YB Tony Pua
Ir. Izham Hashim
Datuk Abdul Rashid Asari
YB Sivarasa Rasiah

Setiausaha :
YB Hajjah Zuraida Kamaruddin

Penolong Setiausaha :
Encik Kamarul Hisham

Bendahari :
YB Hannah Yeoh

Ketua Penerangan:
Datuk Dr. Sukiman Sarmani

Pengarah Pilihan Raya:
YB Dr. Xavier Jayakumar

Pengerusi Jawatankuasa Manifesto:
YB Saari Sungib

Pengerusi Biro Undang-Undang:
YB Gobind Singh Deo