“Ekonomi Selangor akan menumpukan pembasmian kemiskinan dan menitikberatkan pembangunan, berikutan senario ekonomi negara dan dunia sekarang.”

“Dalam usaha kita mencapai keadilan sosial dan pengagihan saksama, kemiskinan mesti dihapuskan di Selangor.”

“Saya juga berjanji bahawa saya akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh kepercayaan dan integriti.”

“Setiap sen rizab negeri milik rakyat. Wang ini hendaklah diterjemahkan kepada program pembangunan untuk mengangkat martabat rakyat negeri ini.”

Ekonomi Negeri

Melancarkan Smart Selangor untuk mereformasikan Selangor selaku negeri serantau dan hab Malaysia untuk Revolusi Industri 4.0

Belanjawan mesra rakyat adalah berpandu kepada ‘Mengembalikan kekayaan negeri kepada rakyat’ – lebih 50 peratus belanjawan negeri kini dibelanjakan untuk pembangunan rakyat berbanding untuk perbelanjaan operasi kerajaan

Mengembalikan aset air Negeri Selangor kepada rakyat dengan melengkapkan pengambilalihan Puncak Niaga Holdings Berhad

Keadilan Sosial

Peduli Rakyat – lebih 40 inisiatif untuk mengatasi kesenjangan sosial dan membantu orang yang memerlukan di Selangor pada semua peringkat daripada bayi sehingga warga emas, pendidikan, kesihatan, kos sara hidup bagi memiliki kediaman mampu milik

Peduli Sihat – keluarga berpendapatan rendah menerima RM500 setahun untuk rawatan kesihatan asas di klinik-klinik swasta di Negeri Selangor, satu-satunya program seumpamanya di Malaysia

Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) – skim pertama membantu golongan ibu daripada keluarga berpendapatan rendah untuk mengatasi kenaikan kos sara hidup dengan bantuan terus sebanyak RM2,400 setahun atau RM200 sebulan bagi membeli barang keperluan asas

Insiden kemiskinan menurun kepada 0.0% di bawah pentadbiran beliau

Tindakan undang-undang

Menyaman Ketua Polis Negara untuk membawa Jho Low dalang skandal 1MDB ke Malaysia supaya dihadapkan ke muka pengadilan

Menyaman Perdana Menteri Najib Razak dan Ketua Audit Negara supaya Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB tidak disorok mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972

Mengusahakan semakan kehakiman terhadap cadangan kontroversi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai persempadanan semula di Selangor – satu langkah yang menangguhkan manipulasi dan salah bahagi seluruh Semenanjung Malaysia selama lebih setahun

Kesederhanaan

Menghentikan projek kontroversi Lebuhraya KIDEX

Membantu pemulangan semula kitab Injil Bahasa Malaysia dan Bahasa Iban