BUKA SEMULA EKONOMI
Pembentangan kertas mengenai pembukaan semula sektor ekonomi pada 28 April 2020 dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang turut membabitkan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri. MITI turut membentangkan kertas sama kepada kepada Majlis Tindakan Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri pada 27 April 2020 membabitkan wakil swasta dan kerajaan. Pembukaan aktiviti ekonomi ini dilakukan secara berperingkat. Pada PKP 1 dan 2 ia tertumpu kepada aktiviti ekonomi pembekalan makanan dan bahan pembuatan kerana ini kumpulan perkhidmatan perlu. Lapan sektor dibuka ketika itu.
Langkah buka semula ekonomi secara berperingkat diteruskan pada tahun 2021 selepas Kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan pada 13 Januari 2021 di beberapa negeri. Pelan buka semula ekonomi telah dijalankan dengan prinsip mengekalkan keseimbangan antara menyelamatkan nyawa dengan mengekalkan mata pencarian.