Ucapan

Majlis Perasmian Selangor Bio Bay, Pulau Indah

By September 25, 2017 No Comments
WhatsApp Image 2017-09-24 at 11.13.27

Pagi ini kita akan menyaksikan pelancaran dan kemajuan Selangor Bio Bay di Pulau Indah yang berperanan sebagai penyumbang kepada ekonomi Negeri Selangor dan memperkukuh usaha transformasi Negeri Selangor sebagai sebuah regional smart state.

Pembangunan Selangor Bio Bay adalah anjakan strategik menuju Industri 4.0 yakni anjakan paradigma kepada industri berasaskan creative innovation, advance digital and high technology serta knowledge economy.

Invest Selangor tuntas menarik pelaburan yang strategik dan berimpak tinggi dalam beberapa bidang utama termasuk industri aeroangkasa, bioteknologi, sains hayat, future commerce dan industri halal.

Laporan Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) menyebut bahawa penggunaan bioteknologi akan menjana pertumbuhan ‘Bioekonomi’ yang merangkumi sektor pertanian, industri dan kesihatan.

Justeru, Kerajaan Negeri telah segera menggarap peluang ini dengan menubuhkan Selangor Bio Council sebagai pemacu pembangunan industri bioteknologi dan menjana pertumbuhan ekonomi negeri.

Selangor Bio Council bertanggungjawab untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah Hub Bioteknologi Asia melalui pembangunan Selangor Bio Bay.

Selangor Bio Bay adalah model pembangunan yang akan menarik pelaburan khusus dalam bidang bioteknologi yang merangkumi industri pharmaceutical, neutraceutical, peralatan perubatan dan produk berasaskan sawit.

Malaysia merupakan negara pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia dan juga antara negara yang paling maju dalam bidang R&D berkenaan hasil sawit.

Pada ketika ini, Malaysia telahpun menubuhkan jaringan global dalam penyelidikan nutritional palm oil. Perkembangan ini amat signifikan untuk menyanggah pandangan yang cuba memperlekeh sumbangan besar industri sawit.

Penggunaan palm oil industrial acid dalam pembuatan pharmaceutical dan neutraceutical sedang berkembang selari dengan kemajuan R&D. Justeru, Selangor Bio Bay boleh menjadi lokasi yang paling sesuai untuk aktiviti industri ini, malah akan berperanan sebagai hub R&D dalam sektor ini.

Untuk mendukung usaha ini, Selangor Bio Bay akan menyediakan ‘Bio Accelerator Centre’ sebagai makmal terbuka buat syarikat-syarikat yang melabuh di Pulau Indah.

Makmal yang akan dilengkapi dengan kemudahan state of the art akan dibangunkan di Selangor Bio Bay sebagai satu lagi perkhidmatan untuk pelabur-pelabur.

Kerajaan Negeri juga telah menyediakan dana awal (seed capital) berjumlah RM 10 juta bagi membiayai R&D bioteknologi sebagai insentif menggalakkan syarikat-syarikat menjalankan penyelidikan.

The progress of the Selangor Bio Bay underscores the transformation drive to build a complete ecosystem for biotech research.

Selangor Bio Bay must forge a symbiotic relationship with local universities and research centres worldwide and chart further advances in R&D in this specialized field.

Pembangunan Selangor Bio Bay bernilai RM 5.5 bilion akan dilaksanakan di atas tapak berkeluasan melebihi 1,000 ekar. Ini akan mencipta peluang pekerjaan dan perniagaan yang akan memacu kemajuan Bio Bay sebagai premier biotechnology park dengan ekosistem yang unggul.

Menjadi harapan kita agar pembangunan Selangor Bio Bay ini akan berkembang dan menjana pertumbuhan organik serta value creation dan akan terus menyumbang kepada kedudukan Selangor sebagai ekonomi terbesar negara sekaligus memperkukuh usaha transformasi Negeri Selangor sebagai sebuah regional smart state.

Maka, dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, marilah kita bersama-sama menyempurnakan Majlis Perasmian Bio Bay, Pulau Indah.

Sekian, terima kasih.