Kenyataan Media

Press Statement: Shock at Najib’s US Investments

By September 13, 2017 No Comments
Media-Statement

I am utterly shocked by the announcement by Prime Minister Najib Razak that Malaysia will be investing as much as US$24 billion (RM100 billion) into the United States.

This investment is purportedly to “strengthen the US economy” at a time when our economy is crying out for greater investment, quite apart from the mystery as to why Malaysia needs to help out the world’s largest economy.

Malaysia is an emerging economy and we are doing our best to court investment from developed countries, not send our money away. Recently, we secured a RM1 billion investment from IKEA to build its Regional Distribution and Supply Chain Centre for Asia-Pacific in Pulau Indah. This creates value and generates jobs and economic multiplier effects back home.

It is also beyond belief that the Employees Provident Fund (EPF), according to Najib, is going to spend an additional US$3 billion to US$4 billion on infrastructure redevelopment in the United States. Is the PM telling us that helping the United States build infrastructure is more important than helping Sabah and Sarawak build roads and water pipes?

Money held by the EPF is money held in trust for the rakyat and cannot be used indiscriminately.

We understand that it is Najib’s choice that he meets with US President Donald Trump but leaders cannot mortgage the nation’s economic wellbeing for a photo opportunity.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI

KENYATAAN MEDIA
13 SEPTEMBER 2017

Saya sangat terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak bahawa Malaysia akan melabur sehingga AS$24 billion (RM100 billion) di Amerika Syarikat.

Pelaburan ini kononnya untuk “mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat” tatkala ekonomi kita sedang memerlukan pelaburan lebih besar selain daripada misteri mengapa Malaysia perlu membantu ekonomi terbesar di dunia.

Malaysia adalah negara yang ekonominya sedang berkembang dan kita sedang melakukan yang terbaik untuk menarik pelaburan dari negara-negara maju, bukannya menghantar wang kita keluar dari negara ini.

Baru-baru ini, kita memperoleh pelaburan RM1 bilion daripada IKEA untuk membina pusat pembekalan dan pengedaran serantau untuk Asia Pasifik di Pulau Indah.

Ia mewujudkan nilai tambah, menjana pekerjaan dan menggandakan kesan ekonomi negara ini.

Adalah sukar dipercayai bahawa KWSP, mengikut Najib, akan membelanjakan antara AS$3 bilion hingga AS$4 bilion ke atas pembangunan semula infrastruktur di Amerika Syarikat.

Adakah Perdana Menteri cuba memberitahu kita bahawa membantu Amerika Syarikat membina infrastruktur adalah lebih penting daripada membantu Sabah dan Sarawak membina jalan raya dan paip air?

Wang dalam KWSP adalah wang amanah untuk rakyat dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.

Kita memahami pilihan Najib untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, namun pemimpin tidak boleh menggadaikan kesejahteraan ekonomi negara hanya untuk peluang bergambar.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI