AZMIN ALI

LATEST

Year: 2013

[WAWANCARA] Sembang-sembang Azmin Ali: Kejayaan UMNO dan masa depan tanpa mereka

azmin ali

RAMAI orang tidak suka dengan Azmin Ali. Barangkali kerana mereka tidak pernah duduk bersembang dengan Azmin. Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) ini malah dihujani celaan baru-baru ini dalam isu kenaikan gaji ADUN Selangor sambil disifatkan sebagai orang yang tamak kuasa dan kemaruk mahu jadi Menteri Besar. Roketkini.com berpeluang duduk seketika bersama Ahli Parlimen Gombak sambil sembang-sembang politik dan masa depan Pakatan Rakyat (PR).

Tentang prospek masa depan politik negara

Saya cukup optimis bahawa negara Malaysia ini akan dicorak dengan politik baru dibawa PR di mana politik perkauman akan menjadi sejarah dalam negara kita.

Melihat kesedaran daripada kalangan rakyat itu cukup tinggi hari ini, yang menolak pemahaman sempit perkauman, agama. Dan saya melihat generasi baru hari ini lebih terbuka dan boleh menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia pelbagai kaum ini sebenarnya satu kekuatan bagi negara dan bukan kelemahan. Sepatutnya masyarakat yang majmuk dan rencam di dalam negara ini menjadi asas untuk menjana kekuatan baru dalam konteks ekonomi, perpaduan nasional dan juga sosial dalam masyarakat dan ini saya cukup optimistik.

Apabila DAP bertanding di Sibu pada pilihan raya kecil beberapa tahun lalu, sewaktu saya terbang ke Sibu, saya begitu terkejut dalam pesawat itu begitu ramai muslimat PAS datang dari Kelantan. Mereka ini wanita muslim konservatif dalam PAS bermusafir dari Kelantan ke Sarawak hanya untuk memberi sokongan kepada DAP. Ini tidak berlaku selama 50 tahun yang dulu. Tapi sekarang kita lihat semangat perpaduan itu cukup baik. Dan inilah yang menjamin masa depan yang lebih gemilang untuk negara.

Kenapa PR tidak dapat terjemahkan senario optimis ini pada PRU lalu?

Pembaharuan tidak dapat dilakukan dalam sekelip mata. Namun saya gembira dan bersyukur pada PRU-13 ada kemajuan yang lebih baik berbanding 2008. Pada 2008 kita dapat 81 kerusi, tahun ini 89 kerusi. 2008 kita nafikan majoriti dua pertiga, kali ini juga serupa, tetapi kali ini yang lebih positifnya ialah kita dapat majoriti undi popular. Inilah dia sokongan sebenar rakyat kepada PR. Realiti di bawah ialah rakyat menerima bahawa PAS KEADILAN dan DAP adalah PR, walaupun tidak ada satu logo, belum didaftarkan tetapi rakyat sudah yakin bahawa permuafakatan itu cukup kuat dan ini diterjemahkan dalam bentuk sokongan.

Ini kali pertama kerajaan BN adalah kerajaan minoriti dan bagi saya ini adalah satu perkembangan yang cukup positif. Tetapi perjuangan ini adalah satu maraton, bukan satu perkara yang mudah, apatah lagi dalam sistem di Malaysia ini apabila politik didominasi dengan perkauman dan agama. Maka cabaran PR ialah untuk masuk ke kawasan luar bandar dan meyakinkan orang Melayu bahawa dengan menyokong DAP dan PR bukan bermakna kita lari daripada akidah tetapi kita melakukan apa yang dituntut oleh agama; meraikan budaya, agama yang lain.

Tentang cabaran PR di kawasan luar bandar

Ini adalah cabaran yang sangat besar yang perlu ditangani oleh PR. Kita mesti menembusi kawasan luar bandar dan ini sedang kita lakukan. DAP sendiri dengan program Impian Sarawak sudah mula masuk ke kawasan pedalaman di Sarawak, begitu juga dengan KEADILAN, kita mula menembusi kawasan luar bandar di Johor, Pahang, termasuk di Sabah. Cabaran kita ialah untuk meningkatkan kesedaran dan menjelaskan kepada mereka masa depan adalah bersama PR. Apabila rakyat diberikan maklumat, mereka akan berubah.

Yang kedua, kita mesti menerima hakikat bahawa majoriti orang Melayu di Malaysia masih lagi penentu masa depan negara kita dan kita kena bersama mereka. Kita kena bercakap dengan satu nada yang menunjukkan komitmen kita kepada bangsa Malaysia. Saya melihat kepada DAP, bila ia bercakap, dia bukan sahaja bicara tentang sekolah Cina tetapi juga masalah sekolah Melayu dan sekolah Tamil. Ini akan memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa mereka sebenarnya serius. Pada PRK Sungai Limau, pengumuman calon itu dilakukan oleh Presiden PAS di sebuah kampung pedalaman yang majoritinya orang Melayu hampir 100% tetapi Saudara Lim Kit Siang datang untuk mengumumkan calon PAS dalam kampung Melayu, maka apabila saya nak pecahkan minda orang Melayu yang masih lagi takut dengan DAP ini saya kata lihat: Lim Kit Siang berani datang bertembung dan bersemuka dengan orang Melayu sebab dia bukan anti Melayu dia bukan anti Islam dia hanya anti UMNO yang rasuah, Melayu yang jahat, Melayu yang fitnah. Tapi dia sokong Melayu yang susah di kampung dia sokong Melayu  yang memerlukan bantuan. Itu memberi keyakinan bahawa inilah orangnya, walaupun dia mewakili DAP tetapi dia juga memahami masalah orang Melayu. Inilah politik baru yang saya sebut tadi.

Jangan hanya mewakili satu kaum, pimpinan PR mesti bicara dan bincang masalah semua kaum dalam negara.

Undi Melayu menurun pada PRU-13?

Ini kejayaan UMNO dan BN menbawakan sentimen perkauman dan agama yang sempit dengan menggunakan Utusan Malaysia dan media elektronik untuk menakut-nakutkan orang Melayu, saya terima ada kejayaan di situ. Seperti saya kata tadi malang sekali politik Malaysia ini didominasi politik agama dan perkauman; UMNO faham akan hal ini dan dia gunakan isu ini, dia eksploitasi sampai ke tahap maksimum supaya orang kampung khususnya takut kepada PR. Melayu di bandar tidak begini, kerana apa, kerana kefahaman dia, kerana akses kepada internet dia dapat maklumat. Di luar bandar kita tahu ada masalah yang kita harus tangani, jadi strategi kita sekarang ialah untuk tembus kawasan luar bandar.

Tetapi jangan kita lemah semangat. Di Gelang Patah, sebagai contoh, ini bukan kawasan bandar. Bukan setakat DAP bertanding situ, malah Lim Kit Siang. Kalau nak ikut sokongan pengundi Cina, tidak sampai 50% dan tidak mungkin beliau akan mendapat sokongan 100% orang Cina, tetapi Saudara Lim Kit Siang boleh menang, maknanya dengan sokongan orang Melayu Johor. Orang Melayu Johor ini spesisnya berbeza. Tapi sekarang orang Melayu Johor juga sudah berani membawa perubahan bukan setakat menyokong calon PR, tetapi calon DAP dan DAP itu ialah Lim Kit Siang. Ini satu perkembangan yang cukup baik. Dan dia lawan pula (bekas) Menteri Besar Johor, yang sudah bertapak sebagai pejuang UMNO, pemimpin Melayu UMNO Johor tetapi dikalahkan pemimpin DAP.

Lihat di Temerloh, ini bukan kawasan bandar. Ketua Dewan Pemuda PAS (mantan) telah menang, dan yang kalah itu ialah seorang pemimpin UMNO yang agak dikenali dan agak liberal dalam pendekatannya dan kefahamannya tetapi masih ditolak oleh Melayu di Temerloh. Begitu juga di Kelantan, itu semua Melayu pedalaman. Jangan kita ‘generalize’ orang Melayu kampung pedalaman menolak PR.

Masalah memang ada dan perlu ditangani dengan bijaksana. Maknanya mesti turun, bagi penjelasan dan saya yakin bahawa rakyat ini apabila diberikan maklumat dia akan berubah dan ini yang perlu dilakukan.

Mereka bukan mahu menuntut kontrak atau tender, mereka nak ada hubungan yang baik di antara pemimpin dengan rakyat di bawah.

Saya bincang panjang dengan Saudara Liew Chin Tong baru-baru ini, yang turut menang di Johor, dan dia juga seorang pemimpin muda dalam DAP. Jadi saya duduk dengan dia bincang bagaimana kita generasi kedua dalam PR, dia daripada DAP saya dalam KEADILAN boleh mendekati anak muda di kampung dan separa urban, kerana mereka tidak ada pekerjaan, mereka menggunakan motosikal kapchai tanpa cukai jalan dan dengan keadaan kadar kemalangan tinggi, jadi kita nak dengar sendiri, bukan program ceramah saja tapi pemimpin kena berani turun dan mendengar pandangan anak muda ini, apa harapan mereka apa yang mereka mahu dan apa peluang yang boleh diberikan. Kita mesti ada tawaduk untuk rela mendengar keluh kesah rakyat khususnya anak muda.

Kita turun duduk di kedai kopi di warung, dengar apa masalah mereka; harga padi atau harga kelapa sawit atau anak yang belum dapat pekerjaan malah ada ramai anak-anak di kampung yang tidak pergi sekolah kerana tidak mampu tetapi tiada yang peduli, tiada yang mendengar masalah mereka.

Pembahagian kerusi Sabah dan Sarawak

Kita berbesar hati untuk berkongsi kerusi di Sabah dan Sarawak. Persepsi yang mengatakan KEADILAN ini tamak dan mahu kerusi yang banyak tidak berasas sama sekali. Saya terbabit secara langsung dalam rundingan kerusi. Kita sedia maklum DAP tumpukan kawasan bandar yang mereka bina dan peroleh sokongan yang baik; kemudian PAS juga hanya ada kemampuan untuk beberapa kerusi majoriti muslim jadi kerusi yang berbaki dan yang susah ini hanya tinggal kepada KEADILAN; kalau kami tak ambil, BN akan menang percuma. Kita kena ambil untuk menjaga kepentingan PR. Kita tidak mahu BN sekadar walk over dalam pilihan raya itu, kita mesti berikan cabaran. Itu risiko yang kami ambil.

Sekarang DAP sudah mula masuk ke kawasan pedalaman dan membina kekuatan. Kita sedia berunding kerana akhirnya yang menang ialah PR. Kalau DAP dan PAS ada kekuatan, KEADILAN akan sedia melepaskan kerusi terbabit. Kami pun tak mampu nak pegang terlalu banyak kerusi kerana ia memakan kos yang  tinggi.

Koalisi politik PR: kerjasama optimal atau ada ruang pembaikan?

Hubungan kerja di peringkat nasional, sangat bagus. Kita bertemu sekurang-kurangnya satu atau dua kali sebulan dan kami bincangkan isu besar, isu polisi. Cuma kita perlu terjemahkan daripada peringkat nasional ke negeri dan kawasan. Di situ ada sedikit masalah soal pelaksanaan. Kita telah tegaskan setiap negeri mesti ada majlis PR supaya apa yang diputuskan di peringkat nasional boleh disampaikan ke bawah. Kita sedang usahakan supaya Setiausaha Agung ketiga-tiga parti untuk turun dan minta pimpinan melaksanakan keputusan yang dibuat oleh pusat, sebelum ni Setiausaha Agung tidak turun secara bersama. Maknanya kami betul-betul serius dan kami mahu ia diselesaikan segera. Kami juga sudah cadangkan supaya diadakan bengkel kerjasama PR sebab kami mahu juga pelaksanaan dasar di tiga negeri yang kami kuasai supaya konsisten dan ada koordinasi dalam gerak kerja.

DAP dan KEADILAN, ngam?

Hubungan antara KEADILAN dan DAP pada tahap yang cukup baik. Saudara Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang boleh berkomunikasi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bila-bila masa; kalau tak sempat mesyuarat boleh terus telefon, demikian sekali akrabnya kami sekarang. Saya juga ada berbincang dengan Saudara Lim Guan Eng bila kami bertemu di Parlimen tentang isu Pulau Pinang dan PR, dan saya terima baik pandangan beliau supaya hubungan antara KEADILAN dan DAP itu bertambah kukuh.

Antara teguran beliau kepada saya katanya saya kena tingkatkan hubungan saya dengan pemimpin tertinggi DAP, mungkin saya dilihat agak keras dalam hal rundingan kerusi. Saya kata Saudara Tan Kok Wai yang mewakili DAP dalam jawatankuasa itu juga keras tetapi saya hormat beliau kerana mempertahankan kepentingan DAP. Dr Hatta juga rapat dengan saya tetapi bila masuk dalam mesyuarat dia juga keras, tapi saya hormat pandangannya kerana dia mempertahankan kepentingan PAS. Saya mewakili KEADILAN saya kena mempertahankan kepentingan KEADILAN.

Tetapi harus diingat, saya sentiasa bekerja atas keputusan konsensus. Apabila PR putuskan saya akan patuh dan setia serta saya akan pertahankan. Sebagai contoh di Gelang Patah dan Bentong, ada sedikit perebutan antara KEADILAN dan DAP. Apabila keputusan dibuat, saya patuh dan mempertahankan keputusan itu. Jadi saya bukanlah garang sangat, orang muda memang dia garang sikit lah.

Saya mempunyai hubungan yang baik dan saya hormat kepimpinan DAP sekarang yang ramai golongan muda profesional seperti Chin Tong, Tony Pua, Gobind Singh dan kalau di Selangor kita ada Hannah Yeoh; kami ada ramai anak muda yang menjadi pemimpin DAP yang harus ada forum untuk mengeratkan kerjasama ini.

Isu kenaikan gaji Selangor. Adakah ini penyakit manusia menikmati kuasa?

Soalan susah. Tidak mudah untuk saya mengambil pendirian yang tegas dalam konteks kenaikan gaji di Selangor, saya diserang teruk oleh beberapa teman dalam PR, tapi saya terima. Kerana bagi saya, saya mesti mempertahankan rakyat di negeri Selangor. Isu yang dimainkan, mengapa saya tidak bahas dalam dewan, mengapa saya bising di luar dewan; saya kata jangan cuba pesongkan isu. Isunya bukan dalam atau luar, prinsipnya ialah ‘quantum’ kenaikan gaji itu melampau dan perlu ditegur. Jadi jangan lari daripada isu pokok.

Saya sudah biasa bahas dalam dewan negeri dan banyak kali memang panas. Itu sikap saya, saya jenis berterus terang. Yang betul saya pertahankan, yang tak betul saya bertanggungjawab untuk menegur walaupun membabitkan sahabat saya.

Apa yang berlaku dalam konteks yang ini ialah tidak ada pre-counsel, walaupun saya ditegur kenapa tidak bercakap dalam dewan, saya kata dalam mana-mana sistem dewan pun, memanglah backbencher ini bukan satu badan eksklusif, kami bukan kumpulan pendesak. Tetapi kalau saya bahas dalam dewan dan saya tolak usul kerajaan lagi parah (menjadi undi tidak percaya). Jadi apa amalan di negara maju termasuk di Australia, mereka ada apa yang disebut sebagai party room atau kaukus; maknanya sebelum usul kerajaan dibawa, usul itu akan dibawa dulu di party room memberikan hujah dan asas kenapa kerajaan nak bawa usul ini. Sebagai contoh jika mahu naikkan 373% gaji Timbalan Speaker dia akan beritahu asas dia begini begini dan bolehkah parti menyokong usul itu.

Sekurang-kurangnya kita ADUN kerajaan faham justifikasi kenaikan gaji itu sebelum kami ke dewan dan menyokong usul itu. Memang ada kewajarannya untuk diadakan kajian semakan kenaikan gaji, tetapi yang kami pertikaikan ialah ia terlalu besar dan dalam masa yang singkat ia terus dibentangkan. Kajian yang dibuat itu apa keputusannya, berapa kali mereka berbincang, siapa panelnya; kita tidak tahu.

Peranan backbenchers pastilah untuk menyokong usul kerajaan, tapi sebelum sokong kami nak tahu justifikasinya. Jadi perkara ini jadi perdebatan. Saya gembira apabila dalam mesyuarat majlis Presiden PR, Saudara Lim Kit Siang memulakan perbincangan menegur supaya perkara ini diteliti semula dan disambut Presiden PAS dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konsensusnya ialah memohon dan mencadangkan Kerajaan Negeri Selangor untuk tangguh pelaksanaan dan teliti semula semakan itu. Itulah ayat saya daripada hari pertama. Saya bukan menyerang Menteri Besar. Saya bertanggungjawab menjaga kredibiliti PR. Saya mahu PR terus dihormati jadi saya tegur. Dan pandangan saya itu diakui Majlis Presiden.

Quantum itu mesti sensitif kepada rakyat. Saudara Lim Kit Siang sendiri kata supaya dengar juga keluhan rakyat di bawah yang susah. Saya harap perkara ini jangan jadi polemik. Yang penting ialah kami kena dengar keluhan rakyat, pemimpin tidak boleh terputus hubungan dengan rakyat tak kiralah betapa berkuasa sekali pun mesti rasa rendah diri untuk bersemuka dengan rakyat. – Roketkini.com

Kempen Keceriaan Medan Selera Harum Dan Bersih (Tanpa Rodensia)

Ampang Jaya, 22 Disember 2013 – Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Antarabangsa dengan kerjasama MPAJ telah melancarkan Program Keceriaan Medan Selera Harum Dan Bersih ( Tanpa Rodensia ) di Medan Selera Bunga Tanjung, Ampang Jaya.

Program yang bermula seawal jam 9 pagi ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan peniaga khususnya pengendali kedai makan untuk menjaga kebersihan premis dan mengurus simpanan bahan mentah di tempat yang selamat dan bersih untuk menjamin kualiti makanan yang sihat dan selamat serta persekitaran medan selera yang harum dan bersih.

Program ini turut diserta oleh lebih 50 peniaga dan pengendali premis makanan di Medan Selera Bunga Tanjung yang hadir untuk mendengar taklimat pengendalian makanan yang disampaikan oleh wakil Jabatan Kesihatan MPAJ sebelum ucapan perasmian kempen oleh YB Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali.

Dalam ucapan pelancarannya, Azmin menegaskan tentang peri pentingnya asas kebersihan medan selera demi menjamin mutu makanan yang terbaik untuk pelanggan. Azmin juga mengingatkan supaya para peniaga bekerjasama dengan MPAJ bagi mencapai matlamat yang murni tersebut.

Untuk maksud mencapai objektif program dan motivasi kepada para peniaga, Azmin turut mengumumkan sejumlah peruntukan sebanyak RM 20,000 untuk kerja – kerja menaiktaraf dan memperindahkan Medan Selera Bunga Tanjung supaya lebih ceria dan menjadi daya tarikan kepada pelanggan.

Azmin kemudian dalam lawatan ke setiap premis makanan di medan selera tersebut turut mendapati ada keperluan untuk menaiktaraf kemudahan tandas awam dan juga mengecat semula bangunan premis gerai – gerai di Medan Selera Bunga Tanjung, Ampang Jaya. Pada dasarnya, MPAJ telah bersetuju untuk menaiktaraf kemudahan tandas awam pada awal tahun 2014.

Turut bersama Azmin dalam lawatan ke kawasan sekitar dan setiap premis tersebut adalah Setiausaha MPAJ, Ahli – Ahli Majlis MPAJ, kontraktor pembersihan, para pegawai MPAJ dan para peniaga.

Melalui perbincangan bersama Azmin, MPAJ juga telah bersetuju untuk meletakkan papan tanda baru bersama lanskap di tempat yang lebih strategik untuk menarik lebih ramai pengunjung kepada medan selera berkenaan.

Azmin juga sempat meninjau premis medan selera milik Puan Norsiah Binti Saptuang yang terbakar. Selepas lawatan tersebut, Azmin telah bersetuju untuk memberi sumbangan kewangan bernilai RM 1,000 untuk menampung kerugian dan kos membaikpulih premis berkenaan.

Majlis pagi tersebut berakhir dengan program gotong – royong yang dikendalikan oleh MPAJ bersama kontraktor pembersihan dan kerjasama para peniaga.

 

Kempen Basmi Wabak Denggi peringkat Parlimen Gombak

Majlis dimulakan dengan Taklimat kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Gombak

 

Ucapan aluan majlis YB Ustaz Hasbullah, Ahli Dewan Negeri Gombak Setia

 

Ucapan perasmian Oleh YB Azmin Ali

 

Sebhagian penduduk yang hadir pada majlis tersebut

 

YB Azmin Ali di bantu Pengerusi Persatuan Penduduk, En Kamal Ariffin melakukan gimik  kempen dengan menyembur saluran takungan tempat pembiakan aedes

 

Saari, YB Azmin, YB Hasbullah dan YB Amiruddin Shari bergambar diatas Skylift selepas gimik pelancaran

 

Keempat-empat YB dibawa meninjau kawasan pembiakan aedes di kawasan Apartment Casmaria

 

YB Azmin melihat tanah mendap di Blok H yang membahayakan penghuni dan mengundang menjadi tempat pembiakan aedes

 

Gombak Setia, 21 Disember 2013 – Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Gombak, Majlis Perbandaran Selayang dan Persatuan Penduduk Apartment Casmaria telah menganjurkan Kempen Basmi Wabak Denggi Peringkat Parlimen Gombak yang dilancarkan oleh YB Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali.

Penganjuran program ini adalah tindakan proaktif Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak Bersama Pusat Khidmat Rakyat DUN Gombak Setia, Batu Caves dan Hulu Kelang untuk membawa kempen pencegahan wabak ini di kalangan masyarakat khususnya dalam Parlimen Gombak.

Matlamat kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk setempat khususnya berkenaan isu kebersihan dan usaha menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes untuk mengawal wabak denggi.

Pejabat Kesihatan Daerah Gombak telah mengenalpasti 45 lokaliti wabak denggi semasa sehingga 20 Disember 2013 dengan pecahan 3 lokaliti berstatus ‘hotspot’ termasuk Apartment Casmaria; 4 lokaliti berstatus ‘Wabak Tak Terkawal’; manakala selebihnya berstatus ‘Wabak Terkawal’.

Daerah Gombak menduduki tempat ketiga daripada 9 Daerah di Selangor yang mencatatkan pendaftaran kes harian denggi yang dilaporkan bagi minggu ke 50 / 2013 dengan jumlah kes terkumpul sebanyak 3018 kes.

Apartment Casmaria, Taman Samudra, Gombak Setia mencatatkan 19 kes denggi sehingga 20 Disember 2013. Hasil tinjauan dan pemeriksaan yang dibuat oleh pihak MPS dan Pejabat Kesihatan Daerah, terdapat bahagian saluran air hujan yang tersumbat di bahagian bumbung pangsapuri yang menyebabkan berlaku takungan air dan pembiakan jentik – jentik.

YB Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dalam ucapan pelancarannya turut menyentuh hal tersebut dan menggesa agensi – agensi terlibat seperti MPS dan Pejabat Kesihatan Daerah untuk memberi perhatian serius untuk menghapuskan tenpat – tempat pembiakan seperti itu dengan kerjasama penduduk.

Sebagai dorongan untuk tindakan yang lebih proaktif di masa akan datang, Azmin juga telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 5,200 kepada Persatuan Penduduk Apartment Casmaria bagi menampung sejumlah kos yang telah dikeluarkan oleh pihak persatuan untuk membersih blok pangsapuri dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.

Majlis pelancaran kempen ini turut dihadiri oleh kesemua Ahli Dewan Negeri dalam Parlimen Gombak iaitu YB Amirudin Shari, ADN Batu Caves, YB Hasbullah Bin Mohd Ridzwan, ADN Gombak Setia dan YB Saari Bin Sungib, ADN Hulu Kelang.

Program tersebut juga mendapat sokongan dan penglibatan yang menyeluruh daripada Persatuan Penduduk Pangsapuri Casmaria, penghulu – penghulu mukim, ketua – ketua kampung dan Polis Di Raja Malaysia.

Diharapkan agar kempen yang dianjurkan ini menjadi pemangkin kepada kesedaran masyarakat tentang bahaya wabak denggi dan lebih peka terhadap isu kebersihan dan pembiakan jentik – jentik yang menjadi punca utama peningkatan jumlah kes denggi di Malaysia khususya di Parlimen Gombak.

[KENYATAAN MEDIA] Wahid angkuh tidak fikir kebajikan rakyat.

Menteri persekutuan yang bukan pilihan rakyat perlu berhenti membuat kenyataan angkuh, kata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Gambar fail.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membidas kenyataan angkuh Putrajaya yang tidak memikirkan tentang kebajikan rakyat dalam isu kenaikan tol.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang meminta orang ramai menggunakan jalan biasa sekiranya kenaikan tol terlalu tinggi.

“Kenyataan supaya menggunakan jalan lain adalah tidak wajar dan menunjukkan kurang akauntabiliti.

 “Kami ingin mengingatkan Menteri Persekutuan yang tidak dipilih rakyat supaya berhenti merendahkan rakyat dan tidak angkuh apabila membuat kenyataan,” kata Azmin dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata, kenaikan tol adalah perkara serius yang akan memberi kesan kepada pengguna jalan raya yang tiada pilihan selain menggunakannya.

“Ia adalah mengenai keperluan dan hanya kerana mempunyai konsesi tidak bermakna harga boleh dinaikkan tanpa mempertimbang keperluan dan kekangan kewangan rakyat,” katanya.

Beliau juga mendesak Putrajaya agar tidak bersembunyi di belakang perjanjian rahsia dan mencabar rakyat dengan senario ambil atau tinggalkannya.

“Cadangan kenaikan ini dengan kenaikan harga lain adalah ancaman besar kepada kebajikan rakyat,” katanya.

Azmin berkata, PKR akan sentiasa menentang kenaikan ini yang dibuat tanpa justifikasi dan akan terus menyokong usaha menolak kenaikan seperti ini.

Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula berikutan kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan daripada segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.

Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.

Pakatan Rakyat menentang cadangan tersebut kerana langkah itu hanya memberi keuntungan kepada syarikat konsesi dan tidak kepada pengguna. – 17 Disember, 2013.

 

Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jalan-lain-wahid-angkuh-tidak-fikir-kebajikan-rakyat-kata-azmin

[PRESS STATEMENT] Price Hike – Wahid’s Statement Arrogant

Price hike – Wahid’s statement arrogant

 

The statement by Datuk Seri Abdul Wahid Omar that those unhappy with the proposed highway toll hike can use other routes is totally uncalled for and demonstrates a clear lack of accountability.

We would like to remind the unelected Federal Minister to stop patronising the people and not to be arrogant when making statements.

Raising the highway toll is a serious matter which affects road users who in many cases have no choice but to use them. It is a matter of necessity and just because these are concessions it does not mean that prices can be increased without considering the needs and financial strain on the people.

Do not hide behind the concession agreements and challenge the people with this take-it-or-leave-it scenario. This proposed hike together with the other planned price hikes poses a major threat to the welfare of the people.

We oppose these price increases and in the absence of any convincing proof that they are justified we will continue to support efforts and measures to fight these oppressive price hikes.

There is no use in the government harping on how well our stock market is doing or how impressive are our growth rates when the reality is that the man in the street continues to suffer to meet the rising the cost of living.

 

 

MOHAMED AZMIN ALI

Deputy President

17 DECEMBER 2013

[NEWS] PKR Stands At The Crossroads

Man in the middle: Azmin (centre) is all for Anwar (right) contesting the PKR president post that his wife Dr Wan Azizah has held since the party’s formation.

 

The recent call for Datuk Seri Anwar Ibrahim to go for the PKR presidency is loaded with political implications for the party election taking place in a few months’ time.

TIMING is so important in politics and the Selangor Mentri Besar’s timing has been way out. Tan Sri Khalid Ibrahim is still battling the political storm kicked up by the sensational jump in salaries for the Selangor assemblymen.

It could not have come at a worse time for him. Khalid’s own party leaders have publicly criticised his state budget over the last few weeks and there have even been furtive moves to replace him as Mentri Besar (MB).

The pay increase for some of the office-bearers is so huge that those on his team have been left struggling to justify it. Some of the main beneficiaries, instead of offering a rational argument, resorted to taking potshots about private jets and diamonds. It was the most unprofessional way to deflect calls for an explanation.

The one that took the cake was Khalid saying that the pay hike for the Sarawak representatives was much more. It was quite bizarre that Pakatan Rakyat, which has condemned everything about the Sarawak government, was now using it as a benchmark.

Khalid is on shaky ground and, this time, he has largely himself to blame. His party boss Datuk Seri Anwar Ibrahim is said to have received lots of text messages asking him to step in and do something.

As the ketua umum or principal leader, Anwar has wide-ranging say on party matters. But he is unlikely to do anything radical with the PKR election just another three months’ away.

Besides, Anwar has problems of his own. The appeal on his sodomy case is coming up and he is under pressure to end his days as the ketua umum.

Last Sunday was the party’s special congress to amend the PKR constitution to enable it to function more effectively. But the buzz coming from the congress was not over the amendments but the surprise call by one of the speakers for Anwar to contest the presidency of PKR.

The person making the call was Batu Caves assemblyman Amirudin Shari who is a loyalist of deputy president Azmin Ali.

