Kenyataan Media

[Kenyataan Media] Perutusan Chithirai, Vishu dan Vaisakhi

By April 13, 2018 No Comments
Kenyataan-Media

Saya ingin mengucapkan Chithirai Puthandu Vazthukaal, Vishu Ashamsakal dan Jatta aai Vaisakhi kepada rakyat Negeri Selangor dan seluruh Malaysia kaum Tamil, Malayalee dan Sikh sempena perayaan Chithirai, Vishu, dan Vaisakhi pada tahun ini.

Chithirai dan Vishu merupakan sambutan Tahun Baru bagi kaum Tamil dan Malayalee, manakala Vaisakhi menjemput masyarakat Sikh untuk mementingkan konsep persaudaraan.

Negara kita sedang belayar dalam perairan laut yang amat berombak dan bulan yang akan datang pasti membawa cabaran yang hebat kepada semua.

Meskipun begitu, dalam menghadapi cabaran ini, tahun baru membawa harapan baru, dan ia adalah harapan saya agar rakyat Malaysia dapat mengalu-alukan permulaan yang baru dalam satu bulan lagi supaya kita dapat mencapai kemakmuran dan memelihara nilai persaudaraan antara kita semua.

Chithirai Puthandu Vazthukaal, Vishu Ashamsakal dan Jatta aai Vaisakhi kepada semua yang menyambutnya.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI