AZMIN ALI

LATEST

Month: December 2010

Pertahan Hak Asasi Cabaran Kita Bersama

Hari Hak Asasi Sedunia yang jatuh pada hari ini seperti tidak diendah oleh Kerajaan UMNO-Barisan Nasional.

Merenung situasi dalam negara, kita menyambut hari yang penting ini dalam keadaan yang suram. Kurang seminggu yang lepas, rakyat dipukul, disembur  dengan air asid dan ditangkap hanya kerana mereka berhimpun secara aman untuk menyuarakan isi hati dan protes terhadap syarikat kroni UMNO-BN, SYABAS. Polis digunakan untuk menyekat kebebasan rakyat yang asas – iaitu hak untuk berhimpun.

Laporan hak asasi yang dikeluarkan oleh Suara Rakyat Malaysia semalam, mengesahkan lagi kongkongan yang terus mencengkam kebebasan rakyat Malaysia oleh rejim penguasa. Pemerintahan kukubesi ala-Mahathir kini merupakan modus operandi pemerintahan Najib Razak.

Undang-undang dan peraturan seharusnya memihak kepada kebenaran dan keadilan. Dalam sejarah moden, setiap negara yang dikuasai oleh rejim yang angkuh, rakyat pasti bangkit melawan undang-undang yang zalim dan menindas.

Apa yang berlaku di negara kita, undang-undang diguna untuk mempertahankan kelompok penguasa dan golongan elit tetapi pada masa yang sama, terus menindas dan mengongkong kebebasan rakyat. Ini merupakan cabaran besar kepada rakyat dan para pejuang demokrasi.

Kita wajar mengimbau kembali mutiara kata dari Widji Tukul dalam salah sebuah sajaknya yang terkenal berjudul ‘Peringatan’.

Apabila usul ditolak tanpa ditimbang
Suara dibungkam kritik dilarang tanpa alasan
Dituduh subversif dan mengganggu keamanan
Maka hanya ada satu kata: lawan!

Mohamed Azmin Ali

10 Disember 2010

Memperkuatkan Tekad Melawan Korupsi

Oleh : Mohamed Azmin Ali
“Hai orang-orang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan cara batil,
kecuali dengan cara perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu…”
– Al-Qur’an, Surah an-Nisâ’: 29

“In a state where corruption abounds, laws must be very numerous.”
– Cornelius Tacitus

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me”
– Najib Razak di Rejang Park ketika  kempen Pilihanraya Kecil Sibu

Syed Hussein Alatas, cendekiawan dan pemikir ulung tanahair konsisten dalam penulisan beliau mendedahkan ciri-ciri dan bahaya korupsi didalam masyarakat. Alatas didalam bukunya  “Corruption: Its Nature, Causes and Function” merumuskan bahawa “esensi korupsi adalah pencurian melalui penipuan dalam situasi yang mengkhianati kepercayaan”.

Wang An Shih, tokoh pembaharuan terkemuka China dari Dinasti Sung pernah membuat kesimpulan bahawa korupsi terjadi akibat dari dua faktor iaitu undang-undang yang bobrok dan manusia yang bobrok (bad laws and bad men).

Untuk melawan korupsi kita memerlukan  pimpinan yang tegas, berani dan bersih dari unsur korupsi. Undang-undang yang tegas memerlukan pemimpin yang tangkas dan bijaksana serta menginsafi akan bahaya korupsi terhadap masyarakat dan negara.

Malangnya manusia yang menguasai tampuk pemerintahan negara kita  sekarang sarat dipenuhi oleh “dealer” bukannya “leader”.

Ucapan Perdana Menteri ketika kempen Pilihanraya Kecil Sibu sebagaimana yang dipetik diawal tulisan ini jelas mendedahkan mentaliti “dealer” yang sudah terbiasa dengan kaedah pengagihan kontrak dan tawar-menawar demi kepentingan diri.

Mentaliti sebegini perlu dibenteras dikalangan pemimpin yang diamanahkan untuk mengemudi negara.

Berbeza dengan pimpinan Pakatan Rakyat yang telah teruji dan terbukti melawan korupsi. Bandingkanlah pemimpin seperti  Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat, Lim Guan Eng, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Dato’ Seri Haji Hadi Awang yang terbukti berkebolehan untuk memimpin dengan bersih tanpa perlu tunduk kepada budaya korupsi.

KEADILAN, bersama rakan-rakan PAS dan DAP didalam Pakatan Rakyat merupakan wadah politik yang mewakili seluruh rakyat Malaysia dalam perjuangan getir memerangi korupsi.
Sejarah akan membuktikan siapa  sebenarnya pejuang dan siapa sebenarnya “pencari peluang”.

Bagi kami dalam Pakatan Rakyat, pemimpin boleh datang silih berganti, tetapi prinsip melawan korupsi kekal menjadi agenda utama perjuangan kita.
Semenjak Resolusi  58/4 Konvensi Pertubuhan Antarabangsa Menentang Korupsi diluluskan pada 31 Oktober 2003, tanggal 9 Disember telah dipilih sebagai Hari Anti Korupsi Sedunia (International Anti-Corruption Day).

Bersempena dengan sambutan Hari Anti Korupsi Sedunia, saya ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama bangkit berganding bahu melawan korupsi. Korupsi adalah barah dan penyakit yang akan meruntuhkan negara.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanahair, marilah kita sama-sama memperkuatkan tekad untuk melawan budaya korupsi dengan segala kekuatan yang ada.

9 Disember 2010

Opposition MPs walk out over Apco case

By: Husna Yusop

newsdesk@thesundaily.com

KUALA LUMPUR (Dec 8, 2010): The opposition MPs staged a walkout today following a futile attempt by Azmin Ali (PKR-Gombak) to discuss Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s (PKR-Permatang Pauh) impending punishment in the Apco case.

Azmin tabled the motion on Monday but it was rejected in Chambers by Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia today, saying the Privileges Committee has yet to deliver its decision.

Azmin argued over Pandikar Amin’s decision, claiming that the principles of natural justice have been violated as Anwar was not allowed to cross examine witnesses or defend himself before the committee.

“You rejected the motion because details of the committee’s investigation cannot be released by any members before its recommendation is brought to the House.

“My argument is the proceedings had not even commenced and Permatang Pauh was not even allowed to come forward,” he said.

He added that the committee has decided not to call Anwar because Apco Worldwide had on Aug 19 offered an explanation through a letter to the committee.

Anwar had been summoned to the committee after he claimed that Apco Worldwide, the public relations consultancy employed by Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak, was behind both the 1Malaysia and 1Israel concepts.

Pandikar Amin insisted that the Standing Orders used by Azmin to table the motion was inappropriate, adding that the committee has yet to present its report to the House for debates.

Azmin then said he was not questioning the committee’s eventual recommendation but its failure to follow proper procedures.

Pandikar Amin continued to stand by his decision and ordered the secretary to read the next order of the day but this triggered a round of arguments from the opposition members.

They continued their argument, creating a chaos, resulting in Pandikar Amin suspending several opposition MPs who were standing as he said they were disrupting the House.

“Padang Serai (PKR’s N. Gobalakrishnan), Balik Pulau (PKR’s Yusmadi Yusoff) and Indera Mahkota (PKR’s Azan Ismail), please leave. Who else is standing? You can leave,” he said, adding they can come back after lunch at 2.30pm.

This prompted some 20 other Pakatan Rakyat MPs to stage a walkout in support of their colleagues.

In a press conference at the lobby, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) said the decision by Pandikar Amin to reject the motion was a conflict of interest as both Pandikar Amin and Deputy Speaker Datuk Ronald Kiandee are members of the committee.

“The Privileges Committee is riding rough on the rights of Anwar. Pandikar Amin is the committee chairman. He should not have rejected the motion,” he said, adding it should have been reviewed by Deputy Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“There was a clear case of an agenda by the Speaker himself,” he added.

“The manner when he chaired the (committee) meeting (on Dec 3) and the manner he went about in the House today. What was more important was for the Speaker to have heard out Azmin, which he did not,” he said.

During the Dec 3 committee meeting, a motion by Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar) to proceed with the hearing without witnesses was passed.

It was supported by Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) and Kiandee.

In protest, Karpal and R. Sivarasa (PKR-Subang) had then walked out of the meeting.

Azmin said the decision to reject the motion was “outrageous and goes against the principles of justice”.

“It goes against what the Speaker himself said. Pandikar Amin on April 22 this year has said a person referred to the committee will be given the right to give his statement and call for witnesses,” he added.

Saya tak mahu Speaker Dewan dibeli Umno BN

Hazayani Zakaria (HarakahDaily)

KUALA LUMPUR, 8 Dis: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan sebagai tanda protes terhadap keputusan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tergempar meminta penjelasan berhubung hasrat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa diberi peluang membela diri.

Usul di bawah peraturan mesyuarat 18 (1) itu dibawa oleh Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak).

Beliau dalam sidang media sejurus keluar dari dewan, mempersoal keputusan Pandikar yang didakwa bercanggah dengan kenyataannya di Dewan Rakyat pada 22 April lalu.

“Keputusan Tan Sri Speaker ini melanggar keputusan yang dibuat beliau sendiri pada 22 April 2010 dalam hansard di mana Tan Sri Speaker menegaskan bahawa seseorang yang dirujuk ke jawatankuasa akan diberikan hak untuk memberikan keterangan dan memanggil saksi-saksi.

“Ini adalah keterangan yang dibuat oleh speaker sendiri dalam Dewan Rakyat namun keputusan ini pun dilanggar oleh Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan,” kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi PKR.

Menurutnya juga, beliau berhak meminta penjelasan berhubung keputusan itu memandangkan Anwar dan saksi-saksi langsung tidak dipanggil untuk memberikan keterangan.

Yang paling mengejutkan kami ialah apabila Tan Sri Speaker menggunakan peraturan mesyuarat 83 (11) di mana berbunyi, jawatankuasa itu jika baik pada timbangannya boleh enggan mendengar apa-apa keterangan yang tiada perkaitan sedangkan keterangan yang akan diberikan oleh Permatang Pauh berkaitan terus dengan pertuduhan yang dibuat ke atas beliau.

“Bagaimana tafsirannya boleh begitu jauh menyimpang daripada apa yang ditetapkan oleh peraturan mesyuarat dan berkata mendengar cakap saksi yang degil sedangkan belum pun tertuduh dan saksi dipanggil untuk memberi keterangan tetapi jawatankuasa telah menghukum bahawa keterangan itu tidak relevan,” katanya lagi.

Sementara itu, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) berkata, berlaku ‘conflict of interest’ dalam perkara berkenaan kerana Pandikar yang merupakan speaker sendiri yang mempengerusikan jawatankuasa berkenaan.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) pula menyifatkan keputusan itu sebagai mencemar nama baik Parlimen.

“Sepatutnya jawatankuasa perlu memperlihatkan satu prinsip demokratik. Bukan menghukum Anwar tanpa memanggil beliau memberi keterangan,” katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Azmin di dalam dewan sebelum itu membidas Pandikar kerana menolak saksi, bukti dan dokumen yang membantu Anwar membela dirinya di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Katanya, Dewan Rakyat sama-sekali tidak boleh bersetuju dengan tindakan jawatankuasa yang sengaja melanggar prosedur dan prinsip ‘natural justice’.

“Kalau hakim boleh dibeli, doktor boleh dibeli beri keterangan palsu, saya tidak mahu Speaker Dewan dibeli oleh Umno Barisan Nasional,” kata Azmin yang menimbulkan kekecohan apabila wakil Barisan Nasional meminta beliau menarik balik kenyataan itu.

Kekecohan itu menyebabkan lima wakil Pakatan digantung dari persidangan sehingga jam 2.30 petang.

Selain Azmin mereka ialah Tian Chua (PKR-Batu), Yusmadi Yusuf (PKR-Balik Pulau), Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota).

Minggu lalu, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dilaporkan tidak akan mendengar lagi keterangan saksi, termasuk dari Anwar dan akan membuat rumusan berdasarkan sepucuk surat penjelasan oleh firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide.

Kerajaan pada April lalu mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana membidas slogan ‘Satu Malaysia’ yang diilhamkan oleh Apco, diodakwanya ditiru dari konsep ‘One Israel’ yang digunakan oleh perdana menteri Israel, Ehud Barak pada 1999.

Pada 3 Disember lalu, Karpal yang juga anggota jawatankuasa itu berkata ahli-ahlinya diberikan sepucuk surat dari Apco bertarikh 19 Ogos dan memutuskan telah membuat rumusan mereka.

Perubahan dan Hijrah ke Arah Kebaikan

Umat Islam menyambut ketibaan Maal Hijrah saban tahun memperingati pengorbanan Rasulullah S.A.W. melalui peristiwa berhijrah dari Mekah ke Madinah.

Hijrah membawa pengertian yang luas, iaitu keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada dalam lingkungan rahmat dan keredhan Illahi.

Allah s.w.t berfirman di dalam surah Ar. Ra’d ayat 11 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.”

Hijrah menuntut kepada pengorbanan yang besar, demi melaksanakan segala perintah Allah S.W.T. Perubahan ke arah kebaikan adalah tuntutan hidup daripada sesuatu yang buruk kepada yang baik, dan daripada yang baik kepada yang lebih baik, daripada sifat Mazmumah kepada sifat Mahmudah.