Azmin is also the Selangor PKR chairman and Gombak division chief. Amirudin, on the other hand, is the party secretary in Selangor and deputy Gombak chief. It was as good as Azmin himself saying it.

Anwar may or may not have seen that coming but it was the sitting president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail who was caught blind-sided. It could not have been too comfortable for her to sit up there and listen to calls for her husband to take over from her.

As expected, he side-stepped the matter when he made his winding-up speech at the end of the congress.

It was classic Malay politics at play and was a masterful move. Azmin had cast one stone and struck four objectives.

The first objective was to do away with the ketua umum post. The chain of command in the party has become rather confusing with a ketua umum and a president up there who are husband and wife.

“We are never sure whether a decision comes from the president or ketua umum. When things go wrong, he says I am just the advisor but his advice is like an order. It was okay in the beginning but our party is growing and there is no place for a ketua umum in a democratic party. It’s time for Anwar to move up,” said a Youth wing leader from Johor.

The father, mother and daughter configuration has also become an issue.

“We cannot stand this papa and mama thing anymore. All roads lead to Anwar after passing through Kak Wan, and that causes problems,” said a Selangor leader.

The second objective was to signal to Dr Wan Azizah that it is time to move on, and what better way to say it than to suggest that her husband take over. Next year will be the 14th year with Kak Wan, as she is known to all, at the top and the Azmin faction thinks that it is timely for her to make way.

Many in the party were quite content to have her as president while her ketua umum husband called the shots. But everything changed when she also started flexing her muscles on major party matters. She has been accused of using her presidential clout to get Khalid reappointed as Selangor MB without going through the party process.

Kak Wan and Azmin have a civil relationship but it is very formal and does not extend beyond the party. They are not on a “I phone you, you phone me level”. But Azmin would be able to do that with Anwar because their ties go back a long way.

The third objective was to checkmate Nurul Izzah. If Anwar is the president, Nurul Izzah would have to stay put as vice-president. The party would become a laughing stock if papa is president and daughter is deputy president.

Nurul Izzah is very ambitious. She would have contested the deputy president post in the last party polls if her father had not put his foot down. Since then, she has been toying with the idea of going for the presidency. Her rivalry with Azmin goes down to a very personal level and she wants to stop him at all cost.

But most people in the party think that she is no match for him – yet. She is only 33 and her learning curve has not been as sharp as it should be. She defeated two big-guns from Umno in Lembah Pantai largely on the strength of her family name and personal charisma.

She is very popular in the party but even her fans admit that while her charisma is 10/10, her intellect and grasp of issues is only 6/10. She shines on the ceramah stage but has not impressed many in Parliament.

She still has some growing up to do because, as the above Johor Youth leader put it, “the future president is more than just being binti Anwar”.

“I’m in this party because I believe in something. I did not join to keep the family up there. We’re sending the wrong message to the public. We say we are the new politics but we put up with nepotism,” said the Youth leader.

The fourth objective was Azmin’s camp testing the waters to see if Anwar is interested in the presidency. If he is, then they will support him 100%. If he is not, they will push their man to go for it.

“I don’t know about camps but the party needs Anwar to be up there. The ketua umum post was a stop gap measure decided at the Seremban congress because the ROS (Registrar of Societies) did not let him contest for president. It’s time to reverse the Seremban decision,” said supreme council member Fariz Musa.

Azmin, despite his ambitions, is actually quite a cautious politician. But he has been pushed to the wall and he is fighting for survival.

He has used the special congress to spark off discussion about who should be the next president of PKR. He is challenging what used to be a taboo subject – questioning Dr Wan Azizah’s claim to the top post.

Nepotism

Shortly after the general election, he came out in the open on the “N word”, namely the awkward issue of nepotism in the party. He had mentioned it in the context of the way Dr Wan Azizah had endorsed Khalid for the MB post without consulting the Selangor PKR body.

He did not mention names but it was like he had unlocked a secret door and many of the younger members are now talking about it.

He is beginning to emerge from under the shadow of his mentor and starting to take political risks.

Azmin’s problem in recent years is that he has been unsure whether Anwar is still 100% with him. He felt that Anwar let him down over the MB appointment and he can see Anwar cultivating new faces in the party.

For instance, academic expert on Constitutional law Dr Aziz Bari was for a while seen as a potential MB candidate.

Anwar had wanted Dr Aziz to contest a state seat but he ran into some trouble with the Palace for his comments on a religious matter. Khalid tried but failed to bring him to meet the Sultan to resolve things and Dr Aziz eventually contested and lost in the Sabak Bernam parliamentary seat.

Anwar is always on the lookout for professional and moderate Malays to bring pulling power to the party and minimise the impact of DAP. A party insider said that the new Ijok assemblyman, Dr Idris Ahmad, is also a potential MB and that Azmin cannot take things for granted.

“It signals his desire to give PKR a different image, not just the one displayed by Azmin and gang,” said the insider.

But Anwar aside, very few can match Azmin in terms of grassroots support and organisation at this point in time. He has his people everywhere and they are real politicians in contrast to the wishy-washy NGO types who talk a lot and do little.

Selangor and Sabah are the two biggest states for PKR. They can make or break a candidate. But with the Sabah side in shambles, the leading state is now Selangor where Azmin is king of the hill.

Kota Raja in Selangor is also the biggest division or cabang in the entire country. It has more than 11,000 members, about half of whom comprise the Youth wing.

It is one of those king-maker divisions and most candidates want to be carried by Kota Raja. In the 2010 party polls, those vying for the top Youth post made a beeline for Kota Raja to seek the endorsement of its Youth chief Azmizam Zaman Huri who is also the Selangor Youth chief and a loyalist of Azmin.

The question from now until the party congress in March is whether Anwar will go for the presidency. It is his for the asking but some have suggested that he does not relish being tied down with presidential chores. Being ketua umum suited him beautifully – the post did not have much responsibility but carried lots of power.

“What we don’t want is a contest for the president post because it will be difficult for us on the ground,” said deputy secretary-general Steven Choong.

If Anwar declines, it will likely be a fight between Dr Wan Azizah and Azmin. One is his wife and the other is like his kid brother, and they have stood by him through his ups and downs. Life for the ketua umum is about to get more interesting than that of the Selangor MB.

 

BY JOCELINE TAN

[WAWANCARA] Dari anak angkat ke musuh Dr Mahathir

Suatu ketika dahulu hubungan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (gambar) dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad umpama  bapa dan anak malah dianggap sebagai “anak angkat”. Bagaimanapun semuanya berubah selepas kontroversi pemecatan Datuk Seri  Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Mengimbas kembali cerita hubungannya dengan Mahathir, perkenalan Azmin dengan pemimpin penting negara ketika itu bermula  ketika beliau menjadi pemimpin pelajar di Amerika Syarikat (AS) semasa melanjutkan pelajarannya di University of Minnesota.

“Saya kenal Dr Mahathir lama ketika saya menjadi pemimpin pelajar Malaysia di AS.

“Saya banyak berinteraksi dengan beliau sama ada dalam pertemuan di Amerika ketika lawatan kerja beliau ataupun ketika saya balik ke Malaysia semasa cuti musim panas,” kata Azmin dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider.

Malah, Azmin juga mendedahkan Dr Mahathir turut pernah meminta bantuannya untuk meredakan tentangan para pelajar Malaysia yang belajar di Amerika ketika itu terhadap pentadbirannya.

“Dan ada satu ketika saya menghimpunkan pelajar-pelajar Malaysia dari Amerika yang balik semasa cuti musim panas untuk bertemu  dengan Dr Mahathir dalam satu dialog besar. Saya ingat hampir dua ribu pelajar.

“Ketika itu pelajar-pelajar Malaysia di Amerika memang menentang kerajaan, ada satu tempoh dalam tahun 80-an, dimana  pelajar Malaysia termasuk yang ditaja kerajaan menentang kuat kerajaan.

“Jadi Dr Mahathir meminta bantuan bagaimana saya boleh memainkan peranan untuk meredakan suasana ini dan supaya mereka memahami. Itu antara usaha yang saya buatlah,” kata Azmin ketika mengimbau hubungan baik antara beliau dengan Dr Mahathir ketika itu.

Hubungan beliau dengan Dr Mahathir sememangnya sangat rapat ketika itu sehinggakan tarikh perkahwinannya juga dipilih oleh bekas presiden Umno tersebut.

“Sehinggakan saya mendirikan rumah tangga pada 7 Ogos 1988, beliau merupakan tetamu kehormat dalam majlis perkahwinan itu.

“Malah tarikh pun dia (Dr Mahathir) yang bagi, sepatutnya diadakan 8 Ogos 1988 tapi ketika itu tarikh tersebut bertindih dengan  majlis perkahwinan anak Tan Sri Datuk Ahmad Razali, saudara kepada Tun Dr Siti Hasmah,” kata Azmin lagi.

Malahan Azmin juga mendedahkan penglibatan awal beliau dalam politik sekitar tahun 1987 juga bermula daripada peluang yang  diberikan sendiri oleh Dr Mahathir yang mahu beliau berada di sisi Anwar pada ketika itu.

“Apabila saya habis tamat buat Master dan pulang, dan dia (Dr Mahathir) kata kerjalah dengan Datuk Seri Anwar. Yalah ketika itu dia  baik. Jadi saya ikutlah arahan.

“Saya mula berkhidmat dengan Datuk Seri Anwar pada 1 Oktober 1987 iaitu sebaik sahaja pulang dari Amerika,” katanya.

Bagaimanapun, panas tidak berpanjangan apabila bibit hubungan suram dengan bapa angkatnya itu mula kelihatan pada tahun 1997 sebelum insiden pemecatan Anwar sebagai timbalan perdana menteri.

Azmin kini antara pemimpin politik yang disegani. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.Azmin kini antara pemimpin politik yang disegani. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.”Sebelum berlaku pemecatan 1998, saya masih ingat pada tahun 1997 ketika surat layang telah mula diedarkan tentang kononnya 50 Dalil ini. Saya telah bertemu dengan Dr Mahathir, kalau tidak silap saya pada 30 Ogos 1997 secara empat mata.

“Saya berjumpa dengan beliau untuk meminta nasihat mengenai cadangan saya untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap dua  pegawai kanannya, pertama Tan Sri Megat Junid dan Datuk Aziz Shamsuddin.

“Kerana kedua-duanya adalah setiausaha politik kepada Dr Mahathir dan mereka terlibat secara langsung dalam penulisan surat  layang tersebut bersama adik saya Umi Hafilda dan beberapa tokoh lain. Saya beritahu kepada beliau saya nak bawa perkara  tersebut ke mahkamah,” kata Azmin lagi.

Menurut Azmin, bibit hubungan keruh dengan Dr Mahathir bermula ketika itu malah telah menghidu pemecatan bosnya lebih awal sebelum tahun 1998 lagi.

“Sebab itu kita tahu tentang pemecatan peristiwa pemecatan tahun 1998 agak awal kerana bila kita tengok sikap Dr Mahathir ketika itu boleh nampak perubahan yang berlaku,” katanya.

Akhirnya, khabar angin tersebut menjadi kenyataan selepas Anwar dipecat pada 2 September 1998, Azmin menyifatkan insiden tersebut adalah yang paling sukar dalam hidupnya apabila terpaksa memilih antara Mahathir ataupun Anwar.

“Jadi, bila berlaku pemecatan 2 September 1998, bukanlah mudah untuk saya buat keputusan sama ada nak bersama Dr Mahathir atau dengan Datuk Seri Anwar.

“Sebab you kena ingat, ini antara nombor satu dan nombor dua di dalam negara, bukan ketua cawangan ataupun menteri biasa. Dan untuk saya memilih, bukan satu perkara mudah,” katanya.

Azmin juga mendedahkan orang-orang kanan Anwar ketika itu yang banyak melarikan diri, antaranya setiausaha politik Ezam Mohd Noor yang sudah pun kembali ke pangkuan Umno pada tahun 2008 lalu.

“Termasuk Ezam sendiri dan beberapa orang kanan Datuk Seri Anwar, sebelum September mereka telah lari meninggalkan negara.

“Ezam lari ke Indonesia, setahun. Dan beberapa nama lain, saya boleh namakanlah yang meninggalkan negara,” katanya.

Berbeza dengan pemimpin lain yang sudah melarikan diri, Azmin tetap dengan kesetiaannya kepada Anwar dalam melawan kezaliman.

“Tapi saya mengambil keputusan untuk kekal dan beritahu Datuk Seri Anwar kalau saya tidak mempertahankan kebenaran dan menentang fitnah ini, siapa lagi.

“Sebab saya tahu lawatan beliau keluar dan dalam negara, saya bersama-sama dengan beliau. Jadi, saya rasa agak malang sekali kalau saya tidak menegakkan kebenaran,” katanya lagi.

Malah, Azmin juga menjadi orang pertama dipukul oleh pihak polis dan bukannya Anwar yang mendapat tumpuan umum selepas insiden mata lebam.

“Malah saya menjadi orang pertama ditangkap dan dipukul. Bukan Datuk Seri Anwar, sebab beliau dipukul 20 September 1998, saya ditangkap 16 September 1998.

“Tujuannya adalah untuk mendapatkan satu keterangan bertulis daripada saya selaku orang paling lama dengan Datuk Seri Anwar untuk mengiyakan fitnah ini, tentang isu liwatnya, skandal seksnya, isu rasuahnya.

“Tapi Alhamdulillah walaupun itu kali pertama dalah hidup saya digari, tapi Allah berikan kekuatan kepada saya tidak menandatangani surat pengakuan palsu yang dibuat oleh pihak polis ketika itu,” cerita Azmin ketika kali pertama ditahan selama 8 hari di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.

Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan semasa awal reformasi pada tahun 1998, Azmin berkata berbangga dengan apa yang dikecapi oleh PKR selepas 15 tahun bergelut dengan pahit dan manis menentang kezaliman pemerintah.

“Sekarang Keadilan tidak lagi seperti 1998. Saya masih ingat cabaran Dr Mahathir ketika itu bahawa Keadilan akan terkubur dalam tempoh 6 bulan.

“Itulah tajuk utama akhbar tapi sekarang bukan lagi enam bulan tapi sudah 15 tahun kita jadi parti yang cukup kuat dan berpengaruh,” katanya.

Apabila ditanya tentang kesediaannya untuk berjumpa dengan Dr Mahathir, pemimpin PKR tersebut menyatakan kesudiannya tetapi dengan syarat fitnah selama ini yang dilontarkan kepada beliau dan Anwar mestilah dihentikan.

“Saya bersedia jumpa Dr Mahathir sebagai pemimpin dan sebagai seorang ayah dengan syarat fitnah ini mesti dihentikan,” katanya.

Azmin juga berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana sepanjang menjadi setiausaha sulit Anwar, beliau tidak pernah terfikir untuk bergiat secara aktif dalam politik malahan tidak pernah memegang jawatan dalam Umno sehinggalah kezaliman menimpa bosnya tersebut.

“Sebab itu saya kena berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana beliau buat saya masuk politik kalau tidak saya tidak pernah jadi seorang ahli politik.

“Kerana kezaliman beliaulah (Dr Mahathir) menyebabkan saya terpanggil untuk membentuk Keadilan lawan Dr Mahathir dan Umno.”

Azmin kini memegang jawatan sebagai timbalan presiden PKR, serta merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa.

Azmin Ali lahir pada 25 Ogos 1964 dan merupakan abang kepada pengacara televisyen Azwan Ali.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Gurney Road (2), Kuala Lumpur dari 1971 hingga 1976.

Kemudian beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur (1977 – 1979) dan Institut Teknikal, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (1980 – 1981).

Beliau menyambung pelajaran di University of Minnesota, AS. – 1 Disember, 2013.

 

OLEH MD IZWAN
DECEMBER 01, 2013

[BERITA] Azmin nafi tuntut kenaikan gaji

KUALA LUMPUR – Pengerusi Kumpulan Penyokong Kelab Kerajaan (BBC) Selangor, Mohammed Azmin Ali menafikan pihaknya menuntut usul kenaikan gaji.

Beliau meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat penjelasan berhubung perkara itu supaya tidak timbul spekulasi.

“Saya cadangkan kenaikan elaun ini ditangguhkan dan dikaji semula supaya kadar munasabah dan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai keperluan ini.

“BBC cadangkan dalam perbincangan imbuhan ini kita mesti fikir mengenai kemudahan lain yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau yang kecewa tindakan kerajaan itu terkejut kerana pihaknya sama sekali tidak dijemput untuk membuat perbincangan berkenaan perkara tersebut.

“Mengejutkan kita dalam tempoh kurang seminggu, dibentangkan kajian skim gaji, sudah siap dan terus dibentangkan semalam (kelmarin) tanpa ada sebarang perbincangan dengan BBC dan PR Selangor.

“Kita tidak menolak keperluan kenaikan gaji, tapi apa yang diputuskan kerajaan negeri terlalu tinggi dan menuntut penjelasan kerajaan negeri,” katanya yang juga Adun Bukit Antarabangsa.

Katanya, perlu ada perbincangan antara Menteri Besar dan Adun bukan sahaja tentang isu gaji tapi kemudahan kepada Adun.

“Sebab itu kajian perlu melibatkan Adun kita kerana mereka boleh beri pandangan mengenai kadar kerana bukan kita mahu bincangkan soal gaji pokok sahaja, tapi memberikan pandangan kemudahan-kemudahan boleh membantu BBC supaya lebih efisien dalam menjalankan tugas.

“Seperti kemudahan pejabat perlu dimasukkan dalam kenaikan gaji, dengan menyediakan pegawai penyelidik bagi setiap Adun, perpustakaan lengkap bagi buat kajian, ini akan beri kesan secara langsung dengan lebih baik,” katanya.

Petikan dari Sinar Online