AZMIN ALI

LATEST

Month: November 2012

Perbandingan Pencapaian Pentadbiran Ekonomi Dato’ Seri Anwar Ibrahim : Rakyat Arif Membezakan Angka Ekonomi

Serangan Dato’ Sri Najib Tun Razak terhadap kredibiliti dan kemampuan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengemudi teraju ekonomi negara bukanlah perkara baru. Retorik yang sama turut digunakan menjelang Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) dalam tahun 2008 bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat; kononnya negara akan muflis jika UMNO tidak diberikan kuasa untuk memerintah.

Pun begitu, dalam PRU12 rakyat tetap memilih KEADILAN dan rakan – rakan PAS dan DAP untuk mentadbir negeri-negeri terkaya di Malaysia seperti Selangor dan Pulau Pinang, selain Kelantan, Kedah dan Perak. Maknanya, rakyat yang matang tidak akan terpengaruh dengan propaganda politik UMNO – BN yang meremehkan keupayaan rakyat untuk menilai pencapaian ekonomi negara di bawah kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan. Sekali lagi saya yakin rakyat pastinya menolak politics of fear yang dibawa oleh Presiden UMNO.

Cara terbaik menilai keupayaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mentadbir ekonomi adalah dengan membandingkan angka-angka ekonomi seperti berikut:

Pertumbuhan ekonomi sepanjang Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan[1]

Tahun

1992

1993

1994

1995

1996

1997

% pertumbuhan[2]

8.8

9.9

9.2

9.8

10.0

7.3

 

Pertumbuhan ekonomi sepanjang Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Kewangan[3]

Tahun

2009

2010

2011

% pertumbuhan[4]

(1.5)

7.2

5.1

Sejak menjadi Menteri Kewangan, pencapaian ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak pernah sekali pun mengatasi pencapaian Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tatkala Dato’ Seri Anwar berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara sehingga mencecah 9% – 10% dalam tempoh beliau menjadi Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib (2009) telah membawa ekonomi negara dari tahun pertama pentadbirannya ke arah sebaliknya dan menjurus ke arah ekonomi yang semakin gawat, sedangkan negara jiran seperti Indonesia kekal berkembang pesat.

Hakikatnya, rakyat Malaysia tidak buta angka dan arif membezakan pertumbuhan ekonomi sekitar 9% – 10% semasa Dato’ Seri Anwar Ibrahim mentadbir ekonomi negara, berbanding pertumbuhan yang lembap sekitar 4% – 5% sekarang, disamping pentadbiran Najib berdepan dengan pelbagai masalah ekonomi harian seperti kos sara hidup yang semakin tinggi.

Rekod ekonomi Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga menunjukkan beliaulah Menteri Kewangan yang berjaya mencapai belanjawan lebihan. Selepas beliau, menteri-menteri kewangan UMNO mengambil pendekatan berhutang untuk menampung perbelanjaan negara yang boros dan tidak berhemah sedangkan hasil tidak bertambah. Justeru itu, Malaysia masih bergelut dengan masalah hutang/defisit yang meruncing sehingga kini.

Perbandingan angka berikut membuktikan kegagalan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan untuk mengatasi masalah hutang/defisit, walaupun ditinggalkan dalam keadaan yang cukup baik oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim:

Perbandingan defisit belanjawan dan jumlah hutang negara[5]

Tahun

1992

1993

1994

1995

1996

1997

Lebihan/Defisit (%)

(0.8)

0.2

2.3

0.8

0.7

2.4

Jumlah hutang negara (RM b)

97

96

93

91

90

89

 

Tahun

1998

1999

2000

2001

2002

2003

Lebihan/Defisit (%)

(1.8)

(3.2)

(5.5)

(5.2)

(5.3)

(5.0)

Jumlah hutang negara (RM b)

103

112

126

146

165

189

 

Tahun

2004

2005

2006

2007

2008

2009

Lebihan/Defisit (%)

(4.1)

(3.4)

(3.2)

(3.1)

(4.6)

(6.7)

Jumlah hutang negara (RM b)

217

229

242

267

306

362

 

Tahun

2010

2011

Lebihan/Defisit (%)

(5.4)

(4.8)

Jumlah hutang negara (RM b)

407

456

Sepanjang tempoh Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, hutang negara semakin berkurangan dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan yang berterusan sehinggalah tahun 1997. Sebaliknya, hutang negara kini melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang yang ditinggalkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Hutang negara yang diterajui oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak kini mencecah RM 456 bilion pada akhir tahun 2011 mewakili 53 % daripada KDNK.

Kegilaan berhutang dan belanja secara boros ini berlaku tatkala Dato’ Seri Najib Tun Razak memaksa PETRONAS menyumbang dividen pada kadar yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia. Tidak pernah ada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang paling banyak menggunakan dana PETRONAS, kecuali Dato’ Seri Najib Tun Razak seperti yang dibuktikan oleh angka berikut:

 

Tahun

1992

1993

1994

1995

1996

1997

Dividen PETRONAS (RM b)

 

3.1

 

3.1

 

3.1

 

3.1

 

3.1

 

3.1

Jumlah dividen yang disumbangkan PETRONAS semasa Dato’ Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan[6]

 

Tahun

2004

2005

2006

2007

Dividen PETRONAS (RM b)

 

9.1

 

11.0

 

18.0

 

24.0

Jumlah dividen yang disumbangkan PETRONAS semasa Tun Abdullah Badawi menjadi Menteri Kewangan

Tahun

2009

2010

2011

Dividen PETRONAS (RM b)

 

30.0

 

30.0

 

30.0

Jumlah dividen yang disumbangkan PETRONAS semasa Dato’ Seri Najib menjadi Menteri Kewangan

Tatkala Dato’ Seri Anwar Ibrahim berusaha mengurangkan hutang negara, berbelanja secara berhemah sehingga pendapatan mengatasi perbelanjaan, tidak membebankan PETRONAS dan memacu pertumbuhan ekonomi sehingga 10%, Dato’ Sri Najib Tun Razak mengambil 10 kali ganda lebih banyak wang PETRONAS, hutang negara meningkat 5 kali ganda, bajet defisit berlarutan selama 14 tahun dan pertumbuhan ekonomi tetap lembap pada kadar sekitar 4% – 5% sahaja.

Saya yakin rakyat Malaysia lebih arif membezakan angka-angka ini. Pimpinan negara perlu fokus kepada usaha memulihkan ekonomi negara dengan berpandukan angka-angka yang objektif ini, bukannya cuba memutarbelitkan prestasi ekonomi negara kerana takut dengan wibawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan yang teruji dan berupaya memacu pertumbuhan yang tinggi dan menjamin prinsip distributive justice untuk semua rakyat.

AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN

30 NOVEMBER 2012


[1] Tahun penuh Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan

[2] Sumber: Kementerian Kewangan & Jabatan Perangkaan Negara

[3] Tahun penuh Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Kewangan

[4] Sumber: Kementerian Kewangan & Jabatan Perangkaan Negara

[5] Sumber: Kementerian Kewangan, Jabatan Perangkaan Negara dan Bank Negara Malaysia

[6] Sumber: Kementerian Kewangan dan Jabatan Statistik

Ucapan Konvensyen KEADILAN Sabah, 24 November 2012

‘Negeri Sabah – Kunci Penentu Kemenangan Pakatan Rakyat ke Putrajaya’ 

1. Hanya beberapa hari yang lalu, saya berkampung di Sabah selama 4 hari. Menaiki pacuan 4 roda, saya turun dan bertemu rakyat Sabah di 9 daerah pendalaman Sabah. Saya melihat pada wajah anak-anak kita di Sabah; mereka menunjukkan harapan kepada KEADILAN untuk membawa perubahan dalam kehidupan mereka. Rakyat Sabah sudah bersedia untuk melakukan perubahan dan KEADILAN adalah parti masa depan untuk rakyat Sabah.

2. Semangat saya sentiasa bergelora dan naluri kemanusiaan saya sentiasa tersentuh apabila ke Sabah. Hari ini, saya kembali sekali lagi ke bumi yang bertuah ini, Sabah Negeri di Bawah Bayu. Saya terkenangkan wajah anak – anak di Kampong Manar, Tungku, Silam; dan Kampong Pilantong, Labok, Beluran yang menaruh harapan kepada KEADILAN untuk membawa perubahan dalam kehidupan mereka.

3. Saya tidak boleh lupakan raut wajah mak cik tua di Kampong Bubul Muhibbah, Semporna; dan Kampong Sentosa Jaya, Sukau, Kinabatangan yang terpancar harapan supaya Pakatan Rakyat membantu hidup mereka yang dibelenggu kemiskinan.

4. Saya berkongsi kegembiraan rakyat di Kampung Jawa, Kalabakan tatkala saya ungkapkan kejayaan pentadbiran KEADILAN dan Pakatan Rakyat di Selangor. Masih segar di ingatan saya harapan yang terukir di kalangan rakyat Kampong Jalan Apas, Tawau; dan Sungai Sibuga untuk melihat perubahan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat sebaik tiba di Putrajaya.

5. Inilah politics of hope yang dibawa oleh KEADILAN berbanding dengan culture of fear yang diteruskan oleh UMNO dan BN.

6. Sebaik sahaja saya pulang ke Kuala Lumpur, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergegas ke Sabah dengan nada orang yang terdesak dan desperado. Kata Muhyiddin, “BN akan berusaha habis-habisan untuk mempertahankan Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke 13.”

7. Saya bangga dan bersyukur bahawa pimpinan dan anggota – anggota Parti Keadilan Rakyat menzahirkan keyakinan utuh dengan dasar dan prinsip perjuangan parti keramat ini demi memastikan kemenangan rakyat Sabah, kemenangan rakyat Malaysia, demi negara yang kita cintai. Tema konvensyen hari ini, “Negeri Sabah – Kunci Penentu Kemenangan Pakatan Rakyat ke Putrajaya” amat bertepatan dengan aspirasi rakyat Malaysia.

8. Konvensyen hari ini bukan semata-mata mahu melaksanakan norma biasa sebuah parti politik yang mahu  memperlihatkan kekuatan menjelang pilihan raya. Himpunan hari ini adalah muafakat pimpinan, anggota dan penyokong KEADILAN atas dasar dan prinsip yang jelas untuk melaksanakan perubahan demi rakyat Sabah.

9. Kerana melihat kebobrokan yang mencela maruah; karamah insaniyyah, makanya anggota KEADILAN, patriot dan teman-teman sejati dalam perjuangan terus memperkukuh tekad dan keazaman untuk menumpaskan lawan. Kita sedar perjuangan politik kini menjadi suatu kewajipan. KEADILAN memikul tanggungjawab untuk membawa pencerahan dalam pentadbiran Negeri Sabah.

10. KEADILAN mahu bersama dalam tuntutan rakyat untuk mengembalikan Malaysia ke landasan yang sebenarnya. Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 adalah berlandaskan prinsip federalisme yang memberi kuasa kepada negeri – negeri demi menjaga kepentingan rakyatnya.

11. Namun federalisme yang tempang tajaan UMNO hanya memunggah hasil mahsul dan kekayaan negeri untuk diagihkan kepada keluarga dan kroni pemimpin sekaligus menafikan hak rakyat. Pemimpin kaya raya; rakyat Sabah pada kedana ! “Rakyat didahulukan” serta “Janji Ditepati” adalah propaganda kosong yang cuba melunakkan hati rakyat menjelang pilihan raya.

12. Kekayaan Negeri Sabah cukup untuk semua. Meminjam kata-kata Mahatma Gandhi, “There is enough in Sabah for everybody’s need; but not enough for anybody’s greed.”

13. Pembentukan Malaysia memperkukuh cita – cita bersama untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang gagah, makmur, sejahtera dan dihormati dunia.

14. Pembentukan Malaysia menjanjikan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi Persekutuan Malaysia berasaskan prinsip perlembagaan bagi menjamin pengagihan kuasa dan ekonomi yang saksama, adil serta membebaskan rakyat dari penjajahan minda dan jiwa demi mengangkat harga diri rakyat Malaysia.

15. Sabah dan rakyat Sabah adalah rakan kongsi yang setara dan bukan fixed deposit UMNO – BN. Justeru, KEADILAN dan Pakatan Rakyat komited untuk mengembalikan autonomi kepada Sabah dan Sarawak sejajar dan dalam kerangka Perjanjian Persekutuan dan Perlembagaan negara.

16. Setelah hampir 20 tahun UMNO berkuasa di Sabah, rakyat Sabah semakin jauh ketinggalan. Kadar pengangguran di kalangan belia semakin meningkat, anak – anak tidak ke sekolah, remaja tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kos pengajian yang tinggi, keluarga yang dibelenggu kemiskinan, harga barang yang mahal, jalan-jalan yang berlubang, bekalan elektrik yang seringkali terputus, bekalan air bersih yang tidak mencukupi serta hospital yang tiada kemudahan pakar. Sebagai contoh, lebih 40% daripada rakyat di Labok, Beluran belum mendapat bekalan air bersih.

17. Mengapa ini berlaku di Sabah ? Rakyat Sabah punyai hak yang dijamin oleh Perlembagaan. Rakyat Sabah punyai hak yang dijamin oleh Perjanjian Malaysia 1963. Rakyat Sabah harus bangkit dan tidak boleh terus dihina sebagai fixed deposit oleh UMNO – BN. Peringatan kepada UMNO. Jangan layan rakyat Sabah sebagai pengemis politik dan pengemis ekonomi.

18. KEADILAN ingin ulangi pendirian kita bahawa rakyat Sabah mempunyai hak setara dalam pengagihan ekonomi dan kekayaan negeri ini. KEADILAN adalah pencerahan kepada ‘zaman gelap’ Sabah yang dijajah oleh UMNO.

19. Yakinilah, KEADILAN bersama Pakatan Rakyat akan kembalikan hak rakyat Sabah yang dirampas oleh pemimpin elit UMNO – BN. Yakinilah, kami akan bersama rakyat Sabah untuk membawa kemajuan dan kemakmuran untuk semua.

20. KEADILAN mahu tingkatkan pelaburan di Negeri Sabah supaya penjanaan ekonomi ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan dengan gaji minima untuk anak-anak kita di Sabah. Program ekonomi KEADILAN bukan sahaja bersandarkan angka dan unjuran, tetapi berteraskan tata kelola yang baik, ketelusan dan prinsip value for money. Ini akan mengembalikan keyakinan kepada pelabur-pelabur asing dan tempatan untuk melabur di Negeri Sabah.

21. Konsep pembangunan yang dibawa oleh KEADILAN adalah memacu pertumbuhan ekonomi dengan menjamin prinsip pengagihan yang adil atau distributive justice. Model ekonomi ini diungkap oleh John Rawls dalam bukunya “Distributive Justice“.

22. KEADILAN berjanji akan menghapuskan hutang PTPTN dan memberikan pendidikan percuma kepada semua rakyat. Usaha ini akan menjamin peluang pendidikan yang berkualiti untuk anak – anak kita agar mereka akhirnya dapat membantu mengubah nasib keluarga dan menaikkan taraf ekonomi sesebuah keluarga.

23. KEADILAN juga akan menghapuskan dasar kabotaj (cabotage) untuk memberikan ruang pengurangan harga barang

24. KEADILAN dan Pakatan Rakyat akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber – sumber hidrokarbon kepada Sabah dan Sarawak dari 5 % kepada 20 %. Malah kita akan tubuhkan syarikat – syarikat minyak milik Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.

25. KEADILAN juga akan membina Pan Borneo Highway untuk menaiktaraf kemudahan pengangkutan awam. Usaha ini akan membuka bandar-bandar baru atau new township dan menjana pertumbuhan ekonomi bagi rakyat Sabah dan Sarawak.

26. Justeru itu, rakyat Sabah perlu mempertahankan KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13 untuk melaksanakan agenda reformasi ini demi rakyat Sabah.

27. PRU 13 menjadi amat penting untuk menentukan masa depan Negeri Sabah dan rakyat Sabah. KEADILAN harus menerajui gelombang kebangkitan rakyat di Sabah. KEADILAN hadir membawa politik baru. KEADILAN yakin akan menumpaskan politik eksploitasi dan manipulasi.

28. KEADILAN tampil membawa aspirasi rakyat, bukan sekadar untuk memenangi pilihan raya. Kita mahu memenangi pilihan raya dan seterusnya memaknai kemenangan tersebut dengan pengisian yang memberi nafas baru kepada rakyat Sabah melalui pengagihan kekayaan dan ekonomi secara adil kepada semua.

29. Tanggal 16 September 2012 yang lalu, pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat telah membuktikan tekad dan iltizam dengan menggariskan janji muafakat kami untuk meningkatkan kualiti hidup warga Sabah dan Sarawak serta beriltizam menghormati Perjanjian Malaysia 1963 dalam Deklarasi Kuching yang disepakati.

30. Kita telah gariskan pendirian untuk melaksanakan kerjasama bersekutu demi memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia.

31. Kita nyatakan bahawa integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia perlu melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.

32. Begitu juga dengan kesedaran untuk mengiktiraf rakyat Sabah dan Sarawak supaya diberi keutamaan di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.

33. Inilah janji dan ikrar kita yang tidak akan kita khianati. Malah, janji ini digarap dengan kesedaran untuk memastikan semangat Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 dipatuhi. Ini lah hasrat pendiri negara dan bangsa serta “framers of our constitution.” 


34. Kita dalam fasa terakhir rundingan pengagihan kerusi dengan Pakatan Rakyat dan juga rakan-rakan seperjuangan di Sabah. Saya ingin memberi jaminan bahawa proses rundingan kerusi ini tidak akan sekali-kali mengorbankan kepentingan Parti keramat ini dan tidak akan meminggirkan peranan aktivis Parti di Cabang dan Ranting.

35. Walau bagaimanapun, dalam meneraju dan memimpin kebangkitan rakyat menuju kemenangan di Putrajaya, KEADILAN harus berjiwa besar dan mengambil sikap inklusif bagi mereka yang menerima dasar perjuangan kita.

36. KEADILAN meraikan tokoh – tokoh Bumiputera Islam dan masyarakat KDM yang mahu bersama dengan perjuangan KEADILAN. Salam perjuangan untuk teman-teman kita yang bersama kita; YB Dato’ Seri Lajim Haji Ukin, YB Dato’ Seri Wilfred Bumburing dan Tan Sri Ibrahim Menudin dan ramai lagi.

37. Mewakili KEADILAN, saya meraikan kebersamaan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Parti SAPP untuk bersama – sama Pakatan Rakyat dalam perjuangan melaksanakan agenda perubahan. Muafakat yang telah dipupuk ini perlu terus digembeling demi menjayakan Negeri Sabah yang gagah.

38. Wahai pimpinan UMNO – BN, rakyat Sabah bakal mencetus gelombang besar perubahan pada pilihan raya akan datang. Ini Kali Lah !

39. Sabah umpama “The Theatre of Change.” Ianya bagaikan satu pentas yang mahu aktornya memunculkan aksi terhebat dalam catatan sejarah. Jika Sabah adalah pentasnya, maka kita semua adalah Henrik Ibsen, seorang penulis drama. Jika Sabah adalah medan teaternya maka kita semua berkewajipan sebagaimana yang dinukilkan Ibsen dalam sajak to my friend the revolutionary orator untuk menyempurnakan bait I’ll gladly, myself, torpedo the Ark.

40. Sudah tiba masanya rakyat Sabah torpedo bahtera usang UMNO yang hampir karam itu.  Saudara semua bertanggungjawab apabila pulang nanti untuk sampaikan pesan ini; bahawa UMNO – BN sudah karam. Jangan bersama kapal yang karam kerana nanti akan lemas. Mitos bahawa hanya UMNO yang boleh perintah, sudah berakhir.

41. Ayuh lah semua bersama KEADILAN dan Pakatan Rakyat. Bahtera yang akan belayar gagah ini akan mencipta sejarah baru di Malaysia. 

42. Cukuplah selama ini tindakan pemimpin UMNO – BN “tantamount to usurping the power of this state, denying the rights of Sabahan.” Ini kali lah,kita akan pastikan KEADILAN terpasak teguh di bumi ini.

43. Kita akan maju ke hadapan dengan segala upaya untuk melaksanakan perubahan dalam pilihan raya ini. Biarpun berhadapan dengan budaya samseng dan culture of fear, kita tidak akan berundur malah kita lebih nekad untuk menumbangkan pihak lawan.

44. Saudara seperjuangan, Konvensyen ini juga wajar mengambil ketetapan atas nama dan nilai kemanusiaan untuk mengutuk sekeras – kerasnya serangan ketenteraan Zionis Israel melalui Operasi “Pillar of Defence” ke atas Wilayah Palestin di Gaza yang bermula 14 November 2012 yang lalu. Tindakan ini adalah cebisan daripada dasar penaklukan wilayah atau politics of dispossession yang dilancarkan oleh Zionis Israel.

45. Konvensyen ini juga mesti mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Zionis Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua dan kemusnahan harta benda.

46. Zionis Israel tidak mungkin berani bertindak ganas dan kejam tanpa restu dari pentadbiran Washington. Amerika Syarikat dan badan antarabangsa yang memberi ruang dan merestui tindakan yang kejam dan zalim ini mesti dikutuk dan dikritik oleh seluruh masyarakat tanpa mengira kepercayaan, faham agama dan budaya. Zionis Israel ternyata adalah penjenayah antarabangsa (terrorist state). Wilayah Palestin di Gaza kini adalah ‘open air prison’ bertujuan untuk memenjarakan rakyat Palestin dari segenap ruang darat, udara dan laut.

47. Kita tuntas, rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat harus dibebaskan dan dikembalikan hak mereka sebagai rakyat yang merdeka. Faham agama yang sempit serta pendekatan rasis akan hanya menambah perseteruan dan akan meruntuhkan tamadun manusia di muka bumi ini.

48. Rakyat Malaysia dan Sabah juga harus dimerdekakan dari penjara hegemoni UMNO – BN yang menutup pemikiran rasional rakyat yang dahagakan perubahan.

49. Tidak ada lagi harapan yang boleh disandarkan kepada UMNO – BN. Apa lagi yang mahu diharapkan daripada Musa Aman untuk membantu rakyat Sabah. Sampai bila lagi rakyat Sabah mahu tinggal dalam penjara kuasa UMNO – BN ? Ayuh bersama KEADILAN dan Pakatan Rakyat untuk sama – sama menjana arus perubahan yang semakin deras.

50. Teman – teman seperjuanganku, kita sudah punya dasar yang jelas, kita ada pemimpin yang wibawa dan boleh dipercayai, kita ada laskar teruji dengan latihan, sarat dengan pengalaman, lengkap dengan ilmu dan peralatan. Seluruh kekuatan kita sudah siap siaga. Hanya menunggu semboyan untuk bertempur di medan perang.

51. Ayuh teman – teman seperjuanganku, ini kali lah untuk kita bersatu. Ini kali lah untuk kita berubah. Ini kali lah untuk kita tukar. Ini kali lah !

Ucapan Perbahasan Belanjawan 2013 Negeri Selangor Darul Ehsan (Hansard)

DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KEDUA BELAS
PENGGAL KELIMA
MESYUARAT KETIGA 

Shah Alam,  21 November 2012 (Rabu)
 

Y.B. TUAN MOHAMAD AZMIN BIN ALI :

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.  Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Alhamdulillah pada pagi ini saya diberikan peluang untuk menyertai perbahasan Belanjawan 2013 Negeri Selangor yang berjumlah RM1.63 bilion. Sebelum saya meneruskan perbahasan saya ingin menyatakan di sini bahawa usaha Yang Berhormat Tuan Speaker untuk membawa perubahan dan reformasi di dalam Dewan ini termasuk dengan mengeluarkan perintah Tuan Speaker telah menarik perhatian Yang Dipertua Dewan Rakyat beberapa hari yang lalu dan beliau juga agak tertarik dengan sistem lampu isyarat yang digunakan dan ada kemungkinan Parlimen juga akan menggunakan sistem yang sama dalam sesi yang akan datang dan Yang Dipertua Parlimen mendapati ia cukup efektif untuk mengawal prosiding dalam dewan kerana apa yang berlaku pada dua hari yang lalu seorang Menteri menjawab selama 21 minit dan mendapat teguran daripada Yang Dipertua Parlimen dan beliau merujuk keberkesanan pimpinan Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor.  Dengan kata-kata itu mungkin saya dapat lebih panjang masa pada pagi ini.

Tuan Speaker saya ingin merujuk kepada karya Amartya Sen di dalam buku beliau bertajuk The Idea  of Justice dengan izin saya quote any theory of justice has to give an important place to the role of institution so that the choice of institution cannot but be as central element in any plausible account of justice.  Sebarang teori perihal keadilan tidak dapat tidak mestilah memberi keutamaan kepada peranan institusi supaya institusi yang dipilih itu menjadi teras kepada maksud keadilan tersebut.

Saya yakin Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor tuntas membawa agenda reformasi demi kesejahteraan dan keharmonian rakyat.  Melaksanakan perubahan demi rakyat adalah satu kewajipan bagi pimpinan Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan yang peduli rakyat dan berteraskan prinsip kebertanggungjawaban, ketelusan dan tata kelola yang baik.  Insya-Allah kita yakin dengan usaha-usaha melaksanakan Islah dan perubahan ini rakyat akan melanjutkan mandat kepada kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dalam pilihan raya umum yang ke 13 dan Insya-Allah akan menyumbang kepada kebangkitan rakyat menuju Putrajaya.

Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar memberi kesempatan kepada rakyat secara langsung untuk menilai prestasi dan keupayaan Kerajaan Negeri dalam mengurus ekonomi negeri. Sudah tentu Kerajaan Negeri sekali lagi memilih untuk menggunakan pendekatan reformasi dasar untuk mengubah struktur ekonomi dan memperbaiki kelemahan sistem dan institusi kerajaan supaya dapat mempertingkatkan lagi keupayaan ekonomi Negeri Selangor.

Pengauditan terhadap penyata kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 adalah untuk memberi pandangan sama ada penyata itu menggambarkan kedudukan kewangan negeri yang benar dan saksama serta rekod perakaunan yang berkaitan telah diselenggara dengan teratur.  Secara keseluruhan, alhamdulillah analisis audit mendapati kedudukan kewangan Negeri Selangor adalah baik.  Penyata Kewangan Negeri yang berakhir pada 31 Disember 2011 mencatatkan baki kumpulan wang disatukan berjumlah RM1.9 bilion meningkat sejumlah RM357 juta berbanding RM1.6 bilion pada tahun 2010.

Jumlah kutipan hasil pada tahun 2011 telah mencatatkan peningkatan sejumlah RM62.5 juta manakala jumlah tunggakan hasil menurun sejumlah RM75.2 juta.  Akaun hasil disatukan negeri telah mencatatkan sejumlah RM180.5 juta berbanding RM124.2 juta pada tahun 2010.  Prestasi pembayaran hutang awam pada tahun 2011 adalah sangat baik kerana baki hutang awam telah menurun RM25.01 juta manakala tunggakan bayaran balik pinjaman mencatatkan penurunan sejumlah RM604.97 juta.  Laporan Ketua Audit Negara juga mengesahkan bahawa dua komponen terpenting dalam hasil Kerajaan Negeri iaitu hasil cukai dan hasil bukan cukai masing-masing telah mencatatkan peningkatan sejumlah RM46.18 juta dan RM202.91 juta menjadikan RM517.74 juta dan RM674.06 juta pada tahun 2010 berbanding dengan hanya RM471.56 juta dan RM471.15 juta pada tahun 2009.

Analisis audit juga menunjukkan hasil cukai dan hasil bukan cukai mencatatkan peningkatan yang menyumbang kepada peningkatan hasil secara keseluruhan iaitu sejumlah RM62.5 juta menjadi RM1.6 bilion pada tahun 2011 berbanding RM1.5 bilion pada tahun 2010.  Analisis trend mendapati hasil Kerajaan Negeri mencatatkan peningkatan yang konsisten dari RM1.2 bilion pada tahun 2007 kepada RM1.8 bilion pada tahun 2009.

Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker, saya tidak perlu mengulangi angka dan statistik ekonomi negeri yang telah digariskan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dalam ucapan Belanjawan 2013 yang sekali gus mengesahkan bahawa asas ekonomi Negeri Selangor amat kukuh dan pengurusan kewangan yang berhemah.  Maka saya yakin unjuran yang dibuat bagi 2013 juga adalah realistik berdasarkan senario ekonomi global dan serantau yang akan memberi kesan langsung kepada ekonomi domestik termasuk Negeri Selangor.

Maka peringatan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar di dalam ucapan Belanjawan baru-baru ini juga bertepatan dengan peringatan Nabi Yusuf a.s. iaitu tujuh tahun yang subur dan dituruti dengan tujuh tahun kemarau. Seven fat years and seven thin years.  Apabila Allah menganugerahkan sedikit kemewahan melalui kepimpinan yang amanah maka kita janganlah alpa dan janganlah kita boros di dalam urusan perbelanjaan.  Namun pengurusan ekonomi yang berhemah bukan sahaja diukur daripada keupayaan untuk meningkatkan pendapatan dan rizab yang kukuh tetapi kita juga harus berbelanja secara berhemah dan menumpukan kepada usaha ekonomi yang akan memberi kesan gandaan ataupun multiply effect di dalam ekonomi domestik khususnya di Negeri Selangor.

Sudah tentulah belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar mempunyai perbezaan yang agak ketara dengan bajet yang dibentangkan oleh kerajaan Persekutuan di mana Menteri Kewangan telah gagal untuk mengemukakan dasar-dasar fiskal yang dapat membetulkan struktur ekonomi negara. Kebimbangan rakyat Negeri Selangor bertambah parah apabila pengumuman yang telah dibuat oleh Menteri Kewangan termasuk imbuhan-imbuhan kecil dan juga sogokan politik di dalam pilihan raya yang ke 13 tidak mengambil kira beban hutang negara yang semakin membengkak malahan pengumuman yang dibuat juga tidak mempunyai multiply effect ataupun kesan berganda untuk merancakkan kegiatan ekonomi.

Langkah-langkah fiskal yang perlu diambil untuk mengurangkan hutang negara dengan lebih effective tidak langsung dibincangkan dalam bajet Persekutuan termasuk usaha-usaha untuk menjamin pertumbuhan ekonomi yang lestari dan menjamin pengagihan kit ekonomi secara adil dan saksama.  Dalam usaha mengekalkan ekonomi yang semakin malap, kita tidak boleh bersandarkan kepada angka unjuran dan statistik semata-mata akan tetapi isu governance ataupun tata kelola yang baik ketirisan atau leakages kebocoran pembaziran akauntabiliti dan ketelusan merupakan paksi penting dalam belanjawan sesebuah negara.

Inilah yang cuba ditonjolkan di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar.  Bajet 2013 Kerajaan Persekutuan juga gagal mengungkapkan unjuran serta situasi ekonomi global.  Kegagalan ini boleh menyumbang kepada kemungkinan unjuran yang terkandung dalam belanjawan 2013 Kerajaan Persekutuan akan mengalami nasib yang sama iaitu tersasar daripada unjuran asal.  Kita harus sedar bahawa ekonomi Malaysia adalah ekonomi yang terbuka dan sudah tentu ianya mempunyai kesan langsung akibat ekonomi global yang tidak menentu.  Dan kegagalan untuk mengungkap situasi ekonomi global ini pastinya akan menjejaskan keupayaan ekonomi domestik untuk menjana pertumbuhan yang lestari demi kepentingan masa depan.

Justeru itu di dalam mukadimah saya sebentar tadi saya telah menyatakan bahawa saya yakin unjuran yang dibuat bagi tahun 2013 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar adalah realistik kerana beliau berasaskan kepada senario ekonomi global dan juga serantau yang pastinya akan memberi kesan langsung kepada ekonomi domestik.

Saya juga menyentuh kebimbangan rakyat Negeri Selangor dan rakyat Malaysia keseluruhannya terhadap hutang negara yang semakin membengkak yang pastinya juga akan memberi kesan kepada prestasi ekonomi negeri-negeri di dalam negara kita termasuk Negeri Selangor.  Dalam perbahasan di Parlimen baru-baru ini saya telah memetik laporan Market Watch yang menyatakan bahawa Filipina dan Indonesia hari ini dilihat muncul sebagai Harimau Ekonomi Asia Tenggara yang baru dan amat malang sekali Malaysia kedudukannya jauh di belakang.  Contoh yang diberikan hutang Kerajaan Persekutuan Indonesia sekitar 25% daripada KDNK dan Filipina pula sekitar 41% daripada KDNK.  Manakala hutang negara kita Malaysia sudah hampir mencecah 55% daripada KDNK.

Menteri Kewangan telah menyentuh isu KDNK dengan menyatakan pertumbuhan ekonomi negara akan berkembang pada kadar 4.5% sehingga 5.5% dan melepasi paras RM1 trilion.  Namun Kerajaan Persekutuan gagal untuk menerangkan bahawa kedudukan KDNK sesebuah negara bergantung kuat kepada prestasi ekonomi negara yang menyumbang ke arah ekonomi negara yang lebih baik.  Kita tidak dapat menyangkal fakta bahawa Negeri Selangor merupakan penyumbang terbesar iaitu 23% daripada KDNK hasil daripada tata kelola pentadbiran yang cekap, baik dan amanah yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar.

Malangnya Selangor hanya menerima sejumlah RM367 juta untuk tempoh daripada Januari 2012 sehingga September 2012.  Saya ingin mengulangi kenyataan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar di dalam Belanjawan 2013, di para 43 yang menegaskan bahawa Negeri Selangor terus kekal menjadi penyumbang terbesar kepada KDNK Malaysia melebihi 20% dari tahun 2008 hingga 2012.  Tetapi seperti yang saya nyatakan tadi pemberian yang dibuat oleh Kerajaan Pusat jauh lebih rendah daripada apa yang telah kita sumbangkan kepada Kerajaan Pusat.

Walau bagaimanapun Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker, saya ingin mengajak Ahli-Ahli Yang Berhormat dan juga Kerajaan Negeri untuk tidak meremehkan teguran dan dapatan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara.  Namun saya gembira dengan komitmen Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar ketika menjawab soalan lisan saya pada 19 November yang lalu bahawa kerajaan negeri cukup komited untuk memastikan bahawa segala teguran dan pemerhatian oleh Ketua Audit Negara akan diambil tindakan untuk membetulkan kelemahan-kelemahan dan mengambil tindakan pencegahan bagi memastikan kelemahan yang sama tidak berulang pada masa yang akan datang.

Antara teguran yang dibuat oleh Ketua Audit Negara ialah berhubung Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di mana projek Perhutanan Semula di Hutan Simpan Rantau Panjang dan Hutan Simpan Bukit Tarek.  Antara penemuan yang telah dibuat oleh Audit adalah kelewatan penyediaan Rancangan Penanaman Pokok yang tidak mengikut kelulusan, tanah lewat di pajak, pokok lewat ditanam selepas perjanjian ditandatangani, tunggakan hutang syarikat pemajak belum dikutip, pelantikan syarikat pemajak tidak teratur dan kekurangan pemantauan.  Ini adalah teguran-teguran yang telah dibuat oleh Ketua Audit Negara di dalam laporan yang telah dibentangkan di dewan ini dan juga di dalam Parlimen.

Saya juga ingin mengingatkan Dewan bahawa sebelum laporan Ketua Audit Negara ini dibentangkan saya pernah membahaskan perkara yang sama di dalam Dewan Negeri Selangor ini ketika membahaskan Belanjawan 2012, saya telah memohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri berhubung status pulangan kepada Kerajaan Negeri berhubung projek menghutan semula kawasan akasia dengan projek tanaman sentang dan jati di Hutan Simpan Bukit Tarek dan Hutan Simpan Rantau Panjang, Daerah Hulu Selangor.  Daripada maklum balas yang saya terima saya mendapati bahawa pada 22 Februari 2001, Kerajaan Negeri telah menandatangani perjanjian konsesi dan pajakan dengan PKPS di mana PKPS diberi konsesi tanah Hutan Simpan Bukit Tarek seluas 5,000 hektar dan Hutan Simpan Rantau Panjang seluas 5,000 hektar untuk tempoh pajakan selama 60 tahun.  Antara perhutanan semula dijalankan oleh PKPS dengan usaha sama 7 syarikat swasta.

Antara syarikat swasta yang mendapat konsesi ini ialah Syarikat Sharedders Forrest Management Sdn Bhd untuk kerja penanaman pokok jati.  Salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat ini ialah Tan Sri Dato’ Seri Sanusi Junid.  Syarikat ini telah diberi konsesi tanah Hutan Simpan Bukit Tarek seluas 5,000 hektar untuk tempoh pajakan selama 50 tahun.  Syarikat lain yang mendapat konsesi tanah Hutan Simpan Rantau Panjang seluas 1,000 hektar untuk tempoh pajakan selama 50 tahun ialah Syarikat In & Out Plantation Management Sdn Bhd.  Ahli Lembaga Pengarah Syarikat In & Out, dia In & Out yang mewakili syarikat ini menandatangani perjanjian konsesi dengan PKPS pada 16 Mei 2002 ialah Dato’ Abdul Rahman bin Palil (dewan menepuk meja).  Saya difahamkan maklumat kelulusan pemberian konsesi tanah seluas 1,000 hektar kepada Syarikat In & Out Plantation Management Sdn Bhd sudah tidak dapat dikesan di PKPS.

Syarikat-syarikat lain yang mendapat konsesi di Hutan Simpan Bukit Tarek dan Hutan Simpan Rantau Panjang adalah Syarikat Mega Forest Plantation Management Sdn Bhd 1,000 hektar.  Bagi kerja menanam pokok sentang Syarikat Mewah Ikhtiar Sdn Bhd 660 hektar, Syarikat Ekomurni Sdn Bhd 80 hektar, Syarikat Kayangan Rampai Sdn Bhd 100 hektar dan Syarikat Tropical Presentation Sdn Bhd 1,144 hektar.

Perjanjian konsesi di antara PKPS dan syarikat-syarikat pemajak telah menetapkan kadar pajakan royalti balak, hasil ladang termasuk cukai yang perlu dibayar kepada Jabatan Perhutanan Negeri. Menurut semakan awal saya unjuran pendapatan PKPS berbanding dengan syarikat pemajak menunjukkan untuk tempoh lebih daripada 20 tahun, PKPS akan mendapat pulangan sebanyak RM47 juta bagi pajakan tanah seluas 10,000 hektar manakala syarikat pemajak dijangka mendapat keuntungan lebih daripada RM400 juta.  Maka sekali lagi saya ingin mendapat penjelasan daripada Kerajaan Negeri bagaimana perjanjian yang ditandatangani oleh PKPS dengan syarikat pemajak bersifat berat sebelah dan tidak memberi pulangan yang adil kepada Kerajaan Negeri.

Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memperbetulkan ketempangan dan penyelewengan yang berlaku dalam penganugerahan konsesi tanah di kedua-dua hutan simpan ini.  Dan sekarang Ketua Audit Negara sendiri telah menimbulkan perkara ini dalam laporan yang baru dibentangkan.  Saya difahamkan bahawa jumlah keseluruhan bayaran yang telah diterima oleh PKPS sehingga bulan Oktober 2009 bagi program perhutanan semula Hutan Simpan Bukit Tarek dan Hutan Simpan Rantau Panjang adalah lebih kurang RM700,000.00 sahaja.  Bagaimana konsesi tanah seluas 10,000 hektar untuk pajakan selama 60 tahun memberikan pulangan kepada kerajaan negeri hanya RM700,000.00 sahaja.

Satu lagi teguran yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan negeri adalah berkenaan pendidikan industri YS Sdn Bhd atau pun universiti Selangor (UNISEL). Antara penemuan Audit adalah berkenaan kemudahan Universiti yang tidak diselenggarakan dengan sempurna.  Hal ini juga telah saya bangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini pada sesi yang lalu di mana Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd mengaut keuntungan ekoran perjanjian konsesi yang bersifat berat sebelah.  Maka Kerajaan Negeri perlu segera meneliti teguran yang dilakukan oleh Ketua Audit Negara serta melaksanakan tindakan yang sewajarnya termasuklah cadangan dan penegasan yang dibuat oleh Laporan Audit bahawa dengan izin saya quote mengikut consession agreement cadangan pembangunan bina, kendali dan pindah kediaman pelajar lelaki dan perempuan, pusat pelajar, pusat komuniti pelajar, taska dan kediaman kakitangan, kos pembaikan asrama siswi ini ditanggung oleh pemaju.

Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker, Belanjawan 2013 yang bertemakan Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia merupakan suatu pengiktirafan kepada pengurusan ekonomi dan kewangan negeri yang benar-benar telus, berakauntabiliti serta mengamalkan perbelanjaan yang berhemah.  Sebab itu saya bagi pihak rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat dan juga rakyat Negeri Selangor ingin mengucapkan penghargaan kepada Dato’ Menteri Besar yang telah mempertahankan rekod kewangan Negeri Selangor dengan membentangkan belanjawan berimbang selama lima tahun berturut-turut (dewan menepuk meja).  Namun seperti yang saya tegaskan tadi kita juga kena melihat semula kepada semangat perlembagaan Persekutuan oleh kerana Kerajaan Negeri merupakan penyumbang utama kepada KDNK Malaysia dengan satu jumlah yang cukup besar sebanyak 23%.

Maknanya setiap satu ringgit pendapatan Kerajaan Pusat 23 sen adalah sumbangan kerajaan Negeri Selangor kepada mereka.   Semangat perlembagaan persekutuan dengan jelas mengungkapkan Malaysia merupakan sebuah negara federelisma dan ianya adalah salah satu kepada asas kenegaraan.  Kalau kita merujuk kepada Senarai 1, Senarai 2 dan concurrent list atau senarai bersama menjadi garisan panduan kepada tanggungjawab bersama antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.

Federelisma harus dihayati sebagai sebuah negara yang tidak membenarkan kuasa mutlak oleh Kerajaan Persekutuan.  Maknanya setiap satu ringgit pendapatan Kerajaan Pusat 23 sen adalah sumbangan Kerajaan Negeri Selangor kepada mereka. Semangat Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mengungkapkan Malaysia merupakan sebuah negara federalism dan ianya adalah salah satu kepada asas kenegaraan, kalau kita merujuk kepada senarai satu, senarai dua, dan concurrent list atau senarai bersama menjadi garis panduan kepada tanggungjawab bersama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, federalism harus dihayati sebagai sebuah negara yang tidak membenarkan kuasa mutlak oleh Kerajaan Persekutuan tindakan Putrajaya menafikan hak Negeri Selangor merupakan satu tindakan yang mengkhianati semangat federalism ini namun saya agak kesal dan terkejut dengan kenyataan Ahli Parlimen dari Kota Belud, di dalam Parlimen baru-baru ini, yang mendakwa bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah pun menerima RM67 bilion daripada Kerajaan Pusat maka Kerajaan Negeri bertanggungjawab untuk menyangkal dakwaan ini yang saya kira amat mengelirukan dan tidak bertanggungjawab namun izinkan saya melihat sedikit kepada perkara yang telah dibangkitkan berdasarkan perbahasan saya di dalam Dewan Rakyat baru-baru ini, di mana saya telah mencerakinkan pemberian persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor mengikut perlembagaan yang sedia ada.

Saya mendapati ada tujuh jenis pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri, pertama pemberian jalan raya ataupun MARRIS, kedua pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup, ketiga pemberian bayaran perkhidmatan 10 peratus kerana penglibatan kakitangan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan projek-projek persekutuan, keempat pemberian perbelanjaan mengurus jabatan persekutuan secara bersama seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kemajuan Masyarakat dan Majlis Sukan Negeri, kelima pemberian tahunan ekoran pemberian Selangor menyerahkan Kuala Lumpur dan Putrajaya, keenam pemberian mengikut bilangan penduduk ataupun capitulation grant dan ketujuh pemberian pertambahan hasil.

Namun sehingga September 2012, Negeri Selangor hanya menerima RM364 juta malahan beberapa jenis pemberian persekutuan masih belum dibayar oleh Kerajaan Persekutuan, sebagai contoh, saya dimaklumkan pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi yang dianggarkan berjumlah RM16 juta sehingga hari ini masih belum diterima oleh Kerajaan Negeri Selangor, pemberian perbelanjaan mengurus jabatan persekutuan yang berjumlah RM31 juta masih belum diterima oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan Persekutuan juga gagal menyerahkan pemberian pertambahan hasil yang dianggarkan RM24 juta sehingga hari ini, dakwaan Ahli Parlimen Kota Belud, bahawa sebahagian besarnya adalah pembayaran, emolumen ataupun gaji kepada anggota perkhidmatan awam di  Negeri Selangor, perlu dijawab oleh Kerajaan Negeri kerana mengikut semakan saya pembayaran emolumen ataupun gaji oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri, tidak timbul sama sekali.  Saya juga ingin memohon kepada Kerajaan Negeri apakah tindakan  untuk memastikan Kerajaan Persekutuan membuat pemberian ini mengikut jadual yang telah ditetapkan saya juga ingin mengetahui berapakah jumlah besar yang patut diterima oleh Kerajaan Negeri mengikut jadual penerimaan pembayaran persekutuan, dan jumlah sebenar yang telah diterima oleh Kerajaan Negeri, sehingga hari ini dan juga berapakah jumlah tunggakan sehingga hari ini.

Untuk tujuan pembangunan saya sedia maklum bahawa wujud peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan pada setiap tahun melalui Kementerian dan agensi kerajaan, walau bagaimanapun penggunaannya harus di optimumkan melalui pelaksanaan pelbagai projek dan juga program yang telah dirancang di peringkat Kementerian dan juga agensi kerajaan dengan mematuhi peraturan kewangan yang ditetapkan.  Sebagai langkah untuk memperkukuhkan jentera penyelarasan perancangan dan juga pelaksanaan, Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan suatu agensi penyelaras iaitu Pejabat Pembangunan Negeri atau disebut ICU, yang berperanan untuk menyelaras, melaksana, memantau dan melihat dan menilai keberkesanan program dan projek Kerajaan Persekutuan di peringkat Negeri.

Untuk memastikan pemantauan pelaksanaan pembangunan dapat diselaraskan dengan berkesan Majlis Tindakan Negara, dibentuk di peringkat pusat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, manakala di peringkat Negeri Majlis Tindakan Negeri dipengerusikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar dan diurusetiakan oleh ICU Negeri, di peringkat pelaksanaan pula Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri pula dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri diwujudkan dan juga diurusetiakan oleh ICU Negeri, malangnya hal seperti ini tidak berlaku di Negeri Selangor, Majlis Tindakan Negeri, tidak mendapat kerjasama langsung daripada ICU Negeri,  maka Kerajaan Negeri telah menubuhkan semula Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri Selangor yang diurusetiakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri ataupun UPEN dan tidak mendapat kerjasama dari ICU Negeri Selangor di mana senarai projek-projek Persekutuan yang dilaksanakan di Selangor tidak diberikan kepada Kerajaan Negeri, bagi tujuan pemantauan dan ianya berlaku semenjak tahun 2008, bagi saya ini adalah satu pengkhianatan, kepada prinsip dan semangat federalism yang menjadi asas pentadbiran Negara ini.  Sebagai contoh pembinaan jambatan merentasi Sungai Kelang, projek yang menelan belanja sebanyak RM235 juta ini adalah kerja-kerja menaik taraf jalan sepanjang lima kilometer termasuk satu jejambat untuk menghubungkan Kelang Selatan dan Kelang Utara, yang akan menyambungkan jalan MRP ke lebuh raya Shapadu.

Seperti yang telah dinyatakan oleh YAB Dato’ Menteri Besar, projek ini telah pun dilancarkan pada 4 Mac 2008 hanya beberapa hari sebelum pilihanraya umum yang ke-12 dan projek ini telah diumumkan dan dilancarkan pelaksanaannya oleh Menteri Kerja Raya pada ketika itu Dato’ Seri S.Samy Vellu, dan turut dihadiri oleh Dato Menteri Besar Selangor pada ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Saya petik kata-kata Dato’ Seri S Samy Vellu, dengan code “the plan and desiring for the project has been complete and the tender will be call soon” itu kata-kata Samy Vellu.  Dia juga mengatakan bahawa ‘the third bridge is to be built over the Klang river here under a RM230 million project to be completed and in two and half years. Work on the project which would form apart of the Klang ring road is to begin in four months’ maknanya kalau dilancarkan Mac 2008 kerja-kerja ini akan bermula pada Jun 2008 dan dijangka siap dalam tempoh 2 setengah tahun, maknanya tahun 2010 jambatan telah pun siap.   Tapi seperti yang dikatakan oleh Dato’ Menteri Besar tiang pun tak nampak sehingga hari ini sehingga mendesak Kerajaan Negeri mengeluarkan peruntukan bagi kepentingan rakyat.

Y.B. TUAN NG SUEE LIM:    Puan Timbalan Speaker, saya minta penjelasan daripada Y.B. Bukit Antarabangsa berkenaan dengan isu yang dibangkitkan tentang Jambatan Tiga ini, upacara pecah tanah telah dilakukan dan akan disiapkan bila?

Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI:     Dua setengah tahun

Y.B. TUAN NG SUEE LIM: Dua setengah tahun tetapi sampai hari ini tidak dilakukan ‘janji ditepati’ jadi ’janji capati’, maka dengan itu apakah Y.B. bercadang minta Barisan Nasional Samy Vellu bersama pihak pembangkang di sebelah sana, wajib minta maaf kepada seluruh rakyat Negeri Selangor Dan Malaysia, setuju atau tidak

Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI:   Terima kasih, Sekinchan sebab itu tema ‘janji ditepati’ ini tak boleh pakai saya lihat kenyataan Seri Serdang semalam mengatakan projek ini terbengkalai sebab Barisan Nasional kalah, kalau Barisan Nasional menang di Negeri Selangor projek ini telah siap ini kata-kata yang tidak berapa waras kerana projek pembinaan jambatan adalah projek Kerajaan Pusat dan di peringkat persekutuan Barisan Nasional masih menang setakat hari ini bulan depan belum tentu, bila dah menang laksanakan tanggungjawab untuk membina jambatan ini, mengapa tidak dibina dan ini adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan selaras dengan semangat federalism yang telah saya kupas sebelum itu

Y.B. TUAN MAT SHUHAIMI BIN SHAFIEI:    Mencelah Bukit Antarabangsa, terima kasih semalam ini lah perkara yang saya cuba sebutkan dan saya telah sampaikan kepada Ketua Pembangkang Dun Selangor, tetapi malang sekali beliau mengatakan yang jambatan itu dijanjikan oleh pihak Kerajaan Negeri padahal dalam kenyataan yang disebut oleh Y.B. tadi ianya dikeluarkan oleh mulut seorang Menteri Barisan Nasional jadi soalan saya ialah disebabkan kegagalan ini dan jawapan yang diberikan oleh Ketua Pembangkang semalam wajar atau tidak kalau kita katakan Ketua Pembangkang Selangor ini adalah kepala pembohong dalam dewan ini kerana memberikan satu jawapan yang salah terlalu salah kerana seperti mana yang Y.B. sebutkan tadi quote kan tadi ianya dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Menteri Barisan Nasional.

Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI:    Terima kasih Seri Muda, saya bersetuju dan saya kira walaupun Seri Serdang ini pembangkang namun perbahasan di dalam dewan ini harus berdasarkan kepada fakta dan tidak mengelirukan.   Saya telah tegaskan dalam perbincangan awal prinsip federalism ini mesti disuburkan bagaimana Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dapat memainkan peranan apatah lagi bila kita melihat Selangor merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negara. Untuk makluman Sekinchan dan  juga Seri Muda bukan setakat jambatan ketiga yang diumumkan oleh Dato’ S. Samy Vellu pada 4 Mac 2008 oleh kerana kemaruk nak menang itu Dato’ Seri Samy Vellu juga in his speech on the launch the minister said that the ministry was planning a fourth bridge to facilitate users to the west coast expressway heading to the Klang and going from Klang to Banting.   

Maknanya bukan setakat jambatan ketiga dia lancar dan dia umum jambatan keempat, akhirnya mereka semua jatuh jambatan dalam pilihanraya yang lepas.  Jadi sebab itu saya berharap peranan ICU Negeri Selangor independent, profesional bersama-sama dengan Majlis Tindakan Negeri supaya kita boleh pantau projek-projek persekutuan kerana ini juga adalah wang rakyat sama ada membayar cukai di Negeri Selangor mahupun di negeri-negeri lain yang kita sumbangkan kepada KDNK dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk menyumbang balik kepada negeri berkenaan melalui projek-projek yang saya berikan contoh tadi.  Sebab itu saya menggesa Kerajaan Negeri untuk meminta Kerajaan Persekutuan untuk menyenaraikan projek yang dikatakan bernilai lebih RM60 bilion yang telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya kita buat audit terbuka dan melantik juruaudit bertauliah sebab rakyat Selangor nak lihat kalau benar Kerajaan Persekutuan telah salurkan RM60 bilion projek kepada Negeri Selangor kita nak tahu siapa yang dapat projek berkenaan dan kita juga nak tahu apakah projek-projek ini telah dibuat secara telus, tender terbuka dan berapa nilai kos projek-projek berkenaan dan saya percaya kalau ini dilakukan Kerajaan Negeri dapat melihat satu lagi pembohongan yang dibuat oleh Kerajaan Pusat dalam isu projek-projek persekutuan.

Saya juga terpanggil untuk membicarakan soal air di Negeri Selangor kerana pada 30 Oktober 2012 yang lalu saya berkesempatan untuk berbahas secara langsung dengan Y.B. Dato’ Seri Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air di dalam Dewan Rakyat berhubung isu air di Negeri Selangor.

Saya agak terkilan apabila Y.B. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan bahawa Kerajaan Negeri tidak ada kemampuan untuk melaksanakan model holistik dalam usaha untuk menstrukturkan semula industri perkhidmatan air dan yang kedua, Y.B. Menteri dan Timbalan Menteri menegaskan bahawa apabila Kerajaan Negeri melakukan program mitigasi itu secara langsung mengesahkan berlakunya krisis air di Negeri Selangor.

Izinkan saya Y.B. Puan Timbalan Speaker untuk menyatakan di dewan yang mulia ini bahawa perkara ini sekali lagi perlu diterangkan dan dijelaskan oleh Kerajaan Negeri,  khususnya apabila terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian dan juga pihak UMNO dan Barisan Nasional yang amat mengelirukan dan saya percaya tujuan mereka memang untuk mengelirukan rakyat menjelang pilihan raya yang akan datang dan Kerajaan Negeri Selangor saya percaya cukup komited untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Selangor ke arah perkhidmatan yang holistik, berdaya maju dan affordable  tariff untuk pengguna.

Cuma saya nyatakan kepada Y.B. Menteri pada ketika itu ia mestilah berasaskan kepada dua prinsip, pertama mestilah mematuhi undang-undang dan yang keduanya mestilah memberikan kebaikan dan tidak membebankan kepada pengguna khususnya di Negeri Selangor,  Kuala Lumpur dan juga Putrajaya.  Pada hari ini malangnya kementerian Tenaga Teknologi Air dan, Teknologi Hijau dan Air ini, saya melihat mereka bukan mempertahankan rakyat, tetapi mereka mempertahankan syarikat-syarikat kroni sahaja.  Kita telah meminta dan saya berharap Kerajaan Negeri terus mendesak kerajaan pusat untuk terikat dengan undang-undang yang sedia ada dalam menstrukturkan semula industri perkhidmatan air bertepatan dengan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 ataupun Akta 655 ataupun WSIA yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat yang memperjelaskan peranan Kerajaan Negeri sebagai peneraju industri perkhidmatan air.   Yang ini kita gagal memahami.

Sebenarnya sudah ada satu akta yang diluluskan oleh Dewan Rakyat yang disebut sebagai Akta 655, ataupun WSIA yang memperjelaskan peranan Kerajaan Negeri sebagai peneraju dalam industri perkhidmatan air dan apabila undang-undang ini diluluskan di dalam parlimen apa maknanya.  Maknanya Kerajaan Pusat sendiri mengaku bahawa program penswastaan industri perkhidmatan air ini telah gagal.  Industri perkhidmatan air yang diswastakan di Negeri Selangor ini kepada syarikat SYABAS secara tidak langsung diakui oleh Kerajaan Pusat telah gagal, maka Kerajaan Persekutuan sendiri membawa satu Rang Undang-Undang di dalam Parlimen untuk meluluskan WSIA ataupun Akta 655 ini yang mengembalikan semula hak kepada Kerajaan Negeri sebagai peneraju utama dalam industri perkhidmatan air dan kita di Negeri Selangor saya percaya Kerajaan Negeri juga cukup komited untuk menstrukturkan semula industri perkhidmatan air ini kerana apabila industri air ini diswastakan oleh Kerajaan Persekutuan dengan pentadbiran yang lama, ia terlalu fragmented ataupun celaru dan tidak efisien dan tarifnya kita sedia maklum terlalu tinggi membebankan pengguna dan rakyat Negeri Selangor.

Saya ingin memberi sedikit contoh, Kerajaan Pusat telah memberi kelulusan kepada SYABAS untuk menaikkan tarif air kepada 37% dalam tahun 2009 diikuti dengan kenaikan tambahan sebanyak 25% pada tahun 2012.   Sekiranya Pakatan Rakyat tidak diberikan amanah pada tahun 2008, tahun ini kadar tarif air di Negeri Selangor dinaikkan sebanyak 25% (tepuk meja) oleh kerajaan UMNO tetapi kalau kita lihat laungan mereka, di Batang Kali, di Permatang, hidup Melayu, rakyat didahulukan. Bagaimana mungkin rakyat Selangor boleh membayar satu tarif yang begitu tinggi pada tahun ini.  Air di Negeri Selangor dinaikkan lagi pada tahun 2015 sebanyak 20% dan 10% pada tahun 2018.  Ini bermakna pada tahun 2018 rakyat Negeri Selangor perlu membayar RM3.15 sen satu meter padu dan harga ini terus melonjak kepada RM3.83 sen pada tahun 2030.  Lebih mahal daripada minyak.  Puan Timbalan Speaker, lebih baik kita mandi minyak daripada kita mandi air supaya kita semua jadi orang minyak di Negeri Selangor ini.

Namun atas semua penjimatan ini apabila Pakatan Rakyat diberikan amanah tahun 2008, Y.A.B. Dato’ Menteri Besar meneliti perjanjian-perjanjian yang berat sebelah ini, yang lebih berpihak kepada kroni dan tidak berpihak kepada rakyat, maka Dato’ Menteri Besar telah memutuskan air bersih di Negeri Selangor ini adalah hak rakyat dan bukan hak syarikat.  Sebab itu beliau memberikan air percuma dan ia telah menjimatkan, yang ini juga harus dimaklumkan kepada rakyat Selangor.

Jumlah penjimatan yang telah dapat kita selamatkan semenjak Pakatan Rakyat diberikan amanah pada tahun 2008, jumlah yang dapat kita selamatkan ialah berjumlah RM500 juta dan saya percaya dan saya yakin Kerajaan Negeri akan terus mempertahankan prinsip ini walaupun pimpinan UMNO Negeri Selangor telah mengumumkan sekiranya UMNO menang dalam pilihan raya, mereka akan teruskan program pemberian air percuma.  Ini semua tidak masuk akal, dalam keadaan mereka menandatangani perjanjian dengan SYABAS dan syarikat-syarikat konsesi air, menetapkan tarif air yang tinggi, pada masa  yang sama mereka menjanjikan untuk memberikan air percuma. Samalah ….

Y.B. PUAN GAN PEI NEI:     Puan Speaker.

PUAN SPEAKER:   Rawang.

Y.B. PUAN GAN PEI NEI:    Puan Speaker. Nak minta penjelasan sedikit.  Saya ingin bertanya kepada Y.B. Bukit Antarabangsa, adakah logik kalau BN baru sekarang mereka janji kan, kalau dia menang dia tawarkan air percuma sedangkan sudah 50 lebih tahun mereka jadi kerajaan di Malaysia, sekarang baru dia nak tawarkan air percuma.

Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI:   Terima kasih Rawang.  Memang tak masuk akal sebab itu kita tak percaya.  Sama juga berlaku di Batu Caves baru-baru ini bila Perdana Menteri sendiri turun ke Batu Caves sempena sambutan Hari Deepavali. Dia mengumumkan kepada masyarakat yang beragama hindu di Batu Caves, sekiranya BN dikembalikan kuasa di Negeri Selangor, dia nak batalkan projek pembinaan kondominium 29 tingkat.  Dia yang lulus, tahun 2007, minggu lepas dia pergi umum dia nak batal.  Ini cerita apa.  Kalau Presiden UMNO boleh memperbodohkan orang India, apatah lagi Ketua UMNO cawangan (tepuk meja).  Jadi sebab rakyat Selangor, saya yakin mereka cukup matang untuk melihat pembohongan-pembohongan ini.

Saya juga ingin menyentuh tentang bahawa satu perkara yang besar, yang baru kita, bahawa Selangor akan berlaku krisis air, ini perdebatan kami di dalam Parlimen.  Apa yang menggembirakan ataupun mencelarukan keadaan ialah Timbalan Perdana Menteri, ha ni tadi Perdana Menteri, ni Timbalan pula, Timbalan Perdana Menteri telah membuat kenyataan bahawa krisis air di Negeri Selangor akan berlaku pada tahun 2014.  Tetapi pada 30 Oktober 2012,  Menteri dan Timbalan Menteri telah menyatakan bahawa krisis air akan berlaku pada tahun 2017.  Seolah-olah tarikh krisis ini dia disesuaikan dengan tarikh pembinaan Langat 2.

Dia tengok bila Langat 2 itu siap, ha itulah tarikh krisis air.  Timbalan Perdana Menteri membuat kenyataan terbuka krisis air Selangor berlaku pada tahun 2014 tetapi Menteri dan Timbalan Menteri menyatakan dalam Parlimen bahawa krisis air berlaku pada tahun 2017.  Maka saya bertanya apakah ini cuba disesuaikan dengan tarikh pembinaan Langat 2 sebab Kementerian menyatakan mereka memerlukan 3 hingga 4 tahun untuk menyiapkan Langat 2, maka kalau dibina tahun depan 2013, siap 4 tahun 2017, itulah tarikh krisis air Selangor. Ini sekali membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan dan kementerian tidak ada satu data dan kajian yang menyeluruh tentang tahap keupayaan dan penggunaan air di Negeri Selangor tetapi mereka berbicara bagi pihak SYABAS, bagi pihak kroni mereka menjelang pilihan raya yang akan datang.  Saya ingin berkongsi sedikit statistik yang dapat saya kutip dan teliti bagi perbincangan dan perbahasan kita di Dewan yang mulia ini.

Di Selangor ini kita ada 34 loji rawatan air dan keupayaan pengeluarannya ya, maknanya kapasiti untuk kita keluarkan air di 34 loji rawatan ini adalah sebanyak 4832 juta liter sehari.  Pengagihan air terawat kepada pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dikendalikan oleh SYABAS, iaitu keupayaan yang boleh diagihkan oleh SYABAS adalah  sebanyak 4436 juta liter sehari.  Purata permintaan air terawat oleh SYABAS adalah sebanyak 4384 juta liter sehari.  Maka kalau kita bandingkan kapasiti pengagihan sistem SYABAS, kita masih ada reserve sebanyak 1.2%.  Baik, Kementerian berhujah 1.2% adalah terlalu marginal.  Namun jika kita bandingkan dengan potensi pengeluaran oleh 34 loji rawatan air, reserve bekalan air adalah sebanyak 10.2% iaitu 4382 juta liter sehari keupayaan pengeluaran.  Ditolak dengan 4384 liter sehari iaitu permintaan, kita ada reserve sebanyak 10.2%.

Saya lulusan matematik.  Saya kira semua.  Jadi saya minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di dalam Parlimen, kalau ada percanggahan statistik, mari kita bincang.  Oleh sebab, Kementerian mendakwa mereka ada angka yang berbeza, kita juga ada angka yang berbeza dan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar telah menulis surat kepada Timbalan Perdana Menteri tidak berjawab sehingga hari ini.  Pada ketika itu, Menteri mencadangkan kalau begitu, mari kita buat makmal.  Jadi saya nak tanya apa pendirian Kerajaan Negeri tentang cadangan Kementerian untuk mengadakan makmal bagi membincangkan perkara ini.  Bagi saya ini adalah satu taktik untuk melengah-lengahkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air dan saya berharap Kerajaan Negeri kena bertegas tentang perkara ini bahawa kita yakin tidak akan berlaku krisis air.

Cuma satu perkara yang sering dipadamkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kementerian ialah isu air tidak berhasil, ataupun non-revenue water.  Untuk makluman dewan, saya melihat kepada perjanjian di antara, perjanjian konsesi ya, di antara Syabas dengan Kerajaan Pusat.  Di mana salah satu obligasi mereka ialah untuk menurunkan NRW.  Sekarang ini, jumlah penggunaan sebenar air di Negeri Selangor adalah sebanyak 2,957 juta liter sehari.  Ini bermakna terdapat kadar air tidak berhasil ataupun NRW sebanyak 32.6%.  Saya telah nyatakan tadi permintaan sebanyak 4,384 juta liter sehari tetapi penggunaan sebenar air hanya 2,957 juta liter sehari.  Ada perbezaan di situ sebanyak 32% atau 1427 juta liter sehari.  Maknanya, NRW ini, air tidak berhasil ini jumlahnya 1427 juta liter sehari.  Sedangkan kapasiti pengeluaran untuk loji rawatan air di Langat, yang sedang digembar-gemburkan oleh Kerajaan Persekutuan dan UMNO mesti laksanakan segera.  Mesti dibina segera.  Kapasiti Langat 2 hanya 1,137 juta liter sehari.   Sedangkan NRW, air yang bocor, paip air yang dicuri, yang tidak berhasil ini jumlahnya 1,427 juta liter sehari.  Mengapa tidak tangani NRW terlebih dahulu tetapi asyik mendesak untuk pembinaan Langat 2?  Tidak lain dan tidak bukan, mereka sudah kenal pasti kontrak ini akan diberikan kepada kroni-kroni UMNO menjelang pilihan raya.

Walaupun Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan Kerajaan Persekutuan akan terus membuka tender terbuka untuk menganugerahkan projek ini, saya akan mempertahankan pendirian Y.A.B. Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Negeri, kita tidak akan membenarkan pembinaan Langat 2 dalam masa yang terdekat ini.  Kerana kita yakin ia bukan penyelesaian yang terbaik.

Saya telah tegaskan NRW berjumlah 1427 juta liter.  Langat, kapasiti Langat 2 hanya 1,100 maka kita ada NRW, isu yang perlu kita tangani dan kita juga ada reserve 10% tadi.  Maka kalau kita boleh kurangkan NRW kepada 15% kita boleh selamatkan 20% ditambah dengan reserve tadi 10% maknanya kita ada lebihan 30% maka untuk masa ini tidak ada keperluan mendesak untuk..

Y.B. TUAN WONG KOON MUN:    Tuan Speaker

Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI: Loji rawatan air Langat 2.

Y.B. TUAN WONG KOON MUN: Boleh saya celah sikit.  Saya nak tanya tadi di sesi pertanyaan bahawa Y.A.B. Dato’ Menteri Besar dia kata dia tak ada masalah.  Tak ada halangan.  Mengapa sekarang daripada Ketua Parti Keadilan, kata ia tidak dibenarkan?  Yang mana satu yang betul?

Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI: Dua-dua betul.  Lain kali dengar betul-betul.  Baru dapat maklumat betul.  Saya telah nyatakan tadi.  Kita tidak ada halangan dalam pembinaan Langat 2.  Dan Menteri Besar sebut yang sama.  Bukan kerana kita menolak projek Langat 2, saya ada dalam nota saya.  Dan saya sebut di dalam Parlimen Kerajaan Negeri tidak menolak, malahan saya ingat keperluan untuk pembinaan Langat 2.  Kita tidak menolak.  Tetapi bukan pada hari ini.  Bukan kerana ada krisis air esok ataupun 2014 ataupun 2017.  Mungkin ada keperluan untuk pembinaan Langat 2 10 tahun yang akan datang ataupun 15 tahun yang akan datang.  Tetapi jangan digunakan alasan Langat 2 itu untuk mendesak Kerajaan Negeri memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air.

Bagi kita, penstrukturan semula industri perkhidmatan air mesti dimuktamadkan sekarang.  Tetapi jangan dikaitkan dengan Langat 2 kerana tidak berlaku krisis air kalau kita memberikan fokus kepada isu besar iaitu isu NRW sekarang ini 32.6%.  Dan kalau Yang Berhormat Kuala Kubu melihat perjanjian konsesi di antara kerajaan pusat dengan SYABAS,  salah satu syaratnya ialah, SYABAS mesti menurunkan kadar NRW sehingga 15% menjelang tahun 2015.  Itu di dalam perjanjian.  Maka sekarang ini sudah 2012, NRW masih 32%.  Kalau SYABAS ambil inisiatif untuk turunkan NRW kepada 15% maknanya kita sudah selamatkan air bersih 17% dan ditambah dengan ada reserve 10% di empangan, kita ada 27%.  Di mana keperluan untuk membina Langat 2 pada hari ini?  Kecuali ada alasan-alasan lain bagi kepentingan kroni.

Y.B. TUAN SULAIMAN BIN HAJI ABDUL RAZAK:   Boleh?

Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI:    Ya.

Y.B. TUAN SULAIMAN BIN HAJI ABDUL RAZAK: Bukit Antarabangsa, ya, terima kasih.  Saya ada dengar ucapan Bukit Antarabangsa mengenai isu air, bukan sidang yang lepas, mungkin 2 – 3 sidang yang lepas.  Yang Berhormat Bukit Antarabangsa ada pernah membuat kritikan kepada SYABAS.   Saya masih ingat dan mungkin kita boleh semak di hansard.  Yang Berhormat Bukit Antarabangsa pernah sebut kata SYABAS mendapat soft loan daripada Kerajaan Persekutuan lebih kurang kalau tak silap saya RM300 juta.  Kerana SYABAS ada keperluan untuk menangani masalah NRW.  Dan waktu itu Yang Berhormat Bukit Antarabangsa nyatakan bahawa inilah Kerajaan Persekutuan bagi kroni pinjaman soft loan.  Sedangkan waktu yang sama hari ini, Bukit Antarabangsa memberikan beban itu kepada SYABAS.  SYABAS hanyalah sebuah syarikat yang mengendalikan operasi air yang membeli dari Kerajaan Negeri dan mengedarkan.  Yang bertanggungjawab sepatutnya untuk NRW ini ditanggung oleh Kerajaan Negeri.  Jadi Yang Berhormat nampaknya hari ini dok kritik SYABAS dulu waktu SYABAS mohon loan dan NRW sudah dijalankan beberapa tahun yang dahulu.  Tahun 2005, 2006, 2007 SYABAS ada menjalankan kerja-kerja NRW.  Tapi kenapa hari ini Yang Berhormat pusing pula cerita bahawa bila dapat loan, sebab SYABAS dapat loan daripada mana untuk kerja-kerja NRW.

Sepatutnya Kerajaan Negeri tampil sediakan dana dan dilaksanakan NRW ni kalau SYABAS jadi kontraktor, dia buatlah, kalau tak lantik orang lain untuk dia laksanakan kerja-kerja NRW.  Sebab isu air ini bukan isu SYABAS, isu ini ialah isu Kerajaan Negeri.  Menyediakan air terawat ialah tanggungjawab Kerajaan Negeri termasuk air mentah.  Cuba tengok, ini saya ingat, yang saya ingat Yang Berhormat pun confused dalam isu ini.  Dan NRW bukan isu yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang singkat, bukan dalam tempoh setahun.  Yang Berhormat kena tahu, nak tukar paip air yang melalui jalan, melalui highway, all the services yang ada di bawah bukan perkara yang boleh diselesaikan dalam tempoh 5 bulan, 6 bulan, setahun.  Dan kosnya terlalu besar.  Dan juga terpaksa dapatkan kelulusan daripada PBT-PBT.  Sebab kalau misal kata paip air yang sudah lama dah lebih dibina 20 tahun 30 tahun dahulu, pada masa itu tidak ada bangunan.  Sekarang sudah ada bangunan.  Dulu paip air yang menyalurkan air tidak ada highway, sekarang sudah ada highway, dan perkara itu memerlukan kos yang tinggi dan kenapa Syabas mesti dibebankan dengan isu ini.  Sepatutnya isu NRW ialah isu kerajaan negeri yang mesti sama-sama dan menolong menyelesaikan masalah ini.  Saya ingat Yang Berhormat kena tengok balik fakta itu.

Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI:    Terima kasih Yang Berhormat Permatang.

Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR:    Dari tadi Permatang tak membaca perjanjian.  Jadi saya dah baca.  Perjanjian itu tidak menyebut tentang adanya duit atau tak adanya duit.  SYABAS bertanggungjawab menyelesaikan masalah NRW.  Kalau tak boleh, SYABAS serahkan balik perjanjian itu kepada Kerajaan Negeri.  Itu, itu sebab Kerajaan Negeri sudah menulis surat kepada Syabas suruh memulangkan balik semua perjanjian itu kepada Kerajaan Negeri.  Itu sudah ditulis.  Jadi, jangan gunakan sebab itu.  Jadi maknanya ini bukan.  Kalau syarikat yang kita suruh tu, syarikat tak ada duit, tak ada kemampuan, itu salah negeri.  Negeri yang salah.  Kenapa negeri tak betulkan?  Takkan Syabas nak kata saya tak ada duit ?  Kenapa kita perlu supply kalau kita tak ada duit?  Dan jawapan saya, kalau dia tak ada duit, serahkan balik pada negeri supaya negeri cari duit.  Jadi jangan nak tolong orang yang tak boleh buat kerja.  Itu sebab Negeri Selangor ni selalu menolong orang, tetapi orang yang kita tolong tidak menolong rakyat Selangor.  Itu jawapannya.

Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI:   Terima kasih Yang Berhormat Ijok yang membantu saya pada kali ini.

Y.B. PUAN TIMBALAN SPEAKER: Teruskan Bukit Antarabangsa.

Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI:   Sebab itulah jangan cuba nak ganggu betapa solid nya Bukit Antarabangsa dan Ijok.  Saling bantu-membantu.  Sebenarnya, sebelum Y.A.B. Dato’ Menteri Besar memberikan penjelasan yang cukup jelas tadi, menegur Permatang untuk membaca perjanjian, saya dah sebut tadi.  Oleh sebab saya tahu Permatang tak membaca, saya peringatkan bahawa saya sebut kepada Permatang, saya sebut kepada Kuala Kubu Baru, bahawa di dalam perjanjian konsesi SYABAS dengan Kerajaan Pusat, menjadi obligasi SYABAS untuk menurunkan kadar NRW sehingga 15% menjelang tahun 2015.  Itu dalam perjanjian penswastaan.  Oleh sebab Permatang tak baca, saya tolong bacakan dan ingatkan.  Itu pun tak faham juga.  Itu yang Ijok mengamuk, masuk apa? Sebab, dahlah tak baca, dah beritahu tak faham pula.  Tu yang..yang keduanya, pandangan Permatang tadi, ini adalah tanggungjawab Kerajaan Negeri, tidak, sebab projek ini sudah diswastakan.  Sebab itu Y.A.B. Dato’ Menteri Besar telah menulis surat kepada Kerajaan Pusat mengatakan kalau SYABAS tak boleh menurunkan kadar NRW, tak boleh uruskan industri perkhidmatan air, pulangkan balik.  Dan kita telah mendapat jawapan daripada kerajaan, daripada Kementerian, apabila kerajaan negeri memberikan nilai yang perlu dibayar kepada syarikat konsesi air yang sedia ada, kita ambil perhatian supaya kepentingan pengguna itu terjamin.  Yang kedua, semua pihak tidak akan rugi termasuk syarikat konsesi.  Dan Kementerian bersetuju di mana saya nak baca apa jawapan Kementerian.  Kementerian amat peka kepada implikasi dan kesan pengambilalihan aset dan tanggungan pada harga yang tinggi dan tidak cost effective.  Dia setuju, Kementerian setuju dengan Kerajaan Negeri, supaya syarikat konsesi ini jangan meletakkan harga yang terlalu tinggi.  Ia akan menyebabkan kadar sewa pajak yang tinggi dan akhirnya akan turut dirasai oleh pengguna melalui kadar tarif air yang tinggi.  Oleh yang demikian, Kementerian ini akan memastikan keadaan tersebut tidak berlaku semasa proses pengambilalihan aset dan tanggungan air terutamanya yang melibatkan syarikat konsesi air.

Tetapi sehingga ke hari ini kesemua 3 syarikat konsesi air berdegil kerana mahu menuntut pampasan yang di luar jangkaan kita termasuk isu paip dan isu aset-aset yang lain.  Jadi, Permatang kena faham walaupun saya dah nyatakan tadi dan saya sudah jelaskan tadi, mengapa Kerajaan Persekutuan membawa satu akta baru di dalam Parlimen di dalam tahun 2005, tidak silap saya, untuk meluluskan akta industri perkhidmatan air ataupun WSIA ini ataupun disebut Akta 655 kerana Kerajaan Persekutuan tahu penswastaan yang mereka lakukan sebelum ini telah gagal kerana breach kepada syarikat-syarikat untuk menjalankan industri air ini gagal maka WSIA ini dengan jelas memberi definisi tentang peranan Kerajaan Negeri iaitu Kerajaan Negeri berhak menerajui industri perkhidmatan air.  Jadi jelas.  Cuma persoalan kita mengapa Kerajaan Negeri Selangor sekarang dihukum tidak dapat menerajui industri air.  Sedangkan Permatang, saya nak bongkarlah pada hari ini, bahawa, jemaah Menteri Kabinet yang bersidang pada 16 Januari 2008.  Kabinet bersidang dan meluluskan bahawa kerajaan negeri Selangor dibenarkan menerajui industri perkhidmatan air.  Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air keluarkan surat bertarikh 11 Februari 2008 kepada Kerajaan Negeri Selangor.  Dan merujukkan keputusan Jemaah Menteri.  Saya nak baca.

Kementerian Teknologi Tenaga Hijau dan Air, surat bertarikh 11 Februari 2008, telah memaklumkan Kerajaan Negeri Selangor bahawa melalui Mesyuarat Jemaah Menteri, pada 16 Januari 2008, telah menimbang dan memutuskan supaya Kerajaan Negeri Selangor diberikan hak untuk menyelenggara rawatan dan pembekalan air di negeri Selangor.

Yang kedua, Kerajaan Negeri Selangor, bekerjasama dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air dan pengurusan Aset Air Berhad dalam melaksanakan penstrukturan semula perkhidmatan air di Negeri Selangor.

Itu pada 11Februari 2008. sebulan selepas itu, kalah, terus Kementerian tidak mengambil tindakan seperti yang diluluskan. Bila saya tanya kepada Dato’ Seri Peter Chin di dalam Parlimen, apa kata Dato’ Seri Peter Chin.  Dia jawab, saya ada hansard di sini, dia kata, saya tidak tahu, ketika itu saya belum menteri. Apa punya jawapan. Ini bukan soal kamu menteri atau kamu bukan menteri. Ini soal dasar, Kerajaan Persekutuan. Keputusan Jemaah Menteri Kabinet.  Apakah sebagai menteri, kamu tak boleh merujuk keputusan  yang telah diputuskan. Mengapa Negeri Perak diberikan, Melaka diberikan, Negeri Sembilan diberikan, mengapa Selangor di anak tirikan. Sedangkan Jemaah Menteri Kabinet telah meluluskan pada 16 Januari 2008.  Tapi sebulan selepas itu, bila UMNO kalah, tewas, rakyat Selangor di hukum, dengan satu hukuman yang tidak adil dan saya berharap rakyat Selangor akan terus mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja di Selangor tetapi di Putrajaya, Insya-Allah. (Tepuk) Supaya kita boleh selesaikan masalah air ini dengan lebih cekap.

Saya nak teruskan perbincangan tentang isu perumahan, kerana banyak teguran yang dibuat oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab kononnya, khususnya PKNS  menjadi serangan.  Bukit Botak pun, PKNS jadi mangsa.  Baru-baru ini PKNS menjadi mangsa kononnya kita nak jual aset kepada orang bukan Melayu.  Dakwaan ini dibuat oleh Menteri. Dakwaan ini dibuat oleh seorang Menteri Kabinet. Namanya Dato’ Seri Noh Omar. Saya percaya  kita kenal Dato’ Seri Noh Omar, sahabat karib kepada Sekinchan. Dia membuat dakwaan bahawa anak syarikat PKNS, iaitu Worldwide Holdings Berhad, yang dikatakan merancang untuk menjual sebahagian pegangan sahamnya bernilai RM150,000,000.00 kepada syarikat bukan Bumiputera. Ini satu dakwaan yang tidak berasas dan fitnah.  Sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS, saya tidak pernah dirujuk ataupun berbincang ada cadangan untuk menjual aset kepada bukan Bumiputera.

Untuk makluman Dewan, PKNS sekarang ini bukan PKNS 20 tahun dulu yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional. Semasa zaman Jahiliyah, PKNS sekarang ini, sudah berusia 48 tahun. Dan untuk makluman Dewan, PKNS mempunyai nilai semasa berjumlah RM4.5 bilion, dengan lima aktiviti teras utama, iaitu pembangunan tanah, pelaburan hartanah ataupun real estate, hospitality and leisure, perkhidmatan pengurusan alam sekitar, pegangan pelaburan termasuk penjana kuasa bebas IPP dan lebuh raya. So, kita ada lima teras, dan kita ada nilai semasa kita sekarang ini RM4.5 bilion. Sudah tentu dia menuntut kepada pengurusan yang lebih progresif tidak menggunakan mekanisme cara lama. Kita menggunakan pemikiran-pemikiran baru, bagaimana kita nak pastikan jumlah aset yang sebegini besar dapat diuruskan dengan lebih bertanggungjawab bagi menjana kepentingan bumiputera di Selangor.  Saya beri contoh, dan nak menegaskan bahawa kita tak ada rancangan nak menjual, kononnya Worldwide Holdings Berhad kepada mana pihak. Dan saya nak tegaskan sekali lagi Worldwide Holdings Berhad ini masih kekal milik penuh PKNS. Dan saya harap rakan-rakan dapat memberikan penjelasan.

Apa yang kita nak buat sekarang ialah ini satu usaha ataupun inisiatif korporat yang sedang dilaksanakan dengan menubuhkan syarikat milik penuh PKNS, masih milik penuh PKNS. Namanya PKNS Private Real Estate Company Sendirian Berhad. Pemiliknya seratus peratus PKNS.  Tak sapa pun yang boleh memiliki PKNS Private Real Estate Company ini. Dia milik penuh PKNS, dan apa yang kita buat sekarang ialah supaya lima aktiviti teras tadi dapat kita fokuskan supaya dalam usahanya dalam bidang pelaburan dan pengurusan hartanah, ia dari segi pengurusannya, dari segi efficient, kecekapannya, dapat lebih  terjamin dan saya percaya ia dapat melonjakkan lagi yield atau pendapatan bagi PKNS.  Dan saya juga nak bagi tahu wakil-wakil Noh Omar di sini, tolong fikir. Nak tubuhkan anak syarikat Private Real Estate Company ini, dan kita nak pindah milik aset ini, dia perlu dapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri. PKNS tak boleh buat sewenang-wenangnya. Sebagai sebuah perbadanan, kami terikat dengan beberapa akta yang memerlukan kelulusan daripada Jabatan Perdana Menteri dan juga Kementerian Kewangan.  Dan dalam usaha ini saya nak nyatakan di sini, Kementerian Kewangan telah pun memberi kelulusan bertulis pada 12 September 2012. Jadi jangan serang PKNS. Jangan buat dakwaan bahawa kami ini nak jual aset kepada bukan bumiputera. Ini semua nak main sentimen Melayu menjelang pilihan raya akan datang.

Satu tuduhan fitnah yang cukup memualkan. Dan saya berharap Kerajaan Negeri dalam penggulungan kena lebih tegas lagi, apakah peranan PKNS hari ini. Sewajarnya mengambil pendekatan yang lebih progresif kerana cabaran-cabaran hari ini. PKNS hari ini bukan macam PKNS dulu, dapat tanah percuma, premium tak perlu bayar. Begitu juga dengan syarikat-syarikat TALAM yang lain. Dapat tanah, premium tak bayar. Kita dapat sekangkang kera kena bayar premium. Tak bayar premium kena rampas. Tapi kalau tauke tak perlu bayar premium. Di mana keadilan dalam pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional. Jangan bicara soal keadilan dan pengagihan tanah, kalau kamu sendiri tidak adil kepada rakyat negeri Selangor ketika diberikan amanah. (Tepuk)

TUAN SPEAKER:   Bukit Antarabangsa, Batu Caves ingin mencelah.

Y.B. TUAN AMIRUDIN BIN SHARI: Belakang. Terima kasih. Saya kira dalam Dewan yang lalu kita telah membangkitkan beberapa isu berkenaan pengurusan PKNS. Dan salah satu contoh peningkatan yang dibuat ialah mengurus tadbir dan tidak lagi PKNS dipaksa untuk membeli tanah-tanah  daripada syarikat-syarikat untuk memberi keuntungan sebagaimana yang telah dinikmati oleh Nikmat Inai Sendirian Berhad, yang mana 30 peratus daripada sahamnya dimiliki oleh Ketua Pembangkang sendiri pada masa itu.  Jadi adakah urus niaga itu ada lagi pada masa ini dan apa komen Ketua BBC ataupun Yang Berhormat Bukit Antarabangsa dalam isu yang saya bangkitkan ini. Terima kasih.

Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI :   Terima kasih Yang Berhormat Batu Caves. Saya bersetuju bahawa PKNS hari ini tidak seperti PKNS 10 tahun dulu ataupun 20 tahun dulu. Dulu PKNS dapat tanah sewenang-wenangnya, untuk dibangunkan, tetapi mereka mengadakan usaha sama dengan syarikat-syarikat kroni UMNO. Akhirnya projek terbengkalai ataupun pulangan kepada Kerajaan Negeri tidak setimpal dengan jumlah tanah yang di anugerahkan. Hari ini, untuk makluman Yang Berhormat Permatang sebagai wakil kepada Noh Omar, tolong bagi tahu PKNS tidak dapat lagi tanah-tanah percuma daripada Kerajaan Negeri.  Arahan Kerajaan Negeri hari ini, PKNS perlu bersaing dengan pemaju-pemaju yang lain. Kita kena bayar harga premium, seperti juga pihak-pihak yang lain.  Kerana PKNS hari ini dididik untuk maju ke hadapan bukan dengan sogokan dan bantuan mudah begitu tetapi dengan keupayaan, kapasiti untuk bersaing bukan saja pemaju di Negeri Selangor tetapi kami hari ini di cabar untuk juga bersaing dengan negara-negara luar.  Kita nak menjadikan PKNS ini sebagai pemaju hartanah yang terbilang bukan saja di negeri Selangor tetapi di rantau ini. Ini yang sedang kita lakukan.  Sebab itu pemikiran kita pendekatan kita, sudah tentulah berbeza dengan 10, 20 tahun yang lalu, dan ini cabaran yang kita buat, laksanakan. Tetapi saya memberi jaminan kita tidak akan korbankan kepentingan Melayu dan bumiputera di dalam negeri Selangor.  Saya, ya, Paya Jaras.

Y.B. DATO’ IR. MUHAMMAD BUSHRO BIN MAT JOHOR:   Terima kasih, Bukit Antarabangsa. Saya difahamkan oleh mengikut kata-kata Pengurus Perhubungan Awam PKNS, mengatakan bahawa restructuring, apa-apa yang dilakukan ini, aset PKNS ditubuhkan satu syarikat. Cuma saya ingin bertanya di sini syarikat yang dikendalikan anak syarikat tersebut, anak syarikat PKNS tersebut di mana difahamkan pengarahnya, pengarah asal telah bertukar kepada pengarah yang baru.  Cuma saya ingin bertanya, bahawa adakah saham-saham dalam syarikat tersebut masih dimiliki oleh bukan bumiputera, syarikat yang dinamakan tersebut seperti yang dinyatakan oleh Pengurus Perhubungan Awam PKNS.

Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI :  Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras, yang membangkitkan soal apabila syarikat itu diambil alih, pengarah-pengarah itu akan kekal, tidak. Untuk makluman Yang Berhormat Paya Jaras, proses pertukaran nama pengarah serta pemegang saham ini sedang diuruskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia ataupun SSM dan juga Setiausaha Syarikat yang mengambil sedikit masa untuk ditukarkan dan dipindahkan pemilik sahamnya dan pengarahnya kepada PKNS. Saya dah beri jaminan awal bahawa PKNS Private Real Estate Company Sendirian Berhad ini, akan dimiliki sepenuhnya oleh PKNS. Bukan individu apatah lagi bukan bumiputera. Cuma shell company yang kita ambil alih ini, sudah tentulah kita sedia maklum proses pertukaran nama pengarah dan pemilik saham yang akan diuruskan oleh Setiausaha Syarikat, mengambil sedikit masa tetapi akhirnya ianya akan merujuk kepada prinsip yang saya nyatakan dengan tegas tadi bahawa PKNS menjadi pemilik penuh kepada PREC ini. Saya juga nak menyentuh tentang kononnya kita korbankan kepentingan bumiputera, PKNS sekarang ini tidak lagi menjaga kepentingan bumiputera. Saya nak memberi sedikit statistik, beberapa aset PKNS yang kita ada sekarang. Wisma Yakin, ada lot perniagaan 35, 30 disewa kepada bumiputera, lot pejabat daripada 42, 29 unit ataupun 69 peratus disewa kepada bumiputera. Kompleks PKNS Kuala Selangor, lot perniagaan ada 31 unit, 27 disewa oleh bumiputera. Lot pejabat ada 18 unit, 18 unit disewa oleh bumiputera. Kompleks PKNS Shah Alam, lot perniagaan ada 271 unit, maaf, 317 unit, sebanyak 271 unit disewa kepada bumiputera, 86 peratus.  Begitu juga Kompleks PKNS Bangi, ada 81 lot perniagaan, 77 unit ataupun 95 peratus disewa kepada bumiputera.  Jadi saya berharap, dalam keghairahan Noh Omar nak jadi Menteri Besar, jangan tukar, tipu fakta dan membuat dakwaan seperti ini. Saya tahu, saya kira Permatang lebih layak dan Tanjung Sepat lebih layak. Jadi saya harap perkara ini dapat kita…

TUAN SPEAKER:  Yang Berhormat Bukit Antarabangsa, jam di dinding sudah menunjukkan pukul 1.00 tengah hari. Jadi perbahasan akan disambung semula pada jam 2.30 tengah hari. Dewan ditangguhkan.

 ( Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari )
—–
(Dewan disambung semula)

 (Puan Timbalan Speaker mempengerusikan mesyuarat)

PUAN TIMBALAN SPEAKER: Perbahasan disambung semula.  Silakan Bukit Antarabangsa.

Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI: Terima kasih Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker.  Saya ingin merumuskan perbahasan pada petang ini berhubung  ……………….

Y.B. TUAN NG SUEE LIM: Minta penjelasan, minta penjelasan tadi.

Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI: Sekejap bagi saya ………….

Y.B. TUAN NG SUEE LIM: Oh ok, ok.

Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI: Berhubung dakwaan dan tuduhan Noh Omar dan hulubalang-hulubalang UMNO terhadap PKNS yang saya kira melampau dan keterlaluan dan saya berani menyatakan bahawa ini adalah serangan untuk memancing undi orang-orang Melayu menjelang pilihan raya yang akan datang.  Saya telah tegaskan tentang cadangan PKNS untuk menubuhkan Private Real Estate Company ini yang mempunyai matlamat yang cukup jelas bagi PKNS menguruskan aset-aset komersialnya supaya tertumpu kepada satu entiti yang bertanggungjawab dalam memastikan aset komersial yang dimiliki oleh PKNS ini berdaya saing untuk faedah penyewa dan juga rakyat keseluruhannya.  Saya juga telah nyatakan bahawa pada masa ini nilai semasa aset PKNS bukan satu jumlah yang kecil.  Ianya telah mencecah RM4.5 bilion. Sudah tentulah ianya memerlukan satu pengurusan yang cekap, yang amanah, yang bertanggungjawab, yang akan memberikan pulangan kepada penyewa dan juga rakyat negeri Selangor.  Sudah tentulah dengan penubuhan PREC ini, antara tujuannya adalah untuk kita membaik pulih dan menaik taraf aset-aset yang dimiliki oleh PKNS dan dengan kerja-kerja pembaikan, kemudahan asas di dalam aset yang dimiliki oleh PKNS ini, ianya dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung dan sekali gus memberikan pulangan yang baik kepada penyewa dan juga penjual yang menyewa di premis-premis milik PKNS.

Y.B. TUAN NG SUEE LIM:    Puan Timbalan Speaker, minta mencelah sedikit.

PUAN TIMBALAN SPEAKER: Silakan Sekinchan.

Y.B. TUAN NG SUEE LIM:    Yang Berhormat Bukit Antarabangsa sebentar tadi telah berhujah dengan panjang lebar mengenai dengan niat jahat, serangan jahat daripada UMNO khususnya Menteri Pertanian, samseng Noh Omar di mana beliau telah mengeluarkan hujah menyerang PKNS.  Apa pandangan Yang Berhormat, sepatutnya sebagai seorang Menteri daripada Selangor, Menteri Pertanian, beliau sepatutnya memberi hujah-hujah, memberi pandangan, idea yang bernas kepada PKNS untuk membantu memajukan PKNS bukan mengeluarkan fakta-fakta yang tidak berasas.  Bukan fakta, auta, ya auta untuk menyerang PKNS, fitnah-fitnah kononnya menjual aset kepada bukan Melayu.  Saya  ni bukan Melayu, saya terasa.  Jadi saya nak tanya ya, sebagai Menteri sedemikian, belum cukup juga dengan serangan seperti ini.  Beliau juga gagal menyelesaikan isu skandal berkaitan dengan benih padi yang sah di mana RM168.4 juta benih padi dibolot oleh kroni Melayu yang kaya.  Melayu yang kaya, benih padi agih kepada mereka.  Pada masa yang sama, skandal juga berlaku di bawah Kementerian beliau.  Skandal tentang monopoli sarang burung walit……….

Y.B. DATO’ MOHD SHAMSUDIN BIN LIAS: Puan Speaker?

Y.B. TUAN NG SUEE LIM: Industri sarang burung walit menyebabkan sekarang penternak burung walit dalam keadaan susah dan Menteri sedemikian termasuk juga dalam soal tanah, tanah ternakan udang.  Jadi Menteri Pertanian tak jadi, jadi Menteri Udang.  Macam-macam lagilah.  Menteri ini memang cukup tertarik dengan berbagai skandal, maka dengan itu adakah wajar Menteri samseng ini, Noh Omar sepatutnya diminta letak jawatan?

Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI: Terima kasih Sekinchan.  Saya kira kalau inilah berlaku di negara-negara maju termasuk Korea Selatan, Taiwan, Jepun, dah lama dah dia letak jawatan kerana mengambil tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.  Namun kuasa di dalam sistem demokrasi ini ada di tangan rakyat.  Kalau dia tak mahu letak jawatan, kita letakkan dia dalam pilihan raya yang akan datang.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya juga ingin membuktikan bahawa peranan PKNS dalam membantu sosioekonomi bumiputera di negeri Selangor ini.  Mulai Mac 2008 sehingga Jun 2012, saya tidak bicara sebelum 2008.  Kalau dakwaan dan tuduhannya semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih, peranan PKNS itu juga telah beralih tidak lagi menumpukan kepada dukungan dan program sosioekonomi, ini juga satu tuduhan yang jahat dan tidak berasas.  Semenjak Mac 2008 sehingga Jun 2012, PKNS telah pun menganjurkan 13 program dalam usaha untuk membantu sosioekonomi bumiputera yang melibatkan 15,306 bumiputera sama ada secara individu atau pun syarikat.  Ianya mewakili 86% daripada program yang kita laksanakan.

Ini termasuk, sebagai contoh kontraktor, juru perunding, peguam, vendor,  peserta akademi dan juga satu lagi contoh yang wajar kita kongsi dalam Dewan ini.  Dalam tempoh yang sama, bilangan unit rumah dan kedai yang telah dijual oleh PKNS lebih 5,000 unit.  Daripada jumlah ini 4,261 atau pun 80% dijual kepada golongan bumiputera di negeri Selangor.  Jadi tidak timbul persoalan bahawa PKNS hari ini tidak  lagi memberikan tumpuan kepada usaha untuk membantu sosioekonomi bumiputera dan saya berharap rakan-rakan, ahli-ahli Yang Berhormat daripada UMNO dan Barisan Nasional supaya hentikan fitnah ini dan marilah kita sama-sama menumpukan usaha untuk melakukan perubahan yang lebih besar demi rakyat di negeri Selangor.

Saya juga nak merujuk, Puan Timbalan Speaker.  Ini jawapan rasmi yang saya terima daripada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia yang dihantar kepada saya ditandatangani oleh Dato’ Seri Peter Chin Fah Kui bertarikh 2 November 2012.  Antara lain yang dibangkitkan dalam surat rasmi daripada Kementerian ini ialah saya nak bacakan di sini.  Kementerian menuduh bahawa Kerajaan Negeri Selangor akhirnya mengakui bahawa adanya krisis air di negeri Selangor apabila Kerajaan Negeri bersetuju dalam program mitigasi 1 dan 2.  Ini saya harap Kerajaan Negeri dapat memberikan jawapan yang cukup tegas dalam Dewan ini.

Sekali lagi Menteri boleh berbohong dan mislead Dewan Rakyat dan hari ini saya bangkitkan di Dewan Undangan Negeri.  Saya baca apa yang disebut dalam Dewan Rakyat.  Ini oleh Menteri sendiri, the very fact, dengan izin Puan Pengerusi.  The very fact that you have agreed to the mitigasi 1 and 2, ini maksudnya you setuju kita masih tidak cukup air.  Ini jawapan Menteri.  Saya bangun untuk memberikan hujah dan meminta penjelasan.  Apa yang berlaku sebenarnya dan mungkin Y.A.B. Dato’ Menteri Besar boleh memberikan penjelasan yang lebih terperinci.  Apa yang berlaku ialah di negeri Selangor ini permintaan di sebelah utara itu tidak sebanyak jika dibandingkan dengan pengeluaran air yang dirawat.  Maka berlakulah program mitigasi ini untuk mengalihkan air daripada utara ke selatan negeri Selangor.

Saya juga menyatakan di sini bahawa program mitigasi ini untuk kita balance kan di antara pengeluaran dan permintaan.  Bukan kerana kita mengaku ada kekurangan air mentah atau pun air dirawat di negeri Selangor.  Saya telah menjelaskan dalam Dewan Rakyat sebab Kementerian mendakwa program mitigasi ini menelan kos yang besar RM606 juta.  Namun, program mitigasi ini bertujuan untuk menambah air atas Selangor, ini dakwaan Menteri tidak cukup air.  Tetapi kita kena jelas di sini, dalam Dewan ini bahawa program mitigasi ini merupakan intra state daripada Selangor ke Selangor.  Kalau dakwaannya Selangor tidak cukup air, maknanya air perlu dibawa daripada negeri Pahang atau pun luar negeri Selangor.  Tetapi kalau air itu dibawa dalam negeri Selangor daripada utara ke selatan atau pun intra state, di mana timbul dakwaan air tidak cukup.  Apa yang saya tegas tadi, pengeluaran air di utara Selangor itu lebih tinggi daripada permintaan.  Tetapi di selatan Selangor, pengeluarannya kurang daripada permintaan.

Apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk seimbangkan pengeluaran dan juga permintaan, maka lebihan air di utara itu dibawa ke selatan negeri Selangor.  Tetapi Menteri sanggup membuat kenyataan dalam Parlimen bahawa ini membuktikan kekurangan air.  Tidak logik, kalau tak cukup air kita bawa daripada Pahang.  Tetapi air kita bawa Selangor ke Selangor, utara ke selatan.  Atau pun intrastate.  Jadi saya harap Dato’ Menteri Besar dapat mengupas perkara ini dan buat rebuttal statement terhadap Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia yang menjadi jurucakap kepada SYABAS bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional.

Akhirnya, Yang Berhormat Puan Timbalan Speaker, saya ingin menyentuh tentang perumahan yang menjadi isu besar hari ini kerana bila saya membaca ucapan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar.  Dia meluluskan dengan menggunakan rizab negeri untuk tahun 2013 untuk Klang, Kerajaan Negeri bagi RM300 juta bina jambatan ketiga Klang.  Tapi untuk rumah mampu milik RM50 juta.  Jadi saya minta tinggikanlah, kalau boleh naikkan ke RM100 juta sekurang-kurangnya untuk perumahan mampu milik sebab jambatan di Klang ini Kerajaan Negeri akan dapat balik.  Mungkin bulan depan atau pun awal tahun depan apabila Pakatan Rakyat sampai Putrajaya.

Y.B. DATO’ SRI SUBAHAN BIN KAMAL: Puan Timbalan Speaker, minta, minta laluan.

Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI: Saya akan, nanti dulu, belum lagi, sekejap, sekejap.  Saya habiskan ayat dulu.  Takut dengar kita pergi Putrajaya.  Insya-Allah dalam masa terdekat ini kita akan luluskan, bayar balik.  Kalau Kerajaan Negeri belanja RM300 juta, kita bagi balik RM300 juta.  Jadi saya berharap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan usaha yang lebih agresif untuk membina rumah mampu milik bagi rakyat di negeri Selangor.  Terima kasih.

PUAN TIMBALAN SPEAKER: Baik.  Silakan Taman Templer.

Y.B. DATO’ SRI SUBAHAN BIN KAMAL: Puan Timbalan Speaker, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Bukit Antarabangsa.  Nampaknya kali pertamalah dalam lima (5) tahun saya menjadi ahli Dewan Negeri ini, pandangan yang begitu bernas kerana adakah Yang Berhormat bersetuju bahawasanya bajet yang dibentangkan oleh Y.A.B. Menteri Besar ini bajet yang langsung tidak mengambil kira kesusahan tentang kesusahan rakyat di luar yang tak mampu membeli rumah mampu milik dan dia lebih pentingkan kepada kawasan-kawasan tertentu di mana ada kroninya.

Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI: Taman Templer, Taman Templer, memang benar Y.A.B. Ijok ada kroni.  Kroni beliau adalah rakyat negeri Selangor.  Dia akan bantu semua rakyat.  Jambatan di Klang tidak memberi manfaat kepada isteri Dato’ Menteri Besar atau pun anak Menteri Besar.  Dia memberi manfaat kepada seluruh rakyat di kawasan Klang.  Cuma saya minta tambahan.  Bukan Dato’ Menteri Besar tak peduli langsung masalah perumahan.  Ada, saya minta tambah.  Yang kurang kita tambahkan, itu sahaja.  Jangan, jangan marah.  Taman Templer takkan berjaya dalam usaha untuk memecahkan keutuhan Bukit Antarabangsa dan Ijok. Y.B. Perumahan merupakan satu keperluan asas dan sebenarnya perumahan ini juga adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.  Kerajaan Negeri sekadar menyediakan tapak…

Y.B. DATO’ SRI SUBAHAN BIN KAMAL: Puan Timbalan Speaker, minta penjelasan.

PUAN TIMBALAN SPEAKER: Silakan.

Y.B. DATO’ SRI SUBAHAN BIN KAMAL: Saya nak tanya balik Y.B. Bukit Antarabangsa adakah Y.B. bersetuju dengan pandangan saya bahawasanya Y.B. akan menjadi Menteri Besar lebih baik daripada Y.B. yang ada sekarang.

Y.B. TUAN  MOHAMED AZMIN BIN ALI: Tidak boleh provoke saya.  Saya nak mengisytiharkan di dalam Dewan Negeri bertarikh 21 November 2012  di depan Y.B. Timbalan Puan Pengerusi tepat jam 2.47 petang saya menyatakan kesetiaan saya tidak berbelah bagi  kepada kepimpinan Y.A.B. Menteri Besar.

PUAN TIMBALAN SPEAKER: Teruskan Bukit Antarabangsa, teruskan perbahasan.  Y.B. minta bertenang ya.

Y.B. TUAN  MOHAMED AZMIN BIN ALI: Perumahan satu keperluan asas…

PUAN TIMBALAN SPEAKER: Y.B. kita masih dalam sesi perbahasan.

Y.B. TUAN  MOHAMED AZMIN BIN ALI: Sesi belanjawan ini ya, perumahan merupakan satu keperluan asas dan ianya menjadi tanggungjawab semua khususnya Kerajaan Persekutuan.  Namun sekali lagi semenjak tahun 2008 tanggungjawab ini telah dikhianati oleh Kerajaan Persekutuan oleh sebab rakyat Selangor menolak UMNO dan Barisan Nasional dan sekarang Kerajaan Negeri terpaksa menampung 1 kos yang begitu besar bagi membina perumahan-perumahan rakyat di negeri Selangor sekali lagi ada tuduhan untuk PKNS termasuk daripada Taman Templer kononnya membebankan rakyat, tidak fikir masalah rakyat dan beliau membangkitkan sekali lagi pembangunan di Bukit Botak.  Apakah Taman Templer lupa bahawa masalah Bukit Botak ini bukan masalah dalam tempoh 4 tahun ianya sudah berlanjutan lebih 20 tahun.  Kami baru diberi amanah 4 tahun, tapi dalam tempoh 2 tahun Dato’ Menteri Besar berjaya menyelesaikan masalah perumahan di Bukit Botak.  Baik, saya nak bagi fakta, tidak mahu beremosi pada petang ini ya.  Bukit Botak ini dia melibatkan kawasan 200 ekar…

Y.B. DATO’ SRI SUBAHAN BIN KAMAL: Minta penjelasan.

Y.B. TUAN  MOHAMED AZMIN BIN ALI: Bagi saya lagi sedikit latar belakang Bukit Botak ya, dan dia melibatkan pembinaan sebanyak 1,422 unit rumah berkembar 1 tingkat.  Pada asalnya Kerajaan UMNO yang bertemakan rakyat didahulukan, janji ditepati, hidup Melayu, hidup ketuanan Melayu menyerahkan projek 200 ekar ini kepada Delpuri Sdn. Bhd. pada tahun 1985.  Siapa pemegang Delpuri ini, Anwardi Jamil (8%), Ciptaan Antero Sdn. Bhd. (62%), Ahmad Nasarudin bin Othman (14%), Ler Cheng Koy (16%) hidup Melayu.  Siapa pengarah Delpuri Sdn. Bhd., Anwardi Jamil, Haji Sabihin Radiman (bekas Pegawai Daerah Hulu Selangor), Ahmad Nasarudin bin Othman, Ler Cheng Koy.  Siapa pula pemegang saham dalam Ciptaan Antero ini dia ada dalam Delpuri 62%, siapa pemegang saham Antero, ni kena tahu Lim Beng Huat, Azman bin Awang.  Siapa pengarah Ciptaan Antero, Datuk Idris Hashim (Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan).  Itu yang rosak projek itu, UMNO ini makhluk perosak disentuh rosaklah tu.  Di mana ada UMNO di situlah ada kerosakan.

Y.B. DATO’ SRI SUBAHAN BIN KAMAL: Minta penjelasan.

Y.B. TUAN  MOHAMED AZMIN BIN ALI: Inilah, dengar fakta jangan meneruskan maki hamun cerita fitnah. Saya kalau boleh saya buat siasatan dan semakan dengan fakta saya percaya Taman Templer juga sebagai kawasan yang saudara wakili boleh kemukakan fakta seperti ini.  Baik, apabila projek ini gagal..

Y.B. DATO’ SRI SUBAHAN BIN KAMAL: Puan Speaker, Minta penjelasan.

Y.B. TUAN  MOHAMED AZMIN BIN ALI: Saya nak habiskan ya, pada tahun 2005…

Y.B. DATO’ SRI SUBAHAN BIN KAMAL: Tuan Pengarah.  Puan Timbalan Speaker.

PUAN TIMBALAN SPEAKER: Silakan Taman Templer.

Y.B. DATO’ SRI SUBAHAN BIN KAMAL: Terima kasih.  Puan Timbalan Speaker, saya nak bertanya kepada Bukit Antarabangsa sebagai seorang yang saya kiralah yang layak menjadi Menteri Besar sepatutnya beliau sendiri tahu tak salah kalau dia seseorang itu menjadi Ahli Parlimen ataupun Wakil Rakyat dia tidak boleh memegang jawatan dalam mana-mana syarikat kalau sekiranya Menteri atau Timbalan Menteri maka tak bolehlah melepaskan jawatan.  Tetapi, kalau sekiranya sebagai seorang korporat seorang politik tak salah dari segi undang-undang untuk memegang jawatan dalam mana-mana syarikat kalau beliau memang berniaga secara ikhlas maka tidak ada salah langsung kalau arwah Dato’ Idris ke sapa pegang, saya rasa tak ada masalah.

Y.B. TUAN  MOHAMED AZMIN BIN ALI:   Ya, tak apa sebab kita dah menuntut kemerdekaan, curi tanah pun tak apa.  Rompak tanah pun tak apa, bukan soal dia jadi Pengarah boleh atau tak boleh, soalnya mengapa projek ini terbengkalai sekian lama tidak dipedulikan oleh pemegang saham, tidak dipedulikan oleh syarikat, tidak dipedulikan oleh Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. 20 tahun, bukan 2 tahun.  Itu persoalannya, saya tidak mempertikaikan tentang Dato’ Idris Hashim ataupun pemimpin UMNO yang menjadi Ahli Lembaga Pengarah tetapi mengapa tidak digunakan kuasa sebagai Lembaga Pengarah dan kuasa sebagai Kerajaan Negeri untuk membela lebih 1600 keluarga Melayu di Bukit Botak.

Sehinggalah, Kerajaan Pakatan Rakyat diberikan amanah.  1 lagi fakta saya nak sampaikan di sini, tahun 2005 Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional mengarahkan PKNS untuk terlibat dan menyelamatkan projek terbengkalai ini dan membina rumah berkembar 1 tingkat dengan harga jualan seperti berikut, bukan semuanya RM42,000.00 seperti yang didakwa oleh Taman Templer semalam ya, yang berharga RM42,000.00 yang jenis A hanya 70%, dia ada jenis B dan jenis C, mencecah harga RM79,000.00 pada ketika itu.  Baik, PKNS terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM140 juta.  Kalau nak melaksanakan arahan Menteri Besar UMNO ketika itu PKNS yang sepatutnya menjadi satu institusi bagi membela keseluruhan masyarakat dan rakyat Selangor, kerugian RM140 juta sudah tentulah PKNS tidak mampu menanggung beban yang sebegitu besar.  Maka bila Dato’ Menteri Besar Pakatan Rakyat diberikan amanah, beliau bersetuju tidak mungkin PKNS dapat meneruskan projek terbengkalai ini sekiranya terpaksa menanggung jumlah subsidi yang terlalu besar.   Maka bila kita lihat nilaian semasa hartanah di kawasan Bukit Botak dan kawasan sekitarnya kita merasakan nilai rumah siap pada harga RM250,000.00 itu amat bersesuaian dan berpatutan jika kita jualkan pada harga RM99,000.00 seunit dan sebenarnya kita enhance the value of the property.

Kalau saudara beli RM42,000.00 nilainya RM42,000.00, you tidak menaikkan nilai property tersebut tetapi yang kita cadangkan pada harga RM99,000.00 kita enhance value setiap unit rumah sekarang ini harga pasaran RM250,000.00 malahan kita buat tawaran kalau ada pihak yang tidak mahu terima harga tersebut kita tawarkan memberikan pampasan harga tanah mengikut kadar RM32.00 sekaki persegi untuk keluasan 2200 kaki persegi kita bayar RM70,000.00 kepada pemilik tersebut. Malahan sekarang saya dimaklumkan tidak ada pihak yang mahu menyerahkan kepada PKNS kerana dia tahu walaupun dia membeli pada harga RM99,000.00 mereka boleh menjual rumah tersebut pada harga RM250,000.00 kerana kejayaan Pakatan Rakyat untuk menaikkan nilai pasaran dan hartanah di sekitar kawasan tersebut malahan dengan, saya nak habiskan dengan skim baru ini PKNS tidak menanggung kerugian RM140 juta.

PKNS hanya mengeluarkan subsidi RM80 juta sahaja dan kita dapat membina rumah daripada 1367 unit kepada 1422 unit di Bukit Botak dan saya sebut tadi nilai rumah siap pada harga RM250,000.00 ini penduduk mendapat peningkatan nilai ataupun enhance the value sebanyak 152% daripada harga belian RM99,000.00. Pastinya ini program yang dapat mengangkat kuasa ekonomi orang Melayu, bumiputera dan masyarakat di kawasan sekitar dan inilah sebenarnya yang dilakukan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar dan sukacita saya memaklumkan bagi pihak PKNS kemajuan fizikal di tapak kini 97% yang terbengkalai 20 tahun ini, bulan Disember ini insya-Allah kita siapkan projek ini dan CF bolehlah diperolehi pada awal tahun depan insya-Allah.  Jadi ini satu kejayaan yang harus kita  bersyukur dan berterima kasih, namun saya berharap program-program seperti ini dapat diteruskan kerana kalau saya lihat statistik ya, projek-projek rumah mampu milik daripada tahun 2008 hingga 2012 yang di bawah penguasaan PKNS kita telah membina dan sedang membina 2,761 unit rumah dan subsidi yang terpaksa kita tanggung ialah RM134 juta untuk perancangan sehingga 2018, 5 tahun yang akan datang mulai 2013 sehingga 2018, Insya-Allah PKNS akan membina rumah mampu milik sejumlah 9,241 unit dan melibatkan subsidi sebanyak RM924 juta.  Maka subsidi yang terpaksa ditanggung oleh PKNS mencecah RM1 bilion untuk membina sejumlah lebih kurang 11,000 unit rumah kos mampu milik bagi rakyat negeri Selangor.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan dan memohon pertimbangan Kerajaan Negeri supaya kita dapat melihat konsep baru rumah mampu milik ini yang bukan hanya mementingkan hardware dari segi bangunan, tetapi juga software itu manfaat dan kemudahan kepada pemilik dan juga penghuni seperti dewan, pusat tuisyen, tadika, keperluan orang kurang upaya, warga emas ini harus kita berikan perhatian dan sebagai contoh di Bangi, PKNS telah dan hampir siap membina 124 unit dengan keluasan sehingga 800 kaki persegi dan dijual dengan harga RM60,000.00 sehingga RM99,000.00, walaupun kos untuk membinanya setiap unit itu RM180,000.00.  Maka Kerajaan Negeri perlu meneliti perkara ini bagaimana kita dapat mengurangkan kos pembangunan sekali gus kita dapat menjual rumah mampu milik ini pada harga yang lebih berpatutan.

Berbanding dengan Kerajaan Persekutuan ya mereka juga meniru konsep pembinaan rumah mampu milik yang dipimpin oleh Kerajaan Negeri Selangor.  Tetapi rumah mampu milik yang dipelopori oleh Kerajaan Persekutuan diserahkan kepada PRIMA nilainya RM400,000.00 sebuah dan untuk membeli rumah RM400,000.00 kita seseorang pembeli perlu mempunyai pendapatan sebanyak RM6,150.00 sebulan.  Berdasarkan pinjaman dengan bayaran balik dalam tempoh 30 tahun.  Suka saya berkongsi di sini purata pendapatan isi rumah di Malaysia berdasarkan bancian pada tahun 2009, purata di peringkat negara Malaysia, pendapatan isi rumah baru RM4,025.00, kalau di Selangor RM5,962.00, di Kuala Lumpur RM5,488.00.  Jadi kita tidak memenuhi syarat untuk mendapat pinjaman di bank yang memerlukan sekurang-kurangnya RM6,150.00 sebulan untuk tempoh 3 bulan bagi membeli sebuah rumah yang berharga RM400,000.00.  Maka, sekali lagi dasar ini pastinya akan gagal.  Tidak akan memenuhi keperluan yang kita sasarkan iaitu memberi peluang kepada mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah untuk memiliki rumah mampu milik.

Y.B. TUAN SULAIMAN BIN HAJI ABDUL RAZAK: Mohon  minta penjelasan boleh?  Terima kasih Bukit Antarabangsa, Puan Timbalan Speaker.  Penjelasan mengenai rumah mampu milik kerajaan persekutuan.   Bukan semuanya bernilai RM400,000.00 Bukit Antarabangsa.  Di bawah RM400,000.00.  Ada yang RM100,000.00 ke bawah, RM200,000.00 ke bawah dan ada yang di bawah RM300,000.00.  Tapi Bukit Antarabangsa nak kelirukan Dewan ini seolah-olah rumah mampu milik yang dibuat oleh kerajaan persekutuan semuanya RM400,000.00.  Jadi saya ingat fakta itu kena betul la.  Kena adil.  Jangan buat manipulasi dalam Dewan ini.  RM400,000.00 itu untuk yang mampu RM400,000.00 beli RM400,000.00, yang di bawah RM300,000.00, RM200,000.00 boleh beli ikut kemampuan.  Saya ingat saya nak minta penjelasanlah Bukit Antarabangsa.

Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI: Pertama Y.B. Permatang, Yang Berhormat perlu melihat kepada konsep ataupun tujuan pembentukan PRIMA.  Saya ada sini.  Ini jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri di mana beliau menyatakan PRIMA ini ditubuhkan di bawah Akta Perumahan Rakyat 1 Malaysia 2012.  Perbadanan Program Perumahan 1 Malaysia adalah sebuah badan yang diberi kuasa untuk bertindak dan merancang membina, menyedia dan sebagainya perumahan premier untuk faedah dan kepentingan golongan rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar.  Itu pembentukan PRIMA.

Tetapi, saya juga ada kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri sendiri.  Izinkan saya quote apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri baru-baru ini sebaik saja beliau mengumumkan inisiatif untuk membina rumah mampu milik dalam Bajet 2013.  Dengan izin Perdana Menteri said he had ask PRIMA to discuss with private developers to come out with another model.  Sekarang menjadi perbahasan di peringkat persekutuan, PRIMA yang sepatutnya menjadi satu badan kerajaan membina rumah mampu milik di arahkan oleh Perdana Menteri melibatkan pihak-pihak swasta.  Apabila pihak swasta terlibat, mereka ini berorientasikan keuntungan.  Mereka tidak lagi memikirkan masalah golongan yang berpendapatan rendah.  Sebab itu saya tekankan tadi perkara ini perlu diteliti semula walaupun matlamat asal pembentukan PRIMA itu adalah untuk memberi peluang kepada golongan

Y.B. DATO’ SRI SUBAHAN BIN KAMAL:     Minta…….

Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI: Yang berpendapatan sederhana tetapi perkembangan yang terbaru ini apabila melihat kegagalan PRIMA di fasa pertama, sekarang kerajaan pusat cuba melibatkan pihak swasta bagi tujuan tersebut.  Bila swasta terlibat, sudah tentulah orientasi mereka / kiblat mereka ialah keuntungan, bukan kebajikan bagi rakyat yang berpendapatan rendah.

Y.B. DATO’ SRI SUBAHAN BIN KAMAL:     Puan Timbalan Speaker, saya ingin bertanya kepada Y.B. Bukit Antarabangsa kerana tadi bila beliau memberi ucapan beliau, beliau mengatakan PRIMA mengenakan bayaran RM400,000.00.  Itu sudah tentu mengelirukan ahli dalam Dewan ini kerana nyatanya bila sahabat saya daripada Permatang ini tanya, maka beliau pun mengeluarkan kenyataan tentang swasta dan sebagainya tapi tadi the main statement Yang Berhormat keluarkan mengatakan charge PRIMA tu RM400,000.00.  Ini saya ada bajet ni.  Bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri ternyata jelas.  Ini bukan penipuan.  YB menipu RM80,000.00 seunit dan harga RM100,000.00 ke RM400,000.00 yang paling tinggi.  RM400,000.00 yang paling tinggi dan majoriti ataupun hampir 70% rumah yang dibina oleh PRIMA hanya RM80,000.00 sahaja.  Yang Berhormat tak cakap RM80,000.00, Yang Berhormat terus mengatakan RM400,000.00.  Jadi, nampak sangat Yang Berhormat ni mengelirukan Dewan la.  Menipu.

Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI:    Y.B. Permatang, saya tidak mengelirukan Dewan.  Cuma saya bandingkan dengan pembentukan asal PRIMA untuk memberi peluang kepada golongan berpendapatan sederhana bagi memiliki rumah.  Memang benar asalnya untuk membantu mereka yang berpendapatan sederhana, tetapi setelah selesai belanjawan dan melihat PRIMA belum take off lagi dengan rumah mampu milik dan bila melihat ada kegagalan di pihak PRIMA, sekarang Perdana Menteri sendiri mahu pihak swasta terlibat di dalam pembinaan rumah mampu milik.  Apakah saudara nak menyatakan dalam Dewan ini bila swasta terlibat secara langsung dalam pembinaan rumah PRIMA, mereka akan berorientasikan kebajikan rakyat dan bukan keuntungan saya tidak mempercayai begitu.  Saya pasti pihak swasta akan memberikan tumpuan kepada keuntungan dan kebajikan.

Walau bagaimanapun, sekiranya Kerajaan Negeri ingin membina rumah mampu milik saya bercadang untuk melihat konsep-konsep lain yang wujud di negara-negara maju, bagaimana kejayaan mereka membina rumah mampu milik ini dan tidak dibebankan kepada Kerajaan Negeri ataupun anak-anak syarikat dengan kos yang terlalu tinggi.  Cuma saya juga nak menyatakan ada beberapa masalah yang kita dapati dan kedengaran daripada pihak pemaju tentang kekangan-kekangan yang terpaksa ditanggung oleh mereka dalam menyertai program-program seperti ini khususnya menyediakan rumah mampu milik ataupun rumah kos rendah.

Yang pertama, sekarang ini kedengaran pihak SYABAS seolah-olah cuba sabotaj kelulusan dengan tidak memberikan kebenaran atas alasan pressure yang tidak cukup, bekalan air yang tidak cukup.  Maka saya minta penjelasan daripada Kerajaan Negeri, apakah tindakan yang wajar diambil terhadap SYABAS yang dengan sengaja tidak bersama-sama dengan pihak PBT dan juga pihak yang berwajib untuk memberikan kelulusan kebenaran merancang dan juga untuk mereka mendapat CCC untuk mereka menduduki premis-premis yang berkenaan.  Kerana kalau ini berlaku, ianya akan melambatkan dan melumpuhkan pembangunan di Negeri Selangor.

Kita juga mendengar tentang aduan yang dikemukakan tentang masalah premium yang tidak konsisten.  Pada ketika ini bayaran premium di Negeri Selangor dikenakan berdasarkan penilaian harga tanah yang dibuat oleh JPPH (Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah).  Masalah yang kita hadapi sekarang ialah kadar yang dikenakan tidak konsisten dan berbeza-beza dalam kawasan yang sama.  Kita boleh beri contoh.  Sebagai contoh awalnya di Selangor Science Park 2, kadar penilaian tanah pajakan yang dikenakan kepada PKNS oleh JPPH adalah RM90.00 satu kaki persegi.  Manakala bagi tanah dalam kawasan yang sama dan bertaraf pegangan bebas (free hold) kadar yang dikenakan hanya RM60.00.  Bagaimana dalam kawasan yang sama JPPH membuat penilaian yang berbeza?  Dan ini pastinya akan memberikan satu kos tambahan kepada pemaju.  Premiumnya ditafsir berdasarkan kadar tanah (penilaian tanah) yang dibuat dan dengan kos infranya pastinya pemaju tidak dapat meneruskan projek tersebut.

Contoh yang kedua di Datum Jelatek.  Pejabat Daerah Gombak telah mengeluarkan Notis 5A kepada PKNS berjumlah RM52 juta.  Kadar premiumnya bernilai RM399.48 satu kaki persegi berbanding dengan penilaian yang dibuat adalah hanya sekitar RM168.00 satu kaki persegi (kawasan bersebelahan dengan Datum Jelatek).  Jadi sekali lagi, bagaimana dalam kawasan yang sama ada penilaian yang berbeza yang dibuat oleh JPPH?  Saya mencadangkan supaya pihak PTG dapat segera duduk dengan pihak JPPH bagi merangka satu dasar dan garis panduan yang lebih jelas dalam menentukan penilaian harga tanah yang dibuat di sesebuah kawasan.

Y.B. TUAN WONG KOON MUN:     Puan Speaker.  Boleh saya caras sikit?  Terima kasih kepada Bukit Antarabangsa.  Saya di sini ingin mencadang kepada Bukit Antarabangsa sekiranya JPPH itu penilaian tak seimbang / tak betul, boleh tak kita cadang kepada penilaian swasta (independent) kerana pengambilan Talam Corporation boleh pakai independent.  Mengapa ini kita tak boleh pakai independent?

Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI:    Sebab itu Kuala Kubu Baharu saya telah mencadangkan supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan ada rundingan di pihak PTG dan JPPH dan merangka satu garis panduan yang lebih jelas dan konsisten dan tuntas.  Sebab kalau garis panduan itu tidak jelas ataupun tidak konsisten, pemaju pastinya akan berhijrah ke negeri lain dan tidak mahu menumpukan pelaburan mereka di Negeri Selangor.  Sepatutnya kita mengambil peluang ini apabila hartanah di Kuala Lumpur terlalu tinggi dan mahal.  Mereka sekarang sedang melihat kemungkinan pelaburan di Selangor dan Kerajaan Negeri harus mengambil inisiatif untuk memikat mereka dan melabur di Negeri Selangor.

Yang keduanya kita juga melihat ada apa yang disebut sebagai capital contribution cost yang terpaksa dikeluarkan oleh pemaju ekoran sekali lagi garis panduan yang tidak konsisten di antara PBT.  Ada MBSA keluarkan garis panduan yang berbeza.  Berapa car park nya bagaimana (tempat letak keretanya), buffer zone nya juga walaupun sebelum ini sudah ada buffer zone yang telah ditetapkan sekarang ada tambahan pula untuk rekreasi dan sebagainya.  Jadi kalau garis panduan ini tidak konsisten dan tidak tuntas, maka pemaju akan terpaksa menanggung kos-kos tambahan dan ianya tidak menyumbang ke arah usaha kita untuk mengurangkan kos pembangunan dan sekali gus kita boleh transfer pengurangan kos ini kepada pembeli-pembeli hartanah yang berkenaan.

Akhirnya Y.B. Timbalan Puan Speaker, saya kira dalam usaha kita untuk membahaskan belanjawan yang telah dibentangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar, kita harus bersyukur dan berterima kasih kerana Allah telah anugerahkan kepada kita pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab yang telah memikul dan menggalas usaha ini dengan sebaik mungkin.  Tapi pada masa yang sama, saya kira Dewan ini juga harus mengambil ketetapan tentang masalah yang sedang dihadapi oleh umat Islam di Wilayah Palestin di Gaza yang sedang diserang bertubi-tubi oleh kumpulan Zionis Israel.

Kita berharap Dewan yang mulia ini dapat mengambil ketetapan kerana serangan-serangan ini bukanlah baru, ianya telah berlarutan dan berulang kali dan kita telah menyatakan bahawa pihak Israel (Zionis Israel) ini mengambi keputusan untuk terus menyerang rakyat Palestin dan berani melakukan demikian kerana mereka mendapat restu dan perlindungan daripada Amerika Syarikat.  Pastinya Rejim Zionis Israel ini tidak akan bertindak sedemikian rupa kalau mereka tidak dapat perlindungan ataupun restu daripada Washington.  Masyarakat antarabangsa sekarang kelu tidak dapat bertindak, malahan gesaan untuk kita mengadakan sidang khas Majlis Keselamatan Negara tidak berlaku.  PBB juga tidak mengambil sebarang pendirian,  Presiden Obama yang kini berada di rantau ini juga tidak mengambil satu pendirian yang keras dan tegas untuk menghentikan kezaliman dan kerakusan Zionis Israel ini.

Jadi saya berharap Dewan yang mulia ini dapat mengambil ketetapan pada petang ini bahawa tindakan Zionis Israel ini harus dikecam dan harus dihentikan dan Israel adalah penjenayah antarabangsa yang telah membunuh rakyat Palestin, wanita dan anak-anak kecil.  Saya berharap perkara ini juga harus kita mengambil kira kerana rakyat Palestin di Wilayah Palestin di Gaza ini sekarang ini sedang dikepung atau apa yang disebut sebagai open air prison.  Mereka dikepung daripada udara, darat  dan laut dan tidak ada access road untuk kita menyampaikan bantuan.  Maka perkara ini juga harus kita berikan mesej yang jelas sementara kita mahu satu tindakan daripada pihak Majlis Keselamatan PBB, kita mahu juga satu laluan bagi kita menyampaikan bantuan kepada rakyat Palestin  yang sedang dikepung dan dipenjarakan di Gaza.

Dan saya juga berharap Dewan yang mulia ini dapat mengambil satu pendirian yang keras supaya pihak Zionis Israel ini dapat menghentikan penaklukan wilayah di Gaza ini atau apa yang disebut sebagai politics dispossesion kerana penaklukan wilayah ini telah berlanjutan terlalu lama dan kita harus kembalikan hak rakyat Palestin kepada mereka.

Jadi dengan kata-kata itu, saya mengucapkan banyak terima kasih kepada    Y.B. Timbalan Puan Speaker.  Saya yakin Belanjawan Negeri Selangor 2013 ini bakal merealisasikan Negeri Selangor peneraju ekonomi Malaysia dan saya berdoa agar pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor (Pakatan Rakyat) akan terus dikekalkan agar kebijakan yang di taraf demi kemaslahatan rakyat dapat diteruskan.  Ayuh kita bersama-sama meraikan kegemilangan Negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang harmoni dan sejahtera.  Yakinlah bahawa kegemilangan ini adalah berkat mandat yang diberikan oleh rakyat untuk sebuah kerajaan reformasi dan yakinlah bahawa kerajaan reformasi adalah untuk membina Malaysia yang gagah, rakyat yang bermaruah.  Terima kasih.  Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh. 

DEEPAVALI NAL VALTHUKAL

Sambutan Deepavali membawa makna pembebasan, pembaharuan serta reformasi yang disambut setiap tahun oleh penganut agama Hindu. Hari Deepavali juga bererti satu kemenangan kepada keadilan apabila kezaliman ditumpaskan dengan cahaya pencerahan.

Menyingkap semula sejarah Deepavali, terdapat seekor raksasa bernama Naragasuran yang menzalimi dan menganiaya rakyat jelata suatu masa dahulu. Kemudian suara rakyat jelata bergabung, mendesak serta menyeru Krishna untuk membebaskan mereka daripada kekejaman dan kezaliman yang berlaku.

Sesuai dengan ungkapan ‘suara rakyat, suara keramat’, Krishna akhirnya menjelmakan diri lalu menewaskan Naragasuran. Makanya kemenangan Krishna disambut dengan rasa gembira dan seluruh rakyat berkumpul bagi merayakan Hari Deepavali yang membawa makna bebas daripada kejahatan dan kegelapan serta memberi cahaya baru dalam kehidupan mereka.

Kemenangan Krishna adalah pencerahan kepada rakyat setelah sekian lama dibungkam kegelapan. Begitu juga dengan gagasan Children of Light yang membawa cahaya menentang kegelapan oleh Children of Darkness. Justeru, perayaan ini merupakan kemenangan bermakna yang menjadi pencerahan kepada rakyat.

Saya menyeru supaya rakyat Malaysia memperkukuh tekad untuk terus menyalakan obor KEADILAN, membawa cahaya yang baru untuk melaksanakan harapan dan impian rakyat. Semoga sambutan Hari Deepavali tahun ini disambut dengan penuh mesra dan semangat kekeluargaan yang harmoni.

Salam pencerahan

MOHAMED AZMIN ALI

Jadual Jelajah Timbalan Presiden ( 15 – 18 November 2012 )

Khamis, 15 November 2012

Masa

Program

Tempat

Parlimen / DUN

7.00 malam

Fund Raising Dinner

(Biro Penua KEADILAN)

Golden Seafood Restaurant

Parlimen Kota Kinabalu

 

Jumaat, 16 November 2012

Masa

Program

Tempat

Parlimen / DUN

12.00 tengahari

Program Bersama Rakyat & Ceramah Umum I

Pekan Telupid

Parlimen Beluran

3.00 petang

Program Bersama Rakyat & Ceramah Umum II

Kota Kinabatangan

Parlimen Kinabatangan

5.00 petang

Program Bersama Rakyat & Ceramah Umum III

Batu Sapi

Parlimen Batu Sapi

8.00 malam

Pelancaran Kempen Desak Siasat RM 40 juta anjuran AMK Pusat

Libaran

Parlimen Libaran

 

Sabtu, 17 November 2012

Masa

Program

Tempat

Parlimen / DUN

11.00 pagi

Program Bersama Rakyat & Ceramah Umum IV

Silam

Parlimen Silam

3.00 petang

Program Bersama Rakyat & Ceramah Umum V

Semporna

Parlimen Semporna

8.00 malam

Program Bersama Rakyat & Ceramah Umum VI

Tawau

Parlimen Tawau

 

Ahad, 18 November 2012

Masa

Program

Tempat

Parlimen / DUN

11.00 pagi

Program Bersama Rakyat & Ceramah Umum VII

Kalabakan

Parlimen Kalabakan

 

Obama’s 2012 Presidential Acceptance Speech

The following is the full text of President Obama’s victory speech on Wednesday (Transcript by the US Federal News Service).

PRESIDENT BARACK OBAMA: Thank you. Thank you. Thank you so much. (Sustained cheers, applause.)

Tonight, more than 200 years after a former colony won the right to determine its own destiny, the task of perfecting our union moves forward. (Cheers, applause.)

It moves forward because of you. It moves forward because you reaffirmed the spirit that has triumphed over war and depression, the spirit that has lifted this country from the depths of despair to the great heights of hope, the belief that while each of us will pursue our own individual dreams, we are an American family, and we rise or fall together as one nation and as one people. (Cheers, applause.)

Tonight, in this election, you, the American people, reminded us that while our road has been hard, while our journey has been long, we have picked ourselves up, we have fought our way back, and we know in our hearts that for the United States of America, the best is yet to come.

(Cheers, applause.) I want to thank every American who participated in this election. (Cheers, applause.) Whether you voted for the very first time — (cheers) — or waited in line for a very long time — (cheers) — by the way, we have to fix that. (Cheers, applause.) Whether you pounded the pavement or picked up the phone — (cheers, applause) — whether you held an Obama sign or a Romney sign, you made your voice heard and you made a difference. (Cheers, applause.)

I just spoke with Governor Romney and I congratulated him and Paul Ryan on a hard-fought campaign. (Cheers, applause.) We may have battled fiercely, but it’s only because we love this country deeply and we care so strongly about its future. From George to Lenore to their son Mitt, the Romney family has chosen to give back to America through public service. And that is a legacy that we honor and applaud tonight. (Cheers, applause.) In the weeks ahead, I also look forward to sitting down with Governor Romney to talk about where we can work together to move this country forward.

(Cheers, applause.)

I want to thank my friend and partner of the last four years, America’s happy warrior, the best vice president anybody could ever hope for, Joe Biden. (Cheers, applause.)

And I wouldn’t be the man I am today without the woman who agreed to marry me 20 years ago. (Cheers, applause.) Let me say this publicly. Michelle, I have never loved you more. (Cheers, applause.) I have never been prouder to watch the rest of America fall in love with you too as our nation’s first lady. (Cheers, applause.)

Sasha and Malia — (cheers, applause) — before our very eyes, you’re growing up to become two strong, smart, beautiful young women, just like your mom. (Cheers, applause.) And I am so proud of you guys. But I will say that for now, one dog’s probably enough. (Laughter.)

To the best campaign team and volunteers in the history of politics — (cheers, applause) — the best — the best ever — (cheers, applause) — some of you were new this time around, and some of you have been at my side since the very beginning.

(Cheers, applause.) But all of you are family. No matter what you do or where you go from here, you will carry the memory of the history we made together. (Cheers, applause.) And you will have the lifelong appreciation of a grateful president. Thank you for believing all the way — (cheers, applause) — to every hill, to every valley. (Cheers, applause.) You lifted me up the whole day, and I will always be grateful for everything that you’ve done and all the incredible work that you’ve put in. (Cheers, applause.)

I know that political campaigns can sometimes seem small, even silly. And that provides plenty of fodder for the cynics who tell us that politics is nothing more than a contest of egos or the domain of special interests. But if you ever get the chance to talk to folks who turned out at our rallies and crowded along a rope line in a high school gym or — or saw folks working late at a campaign office in some tiny county far away from home, you’ll discover something else.

You’ll hear the determination in the voice of a young field organizer who’s working his way through college and wants to make sure every child has that same opportunity. (Cheers, applause.) You’ll hear the pride in the voice of a volunteer who’s going door to door because her brother was finally hired when the local auto plant added another shift. (Cheers, applause.)

You’ll hear the deep patriotism in the voice of a military spouse who’s working the phones late at night to make sure that no one who fights for this country ever has to fight for a job or a roof over their head when they come home. (Cheers, applause.)

That’s why we do this. That’s what politics can be. That’s why elections matter. It’s not small, it’s big. It’s important. Democracy in a nation of 300 million can be noisy and messy and complicated. We have our own opinions. Each of us has deeply held beliefs. And when we go through tough times, when we make big decisions as a country, it necessarily stirs passions, stirs up controversy. That won’t change after tonight. And it shouldn’t. These arguments we have are a mark of our liberty, and we can never forget that as we speak, people in distant nations are risking their lives right now just for a chance to argue about the issues that matter — (cheers, applause) — the chance to cast their ballots like we did today.

But despite all our differences, most of us share certain hopes for America’s future.

We want our kids to grow up in a country where they have access to the best schools and the best teachers — (cheers, applause) — a country that lives up to its legacy as the global leader in technology and discovery and innovation — (scattered cheers, applause) — with all of the good jobs and new businesses that follow.

We want our children to live in an America that isn’t burdened by debt, that isn’t weakened up by inequality, that isn’t threatened by the destructive power of a warming planet. (Cheers, applause.)

We want to pass on a country that’s safe and respected and admired around the world, a nation that is defended by the strongest military on earth and the best troops this — this world has ever known — (cheers, applause) — but also a country that moves with confidence beyond this time of war to shape a peace that is built on the promise of freedom and dignity for every human being.

We believe in a generous America, in a compassionate America, in a tolerant America open to the dreams of an immigrant’s daughter who studies in our schools and pledges to our flag — (cheers, applause) — to the young boy on the south side of Chicago who sees a life beyond the nearest street corner — (cheers, applause) — to the furniture worker’s child in North Carolina who wants to become a doctor or a scientist, an engineer or an entrepreneur, a diplomat or even a president.

That’s the — (cheers, applause) — that’s the future we hope for.

(Cheers, applause.) That’s the vision we share. That’s where we need to go — forward. (Cheers, applause.) That’s where we need to go. (Cheers, applause.)

Now, we will disagree, sometimes fiercely, about how to get there. As it has for more than two centuries, progress will come in fits and starts. It’s not always a straight line. It’s not always a smooth path. By itself, the recognition that we have common hopes and dreams won’t end all the gridlock, resolve all our problems or substitute for the painstaking work of building consensus and making the difficult compromises needed to move this country forward.

But that common bond is where we must begin. Our economy is recovering. A decade of war is ending. (Cheers, applause.) A long campaign is now over. (Cheers, applause.) And whether I earned your vote or not, I have listened to you. I have learned from you. And you’ve made me a better president. And with your stories and your struggles, I return to the White House more determined and more inspired than ever about the work there is to do and the future that lies ahead. (Cheers, applause.)

Tonight you voted for action, not politics as usual. (Cheers, applause.) You elected us to focus on your jobs, not ours.

And in the coming weeks and months, I am looking forward to reaching out and working with leaders of both parties to meet the challenges we can only solve together — reducing our deficit, reforming out tax code, fixing our immigration system, freeing ourselves from foreign oil. We’ve got more work to do. (Cheers, applause.)

But that doesn’t mean your work is done. The role of citizens in our democracy does not end with your vote. America’s never been about what can be done for us; it’s about what can be done by us together, through the hard and frustrating but necessary work of self- government. (Cheers, applause.) That’s the principle we were founded on.

This country has more wealth than any nation, but that’s not what makes us rich. We have the most powerful military in history, but that’s not what makes us strong. Our university, our culture are all the envy of the world, but that’s not what keeps the world coming to our shores. What makes America exceptional are the bonds that hold together the most diverse nation on Earth, the belief that our destiny is shared — (cheers, applause) — that this country only works when we accept certain obligations to one another and to future generations, so that the freedom which so many Americans have fought for and died for come with responsibilities as well as rights, and among those are love and charity and duty and patriotism. That’s what makes America great. (Cheers, applause.)

I am hopeful tonight because I have seen this spirit at work in America. I’ve seen it in the family business whose owners would rather cut their own pay than lay off their neighbors and in the workers who would rather cut back their hours than see a friend lose a job. I’ve seen it in the soldiers who re-enlist after losing a limb and in those SEALs who charged up the stairs into darkness and danger because they knew there was a buddy behind them watching their back. (Cheers, applause.) I’ve seen it on the shores of New Jersey and New York, where leaders from every party and level of government have swept aside their differences to help a community rebuild from the wreckage of a terrible storm. (Cheers, applause.)

And I saw it just the other day in Mentor, Ohio, where a father told the story of his 8-year-old daughter whose long battle with leukemia nearly cost their family everything had it not been for health care reform passing just a few months before the insurance company was about to stop paying for her care. (Cheers, applause.) I had an opportunity to not just talk to the father but meet this incredible daughter of his. And when he spoke to the crowd, listening to that father’s story, every parent in that room had tears in their eyes because we knew that little girl could be our own.

And I know that every American wants her future to be just as bright. That’s who we are. That’s the country I’m so proud to lead as your president. (Cheers, applause.)

And tonight, despite all the hardship we’ve been through, despite all the frustrations of Washington, I’ve never been more hopeful about our future. (Cheers, applause.) I have never been more hopeful about America. And I ask you to sustain that hope.

AUDIENCE MEMBER: We got your back, Mr. President!

PRESIDENT OBAMA: I’m not talking about blind optimism, the kind of hope that just ignores the enormity of the tasks ahead or the road blocks that stand in our path. I’m not talking about the wishful idealism that allows us to just sit on the sidelines or shirk from a fight. I have always believed that hope is that stubborn thing inside us that insists, despite all the evidence to the contrary, that something better awaits us so long as we have the courage to keep reaching, to keep working, to keep fighting. (Cheers, applause.)

America, I believe we can build on the progress we’ve made and continue to fight for new jobs and new opportunities and new security for the middle class. I believe we can keep the promise of our founding, the idea that if you’re willing to work hard, it doesn’t matter who you are or where you come from or what you look like or where you love (ph). It doesn’t matter whether you’re black or white or Hispanic or Asian or Native American or young or old or rich or poor, abled, disabled, gay or straight. (Cheers, applause.) You can make it here in America if you’re willing to try.

(Cheers, applause.)

I believe we can seize this future together because we are not as divided as our politics suggests. We’re not as cynical as the pundits believe. We are greater than the sum of our individual ambitions and we remain more than a collection of red states and blue states. We are, and forever will be, the United States of America. (Cheers, applause.)

And together, with your help and God’s grace, we will continue our journey forward and remind the world just why it is that we live in the greatest nation on earth. (Cheers, applause.) Thank you, America. (Cheers, applause.) God bless you. God bless these United States. (Cheers, applause.)

Jadual Jelajah Timbalan Presiden ( 9 November 2012 )

JUMAAT, 9 NOVEMBER 2012

Masa

Program

Lokasi

Parlimen / DUN

5.00 petang

Majlis Hi – Tea Bersama Rakyat

Jln Kesang Gate, Muar – Melaka, Ledang.

Parlimen Ledang

7.00 malam

Solat Maghrib

Surau Pt. Khadi, Jalan Temenggong Ahmad, Muar.

Parlimen Muar

9.00 malam

Ceramah Perdana I

Markas PAS Sri Jong, Jalan Abd Rahman, Muar.

Parlimen Muar

10.30 malam

Ceramah Perdana II

Kg Parit Lapis

(Taman Nira), Batu Pahat

Parlimen Batu Pahat

 

Jadual Jelajah Timbalan Presiden ( 3 – 4 November 2012 )

Sabtu, 3 November 2012

Masa

Program

Lokasi

Parlimen / DUN

2.30 petang

Program ‘Sentuhan Panglima’ Bersama Jentera & Rakyat

Taman Sin Hoe, Bukit Baru, Melaka.

Parlimen Bukit Katil

3.30 petang

Program Hi Tea Bersama Rakyat

DUN Merlimau /

Parlimen Jasin

5.00 petang

Program bersama Generasi Muda Melaka (Pertandingan Futsal)

Sports Arena Krubong, Krubong, Melaka.

Parlimen Tangga Batu

7.00 malam

Solat Maghrib & Tazkirah Bersama Dato’ Seri Anwar

Surau Al Mustafa

(Surau Hitam Ampangan)

DUN Ampangan

8.30 malam

Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Sembilan

Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan.

Parlimen Seremban

Ahad, 4 November 2012

Masa

Program

Lokasi

Parlimen / DUN

9.00 pagi

Perasmian Futsal Piala Rakyat anjuran AMK Pusat

Sport Planet, Ampang

Parlimen Ampang

2.00 petang

Majlis Perkahwinan di Kediaman

Puan Aisah Lamsah

Kg. Linsum, Rantau

DUN Rantau

3.00 petang

Pelancaran Agenda Wanita Peringkat Negeri Sembilan

Kg. Gachong, Kuala Pilah

DUN Pilah

4.30 petang

Ramah Mesra Bersama Warga Gemas / Majlis Hi Tea

Pekan Gemas, Tampin

DUN Gemas

7.00 malam

Solat Maghrib Bersama Qariah Palong 6, Felda Palong.

Masjid Qariah Palong 6, Jempol

DUN Palong

7.45 malam

Jamuan Rakyat & Ceramah Perdana bersama Peneroka Felda Palong

Palong 6, Jempol

DUN Palong

9.30 malam

Ceramah Umum

Senaling, Kuala Pilah

DUN Pilah / Parlimen Kuala Pilah