Kenyataan Media

Kenyataan Media – Tindakan SPR Mencemarkan Demokrasi Malaysia

By April 28, 2018 No Comments
Kenyataan-Media

28 APRIL 2018

Saya amat kesal dan kecewa dengan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang enggan menerima pencalonan saudara Tian Chua untuk bertanding di Parlimen Batu.

Tindakan SPR itu tidak berasas dan mencemarkan proses demokrasi di Malaysia. Saya mengutuk sekeras-kerasnya layanan SPR terhadap saudara Tian Chua pada penamaan calon hari ini.

Keputusan pegawai SPR adalah menghina:

i) keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Abdul Karim Abdul Rahman pada 2 Mac 2018 yang mengurangkan hukuman denda saudara Tian Chua kepada RM2,000; dan

ii) keputusan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada 30 Jun 2011 bahawa Tian Chua layak sebagai ahli Parlimen walaupun dikenakan denda RM2,000. Ini bermakna, Tian Chua layak bertanding sebagai calon Batu dalam PRU14.

Saya menyeru semua pihak supaya membantah tindakan SPR yang menganiaya saudara Tian Chua dengan memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Pakatan Harapan. Hanya dengan undi, kebobrokan sebegini dapat dihentikan demi masa depan Malaysia.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI