AZMIN ALI

LATEST

Month: May 2013

Ucapan Dasar Timbalan Presiden – Laksana Satu Nyawa

MUKADIMAH

1. Kita baru pulang dari medan perang. Alhamdulillah, semangat anak muda dan wanita terus membara dan istiqamah membawa panji KEADILAN dan menyemarakkan semangat reformasi.

2. Saya yakin agenda anak muda dan wanita akan diperkukuh dalam Dewan Rakyat dengan terpilihnya Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Puan Hajah Zuraida Kamaruddin sebagai Ahli Parlimen bersama beberapa tokoh muda yang lain seperti Saudari Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai), Saudara Rafizi Ramli (Ahli Parlimen Pandan), Saudara Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru), Saudara G. Manivannan (Ahli Parlimen Kapar) dan Saudara Darell Leiking (Ahli Parlimen Penampang). Tenaga muda telah memberi corak baru dalam polar pengundian baru – baru ini.

3. Inilah kali pertama Ketua Angkatan Muda dan Ketua Wanita KEADILAN akan bersama dalam Dewan Rakyat. Saya yakin, ‘Giant Killer’ di Bukit Katil dan ‘Iron Lady’ dari Ampang akan mengegarkan perbahasan di Parlimen untuk 5 tahun yang akan datang.

4. Terbukti apabila anak muda dan wanita diberikan peluang dan sokongan, mereka juga akan berjaya. Justeru, saya menggesa kepimpinan parti untuk terus memberi dorongan dan ruang kepada generasi muda dan wanita untuk diberikan tanggungjawab yang lebih besar dalam kepimpinan parti.

5. Yakinilah bahawa organisasi dan kepimpinan yang diterajui oleh anak muda berpotensi menggerakkan organisasi dengan lebih efektif dan tampil dengan idea baru yang segar dalam aspek ekonomi, budaya dan politik. Martha C. Nussbaum telah mengungkapkan dalam bukunya yang terbaru sebagai ‘Creating Capabilities’.

6. Adapun kekuatan yang kita bina selama ini adalah untuk menang dalam pilihan raya, namun perjuangan yang sebenar ialah apabila kita tidak pernah berundur dan terus istiqamah membawa obor perjuangan yang suci ini. Mari kita bersama menghayati kata – kata Churchill ;
“In War : Resolution. In Defeat : Defiance.
In Victory : Magnanimity. In Peace : Goodwill.”

7. KEADILAN bukan hanya bergerak lima tahun sekali untuk pilihanraya semata-mata. Perjuangan kita bertunjangkan cita – cita untuk memastikan negara ini makmur, demokratik, adil dan saksama demi rakyat Malaysia.

8. Keazaman untuk meneruskan cita – cita murni rakyat, iltizam politik dan prinsip perjuangan yang teguh adalah faktor kejayaan kita melakukan perubahan besar dalam lanskap politik negara dan mendapat lonjakan sokongan rakyat dalam dua pilihan raya umum yang lalu.

“Strength doesn’t come from winning, your struggles develop it. When you go through hardship and decide not to surrender, that is strength.” – Mahatma Gandhi

9. Kita mesti mengambil peluang ini untuk kembali tenang dan bermuhasabah, merenung serta kembali mengatur langkah untuk memperkukuhkan sokongan rakyat.

10. Makanya, kita ini tidak ubah umpama watak dalam dialog Plato yang terkenal, Nomos atau The Laws of Plato. Kita seperti Athenian Stranger yang meniup keyakinan baru kepada Megillus seorang Spartan dan Kleinias dari Pulau Crete, bahawa tujuan akhir kebijakan mahupun undang-undang adalah demi kemaslahatan atau eudaimonia rakyat semata-mata.

11. Kerana itu kita tidak boleh surut dari ikhtiar ini. Iltizam mesti diperkuatkan, keazaman mesti diutuhkan, percayalah setiap masa dan setiap saat kita sudah berjaya merungkai pemikiran regim lama yang dahulunya mencengkam. Rakyat Malaysia kini bukan sekadar membuat undi protes tetapi bangkit bersama – sama dengan kita menuntut kebijakan dan undang-undang yang berlegar sekitar kemaslahatan mereka.

12. Mutakhir ini, hasrat membangunkan suatu masyarakat demokratik dan sistem dwi – parti berkumandang seantero Malaysia. Manakala kita berjaya menghadirkan politik baru dan wacana segar, namun ia juga menuntut suatu proses berterusan untuk mengakarkan pemikiran – pemikiran tersebut. Oleh kerana itu, ianya membabitkan bukan sahaja gerakan politik, akan tetapi menuntut suatu gerakan kebudayaan yang menyeluruh, yang merangkumi semua lapisan masyarakat.

PRESTASI KEADILAN DALAM PRU – 13

13. Menilai prestasi KEADILAN dalam Pilihan Raya Umum ke 13, kita telah menggugat hegemoni UMNO – BN yang telah berakar selama lebih 5 dekad sehingga mengakibatkan terbentuknya sebuah Kerajaan Minoriti. Aneh bin Ajaib, demokrasi di Malaysia. Pakatan Rakyat yang memperolehi 51% undi popular dari rakyat menjadi pembangkang manakala UMNO yang hanya menerima 47% boleh membentuk Kerajaan.

14. Tahniah kepada saudara – saudari sekalian, kerana saudara – saudari lah; KEADILAN telah berjaya meraih 2.3 juta undi dari 4.8 juta pengundi di 99 kawasan Parlimen yang ditandingi oleh KEADILAN.

15. KEADILAN telah mengemukakan 61 orang calon dibawah umur 40 tahun dan 30 orang calon wanita untuk bertanding di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. 19 daripadanya telah terpilih sebagai wakil rakyat untuk membawa suara generasi muda sementara 11 wakil rakyat yang lain akan menyuarakan agenda wanita.

16. KEADILAN adalah satu – satunya komponen Pakatan Rakyat yang mempunyai kerusi menang di kesemua 14 buah negeri di Malaysia. Jika dahulu kita tidak mempunyai satu pun kerusi di Sabah, kali ini KEADILAN telah menang tujuh (7) kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah dan satu (1) kerusi Parlimen di Penampang.

17. We are a party of giant slayer. Saudara Shamsul Iskandar, menggulingkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka). Saudari Nurul Izzah menewaskan Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar). Saudara Gooi Hsiao Leung mengalahkan Dato’ Chor Chee Heung (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan). Saudara Darell Leiking menumbangkan Tan Sri Bernard Dompok (Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi). Laksamana Imran Abd Hamid menang melawan Datuk Seri Kong Cho Ha (Menteri Pengangkutan) dan Dato’ Idris Jusi mengalahkan Dato’ Dr. Mohd Puad Zarkashi (Timbalan Menteri Pelajaran).

18. Rakyat meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada Pakatan Rakyat dalam PRU – 13. Mandat rakyat di 89 buah kerusi Parlimen adalah kejayaan muafakat Pakatan Rakyat. Keyakinan rakyat masih utuh bahawa Pakatan Rakyat mampu melakar perubahan. Kerana itu pimpinan Pakatan Rakyat tidak boleh melakukan kesilapan kerana ia mengkhianati cita – cita rakyat. Etika tahaluf siyasi menuntut ketuntasan di kalangan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

     

Wahai orang – orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian – perjanjian.
( Surah Al Maidah : 1 )

KEADILAN SEBAGAI PARTI MASA HADAPAN

19. Dalam sistem demokrasi, parti politik diuji dengan pilihan raya umum setiap lima tahun. Tetapi pencapaian dalam politik tidak terbatas dengan kempen dan gerak kerja pilihan raya semata – mata.

20. Menjelang PRU – 13, JPRP telah membuat persiapan yang jauh lebih baik berbanding pilihan raya 1999, 2004 dan 2008. Saya bersama pasukan JPRP kerap menghubungi dan mendampingi calon dan pimpinan Negeri untuk memberi sokongan moral kepada mereka dan berusaha memenuhi keperluan mereka dalam berhadapan dengan pilihan raya. Untuk masa hadapan, kita perlu lebih bersedia.

21. Kita mempunyai kesenjangan waktu selama 5 tahun daripada sekarang untuk membina kekuatan parti. Segala kekuatan perlu digarap untuk memperkukuh organisasi dan struktur KEADILAN sebelum berdepan dengan perang akan datang.

22. Tetapi persediaan kita tidak terbatas kepada gerak kerja pilihan raya sahaja. Apa yang perlu kita lakukan adalah pembangunan parti secara menyeluruh yang melibatkan beberapa aspek :
1. Pembangunan Kepimpinan
2. Perkaderan
3. Organisasi
4. Kewangan

23. Pembangunan kepimpinan bermaksud tarbiyah kepimpinan dari segi intelektual, keperibadian dan political skill. KEADILAN adalah sebuah parti massa. Kita sentiasa menambah keanggotaan parti. Namun kuantiti anggota tidak akan menjamin kekuatan parti. Justeru, mereka perlu dilatih sebagai kader yang menjadi jentera parti dalam pilihan raya dan penggerak kepada kempen – kempen yang kita laksanakan dari masa ke masa.

24. Latihan yang teratur dan berkala dengan menggabungkan kefahaman prinsip dan idealisme perjuangan serta jati diri akan menjamin asas organisasi yang lebih kukuh disamping mampu melahirkan pimpinan, kader dan anggota yang mampan serta tuntas dengan perjuangan KEADILAN.

25. Bagi merealisasikan hasrat ini, saya ingin mencadangkan penubuhan Institut Ta’dib Siyasi (Institute for Political Education) dengan tenaga pelatih yang wibawa, fasilitator yang tetap, kemudahan latihan yang berteknologi canggih serta sejumlah peruntukan yang dapat memenuhi keperluan institusi ini.

26. Program ini harus melibatkan pimpinan dan anggota parti di semua peringkat dan ianya perlu berjalan secara berkala dengan sasaran 10,000 kader setiap tahun. Usaha ini perlu menjadi fokus Angkatan Muda dan Wanita yang berperanan sebagai nadi kepada usaha kaderisasi bagi membentuk satu gerakan massa yang progresif dan berdaya tahan.

27. Satu aspek yang juga penting dalam pembangunan parti adalah kewangan. Pemikir strategi Von Clausewitz berkata; “war is an extension of politics by other means”. Politik adalah sejenis peperangan. Dalam perancangan perang, terdapat dua (2) unsur wajib; pertama persepsi dan kedua sumber.

28. Dalam perang politik, kita perlu membina dan mengurus persepsi rakyat melalui manifesto dan komunikasi politik. Tetapi segala ini akan menjadi ‘lame duck’ sekiranya kita tidak mempunyai sumber. Apakah kita mahu KEADILAN menjadi ‘lame duck’ political party ?

29. Justeru bagi memastikan KEADILAN terus relevan dan sejajar dengan aspirasi rakyat, kita perlu memperkukuh organisasi, menggilap idealisme dan citra perjuangan agar perjuangan KEADILAN terus meraih dokongan rakyat Malaysia.

POLITIK PERKAUMAN USANG

30. Pasca PRU – 13, menyaksikan negara dan rakyat sekali lagi dihambat dengan api perkauman sempit yang ditiup oleh kelompok yang gusar dengan kebangkitan rakyat. Tatkala Perdana Menteri mengusulkan ‘National Reconciliation’, beliau turut mendakwa keputusan PRU – 13 adalah kesan ‘tsunami cina’.

31. Saya yakin apa yang berlaku dalam PRU – 13 bukan ‘tsunami cina’ tetapi ianya adalah ‘tsunami rakyat’; kebangkitan rakyat Malaysia menolak rasuah, kezaliman dan menuntut perubahan politik demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

32. Dakwaan bahawa orang Cina ingin merampas kuasa politik adalah meleset kerana dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, kita dibenarkan untuk memilih pemimpin. Itu bukan merampas kuasa politik sebaliknya adalah menggunakan hak untuk memilih.

33. Rakyat turut digemparkan dengan hasutan Utusan Malaysia; “Apa lagi orang Cina mahu ?” Saya ingin beritahu Utusan Malaysia. Ini jawapan seorang pengundi Cina di Gombak. Namanya Lim Ying dari Kuala Ampang. Saya tanya kepadanya apa yang orang Cina mahukan. Lim Ying menjawab; “Saya rakyat Malaysia. Saya lahir di Malaysia. Saya setia kepada Yang Di Pertuan Agong. Saya mahu negara ini bebas daripada rasuah. Saya mahu keadilan sosial untuk orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan seluruh rakyat Malaysia.

34. Adakah hasrat ini dimonopoli oleh orang Cina sahaja ? Saya cukup yakin, hasrat Saudara Lim Ying juga adalah aspirasi rakyat Malaysia.

35. Bagai mencurah minyak ke api, kenyataan perkauman Dato’ Sri Najib disambut oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan Pro – Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM). Saya yakin dan percaya seluruh pengamal undang – undang dan para akademia turut berasa kesal dan malu di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka.

36. Bagaimana seorang tokoh pendidik boleh mencadangkan langkah ke arah perpaduan nasional adalah melalui penutupan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Saya percaya warga pendidik menyakini bahawa perpaduan nasional tidak boleh dibina di atas keruntuhan bahasa ibunda dan budaya kaum yang lain. Jamak bahasa dan budaya adalah khazanah negara yang harus diraikan.

37. Pendirian Pakatan Rakyat jelas. Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan seluruh rakyat Malaysia terutamanya generasi muda mesti fasih menguasai Bahasa Kebangsaan. Pada masa yang sama, rakyat perlu diberikan pilihan untuk menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan Bahasa Ibunda sebagai bahasa pengantar.

38. Perpaduan tidak boleh dibina dengan paksaan. Perpaduan nasional perlu diasaskan kepada prinsip keadilan dan kesaksamaan. Justeru itu, sesebuah pemerintahan perlu melibatkan penyertaan yang inklusif serta melaksanakan kebijakan yang adil dan saksama.

39. Permulaannya adalah dengan mewujudkan muafakat nasional untuk menghapuskan dasar yang berasaskan kaum dan menggantikannya dengan dasar yang berasaskan keperluan. Jika tidak ada sesiapa yang merasa dia terpinggir oleh sebab latar belakang etnik, maka keperluan untuk identifikasi kaum secara semula jadi akan terhapus.

40. Politik umpan perkauman yang dicetuskan oleh UMNO adalah bukti yang cukup untuk menunjukkan bahawa program transformasi Najib adalah retorika politik dan bukan tercerna daripada keyakinan diri. Sikap ini turut dikongsi oleh Menteri Dalam Negeri yang baru, Ahmad Zahid Hamidi bahawa rakyat yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya boleh keluar ke negara lain. Pendirian beliau dalam proklamasi pertama sebagai menteri telah memperlihatkan betapa Zahid Hamidi adalah seorang yang bongkak dan tidak menghormati hak rakyat yang telah membuat pilihan.

41. Rakyat tidak ada masalah dan tidak bermusuhan dengan negara Malaysia yang tercinta ini. Akan tetapi rakyat bermasalah dengan UMNO – BN. Malaysia adalah milik kita semua. Kami menjunjung taat setia kepada Raja dan Negara.

PENCABULAN HAK ASASI RAKYAT

42. Rakyat bangkit menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. Apabila kemenangan rakyat dirompak oleh UMNO, adalah menjadi hak rakyat yang dijamin perlembagaan untuk mereka menyuarakan rasa kecewa serta kemarahan mereka.

43. Perhimpunan aman adalah hak asasi rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Sebarang usaha untuk menyekat hak asasi ini merupakan pencabulan kepada perlembagaan. Dalam demokrasi yang sihat, exploitasi aparat kekuasaan negara terhadap rakyat perlu dihentikan.

44. Kita bukan sahaja bercakap tentang kelemahan sistem pilihan raya. Tetapi, kita telah membuktikan siri penipuan yang sistematik dalam skala besar. Ini menuntut reformasi sistem pilihan raya demi mengembalikan maruah dan kredibiliti institusi demokrasi dalam negara.

45. Melihat kepada pencabulan yang dilakukan dalam PRU – 13, benarlah apa yang dilontarkan oleh Sasterawan Negara A. Samad Said, bahawa pilihan raya ini adalah ‘Ibu Segala Penipuan’.

46. Bantahan terhadap penipuan dalam proses pilihan raya mesti diteruskan dan dipertingkatkan usaha secara bersama dengan BERSIH dan juga badan – badan NGO’s yang lain. Cadangan Dato’ S. Ambiga dan BERSIH mengenai pembentukan Tribunal Awam harus menjadi medan untuk rakyat mengemukakan bukti dan bantahan terhadap keputusan pilihan raya yang tidak demokratik. Cabang, Agen – Agen Pilihan Raya dan orang awam harus tampil segera dengan bukti – bukti yang sahih untuk peguam – peguam memulakan prosiding perundangan.

47. Saya mengecam pendakwaan terhadap YB Nik Nazmi Nik Ahmad dan Adam Adli serta siri penangkapan beberapa pemimpin politik dan NGO’s termasuk YB Tian Chua dengan motif untuk menekan dan menutup suara rakyat daripada berbicara soal demokrasi. Pemerintah menjadi gusar melihat kebangkitan dan keberanian anak – anak muda Malaysia yang tuntas menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Keberanian rakyat Malaysia menuntut perubahan menjanjikan sebuah negara Malaysia yang gagah, masyarakat yang harmoni dan negara yang makmur.

PERSEMPADANAN SEMULA KAWASAN PILIHAN RAYA

48. Ketempangan sistem pilihan raya di Malaysia juga berpunca daripada gerrymandering yang didalangi UMNO. Persempadanan bahagian pilihan raya dibuat secara tidak adil dan tidak memenuhi prinsip sistem demokrasi berperwakilan.

49. Peranan SPR sewajarnya lebih tertumpu kepada urusan pengendalian pilihan raya dan tidak dibebankan dengan tanggungjawab untuk mengemukakan syor – syor persempadanan baru bahagian pilihan raya kerana ianya menggasir kredibiliti dan kebebasan SPR.

50. Justeru, sebuah suruhanjaya baru yang bebas, telus dan profesional perlu dibentuk untuk meneliti urusan persempadanan bahagian pilihan raya.

51. Boundary Commission for England diwujudkan bagi mengemukakan syor sempadan baru bagi kawasan – kawasan pilihan raya dalam tempoh setiap 5 tahun. Antara kriteria – kriteria yang menjadi pertimbangan adalah electoral quota and 5 % rule, geographical size, special geographical consideration, local government boundaries, boundaries of existing constituencies and local ties. Garis panduan ini terkandung dalam Laporan Boundary Commission for England 2013.

52. Justeru saya mencadangkan supaya Angkatan Muda dan Wanita supaya proaktif untuk memulakan usaha berbincang dengan pihak yang mempunyai kepakaran untuk mengesyorkan kewajaran persempadanan baru berasaskan etika demokrasi sebagai cadangan balas terhadap syor – syor persempadanan semula oleh SPR pada hujung tahun ini.

DIALOG DAN TEMU – TEMBUNG POLITIK

53. Kita akur bahawa demokrasi di Malaysia semakin segar. Ini adalah hasil dari kesedaran rakyat dan kebangkitan rakyat. Rakyat kini sedar hak mereka dan memahami prinsip karamah insaniah. Darjat insan itu mulia, mereka tidak boleh diperkotak – katikkan oleh Sang Penguasa, tidak boleh ditindas dan undi mereka tidak boleh dijual beli.

54. Akibat dari kesedaran tersebut, rakyat semakin kritis terhadap pemerintah. Zaman di mana pemerintah mendapat sokongan besar rakyat sudah berlalu. Dalam PRU – 12, rakyat menafikan majoriti 2/3 BN yang sebelum itu diperolehi dengan mudah.

55. Pada waktu yang sama, kita bertanggungjawab tidak membiarkan suasana 51 – 47 merudum ke arah suasana buntu atau political impasse. Konflik dan pertelingkahan yang tiada penghujung. Saya berpendapat semua pihak perlu menggembeling moral courage untuk mencipta political dialogue and engagement across the political divide.

56. Jika kita mengaku ingin berkhidmat demi rakyat, patriotis dan mendahulukan kepentingan rakyat terbanyak mengatasi kepentingan kelompok, maka kita perlu mencari titik temu atau common ground untuk membawa kemajuan politik di Malaysia.

57. Kita perlu merenung peristiwa Hudaibiyyah di mana berlaku jalan buntu antara umat Islam dengan Quraisy di Mekah. Pada mulanya, inisiatif Rasulullah untuk berunding dan mengadakan perjanjian dengan Quraisy telah ditolak keras oleh para sahabat. Tetapi Perjanjian Hudaibiyyah telah membuka dialog dan engagement yang akhirnya membawa kepada kemenangan Islam. Kebijaksanaan Rasulullah ini perlu kita garap demi kemenangan rakyat.

PENUTUP

58. Seusai Kongres ke 9 ini, kita pulang ke Cabang masing – masing dengan keyakinan bahawa majoriti rakyat bersama kita. Peraturan sulung politik adalah ‘all politics is local’. Kerana itu, kita mesti memperkukuh sokongan yang sedia ada. Pada masa yang sama menggembeling usaha memperluas tapak pengaruh kita.

59. Kita mesti bersama rakyat, bukan sahaja di pentas pidato, tetapi juga menari bersama rentak dan irama masyarakat. Derita rakyat adalah derita kita. Kegembiraan rakyat adalah kegembiraan kita. Kita dan rakyat laksana satu nyawa.

60. Dengan prinsip dan keyakinan ini, Insha Allah kita akan menempa kejayaan rakyat.

Press Statement – Crackdown an abuse of State power

23th May 2013
I condemn the arrests of Tian Chua, Haris Ibrahim, and Tamrin Ghafar under the Sedition Act purportedly over a recent anti-electoral fraud ceramah in Kuala Lumpur.

The latest crackdown by the police is, as I had warned in my last posting, a return to the days of Mahathir when the first response to the people’s assertion of their civil rights is the use of police power. Those responsible for this abuse of state power will eventually have to answer for it.

Starting with the totally unwarranted charge against Nik Nazmi for the resounding success of the Kelana Jaya rally, Adam Adli has now been charged with sedition while many more were arrested last night for keeping a candle light vigil. With a new Home Minister trying to outdo his predecessors in being high and mighty, and Najib remaining in ‘elegant silence’, we certainly can expect more arrests and prosecutions of opposition leaders and civil rights activists.

I call on the people to remain steadfast in their pursuit of freedom and justice. It is our constitutional right to assemble peacefully and to voice out our anger and unhappiness with the cheating and the fraud. They are trying to frighten us into submission. We must continue to stand up for our rights and our dignity.

Mohamed Azmin Ali
Deputy President

Racism, fear-mongering and incitement to hatred

Since the 13th General Elections, the nation is once again being treated to an endless dose of racist rhetoric that seemed to have died down just days before. After Najib’s first ‘Chinese tsunami’ outburst, Perkasa and other self-proclaimed ‘champions’ of Malay rights have come out of the woodwork to do their ‘Ketuanan Melayu’ service.

Right on cue to Utusan Malaysia’s “What more do the Chinese want?” front page headline, former Court of Appeal judge, Mohd Noor Abdullah, raged about how this country is being economically colonised by the Chinese. And according to him, what the Chinese really want is “to seize political power!”

Not a shred of evidence is given for this outrageous assertion except it seems from the results of the elections. I don’t know where he studied his law but even common sense will tell you that in a democracy you’re allowed to choose your leaders. That’s not seizing political power. That’s called exercising your right to vote!

No one can be faulted to see this baseless accusation as an incitement to the Malays to fear and hate the Chinese. This is not just reckless but highly seditious. It is a criminal act and no one let alone a former judge should be allowed to get away with it.

To add fuel to the fire of hate and fear mongering, Universiti Teknologi Mara (UiTM) pro-chancellor Tan Sri Rahman Arshad proposed that Chinese and Tamil vernacular schools be closed down as “a means towards national unity.” Apart from it being seditious, hasn’t it got into his head that unity is not achieved through attempting to wipe out the ethnicity of others? One’s mother tongue is certainly one of the key features of this identity. The Pakatan Rakyat position is clear : Bahasa Malaysia is the official language and everyone particularly the younger generation must be proficient in it. At the same time, vernacular schools will not only be allowed to go on but will be included in our free education policy.

Unity cannot be achieved by force. Unity can only be achieved by a government which prioritizes inclusiveness and the promotion of fair and just policies. The starting point is to do away with race-based policies and replace them with needs-based policies. If no individual feels it is being discriminated because of his or her ethnic background, then the need to be identified racially naturally is reduced and eventually eliminated.

The fact that this race baiting agenda is being engineered through UMNO’s mouthpiece is proof enough that Najib’s professed transformation and reform is nothing but a colossal sham. And this is again proven by the latest outburst by Home Minister Ahmad Zahid Hamidi that the opposition and those who are complaining about the election results can “migrate elsewhere” if it is not satisfied with our electoral system.

Is this Najib’s way of showcasing his so-called ‘new transformation cabinet’? Well done, Zahid! By taking this high and mighty position as your first proclamation of ministerial power, you’ve shown both arrogance and stupidity. We have no problem or quarrel with the country as this is our land. It’s yours too but don’t talk like only you and UMNO own it. All of us anak Malaysia own it and we are loyal to King and country.

We have a problem with people like you and many of your colleagues who don’t seem to understand that the people have expectations for clean and fair elections. When they feel they are cheated of a victory, it is their constitutional right to express their disappointment as well as anger.

We’re not talking about electoral flaws here and there. We’re looking at systemic fraud committed on a massive scale. Of course, we’re not that naive to think that you or Najib or the rest of your UMNO colleagues will ever own up but the very least is that you either engage constructively or just shut up.

In any event, this is a matter for the rakyat to decide. By the way, we know what the Westminster system is and what ‘first past the post’ means. There was no need for you to waste so much ink talking about the obvious. It’s what you did not say which exposes your failure to comprehend the real issues or are you just too arrogant and have chosen to disregard the facts?

Firstly, the Westminster system is based on a fundamental assumption, i.e. free, clean and fair elections. In this system, there is no place for phantom voters, let alone truckloads of foreigners being given police escort to vote.

Secondly, the Westminster system also does not permit blatant acts of sabotage in the most crucial hours of vote-counting where lights go off for no rhyme or reason. And can you imagine bag loads of cast ballots being commandeered to unauthorised places or polling officers being forcibly confined and ordered to mark ballot papers in such a system?

Thirdly, the system also presupposes a free and fair press, if not the private media at least the government owned media. It will not permit it to be used as a propaganda tool for the incumbent political party to attack the opposition, day in and day out.

And most importantly, though a certain degree of re-delineation of electoral boundaries is permitted, the kind and scale of gerrymandering that has been done to the electoral constituencies by UMNO-BN for the past five decades has made a complete mockery of the Westminster system of democracy.

So, in view of all these preconditions having been violated and the bottom line is that the 13th General Elections was, to quote poet laureate Pak Samad Said, “the mother of all frauds”, we and the people will have to look at it from the most realistic way. Because Pakatan Rakyat has obtained more popular votes, the UMNO government is therefore a minority government.

Now that Zahid is the new Home Minister, perhaps we need to remind him that assemblies and rallies as long as they are orderly and peaceful are not only legal but a fundamental right enshrined in the Constitution. Is UMNO greater than the Constitution? In this regard, I categorically condemn the charge against Nik Nazmi which is nothing but a brazen attempt to intimidate the people. The last I heard, the police have also arrested Adam Adli for sedition. What’s this? The people who should have been rightly investigated and charged are let off while those doing their civic duties are being hounded. Are we back to the days of Mahathir when the first response to the people’s assertion of their civil rights is the use of police power? And now that the A-G’s chambers have started flexing their muscles again, will we see more arrests and prosecutions of opposition leaders and civil rights activists?

Now, how’s that for a Westminster system of democracy? In a healthy thriving democracy, such use of the organs of state power – against the opposition – will not be tolerated. On the contrary, the opposition must be allowed to thrive in order to have proper checks against power abuse.

Citizens are not told day in and day out that they must be grateful to the government. On the contrary, the government should be thankful to the people for voting them in and to do that the answer is not BRIM or other forms of tokenism. It must listen to the people, and always be transparent and accountable.

It’s time we junked this hypocritical facade of 1Malaysia and replace it with a real agenda for unity. UMNO must put an end to this reckless and criminal incitement to hatred and racial discord. Utusan Malaysia is the anti-thesis to interracial harmony in Malaysia. It is also living proof that Najib’s transformation agenda is nothing but a sham.

Mohamed Azmin bin Ali

Deputy President

Kenyataan Media Khas YB Azmin Ali

KENYATAAN MEDIA | 10 MEI 2013

Dalam masa 48 jam yang lalu, pelbagai khabar angin beredar di kalangan media, internet dan media sosial berkenaan kedudukan saya sebagai Timbalan Presiden KEADILAN dan kesetiaan saya kepada Pakatan Rakyat di peringkat Negeri dan Persekutuan. Khabar – khabar angin ini menggambarkan saya akan meletakkan jawatan dalam Parti dan sebagai wakil rakyat yang dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri dan Ahli Parlimen.

Saya percaya khabar – khabar angin ini dimulakan oleh UMNO – BN. Dari khabar – khabar angin ini, mereka ingin menuduh saya sebagai individu yang tidak bertanggungjawab, yang akan meninggalkan Parti untuk kepentingan material dan kedudukan politik, seterusnya mengkhianati amanah yang diberikan kepada saya oleh rakyat.

Khabar – khabar angin ini adalah berkaitan dengan isu perlantikan Menteri Besar Selangor. Mereka telah bekerja bersungguh – sungguh untuk membina pesepsi bahawa saya terlalu kemaruk untuk menjadi Menteri Besar Selangor dan saya akan menyertai UMNO sekiranya saya tidak mendapat jawatan tersebut. Fitnah ini adalah satu penghinaan terhadap integriti saya. Cita – cita kepada jawatan politik bukanlah satu jenayah. Bahkan ianya satu motivasi kepada setiap orang yang terjun ke dalam kancah politik. Dengan syarat cita – cita tersebut mestilah berlandaskan niat untuk berkhidmat kepada rakyat dengan lebih baik dan lebih berkesan.

Hasrat untuk memegang jawatan termasuk jawatan Menteri Besar semestinya tidak didorong oleh motif peribadi untuk bermegah – megah dan memperolehi kekuasaan. Motif tersebut akan merosakkan jiwa, merendahkan martabat diri dan mengaburkan pandangan untuk melihat yang benar dari yang salah, yang baik dari yang jahat dan tidak dapat membezakan kepentingan peribadi dan kepentingan rakyat.

Rakyat Selangor telah memberikan mandat baru yang sangat meyakinkan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU – 13. Pakatan Rakyat Selangor telah berjaya melonjakkan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri kepada 44 kerusi daripada 56 kerusi keseluruhannya berbanding dengan hanya 36 kerusi Dewan Negeri pada tahun 2008.

Usaha bertubi – tubi Dato’ Sri Najib untuk merampas Selangor bukan sahaja gagal tetapi hakikatnya Pakatan Rakyat Selangor semakin kuat. Kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama Pakatan Rakyat yang mantap serta usaha dan penat jerih kolektif pimpinan dan anggota di Cabang dan jentera Pakatan Rakyat di semua peringkat.

Justeru kerana rakyat Selangor telah memberikan mandat sebegitu besar kepada Pakatan Rakyat maka sewajarnya mereka mendapat seorang Menteri Besar yang berwibawa untuk menjaga kepentingan rakyat Selangor. Seorang Menteri Besar yang membuka pintu pejabat kepada Ahli – Ahli Dewan Negeri dan Ahli Parlimen Negeri Selangor kerana mereka dipilih oleh rakyat dan bertanggungjawab kepada kepentingan pengundi-pengundi mereka.

Seorang Menteri Besar yang tidak mempunyai prasangka buruk terhadap masyarakat perniagaan kerana mereka adalah penjana pertumbuhan ekonomi, pencipta kekayaan dan pekerjaan.

Dalam penggal kedua, Pakatan Rakyat perlu melakukan reformasi pentadbiran. Kita bersyukur dengan rizab bernilai RM 2.6 bilion. Namun, rakyat menuntut pentadbiran bersikap responsif terhadap permasalahan rakyat. Isu jalan berlubang, sampah yang tidak dipungut, masalah bekalan air, bencana alam seperti banjir harus diselesaikan dengan kadar segera sebaik mandat baru diterima.

Kegagalan untuk respon kepada usaha menangani masalah rakyat telahpun dibawa kepada perbincangan dalam kepimpinan Parti. Maka, mandat baru rakyat menuntut satu kepimpinan kuat dan segera menyelesaikan masalah rakyat sebagai tanda penghargaan Pakatan Rakyat kepada rakyat yang mendukung dasar – dasar Pakatan Rakyat yang berasaskan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan pengagihan yang adil.

