AZMIN ALI

LATEST

Day: December 25, 2010

Selamat Menyambut Hari Natal

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua penganut agama Kristian. Semoga kita akan terus berganding bahu mengorak langkah untuk membina masyarakat yang toleran dan saling menghormati adat resam budaya serta fahaman agama masing-masing. Hari kelahiran Nabi Isa A.S. ini sememangnya menuntut kita memahami liku-liku hidup serta perjuangan beliau menentang kezaliman dan kemungkaran serta menegakkan kebenaran dan keadilan.

Mohamed Azmin Ali
25 Disember 2010