AZMIN ALI

LATEST

Day: February 25, 2013

[Video Inside] At manifesto launch, Pakatan tells Malaysians to seize the day

Azmin Ali

Source: The Malaysian Insider

SHAH ALAM, Feb 25 — Pakatan Rakyat (PR) leaders sounded the election war drums today as they launched their Election 2013 manifesto, declaring themselves more than ready to face an electoral battle they say will be fought between a nation of citizens now opposed to a “corrupt Umno-Barisan Nasional” (BN) regime.

The election directors of all three PR parties — PKR, PAS and the DAP — took turns at the manifesto launch to remind members of the importance of staying united and organised in their struggle, pointing out that this was their best opportunity yet to change the government.

“Ini kalilah,” PKR deputy president Azmin Ali (picture) told the crowd gathered at the Shah Alam Convention Centre (SACC) here in his speech before the launch, using the pact’s newly-coined slogan to urge voters to seize the opportunity for change.

“Time and tide wait for no man. If it passes us by, we will not face it again. Meaning… ini kalilah (this is the moment),” he said.

The Gombak MP, who is PKR’s election director, also cemented PR’s support for Datuk Seri Anwar Ibrahim as prime minister-in-waiting, saying the opposition leader is the pact’s “centre of gravity”.

“His administrative experience, as well as his good relationship across the globe with international leaders as well as leaders in Islamic movements worldwide, is feared by Umno-BN’s corrupt regime,” he thundered to cheers from the floor.

He promised continued unity in PR, should the pact take Putrajaya in the polls, insisting that cooperation among its three parties would help ensure a strong, sustainable and durable government.

PR is ready to hit the floor running at any time, PKR strongman said, and has a detailed strategy planned to face the election.

Azmin Ali | Konvensyen PR 2013

“PR will present a clear and honest leadership, much like the leadership of our Kelantan Mentri Besar Tuan Guru (Datuk) Nik Abdul Aziz Nik Mat,” he said.

DAP election director Tan Kok Wai shared the same enthusiasm with Azmin, and pledged his party’s help to ensure PR improves on its Chinese vote, even in areas where PAS and PKR are standing.

“We will be the bedrock of support,” he said.

The Cheras MP said the country’s political landscape has shifted significantly in the years after the tsunami of Election 2008 and Malaysians have grown more outspoken and daring.

He urged voters to band together behind PR to send a message to BN, which has ruled the country for over half a century, that every vote is invaluable as it could very well lead to a change in government.

“PR will be united, whether in practice or in purpose, as an entity that will be the source of BN’s greatest fear.

“This election will not be one fought between BN and PR… it will be when all Malaysians who want a better Malaysia will rise against BN,” he said.

PAS election director Mohd Hatta Ramli reminded PR members that the final push by the pact will be the most crucial.

But he added that PR is more than ready, having finally found common ground and having resolved most of its seat distribution issues.

“I would like to report that PR, in this last leg towards the polls, is ready with all the ingredients for victory,” he said.

Both PR and BN officials have claimed they can win big in the polls which must held by this June for 222 federal seats and 505 seats in 12 states.

PR is confident of getting almost 140 seats while BN is sure of 145 seats in the federal parliament. Independent surveys show BN can win 117 seats to PR’s 105 seats, getting the ruling coalition a simple majority.

The key to victory appears to be getting the bulk of votes from the Malays, who form the majority of the country’s 28 million population although the minority Chinese and Indians have a say in urban seats.

UCAPAN KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KE 4
YB MOHAMED AZMIN BIN ALI
PENGARAH JABATAN PILIHAN RAYA PUSAT (JPRP)
PARTI KEADILAN RAKYAT

Isnin | 25 Februari 2013

1. Setelah melalui 12 pilihan raya umum, rakyat Malaysia yakin bahawa inilah saat dan kesempatan untuk meletakkan Kerajaan Rakyat Pakatan Rakyat di Putrajaya. This is the time. Penyair agung Inggeris menegaskan, “Time and tide, wait for no man.” Masa dan air pasang tidak menunggu kita. Kalau ianya berlalu, ia tidak akan datang lagi. Maksudnya Ini kalilah ! Carpe Diem. We must seize the moment.

2. Dari Perlis sampailah ke Sabah, baik petani, nelayan, guru, usahawan hinggalah Jenderal, semuanya mahukan perubahan bersama Pakatan Rakyat. Kita bertuah, mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt. Jen. (B) Dato’ Abdul Ghafir turut bersama kita pagi ini dan akan menyampaikan harapan keluarga perajurit.

3. Rakyat menaruh harapan yang tinggi agar Pakatan Rakyat menjadi wahana perubahan yang lebih baik buat Malaysia. Rakyat Malaysia yakin Pakatan Rakyat mampu menunaikan cita-cita perubahan.

4. Kita perlu sedar bahawa muafakat yang kukuh ini lahir dari citra perjuangan rakyat Malaysia yang bangkit memusnahkan tembok hegemoni perkauman UMNO. Pilihan Raya Umum 2008 menyaksikan orang Cina dan India secara terang mengibarkan panji PAS. Belum pernah anak Melayu dengan berani mengibarkan panji DAP. Begitu juga belum pernah sebuah parti politik pelbagai kaum seperti KEADILAN mendapat dukungan sebegitu besar rakyat di negara ini.

5. Ini semuanya adalah natijah kesepakatan KEADILAN, PAS dan DAP atas tuntutan rakyat.

6. Kita perlu siap siaga untuk mara ke medan tempur sebagai satu saf yang rapi serta tersusun.

7. Pertempuran kali ini adalah di antara rakyat dan elit penguasa yang korup. Antara yang mempertahankan hak dengan yang melindungi kebatilan.

8. Saya optimis bahawa akhirnya dalam pertempuran kali ini kemenangan akan bersama rakyat. Dan kini, kita berada di pecutan terakhir, at the last lap.

9. Kerana itu kita tidak boleh melakukan kesilapan kerana ia seakan mengkhianati cita-cita perubahan yang disandarkan oleh rakyat Malaysia.

10. Etika tahaluf siyasi menuntut ketuntasan di kalangan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. We have the courage to be the true progressive. Kita berani mengungkapkan Agenda Ekonomi Malaysia untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru dengan keyakinan bahawa reformasi menuntut iltizam untuk merobah. We are fully committed to policies that are not based on race but on needs. Ini adalah etika muafakat Pakatan Rakyat yang sejajar dengan citra massa. Adalah menjadi kewajipan kepimpinan dan anggota untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

11. Ikhtiyar progresif ini berhasrat memerdekakan rakyat bukan sahaja dari belenggu dasar ekonomi yang usang akan tetapi lebih bermakna kerana kita memerdekakan pemikiran yang sekian lama dijajah. Let us together dismantle racist agenda perpetuated by UMNO and it’s allies including Perkasa.

12. Pakatan Rakyat bukan sekadar untuk PRU ke 13 semata – mata. Muafakat kita bertunjangkan hasrat untuk melaksanakan perubahan. Muafakat Pakatan Rakyat adalah untuk menjayakan cita – cita rakyat Malaysia yang bersaudara serta memacu ekonomi rakyat.

13. Hanya kemenangan hasil dari muafakat ini akan memastikan pembentukan sebuah Kerajaan yang kukuh. A sustainable and durable government.

14. Menggalas semangat bersama yang semakin kuat dan utuh ini, Pakatan Rakyat menyertai pilihan raya kali ini dengan persiapan yang paling rapi.

15. Pertama, Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang digariskan dalam Buku Jingga menjadi asas yang mengikat persefahaman dalam muafakat politik ini.

16. Kedua, kita luncurkan pada hari ini manifesto ‘Pakatan Harapan Rakyat’ yang menjadi tawaran terbaik buat masa depan negara.

17. Pakatan Rakyat menampilkan kepimpinan yang jelas dan berwibawa seumpama YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz, YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang, dan pastinya Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menerajui muafakat ini.

18. Kepimpinan yang bersih dan berwibawa, tidak rasuah, menolak perkauman sempit, berupaya memacu kemakmuran negara dan istiqamah dalam perjuangan adalah aset Pakatan Rakyat biarpun terpaksa membayar harga yang mahal dengan meringkuk dalam penjara.

19. Rakyat Malaysia dan masyarakat dunia mengakui bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah the centre of gravity. Pengalaman beliau mentadbir serta hubungan baik beliau di peringkat antarabangsa dengan pimpinan negara mahupun pimpinan gerakan Islam seluruh dunia menjadi ketakutan rejim korup UMNO – BN.

20. Kebijakan yang digarap melalui Buku Jingga, Belanjawan Pakatan Rakyat dan hari ini kita luncurkan manifesto bersama serta dukungan kuat rakyat Malaysia membuktikan bahawa Pakatan Rakyat will dictate the 13th General Elections agenda.

21. Bersandarkan kekuatan dan keyakinan ini, tidak perlu untuk saya bertanya are you ready?

22. Akan tetapi saya tampil dan berdiri dengan tekad dan berani untuk menyatakan that we are ready. We are ready to be in Putrajaya to lead this nation.

23. Ayuh kita mara ke Putrajaya dengan iltizam untuk melakar masa depan baru demi Malaysia yang gagah !