Kenyataan Media

[Kenyataan Media] Pembubaran Dewan Negeri Selangor

By April 6, 2018 No Comments
Kenyataan-Media

Saya telah mengambil maklum akan pengumuman pembubaran Parlimen oleh YAB Perdana Menteri berkuatkuasa 7 April 2018.

Selaras dengan Perkara LV Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dibaca bersama dengan Perkara LXX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya akan menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagi menyampaikan nasihat untuk mendapat perkenan Tuanku bagi pembubaran Dewan Negeri Selangor.

Saya akan menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada tarikh yang diperkenankan oleh Tuanku bagi mendapat perkenan Tuanku untuk pembubaran Dewan Negeri Selangor agar proses Pilihan Raya Negeri Selangor ke-14 dapat diadakan.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI