Berita

Nurul bela PAS: Bukan semua tukar dasar

By September 11, 2015 No Comments
Izzah1 1140x400

Sumber : Malaysiakini

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar terus mempertahan pendirian parti itu yang mahukan PAS turut serta dalam gabungan baru pembangkang.

Mengulas dakwaan DAP bahawa dasar parti Islam itu sudah bertukar, Nurul Izzah berkata masih ada pemimpin PAS yang konsisten dengan isu-isu rakyat.

Antara mereka, kata Nurul Izzah, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Idris Ahmad.

“Sebagai timbalan presiden PAS, beliau bukan hanya mengkritik 1MDB, tetapi juga dakwaan rasuah Najib.

“Begitu juga dengan kehadiran Idris Ahmad dalam BERSIH,” katanya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini menolak penyertaan PAS atas anggapan parti itu beralih dasar dengan tidak menggerakkan anggotanya ke himpunan BERSIH 4 bagi menyatakan bantahan dalam isu derma RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri.

Perpecahan Pakatan Rakyat juga sebelum ini berpunca daripada perbezaan pendapat dan perbalahan berpanjangan kedua-dua parti itu, terutamanya dalam isu hudud.

Gabungan pembangkang baru ini akan turut disertai parti serpihan PAS, Parti Amanah Nasional (AMANAH) yang dipimpin oleh bekas-bekas pemimpin kanan PAS.