AZMIN ALI

LATEST

Day: October 17, 2010

Pidato Penerimaan Pencalonan dan Pelancaran Manifesto “Reformasi Menuju Putrajaya”

Izinkan saya merakamkan ucapan penghargaan buat seluruh anggota Parti Keadilan Rakyat yang telah bersama-sama memastikan Pemilihan 2010 ini dapat dilangsungkan sesuai dengan iltizam kita untuk menyuburkan demokrasi.

Ucapan penghargaan juga buat seluruh penyokong saya dari Perlis hingga ke Johor, dari Kelantan hingga ke Melaka, dan yang mendokong saya di Tanah Borneo; dari Sabah dan Sarawak.

Tahniah kepada mereka yang layak bertanding dan saya ucapkan selamat maju jaya. Moga tetap menjaga etika ketika bertanding dan tidak lupa diri bahawa kita bertanggungjawab menjaga keutuhan parti serta nama baik parti.

Benar kita meraikan Demokrasi, kerana itu walaupun mempunyai hambatan serta kekangan tertentu untuk melaksanakan pemilihan secara terus yang bersejarah ini, parti tetap berteguh mahu melaksanakannya serta menjadikan parti kita parti yang paling demokratik di negara ini.

Kita bertegas mengambil satu pendirian yang berani kerana kita sedar, pemilihan ini akan menjadi pemangkin kepada perubahan yang mahu kita laksanakan. Read More