Kenyataan Media

Perutusan Eidul Fitr 1438H Dato’ Menteri Besar Selangor

By Jun 24, 2017 No Comments
www.selangor.gov.my - 660pxl x 250pxl

PERUTUSAN EIDUL FITR 1438H
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

24 JUN 2017

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Di bulan yang mulia ini, kita berjuang menahan lapar dan dahaga serta berusaha melakukan penyucian diri – tazkiyatun nafs.

Kini, kita akan merayakan Eidul Fitr dengan kembali kepada fitrah. Fitrah manusia mahukan keamanan dan ketenteraman. Fitrah ini menuntut kita membingkai muafakat demi kemaslahatan seluruh warga.

Justeru, Eidul Fitr perlu disambut dengan semangat perpaduan yang diasaskan pada persaudaraan atas kesatuan iman dan kesatuan umat manusia. Kesatuan rakyat perlu digembleng berlandaskan nilai-nilai murni kemanusiaan dan dengan semangat saling hormat-menghormati.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan Salam Eidul Fitr, Minal Aidin Wal Faizin. Semoga Eidul Fitr ini membawa kita kembali kepada fitrah umat, membingkat muafakat dan InshaAllah kita seluruhnya akan mendapat berkat.

Eid Mubarak

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI