Ucapan

[Ucapan] Rumah Terbuka Sempena Perayaan Vaisakhi Gurdwara Sahib Selayang Baru

By April 17, 2017 No Comments
17862863_1413181915412817_8950312346336836274_n

1. Buat semua warga komuniti Sikh di Malaysia khususnya yang berhimpun pada malam ini, saya ingin dengan tulus ikhlas mengucapkan Jatta aai Vaisakhi !

2. Sebagai tanda ikhlas dan hormat saya kepada komuniti Sikh, saya juga ingin mengucapkan Sat Sri Akal !

3. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur Sambutan pada malam ini kerana menjemput saya untuk meraikan Sambutan Vaisakhi. Sesungguhnya jemputan ini merupakan satu penghormatan besar dan keistimewaan kepada saya untuk berada di sini.

4. Perayaan Vaisakhi menandakan permulaan tahun baru, sambutan bagi musim menuai yang sarat dengan kurnia dan kemakmuran, a celebration of harvest, of bounty and of good fortune. Oleh itu, perayaan ini adalah saat untuk komuniti Sikh bergembira untuk berpindah ke musim baru untuk lebih maju dan makmur.

5. Vaisakhi dalam erti sebenar adalah waktu untuk keluarga bersatu dan berhimpun kembali selepas perpisahan yang panjang. Ini menjadikan Vaisakhi sangat penting untuk memelihara nilai-nilai kekeluargaan, hubungan kasih sayang dan kemesraan yang diamalkan sejak turun temurun. Preservation of family values and recognition of the profound need to treasure traditional ties of endearment.

6. Dalam memburu kekayaan kebendaan, dalam arus kehidupan seharian serta dalam mendepani cabaran masyarakat yang dinamik, Vaisakhi perlu dilihat sebagai peringatan kepada hakikat kemanusiaan yang tidak harus kita dilupakan.

7. Let me say it again, in the pursuit of material wealth and well-being, in getting immersed in our daily occupations and in dealing with the normal problems of living in a society that is fast moving and changing, Vaisakhi must be seen as a timely reminder of our humanity that should never be forgotten.

8. Selain daripada itu, saya percaya Vaisakhi membawa maksud yang lebih besar untuk agama Sikh dan masyarakat Sikh bagi memperingati pengasasan persaudaraan Khalsa oleh Guru Kesepuluh, Guru Gobind Singh pada tahun 1699. Ini sungguh bermakna bagi komuniti Sikh bukan hanya di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

9. Adalah penting bagi semua komuniti untuk mengingati peristiwa sejarah komuniti masing-masing tanpa mengira kaum atau agama. Dalam konteks Selangor yang kosmopolitan, saya ingin menegaskan dasar kita adalah berteraskan kepada prinsip kesederhanaan dan keadilan. I want to emphasise that our policy is strongly founded on the principle of moderation and justice.

10. Justeru itu, adalah amat penting kepada semua komuniti untuk mengenali dan memahami etos, budaya dan sejarah antara satu sama lain. Dalam hal ini, kita sedar bahawa sementara Islam adalah agama rasmi persekutuan, kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain adalah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

11. Untuk meraikan kepelbagaian serta menyemai semangat hormat menghormati di antara kaum, maka Kerajaan Negeri pada tahun 2017 telah memperuntukkan sejumlah RM 500 ribu kepada komuniti Sikh di Selangor bagi tujuan menambahbaik kemudahan tempat beribadat dan melaksanakan pelbagai program keagamaan.

12. Kerajaan Negeri juga telah menyerahkan bantuan kewangan sebanyak RM 10 ribu kepada Malaysia Armed Forces Sikh Veterans Association (MAFSVA) bagi membantu veteran angkatan tentera mempertingkatkan peranan mereka dalam masyarakat menerusi program-program kebajikan dan kemasyarakatan serta bersama-sama Kerajaan Negeri merealisasikan gagasan Membangun Bangsa dan Memakmur Negeri.

13. Justeru itu, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada penganjur atas jemputan ini. Semoga sambutan ini akan memperkukuh hubungan kita dan memperteguh kesatuan kita dalam kepelbagaian sebagai satu aset Negeri Selangor yang cukup berharga.

Sekian, terima kasih.

Tuhaadaa dhana Vaada !

Bohot Syukriah !

YAB MOHAMED AZMIN ALI
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR