AZMIN ALI

LATEST

Invalid or Broken rss link.

Month: September 2010

Jemputan Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Gombak & ADUN Bukit Antarabangsa

Jemputan Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Gombak & ADUN Bukit Antarabangsa.

Dengan ini saya mempersilakan Tuan/Puan untuk hadir memeriahkan majlis rumah terbuka saya. Tidak lupa juga teman teman Twitter, Facebook dan pengunjung blog saya untuk hadir bersama. Butiran majlis seperti dibawah:

Kawasan: Gombak
Tarikh: 26 Sept 2010
Masa:10am-1pm
Tempat: Tapak Uptown Taman Sri Gombak(sebelah MRR2).

Kawasan: Ampang
Tarikh: 26 Sept 2010
Masa: 8pm-11pm
Tempat: Medan Letak Kereta Ampang Point (berdepan De Palma Hotel).

Kenyataan MEDIA YB Mohamed Azmin Ali Mengenai Pemilihan KEPIMPINAN Parti Keadilan Rakyat

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah mengorak langkah memberi takrif baru demokrasi dalam usia yang begitu muda di persada politik negara.

Pemilihan Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat 2010 merupakan usaha pemerkasaan demokrasi dalam sejarah politik Malaysia melalui pemilihan langsung yang digalas oleh anggota-anggota parti dan sekaligus menjadikan KEADILAN sebuah parti yang paling demokratik di Malaysia.

Namun pembaharuan ini juga membuka cabaran-cabaran baru yang perlu dihadapi dengan bijaksana dan bertanggungjawab.

Selaku anggota muda parti yang jatuh dan bangun bersama perjuangan lebih sedekad yang lalu, dan menjunjung semangat berpasukan di dalam parti, saya mengambil maklum pengumuman Ketua Umum untuk tidak menerima pencalonan bagi jawatan parti untuk menumpukan tenaga beliau bagi memantapkan Pakatan Rakyat.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengulangi ikrar sokongan padu kepada kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum dan Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Ismail selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Saya juga menghayati kenyataan Dr. Syed Husin Ali yang mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan Timbalan Presiden.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaan dan terima kasih serta rasa hormat saya kepada Dr. Syed Husin Ali di atas sumbangan dan perjuangan beliau yang berterusan dalam mempertahankan prinsip keadilan dan hak rakyat.

Dr. Syed Husin Ali beristiqamah dalam perjuangan. Sifat istiqamah beliau akan terus menjadi inspirasi kepada anggota-anggota parti dalam meneruskan perjuangan ini.

Teras prinsip perjuangan beliau yang menggariskan kriteria contoh pemimpin parti seperti kesetiaan kepada perjuangan, patuh pada disiplin parti, tuntas menentang rasuah serta menegakkan nilai-nilai moral yang tinggi seharusnya menjadi pegangan seluruh anggota parti.

Setelah mengambil kira pandangan pimpinan tertinggi parti dan anggota-anggota parti termasuk perbincangan terus dengan Dr. Syed Husin Ali; saya dengan penuh rasa tawadhu’ dan rendah hati ingin menawarkan khidmat saya sebagai Timbalan Presiden.

Saya bersama rakan-rakan pimpinan dan anggota-anggota parti akan berganding bahu untuk menggilap idealisme, memperkukuh kesetiaan dan memperkasa organisasi.

Saya turut berazam untuk memastikan Pemilihan Kepimpinan 2010 berlangsung dalam suasana sihat dan semangat kekeluargaan di sepanjang proses kempen dan pemilihan parti.

Bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia, saya berikrar untuk bersama-sama dengan anggota-anggota parti dan rakyat di Sabah dan Sarawak untuk menjana perubahan dalam Pilihanraya Umum Ke 13 demi kesejahteraan rakyat selaras dengan Permahsyuran Persekutuan Malaysia 47 tahun yang lalu, yang menjanjikan keadilan serta pembelaan maruah dan harga diri setiap warganegara tidak kira kaum mahupun agama.

MOHAMED AZMIN ALI

16 September 2010

Jadual Lawatan Kerja ke Sabah dan Sarawak

Berikut adalah jadual lawatan kerja saya ke Sabah dan Sarawak.

Rabu (15/9/10)           

 7.00 ptg           Pelancaran Pakatan Rakyat (Tetamu Khas : Dato’ Seri Anwar Ibrahim) bertempat di Putra Ballroom, Bukit Padang

8.30 mlm         Rumah Terbuka Aidil Fitri bertempat di Idaman Villa, Putatan

10.30 mlm       Perjumpaan dengan MPN Sabah bertempat di Idaman Villa, Putatan

Khamis (16/9/10)      

10.00 pg          Hari Terbuka Aidil Fitri dan Hari Malaysia bertempat di Pejabat Cabang Tuaran

4.30 ptg           Penerbangan ke Kuching

 7.00 mlm         Makan Malam Perpaduan bertempat di Hotel Grand Continental, Kuching

Aturcara:

Ucapan alu-aluan Sdra Granda Aing (Naib Pengerusi)

Ucapan Sdra Jimmy Donald (Naib Pengerusi)

Ucapan Hj Wan Zainal Abidin Wan Senusi (Timbalan Pengerusi)

Ucapan YB Dominique Ng Kim Ho (Penasihat)

Ucapan YB Dr Mansor Othman (Timb Ketua Menteri Pulau Pinang)

Ucapan YB Azmin Ali (Naib Presiden)

Jamuan Malam

10.30 mlm       Perjumpaan dengan MPN Sarawak bertempat di Pejabat Negeri Jalan Satok, Kuching

Jumaat (17/9/10)       

8.30 pg            Bertolak ke Sadong Jaya

10.00 pg          Ramah mesra di Kg Sadong

11.00 pg          Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri bertempat di Kg Ensengei, Sadong Jaya

12.30 tghari     Solat Jumaat di Masjid Kg Semera

1.30 ptg           Bertolak ke Kuching

4.00 ptg           Bertolak ke Sibu

7.00 mlm         Makan Malam bersama AJK Cabang di Zon Tengah, termasuk Cabang Sibu, Lanang, Julau, Kanowit, Hulu Rejang, Kapit, Selangau, Tanjung Manis, Saratok,  Lubok Antu, Sarikei dan Mukah, anjuran Wanita Negeri Sarawak bertempat di Double Happiness Restaurant, Jalan Pedada, Sibu

Aturcara:

Ucapan oleh Beginda

Ucapan oleh pimpinan 11 Cabang 

Ucapan oleh YB Zuraidah, Ketua Wanita Pusat

Ucapan oleh Sdr Baru Bian, PPN Sarawak

Ucapan oleh YB Azmin Ali, Naib Presiden

Sabtu (18/9/10)          

8.00 pg            Bertolak ke Bintulu

10.00 pg          Majlis Mesra bersama anggota dari Cabang Miri, Sibuti, dan Bintulu bertempat di Rumah Ampau, Batu Niah.

2.00 ptg           Bertolak balik ke Bintulu

7.30 mlm         Bertolak ke Kuala Lumpur

Azmin speaks (By Haris Ibrahim)

I just got off the phone with YB Azmin Ali.

I drew his attention to my post “Khalid, aye or nay?”, and the e-mail dated 5th April that he is said to have sent to MB Khalid.

Would he want to respond to this allegation, I asked.

In the strongest possible terms, Azmin denied having authored this letter.

I asked about the blog reports linked in my post that suggested that he had supplied the doctored photographs of Zaid that were used by UMNO during the Hulu Selangor by-election.

Again, and in equally strong terms, Azmin denied this charge.

We chatted for a while.

I told him that I would continue to blog on the information that I am constantly receiving about the goings-on in PKR, and in particular about allegations that he and Anwar are on a Muslim agenda, because the public have a right to know, but will avail to him the right of reply.

By Haris Ibrahim

September 13, 2010

– from Haris Ibrahim’s Blog

http://harismibrahim.wordpress.com/2010/09/13/azmin-speaks/

Salam Eidul Fitr

Taqobalallahu minna wa minkum.

Minal’aidin wal faizin kullu ‘amin wa antum bi khoir.

Saya pohon Maaf Zahir dan Batin.

Kita kembali kepada khittah landasan perjuangan.

Menggilap idealisme, memperkukuh kesetiaan, menjana perubahan.

Daripada saya sekeluarga,

Mohamed Azmin Ali

1 Syawal 1431H