AZMIN ALI

LATEST

Day: October 18, 2010

Manifesto Menuju Putrajaya dan Azmin Ali

Oleh Khalid Jaafar

Manifesto Reformasi Menuju Putrajaya secara ringkasnya boleh dipanggil sebagai Manifesto 3M, kerana ia mengandungi tiga ikrar Azmin Ali. Pertama: Menggilap Idealisme; Kedua: Memupuk Kesetiaan; dan Ketiga: Memperkasa Organisasi.

Ikrar 3M mengandungi iltizam YB Azmin Ali sekiranya dilaksanakan Reformasi,insya Allah, pasti berada di Putrajaya selepas PRU13.
Melalui M yang pertama: Idealisme, cita-cita perjuangan murni, gagasan Reformasi, akan kembali menyala dalam Keadilan. Tanpa idealisme perjuangan politik akan menjadi wahana atau perjuangan untuk pangkat dan kepentingan diri. Politik akan jatuh menjadi “low-morale and uncharismatic profession.” Kata-kata hikmat dan amaran ini disebuat oleh Anwar Ibrahim di New York ketika beliau berumur 20an.

Azmin Ali tidak mahu membawa gagasan baru. KEADILAN sudah cukup gagasan-gagasan besar dan mendahului zaman, gagasan dan visi yang telah dirumuskankan oleh Anwar Ibrahim dalam bukunya Gelombang Kebangkitan Asia dan ucapan-ucapan beliau di seluruh negara dan seantero dunia. Maka tugas Azmin adalah sebagai penggilap idealisme tersebut supaya tidak dilupakan dan sentiasa segar dalam setiap benak anggota parti, lama dan baru.

Sebagai pemimpin parti Azmin amat memberikan perhatian kepada persoalan kesetiaan. Bahkan kesetiaan itu merupakan “trademark” kepada diri beliau sendiri. Kita boleh memberikan gelaran “loyalis nombor wahid”, “loyalist number one” kepada beliau.

Pada ketika yang sama Azmin juga seorang demokrat. Dan pada beliau tidak ada pertentangan antara kesetiaan dengan kebebasan seorang demokrat. Bahkan beliau mentafsirkan kebebasan dengan konsep “ikhtiyar” dalam Islam. Kebebasan dan pilihan adalah semata-mata untuk melakukan yang terbaik.

Kebebasan adalah untuk memperkukuhkan parti, kebebasan bukan untuk melemahkan atau melakukan porak peranda dalam parti. Azmin melalui manifesto ini, melalui program memupuk kesetian mengajak kita meleburkan egoisme dan tabiat bertindak sendiri tanpa mempertimbangkan kepentingan parti. Read More