Saya ingin menafikan tohmahan yang dilontarkan oleh pihak – pihak yang tidak bertanggungjawab kononnya saya kemaruk dengan jawatan Menteri Besar. Sekiranya saya kemaruk dengan jawatan tersebut saya telah menjadi Menteri Besar Selangor pada tahun 2008 menyusul Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, yang mana Dato’ Seri Anwar sendiri telah meminta saya bersedia untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim kerana parti sangat tidak berpuas hati dengan prestasi Menteri Besar Negeri Selangor. Aduan diterima dari penjawat awam dan masyarakat perniagaan yang merungut dengan amalan birokrasi yang melampau dan bukan pentadbiran yang bersifat reformasi. Tetapi saya dengan tegas menolak arahan tersebut kerana ia akan mengoncang kestabilan parti.

Saya sendiri mencadangkan kepada Biro Politik untuk melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi bagi membantu melicinkan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Semalam saya telah memanggil mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Negeri Selangor untuk mendengar pandangan pimpinan dan akar umbi. Saya telah digesa oleh rakan – rakan pimpinan untuk berkongsi maklumat bagi menjamin parti terus berada di atas idealisme perjuangan.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa isunya bukanlah Azmin Ali dipilih sebagai Menteri Besar Negeri Selangor. Isunya adalah proses pemilihan calon tersebut untuk dipersembahkan kepada DYMM Sultan Selangor mestilah melalui consultation yang telus seperti yang dituntut oleh al-Quran Surah Assura ayat 38: Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka. Jelas dalam proses memilih calon Menteri Besar anjuran al – Quran ini tidak dipatuhi.

Saya tidak mahu amalan nepotisme membudaya dalam KEADILAN. KEADILAN adalah sebuah parti reformasi.

Saya seorang yang setia dengan prinsip – prinsip perjuangan parti. KEADILAN bukan milik individu atau keluarga tertentu. Parti ini adalah milik rakyat. Apabila parti ini menyimpang dari prinsip maka ia akan ditinggalkan oleh rakyat. Oleh kerana itu, setiap kesilapan yang berlaku itu harus ditegur demi kepentingan parti secara keseluruhannya.

Saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah menjadi pemimpin UMNO dan saya hanya berkhidmat kepada seorang tokoh UMNO yang saya yakin berwibawa, memiliki gagasan, berintegriti dan layak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Bahkan apabila ada desas desus supaya KEADILAN berunding dengan UMNO atas nama perpaduan Melayu, saya menolaknya dengan menegaskan bahawa KEADILAN bukanlah sebuah parti Melayu. KEADILAN adalah sebuah parti pelbagai kaum yang berteraskan nilai – nilai Islam dan nilai – nilai universal.

Saya mengucapkan terima kasih kepada anggota – anggota Parti dan pimpinan yang memberikan semangat dan dorongan kepada saya untuk meneruskan perjuangan. Saya juga komited dengan prinsip musyawarah dalam parti di mana bila keputusan telah dibuat maka ianya mestilah dipatuhi oleh semua pihak tanpa kecuali. Tidak ada pimpinan yang maksum dan sacrosant yang bebas daripada penilaian ahli parti dan rakyat.

Saya ingin mengulangi kata – kata Dato’ Seri Anwar Ibrahim iaitu kepimpinan itu adalah satu taklif dan bukan tashrif, adalah satu tanggungjawab dan bukan satu keistimewaan.

Negeri Selangor adalah sebuah Negeri yang kaya dengan sumber dan mempunyai kekuatan kewangan untuk mengundang bakat – bakat politik, ekonomi, intelektual dan budayawan untuk merumuskan dasar – dasar Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat mempunyai ramai tokoh – tokoh yang berkelayakan yang gigih berjuang. Mereka ini adalah aset Pakatan Rakyat yang boleh digembeling demi kemaslahatan rakyat dan memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU – 14 nanti.

Saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua jentera parti dan Pakatan Rakyat yang memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor pada PRU – 13. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh penjawat awam Negeri Selangor yang telah bertindak secara professional untuk melaksanakan dasar – dasar Pakatan Rakyat sepanjang 5 tahun yang lepas. Marilah kita sama – sama berdoa ke hadrat Allah S.W.T agar kita sentiasa istiqamah dengan idealisme dan perjuangan Pakatan Rakyat.
Akhir sekali, kepada saudagar khabar angin ini, saya ingin menegaskan bahawa saya akan meneruskan perjuangan dengan lebih gigih lagi. Saya tidak berhasrat untuk meletakkan jawatan dari jawatan parti dan wakil rakyat apatah lagi meninggalkan perjuangan rakyat ini.

Mohamed Azmin bin Ali
Timbalan Presiden