Umat Islam harus senantiasa mengamalkan sikap ini dalam kehidupan seharian mereka. Dengan tekad, komitmen dan azam untuk berubah selaras dengan tuntutan agama, setiap usaha ke arah perubahan itu akan pasti memberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. “Budaya Hijrah” dalam kehidupan seharian harus dipraktikkan, sebagaimana yang disarankan melalui sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W. :

Yang bermaksud: “Seorang Muslim itu ialah orang yang menyelamatkan saudara Muslim yang lain daripada (kejahatan) lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah.”
(Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)

Melihat kepada peristiwa Hijrah kita akan mendapati ia adalah suatu perjuangan membina masa depan untuk lebih baik. Justeru intipati Hijrah perlulah dihayati secara mendalam dan bukannya sekadar menjadi sambutan wajib tahunan semata-mata yang diraikan setiap tahun tanpa kita merenung, melihat sedalam-dalamnya dan menghayati makna sebenar Hijrah.

Sesungguhnya, perubahan dan penghijrahan kepada kebaikan adalah tuntutan agama. Apabila umat bertindak untuk mengubah nasib dan keadaan diri mereka serta masyarakat, InsyaAllah, usaha tersebut akan mendapat keberkatan daripadaNya. Allah akan mengubah keadaan mereka dari kehinaan dan kerendahan kepada kemuliaan dan ketinggian.

Mohamed Azmin Ali
1 Muharram 1432H
7 Disember 2010

Tragedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa Menuntut Pertanggungjawaban Bersama

6 Disember 2010, genap dua tahun berlakunya tragedi tanah runtuh yang menimpa penduduk di Bukit Antarabangsa. Peristiwa ini seharusnya diingati untuk memupuk kesedaran yang mendalam dan meluas betapa pentingnya memelihara dan melestarikan alam sekitar dari segala bentuk pembangunan yang merosakkan alam dan membahayakan nyawa manusia.

Pembangunan dan Kualiti Hidup

Bersempena dua tahun tragedi ini, kita wajar bertanya kembali, apakah maksud dan tujuan sebenar bagi pembangunan, apakah bentuk dan wajah yang mahu kita ciptakan atas nama pembangunan?

Bagi kami dalam Pakatan Rakyat, matlamat bagi pembangunan haruslah bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan mutu penghidupan rakyat. Inilah yang perlu difokuskan dan bukannya kuantiti projek-projek perumahan baru atau projek-projek pembangunan yang lainnya.

Pembangunan dan kelulusan sesuatu projek atas alasan pertumbuhan ekonomi tidak seharusnya dilakukan dengan cara meluluskannya tanpa perencanaan yang berimbang dan meminggirkan peraturan sehingga menyebabkan banyak masalah di kemudian hari seperti kerosakan alam sekitar yang parah, kepadatan yang menyesakkan disesebuah kawasan sehingga mengakibatkan menurunnya kualti dan mutu penghidupan kita.

Setiap rakyat Malaysia berhak menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan ini bermakna segala projek pembangunan wajar menitik beratkan konsep mesra alam termasuk menyediakan akses yang selesa serta kemudahan ruang-ruang awam yang luas dan mencukupi.

Ketelusan dan Pertanggungjawaban

Faktor utama tragedi sebegini boleh berlaku dihadapan mata kita adalah kerana kurangnya ketelusan dan pertanggungjawaban (transparency and accountability) daripada semua pihak.

Menginsafi perkara ini, kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah mengambil inisiatif dengan mewartakan Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act) melalui Dewan Negeri Selangor agar segala maklumat berhubung dengan cadangan dan kelulusan sesuatu projek akan dapat dipantau secara langsung oleh rakyat.

Ini tentunya membimbangkan pihak-pihak yang telah lama selesa bekerja dan bergerak dengan cara lama. Kita dapat lihat bagaimana Kementerian Kerja Raya cuba mempersulitkan pengumuman dan pendedahan yang mahu dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui laporan kajian kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dengan mengancam untuk mengenakan tindakan undang-undang dibawah Akta Rahsia Negara.

Tetapi, dengan kesedaran yang semakin meluas dikalangan rakyat dan juga tekanan yang berterusan dari ahli keluarga mangsa kejadian dan pemilik rumah di Bukit Antarabangsa, Kerajaaan Persekutuan akhirnya mengalah. Ini adalah suatu contoh yang jelas bahawa kesedaran yang meluas dikalangan rakyat adalah suatu kekuatan yang dapat menundukkan mana-mana penguasa dan pemimpin yang angkuh.

Bersempena dengan ulang tahun kedua tragedi tanah runtuh ini, disamping berdoa kepada mereka yang telah pergi, marilah kita sama-sama memastikan agar tragedi yang sama tidak lagi berulang, lebih-lebih lagi apabila ianya berlaku akibat dari kerakusan kita merosakkan alam atas nama pembangunan demi mengaut keuntungan.

Mohamed Azmin Ali
6 Disember 2010